Wednesday, 28 December 2011

~Nak Tempah Header Blog?~



Assalamualaikum. Hai!


Pada yang masih belum tahu, dulu aku pernah dedahkan (amboi..macam censored je bunyinye..ehehe..) yang aku ade buat bisnes underground. Underground la sangat kan. Ehehe. Sebenarnye aku ade buat part time ambil upah design mendesign la. Kalau nak tahu lebih lanjut boleh je click kat 'Design Tab' di atas. Jangan segan-segan nak click ok. Boleh la korang tengok menatang ape je yang dah aku design. Hasil nye takde la mabeles sangat. Maklum la tangan kayu kan. (-_-")


Banyak ke orang yang dah upah aku? Tak banyak pun. Ada la. Tak sampai 10 orang pun. Alahai..sikitnye kan. Nak buat camne. Mungkin sebab aku tak market sangat kot. Market ni pun ade beberapa kategori jugak. Tak market sebab aku bukan blogger popular. Nak jadi blogger popular memang tak mampu sebab tak memenuhi kriteria comel, cun, mesra alam dan seangkatan dengannya. Jadi nak heboh kan seantero alam tu memang mustahil la. Tak market mungkin jugak sebab aku kurang buat promosi. Err..sebab aku pemalu kot. Pemalu tak kena gaya memang cenggini. Dan mungkin jugak tak market sebab orang gelis tengok hasil kerja aku yang tangan kayu langsung tak kreatif tu. Kui kui kui.


Baru-baru ni aku dah settlekan satu projek multimedia buat courseware. Sebulan jugak kot nak siapkan sebab tunggu bahan-bahan nye. Alhamdulillah dah settle. Ini merupakan upah yang paling mahal aku dapat. Terima kasih pada yang berkenaan sebab memberikan kepercayaan kepada tangan kayu dan otak tak kreatif aku untuk buat projek die. Ehehe. Lagi satu yang belum settle design belog kakak encik CH. Alamak! Idea..tolonglah datang. Boleh aku settle kan cepat-cepat. Uhuk.

~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~


Tapi kali ni aku nak kongsikan pasal design header yang orang dah upah aku buat. Takde la cantik mana.  Simple dan biasa-biasa je. Tapi kalau ade yang berminat boleh la order kat aku eh. Cuma kena pasrah la tengok hasil kerja tangan kayu aku. Sanggup ke? Haha. Meh ushar dulu 4 header yang aku dah design. Dapat upah dari 3 orang blogger. Jeng jeng jeng! Inilah hasilnya..


Ini header belog bisnes akak aku yang aku pernah design dulu. Simple je. Die cari gambar bear tu pastu die suh jadikan header. Aku tambah bubuh nama belog je la. Hehe.



Ini pulak ade sorang blogger nak header berkonsepkan pelangi. Aku lukis header ni guna flash. Sebab aku reti melukis kat flash je. Photoshop aku tak reti nak melukis. Hoho. Yang burung tu burung twitter la aku cilok kat pakcik google. Malas aku nak lukis balik burungnye. Jadi burung tu je yang tak tulen. Yang lain 100% tulen oke. ;p 



















Dua header di atas ni ditempah oleh orang yang sama untuk 2 belog beliau yang berbeza. Terima kaseh kak zura sebab upah sha sekali 2 header. 2-2 header ini belakangnye lutsinar ye kengkawan. Sebabkan akak ni terlupa nak mention beliau nak yang lutsinar ke yang ade background, jadi aku telah mendesign sesedap rasa aku je. Ehehe. Harapnye beliau puas hati la. Kot tak puas hati boleh komplen. Takde masalah punye. ;p

~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~


Itulah header yang dah berjaya aku design dengan buruk. Ngahaha. Aku pun pelik kenapa la susah beno aku nak jadik sekreatif mungkin macam orang lain. Sedih betul! Yang ini je la yang aku mampu. Terima kaseh kat dorang semua di atas sebab sudi menggunakan khidmat aku. Terharu je rasa. Ingatkan takde orang yang teringin nak gunakan khidmat aku. Sekali ada da. Tapi tak ramai la. Ehehe.


Hah! Ade ke yang berminat nak tempah header hasil buatan aku? Boleh je roger aku bile-bile masa eh. Tapi berikut adalah kriteria yang perlu dipenuhi sebelum buat tempahan. Emailkan aku details korang yang berkaitan untuk proses header seperti berikut :
  • KONSEP : Nak simple/girlish/boyish etc. Lutsinar / ade background.
  • SAIZ : Lebar x Tinggi header korang nak besar mane. Contoh : 1000px x 250px.
  • BAHAN : Gambar korang atau ape-ape je yang berkaitan yang korang nak sumbat.
  • NAMA BLOG : Nama belog korang le. Contoh : MIRACLE WORDS.
  • TAGLINE : Kalau belog ade tagline sila maklumkan kalau nak letak.
  • URL BLOG : Terpulang nak letak atau tak. Boleh je. Ikut suke korang.

Okies. Itu saje yang aku perlukan. Aku akan design samada guna photoshop atau flash. Kalau tak nak aku design ikut kepala otak aku je, korang boleh bagitau macam mana yang korang nak. Tiada masalah. Sila email di email berikut : noorshahada@gmail.com. 


Tentang upah? Jangan risau. Aku tak ambil memahal pun. Aku risau design aku ni tak lawo dan customer tak puas hati. Jadi aku cuma ambil memurah je. Tapi ini untuk static header tau. Bukan flash yang ade gerak-gerak tu. Belum terer tahap tu lagi. Ehehe. Customer aku sebelum ni semua kata aku ambil murah sangat. Tapi aku memang tak sampai hati nak cas memahal. Baik hati kan aku? Design selalu aku ambil masa sehari je kalau ade idea. Kalau takde harap bersabar la menunggu. Boleh macam tu? Ahaha. 


Bila header dah siap, aku akan maklumkan untuk korang bank-in upahnye. Aku prefer bank-in walaupun upahnye ciput ye. Taknak topup-topup. Nombor akaun nye bile dah siap baru aku email bagitau. Kat sini tak boleh la nak reveal. Bahaya oo. Jadi, bile korang dah bank-in dan hantar bukti nye pada aku, sepantas kilat aku akan send header korang tu. Semudah itu saje syaratnye. Murah dan mudah kan?



Bisik-bisik :: Baru belajar nak berbisnes. ;p


Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

Tuesday, 27 December 2011

~Prepaid vs Postpaid. Yang mana berbaloi?~



Assalamualaikum. Hai!


Dulu aku pernah tulis pasal tebiat orang yang suka tukar-tukar nombor phone. Sebab aku rasa pelik kenapa dorang mudah dan kerap sangat buat camtu. Dah rupa macam hobi. Pastu tak reti pulak nak maklumkan pada kenalan-kenalan dorang yang agak rapat. Kesnye sebab aku pernah call member lama. Konon nak tanya khabar. Tetibe suara garau yang jawab. Ingatkan salah tekan nombor. Check dengan orang tu betul pulak nombornye. Bile tanya die kata nombor tu dia baru beli. Aiseh! Kes recycle number le pulak. 


Dalam entri yang tu jugak aku ade tulis yang aku ni pengguna setia talian Maxis selama 10 tahun. Kengkonon nak claim hadiah sempena kesetiaan aku tu la kan? Kire macam reward la untuk pengguna setia macam aku ni. Hoho. Tapi memang mimpi la kot nak dapat hadiahnye. Ingat dorang kesah ke dah berapa lama pun kite ni guna khidmat dorang tu. Kirim salam je la. Ye dak? 


Tapi dalam bulan 9 yang lepas aku dapat panggilan dari Maxis. Kononnye aku akan diberikan broadband free dari Maxis sebab kesetiaan aku. Memang dapat pun la broadband free nye. Cuma untuk activekan line intenet aku kena bayar jugak la activation fee. Pastu tetiap bulan aku kena bayar jugak la bilnye. Takdenye la nak dapat free semua. Mampos bankrup le dorang kan. Ehehe. Tapi kire orait la dapat broadband free. Cuma aku jarang online la pulak guna broadband tu. Sebab line macam tak berape nak laju. Rugi pulak tetiap bulan bayo tapi jarang guna. Rase macam nak terminate pun ade. ;p


Sekarang ni kerap pulak pihak dorang call nak offer aku guna postpaid line. Kirenye convert dari prepaid ke postpaid la guna nombor yang sama. Oh ye. Aku memang guna prepaid line sejak dari dulu lagi. Tak berminat nak guna postpaid. Sebab aku bukan orang kaya nak bayar bil memahal. Jadi orang mesekin macam aku lebih sesuai guna prepaid. Hehe. Cumanye, bila dorang kerap sangat call offer aku guna postpaid tu aku jadi macam rimas pulak. Tak boleh ke dorang take note yang aku dah pernah cakap aku tak berminat. Adudui.


Tak standard eh aku tak mau pakai postpaid? Takpe la. Nak buat camne. Dah memang aku tak berminat. Lain la korang. Mampu nak bayar bil memahal. Rajin contact sane sini. Kan? Aku tak macam korang. Ini adalah alasan-alasan aku kenapa taknak guna postpaid line :
  • Jarang call orang. Jarang ke tak pernah eh? Ehehe. Aku cuma akan call bila ade benda penting atau urgent saje. Kalau sesaje nak call bergayut, memang takde la. Harap maaf. Even dengan encik CH pun  aku jarang call die. Die pun jarang call aku. Memang kami PJJ. Tapi perlu ke 24 jam tetiap hari nak call? Err..macam takde life pulak.
  • Aku cuma spent RM30 untuk sebulan topup kredit. Kadang-kadang RM30 tu pun tak habes sebulan kalau aku tak call orang. Kredit banyak dihabeskan untuk bermesej-mesej je. Mesej pun dengan encik CH. Satu mesej baru 1sen. Itupun sehari tak sampai 30 mesej. Memasing busy kerja. Mesej dengan orang lain? Kalau orang tak mesej aku, aku memang jarang nak mesej orang. Haha. Err..sebab tu mak angkat aku selalu merajuk dengan aku kot. Jarang nak mesej die. Uhuk! Sori mak.
  • Aku guna henpon cap ayam je. Takde henpon canggih manggih macam korang yang sesedap rase nak online internet guna phone. Harap maaf. 

Jadi apalah faedahnye aku nak guna postpaid ye? Jarang call orang. Mesej pun dengan encik CH je. Online internet guna phone lagi la tak. Kekadang henpon tu aku campak merata je kalau encik CH busy kerja. Dah tu watpe la aku nak guna postpaid line. Wat merugi je. Jarang guna tapi tetiap bulan bil kena bayar jugak. Baik aku teruskan je dengan line prepaid. Jimat pun jimat. RM30 je tetiap bulan. Jadi antara prepaid dengan postpaid yang mana lagi berbaloi bagi aku? Tentulah jawapan nye prepaid. Hehe. Dasar orang kedekut memang macam ni ye.



Bisik-bisik :: Korang guna prepaid ke postpaid? Mesti postpaid eh. Sebab korang kan kaye. ;p


Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

Saturday, 24 December 2011

~Bajet Alim!~



Assalamualaikum. Hai!


"Tak payah la nak sebok jaga tepi kain orang. Kang kain sendiri carik tak sedar pulak. Nak tegur orang konon.  Kubur masing-masing la. Bukan aku kacau sape-sape pun. Suka hati aku la. Tak payah nak bajet alim sangat la!"


Pernah tak jumpa orang yang suka cakap macam ni bila diri dia ditegur oleh seseorang tentang perlakuan dia? Tak kesah la perlakuan dia tu apa. Mungkin kelancangan menulis dengan bahasa yang kasar dan mencaci maki. Mungkin kebiadapan mulut berbicara sesedap rasa. Mungkin sebab keterujaan meng'upload' gambar sendiri yang agak menghairahkan demi meraih perhatian. Mungkin kerana penampilannya yang agak 'daring' dan menyesakkan mata orang lain yang memandang. Dan banyak lagi kemungkinan lain.


Memang realitinya, ramai yang tak suka dirinya ditegur oleh sesiapa saja. Baik adik-beradik, kawan-kawan,  sedara-mara mahupun ibu bapa sendiri. Tambah-tambah la kalau yang menegur tu orang yang tidak dikenali. Memang boleh 'terbako' la hatinye. Mahu meluap-luap rasa marah. Itu yang keluar ayat seperti di atas tu. Betul atau tidak? 


Kenapa dia tidak boleh menerima teguran orang? Banyak sebabnya. Mungkin dia rasa termalu sendiri. Mungkin juga dia rasa egonya tercabar. Mungkin dia memang tak suka dengan orang yang menegur. Mungkin dia rasa semua yang dilakukan adalah tindakan yang betul. Mungkin dia rasa orang lain takde hak nak tegur apa yang dia buat. Dan mungkin banyak lagi sebab-sebabnya.





Tak kesah la apa pun kemungkinannya mereka ditegur dan apa sahaja sebabnya mereka tidak boleh menerima teguran tersebut. Janganlah kita sebagai orang menegur rasa marah dengan sikap mereka itu. Apa yang penting, kita telah melakukan tanggungjawab kita terhadap saudara seagama kita dengan saling ingat mengingati. Ingat satu perkara. Kita menegur mereka bukan kerana hendak mencari kesalahan mereka. Tapi sebagai peringatan untuk diri sendiri juga. Itu yang sebaiknya.


Percaya lah cakap aku. Kita tegur orang dengan cara baik macam mana sekalipun, pasti akan ada yang melenting tak ketahuan hala. Tambah la kalau cara menegur tu agak tegas dan 'keras' sedikit. Memang orang yang ditegur tu boleh 'hilang akal' dibuatnya. Nanti akan ada la tindakan drastik dan 'kurang bijak' yang bakal mereka lakukan. Mencaci maki semula kepada yang menegur tu memang dah konpom punye la. Jadi kita yang menegur ni pun jangan 'melatah' sama. Buat rileks sudah.


Memang ayat cliche yang bakal dihamburkan buat orang menegur adalah 'BAJET ALIM!'. Aku pun tak pasti kenapa orang yang tak boleh terima teguran akan menghamburkan ayat sebegitu. Menegur kesilapan orang tak semestinya nak membuktikan yang si penegur tu BAJET ALIM. Apatah lagi nak menunjuk yang dirinya ALIM. Dan tidak semestinya hanya orang yang ALIM je boleh menegur kesilapan yang kita dah lakukan. 


Semua orang ada hak untuk memberikan teguran kalau sesuatu perlakuan tu adalah salah dan jelek pada pandangan mata orang lain. Sepatutnya kita kena terima teguran orang dengan hati yang terbuka dan positif. Kemudian cuba memuhasabah diri dan memperbaiki kesalahan yang dah kita buat tu. Bukannye dengan bertindak agresif dengan membalas teguran orang dengan kata-kata dan perbuatan yang menampakkan kita ni kurang bijak. Tak pasal-pasal pulak nanti orang label 'dah la perangai hodoh, otak pulak bodoh'. Tak ke lagi sadis tu? (-_-")



Bisik-bisik : Orang takkan tegur kesalahan kita kalau orang tu tak sayang pada kita. Orang akan menegur sebab taknak kita memalukan diri kita sendiri pada masyarakat. Ingat tu!


Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

Thursday, 22 December 2011

~Speaking English. Terer tak?~



Assalamualaikum. Hai!


Maaf lama menyepi. Macam la ade orang kesah sangat kan? Ehehe. Padahal baru seminggu belog tak berhapdet. Perasan betul minah ni. Macam la berbulan tinggal belog. Ahaha. Takpe la. Aku nak perasan sensorang konon ade orang peduli. Memandangkan kat luar tu hujan dan malas nak merempit balik lagi, jadi aku ambik peluang le update belog ni supaya tak sepi je dengan entri lapuk tu. Kot la ade yang rindu nak baca aku membebel kat belog busuk ni. 


Alahai..dua tiga menjak ni agak busy macam perdana menteri. Maklum le wanita bekerjaya ni memang cenggini. Kesibukan kerja yang tiada kesudahan sampai nak update belog pun tak menyempat. Ecewah! Memang le kerja takkan pernah habes kan? Nama pun kerja. Kalau habes takde kerja dah la nak buat ye dak? Takkan nak makan gaji buta pulak. Lain la korang. Time kerja pun sempat lagi kuar ngeteh. Aku ni jangan kata nak pergi ngeteh. Makan pun depan komputer sambil buat kerja ngadap coding. Gigih tak aku? (-_-")


Sebenarnye aku tengah redesign laman web untuk opis aku ni ha. Design lama dulu aku buat hodoh gile. Buat asalkan ade. Haha. Masa tu kejar deadline. Dah la first time nak design web. Mahu tak terkedu nak design. Yang ni kemas la sikit dan tersusun. Dah terer dah main coding untuk design web. Ecewah. Eksyen kemain. Terer menda kalau design pun cara lama. Pakai Dreamweaver. Orang lain pakai Joomla! nak design web. Haha. Nak buat camne. Aku memang old school. Padahal tak reti nak guna Joomla! tu. Kuikuikui. Ahh! Aku malas nak explore natang alah tu. Lantak le. Janji kerja aku jalan.


Teringin ke nak tengok hasil kerja aku tu? Nah aku kasi link. Pergi la jengah kat sini >> www.ausm.com.my. Haa..amacam? Kemas tak kerja aku? Ada tak orang nak upah aku develop web? Boleh buat side income. Haha. Menyempat lagi tu. Alhamdulillah dah settle bab design web. Tapi yang version Melayu je la. Yang version english tak settle lagi. Hmm. Esok le aku siapkan. Ubah ayat je pun. Design tak payah kacau dah. 


Tapi nak ubah ayat tu jadi english tu yang lomah sikit. Dulu aku pakai coding google translate yang boleh direct je translate dari melayu ke english. Tapi banyak lak complain nye kata english translate dari google tu berterabur. Maknanye kena translate sendiri le. Tapi masalahnye english aku pun same jugak terabur. Haha. Camne la tu. Adoyai.
Cakap pasal bahasa omputih ni, tetibe rase nak membebel pasal ni. Bebel pasal kerja pun bukan korang paham. Haha. Aku rasa skill aku nak speaking english ni memang dah berterabur tak ketahuan hala merata-rata. Lidah tergeliat tak payah cakap le. Rase macam terbelit-belit lidah aku nak keluarkan ayat omputih. Kiranye memang skill communication in english out terus. Dalam resume boleh tulis skala die 0. Haha. Melampau beno. Nak hiperbola sangat. Takde la tak boleh cakap langsung. Cumanye tergagap-gagap le. Itulah masalah aku sekarang ni ha. Kesian betul! 


Nak buat tak tahu pasal bahasa omputih ni pun tak boleh jugak. Bahasa international katakan. Memang kebanyakan orang guna tambah-tambah bila berurusan dengan bangsa asing ni. Pergi interview kerja dengan syarikat swasta pun kena speaking omputih jugak. Kalau sesama Melayu mengade nak speaking omputih gak dengan aku, memang aku tibai je cakap Melayu dengan die. Tak payah nak gatal speaking sangat la. Nak tunjuk standard ke dengan aku? Tak payah. Hehe. Padahal takut termalu sendiri tak pandai speaking.


Tapi ini la yang aku nak cerita nye. Orang cakap tu aku boleh la paham. Tapi nak balas balik memang terkedu terus. Simple english mungkin takde masalah la. Tapi kalau yang perkataan aku kurang paham tu memang rase blur nak mampus. Nak balas balik memang tak tahu camne. Dah la sekarang ni asyik meeting dengan omputih je sebab ade projek dengan dorang. Takkan aku nak balas cakap Melayu pulak dengan dorang kot. Adudui. Nak menanges je rasa. Kena pergi kelas speaking kot aku ni ha.


Korang takpe la. Memang terer habes speaking kan? Bukan main lagi macam machine gun bersembur-sembur speaking omputihnye. Tulis status kat pesbuk pun kemaen lagi omputih. Ayat hebat-hebat pulak tu. Tapi kalau takat menaip or copypaste je memang ramai yang terer pun. Ni masalahnye cerita pasal berkomunikasi. Ke ade jugak yang pesyen macam aku? Jom kite belajar speaking sama-sama. Haha. 



Bisik-bisik :: Bahasa Arab pun tak pass. Setakat pandai mengaji Quran je boleh la. Nak speaking Arab? Berguguran air mata. T_T


Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

Thursday, 15 December 2011

~Semua Orang Suka Benda Free~



Assalamualaikum. Hai!


Setuju tak kalau aku cakap 'Semua Orang Suka Benda Free'. Entah-entah korang pun tergolong sekali. Aku pun ade kemungkinan jugak la maknanye tu. Hehe. Tipu sangat la kalau ade yang cakap tak tu. Eleleh. Tak yah nak hipokrit sangat la. Mana ada orang yang tak suka kalau dihulur benda free pada dia. Hulur la ape saje asalkan free, mesti laju je terima. Tambah-tambah kalau yang free tu duit. Memang berpinar la mata. Lagi satu bab makanan. Terus perut bernyanyi-nyanyi riang sebab dapat makan benda free. Ye dak?


Okay okay. Tak molek la pulak kalau kata semua orang rakus begitu kan? Sebenarnye ada jugak golongan yang tak berapa gemor nak terima benda free ni. Segan katanya. Tapi ikut keadaan jugak la. Kadang-kadang bile dah disogok, lama-lama hilang jugak rasa segan tu. Nak tak nak terpaksa terima dengan rela hati. Lagipun benda free kan. Dah orang hulur jugak-jugak, tak terima kang terasa hati naya pulak. Jadi keadaan turut berbalik semula pada teori 'Semua Orang Suka Benda Free'. Eh? Macam kena sangat la teori 'Semua Orang Suka Benda Free' ni pada kita. Huehuehue.


Ni kenapa pulak aku tetiba bangkitkan topik begini? Saja nak bincangkan je dengan korang. Nak berkongsi pendapat aku tentang perkara ni. Aku buat pemerhatian tentang teori ni dengan keadaan yang berlaku di sekeliling kita semua sekarang ni ha. Bukannye aku nak memandai-mandai. Cuma nak menyampaikan apa yang sedang aku fikirkan dengan pembaca-pembaca belog aku. Jom kite selidik satu persatu teori ni beserta dengan contoh keadaan. (^_^)


~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~

#Benda Free 1 : Duit

Kalau sebut pasal nak dapat duit free, konfom semua pakat laju je serbu kan? Pepatah cakap 'macam semut hurung gula'. Berduyun-duyun manusia datang sampai sanggup berhimpit-himpit dan bertolak-tolak. Contoh yang berlaku sekarang ialah masa keluarnya borang bantuan persekolahan dan BR1M baru-baru ni. Kemaen lagi semua menyerbu. 


Yang mak bapak selama ni tak pernah nampak batang hidung pun bile cikgu panggil datang sekolah untuk hari PIBG dan penyerahan buku rekod anak, tetibe bile hari tu timbul pulak die. Demi duit. Mereka yang selama ni kemaen lagi pompang pompang 'berceramah politik' ngutuk kerajaan kat kedai kopi, tetibe hari tu die orang pertama yang beratur nak dapatkan borang. Demi duit.


Ye. Kenyataannye ramai orang boleh kabur pandangan bile berkaitan dengan duit. Hal-hal lain boleh tolak ke tepi dulu. Siapa yang taknak kalau dihulurkan duit secara percuma kan? Tapi-tapi-tapi, tiba satu saat tetibe muncul seorang hero yang mengeluarkan kenyataan yang berbaur konspirasi, semua jadi melatah. Mula nak memaki hamun tak ketahuan hala. Pastu memandai membuat anggapan sendiri. Terus semangat nak menyebarkan fakta yang tidak diketahui kesahihan nye. Tak pasal-pasal jadi penyebar fitnah tanpa disedari.


Ololo. Ada yang terasa ke? Maaf la ye. Tak berniat pun nak menyakitkan hati korang. Cuma mata aku sakit tengok orang asyik share benda yang belum tentu betul kat fesbuk tu ha. Sudah-sudah la. Kalau nak duit tu, buat je la permohonan dengan isi borang. Dapat tak dapat itu belakang kira. Ada rezeki ada la. Takda nak buat macam mana kan?


Kalau taknak, duduk diam-diam sudah macam aku. Aku tak teringin pun nak minta sebab aku fikir lebih ramai lagi orang susah yang memerlukan duit tu. Biarlah dorang je yang apply. Aku mampu lagi tanggung diri sendiri dengan duit gaji seciput aku tu walaupun kalau diikutkan aku memang layak jugak untuk memohon. Senang cerita, diam itu lebih baik. Tak suka dan taknak, tak payah nak timbulkan propaganda.




#Benda Free 2 : Makanan

Makanan free yang paling mudah nak dapat ialah masa kenduri kawen. Huahuahua. Jadi bile orang panggil ke majlis kenduri jangan segan-segan nak pergi. Dapat makan free tu, pengantin belanja. Rugi la kalau tak pergi kan? Kui kui kui.


Tapi yang paling best tentang makanan free ni ialah bile dapat baucer makanan free. Kalau tak berapa nak free pun dapat discount yang banyak. Tambah-tambah untuk makanan fastfood macam mekdi dengan kepsi. Lagi menderu-deru orang berebut nak dapatkan. Maklum la makanan standard dan mahal kan? Ye ke?


Tapi-tapi-tapi, bile tetibe kupon free tersebut ditarik semula dan dibatalkan oleh pihak pengurusan restoran fastfood tu, terus semua orang 'terlompat katak'. Memberontak tak puas hati sebab tak berkesempatan untuk dapatkan makanan free. Mula nak memaki hamun tak ketahuan hala. *ulangsemula ayat kat atas* Pastu 'mencarut-carut' kat pesbuk la, twitter la, belog la. Pasal tak dapat makanan free pun nak mencarut ke? Kesian betul. (-_-")


Fikir la logik sikit. Dah nama pun promosi. Walaupun diberikan baucer free, mesti la ade limit jugak jumlah customer yang boleh dapatkan makanan free tu. Kalau takde limit mampos bungkus la restoran fastfood tu. Dah semua orang serbu nak makanan free. Kesimpulannya, siapa cepat dia la yang dapat. Jadi tak payah la nak memberontak sangat. Kalau nak jugak yang free, tunggu je la next offer. Pastu jadi la orang yang pertama ok?


~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~

Hah. Cukup la 2 situasi ni je aku kongsikan untuk bagi bukti yang 'Semua Orang Suka Benda Free'. Yang mana boleh buat ramai orang jadi 'hilang akal' sekejap bila tak berjaya mendapatkan benda free tersebut. Sebenarnya banyak je contoh-contoh lain lagi. Tapi ini aku bagi yang sedang berlaku sekarang ni la. Mengikut peredaran masa la kengkonon nye. Haha.


Maaf la kalau penulisan aku ni membuatkan ade yang 'panas pungkoq'. Meh nak tolong kipas. Kuikuikui. Dah ramai sangat golongan yang jadi 'tak berapa nak betul' sebab benda ni je ha. Rimas betul aku. Tetibe pulak aku yang rimas kan? Ahaha. Ntah ape-ape la korang ni tau. Tak habes-habes buat perangai. Adudui. Sudah-sudah la tu. Jangan asyik nak mengharap benda free je.



Bisik-bisik :: Sebab benda free, ramai orang jadi 'gila'. Kesian...(-_-)


Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

Wednesday, 14 December 2011

~Sikap Buruk Kebanyakan Dari Kita~



Assalamualaikum. Hai!


Entri hari ni nak kongsi pengalaman lagi masa pergi meeting minggu lepas kat Kolumpo. Entri lalu aku kongsikan rasa janggal aku tentang opis besar gedabak yang takde tempat solat. Sian aku datang jauh-jauh dari Penang dengan tak familiar kat area tu, bile masuk waktu solat takde tempat nak solat pulak. Dah le takde transport sendiri kalau nak pergi cari masjid yang terdekat pun. Uhuk! Sadis betul rasenye masa tu.


Kali ni nak kongsi pulak pasal beberapa jenis perangai manusia yang aku jumpa sepanjang perjalanan menaiki pengangkutan awam dari Penang sampai ke Kolumpo. Flight tu kategori pengangkutan awam jugak ke eh? Hentam je la. Dah ramai orang naik kire termasuk jugak la tu. Dah motto nye pun 'Now Everyone Can Fly'. Pengangkutan awam le tu. Hehe. 


~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~

#Manusia 1 : Tak Penyabar Punye Orang

Ok. Kite mulakan dari Penang dulu la ye. Pagi tu bertolak ke Kolumpo aku naik flight. Lepas subuh terus bergegas ke airport sebab memang dah lewat dan tinggal lagi 30 minit sebelum bertolak. Lewat sikit sebab aku nak solat dulu le. Nasib baik la stay rumah Kak Mas (opismate). Rumah die dekat gile dengan airport. Boleh tengok flight naik tiap kali ade penerbangan. Kuikuikui. Dan mujur die pun kena pergi sekali. Kalau dari rumah aku mahu pukul 4 pagi dah nak kena keluar. 


Masa nak naik flight tu ade la insiden sikit berlaku. Kan kami berdua dah lambat. Maka terkocoh-kocoh la kami berdua ni ha. Takut terlepas flight. Haha. Redah punye redah, ikut beratur penumpang yang lain, sekali yang masuk boarding tu untuk penumpang yang nak pergi ke Kuching dulu. Jadi yang nak ke Kolumpo ni kena la ke tepi. Haaa..masa ni la berlaku insiden yang pagi-pagi dah buat aku nak berleter. Nasib baik la aku ni penyabar boleh cakap elok-elok balik dengan Indian guy tu. Sabo je la. 


Ada ke patut die marah kami berdua kononnye kami berdua halang jalan orang nak lalu masuk boarding kat pintu masuk tu. Padahal tak pun. Dah kami terlajak, jadi bile kena tahan tu kami nak patah balik masuk dalam, susah la sikit sebab bertentangan dengan laluan orang nak ke flight. Jadi kami terpaksa berdiri depan die. Tetibe die sound. Kot nak cakap baik-baik takpe jugak. Ntah pape. Sebenarnye die yang rasa terhalang sebab takut kami potong que die nak masuk dulu. Maklum la die berdiri memang betul-betul depan pintu tu. 


Kami pun tak hadap nak berebut masuk la. Bukan ade faedah dan untung pun. Bila naik flight tu memang sedia ade dah tempat duduk. Dah tertulis dalam tiket. Naik lambat ke naik cepat ke takde bezanye. Ingat naek bas ke nak berebut tempat duduk? Perangai buruk benor. Sebab nak berebut naik dulu sesedap rasa je sound orang. Tak reti nak sabar ke?



#Manusia 2 : Cakap Tak Serupa Bikin Punya Orang

Sampai airport LCCT, pergi melantak dulu. Lepas tu naik bas pergi KL Sentral. Dari KL Sentral naik KTM Komuter pulak turun ke Stesen Putra. Then dari situ ambil teksi untuk ke area opis tu. Masa naik teksi ni berlaku lagi insiden yang aku tak berapa nak gemor. 


Mungkin la pakcik tu cuba nak bersikap ramah-tamah dengan kami berdua. Aku takde masalah kalau nak bersembang. Tapi bile tetibe pakcik tu masuk bab politik terus aku rasa macam nak terjun dari teksi tu ikut tingkap. Sumpah rasa semak otak!


"Saya ni bukan nak kutuk la. Saya memang tak suka kutuk-kutuk orang ni. Tapi apa punya haram jadah si Sarijat tu asyik duk mengarut cakap yang bukan-bukan masa perhimpunan agong dorang hari tu. Dah la pakai selendang tayang jambul besor die yang kat depan tu. Ada ke Nuor yang baik tu dikatanye bla bla bla..."


Panjang lagi la yang die berleter. Malas aku nak ambik port. Aku ingat yang tu je la. Haha. Seyes die cakap macam tu. Rasa nak tercabot telinga aku. Yang tak menahan tu cakap tak suka kutuk orang. Tapi dia pulak yang melebih-lebih mengutuk. Apakah? Memang jenis 'cakap tak serupa bikin' punye orang. Adudui..(-_-")

~Gambar Hiasan : Carian Google.~


#Manusia 3 : Kaki Putar Belit Punye Orang

Insiden last ni berlaku masa dah nak balik. Disebabkan leka berhuya-huya dengan besfren aku yang tolong pick kami kat tempat meeting tu hantar ke KL Sentral, terlajak waktu yang dirancang nak naik bas ke LCCT. Haha. Jadi kami tergesa-gesa turun kat bawah konon nak naik bas la. Tapi tengok-tengok bas takde. Aku jadi pelik la. Biasenye bas ade kat situ. Tanye la kat pemandu teksi yang ade. Semua sebok pakat nak tarik suruh naik teksi dorang. Padahal aku tanya kat mana nak naik bas je. 


Ada yang cakap tak sempat la nak sampai LCCT kalau naik bas. Takut jalan sesak la apa la. Ada sorang pemandu tu pulak siap cakap kalau naik teksi die nanti die boleh hantar pergi kat tempat bas tu. Aku pun macam blur-blur. Ape benda la mamat ni merepek. Orang tanya lain cakap belit-belit pulak. Sebab dah rush sangat aku pun rase macam buang masa je tanye kat dorang. Naik balik kat atas dan tanya kat orang yang jaga booth perniagaan kat situ. Rupanye tempat bas dah berubah kat atas. Huk aloh.


Putar belit betul la pemandu-pemandu teksi yang kat bawah tadi tu. Pandai la nak suruh kite ni naik teksi die. Berbelit-belit cakap nye. Macam la kalau naik teksi die boleh terus sampai. Padahal sama jugak jarak dan masa perjalanan nak ke LCCT tu kalau naik bas pun. Macam aku tak biasa pulak. Dulu masa study kat UMS, itulah rutin aku tiap kali balik cuti semester. Ulang alik LCCT dengan KL Sentral. Silap orang la nak tipu wei.


~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~

Hah! Ini la tiga jenis sikap manusia yang aku jumpa sepanjang hari tu. Sabar je la. Tapi ini memang sikap tipikal yang ada pada kebanyakan orang. Kadang-kadang tanpa kite sedar, kite sendiri pun ade jugak sikap begitu. Betul tak? Tak payah le nak menipu sangat. Kite ni manusia lemah. Mesti ade sikap-sikap mazmumah macam tu. Mungkin sedikit dan tidak terlalu ketara. Dan mungkin jugak jelas terpancar. Takde manusia yang sempurna. Kite juga tidak sempurna.


Jadi, seeloknya kite elakkanlah dari bersikap begitu. Sebab ia bergantung pada diri kite sendiri juga. Kalau kita sendiri yang pilih untuk mempamerkan sikap buruk begitu, maka memang akan terserlah sikap tu secara jelas. Tapi kite juga ada pilihan untuk memilih tidak bersikap buruk macam tu, kan? Jadi, tepuk dada tanya iman. Kalau rasa nak jadi manusia yang baik, cuba elakkan semua sikap-sikap buruk yang memudaratkan amalan baik kita. Dan sentiasa berusaha memperbaiki diri. Oke!



Bisik-bisik :: Jom kita sama-sama ubah sikap buruk! (^_^)


Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

Friday, 9 December 2011

~Pejabat Besar Tapi Takde Tempat Solat. Hmmm..~



Assalamualaikum. Hai!


Sebenarnye aku nak kongsikan dengan korang satu situasi yang agak janggal bagi aku. Mungkin bagi korang situasi ni sesuatu yang biase-biase je. Tapi bagi aku agak pelik la. Macam tak boleh nak terima. Entah lah kenapa. Situasi ni berlaku masa aku pergi attend meeting, wakilkan ofis aku kat satu syarikat di KL Isnin yang lalu. Area mana tu tak perlu la kot aku mention secara detail. Cukup la korang tahu dekat KL je ok. Tapi tempat tu memang nampak agak eksklusif la. Macam area orang-orang kaya gitu.


Hmm..disebabkan aku tengok kawasan tu agak eksklusif, maka aku agak risau tentang solat aku. Kenapa aku risau? Sebab aku takut kat situ takde disediakan tempat solat a.k.a surau or at least bilik solat kecik. Bukan aku nak buruk sangka. Tapi melihatkan keadaan sekeliling yang begitu, membuatkan aku terfikir seperti itu. Tapi aku pendamkan dulu. Mungkin kat ofis yang aku nak pergi meeting tu ade la sediakan. Oh! Lupe nak kabo. Aku pergi meeting tu bukan berseorangan. Pergi dengan ofismate aku la.


Memandangkan kami sampai awal 2 jam sebelum meeting yang dijadualkan bermula pukul 2 petang, maka terpaksa la kami ni tercongok dulu. Nak buat camne dah sampai awal kan? Gerak pagi tu dari Penang terus la pergi tempat yang nak dituju bila dah sampai KL. Takkan nak merayap pulak. Bukan ade transport pun. Datang dengan flight dan naik pengangkutan awam untuk pergi kat situ. Jadi haruslah budget masa supaya tak terlewat kan?


Tunggu punya tunggu masuklah waktu Solat Zohor. Aku pun dah gelabah biawak. Takut Zohor dan Asar aku terbabas sebab meeting tu dari pukul 2-6 petang. Memang la boleh jamak. Tapi lebih afdal aku jamak awal kan masa Zohor tu. Mana la tahu meeting tu terlajak sampai lebih dari pukul 6. Tak ke naya? Aku pun bisik kat ofismate. "Agak-agaknye kat ofis ni ade tak sediakan tempat solat? Boleh tak nak tanye kat that girl? Takut nak tanya kot die terasa hati pulak sebab takut die bukan jenis jaga solat." Err..maaf sebab aku buruk sangka kat girl tu hanya melihatkan perwatakan die. (-_-")




Memandangkan waktu masih ade sebelum meeting bermula, aku pun beranikan diri bertanya pada girl tu bila dia datang offer diri nak serve kami berdua air. Masa tu agak cuak jugak la. Berdebar-debar rase takut terlukakan hati die tanye soalan sensitif macam tu. Huhu. Tapi aku terpaksa sebab aku nak jaga waktu solat aku. Itu lagi penting kan? Aku sedaya upaya ajukan soalan sehabes sopan. Bawah ni perbualan kami berdua. Die banyak speaking le. Tapi aku balas dengan Bahasa Melayu. Maklum le tak reti speaking. Jadi die pun terpaksa cakap melayu le. Kuikuikui. 


Dia : Can i get both of u something to drink? Coffee or tea?
Aku : Err..never mind. Nak tumpang tanya sikit boleh tak? Kalau nak solat, dekat mane ye?
Dia : *muka sedikit cuak dan mula menjawab dengan tergagap-gagap* Dekat ofis ni takde tempat solat. Kalau saye nak solat pun, saye drive keluar pergi kat masjid atas bukit belakang sana.
Aku : Oh..tapi kat area sini takde ke mane-mane surau yang berdekatan sebab masjid tu jauh rasanye. Kami takde transport.
Dia : Takde. Kat sini tak boleh la nak provide tempat solat sebab banyak cina dengan omputih. Kalau nak solat dalam bilik ni pun, saye tak tahu arah mane.
Aku : Err..takpe takpe. Just nak tanye je. It's ok. *kesian tengok die gelabah*


Aku pun macam.."What? Takde tempat solat kat opis ni?". Tapi dalam hati je la ayat tu terkeluar. Rasa macam tak percaya je. Sebabnye owner company tu orang sebangsa dan seagama dengan aku. Melayu Islam. How come tak boleh provide satu bilik kecil untuk tempat solat? Aku tengok ramai je pekerja yang muslim. Ada la dalam 5-6 orang. Setiap kali waktu solat takkan pekerja nak lari pergi masjid kot? Jauh jugak tu. Secara logiknye lebih eloklah kalau ade bilik solat kat opis. Kemudahan untuk staf Muslim bersolat. Takkan la tak boleh kan? Untuk omputih dan cina yang bekerja kat situ yang berjawatan tinggi boleh pulak sediakan bilik opis yang besar dan selesa. Pelik betul la. 


Dan sangkaan aku yang that girl tak jaga solat rasa macam betul je. Bukan nak buruk sangka pada dia. Tapi cara dia jawab soalan aku dengan muka gelabah tu dan jawapan die yang sangat tak kukuh, membuatkan aku terfikir begitu. Lagipun macam tak logik je tak tahu arah kiblat sedangkan kata pergi solat kat masjid. Memang masjid tu sedikit jauh la dari situ. Kat belakang dan di atas bukit. Tapi kalau betul you solat kat masjid mesti la tahu arah kiblat menghadap kat mana. Tipu la kalau tak tahu. 


~Gambar hiasan : Carian Google.~


Hmm..entah la. Disebabkan situasi ni aku dah buruk sangka pada orang. Pada awalnya memang dah berbaik sangka dah. Taknak la sesuka hati je kan assume orang tu begitu begini. Tapi bile dah jadi macam ni, terus berubah persepsi aku dan mulalah nak berburuk sangka. Aku kan manusia biasa jugak. Tak terlepas dari  sifat huduh tu ha. Uhuhu. Maaf sedari! Bukan niat saya nak anggap sedari begitu. Uhuk! Istighfar banyak-banyak cik sha.


Seriously memang aku tak boleh terima langsung. Aku rasa macam tak wajar je sebuah company yang owner nye Muslim tak boleh sediakan ruang solat dalam ofis untuk pekerja-pekerja yang Muslim. Kalau owner bukan muslim tu aku boleh la consider lagi. Takpun pekerja-pekerja yang Muslim tu tak boleh ke ambil inisiatif buat ruang solat kat satu sudut. Kecil pun takpe sekurang-kurangnye ada. Misal kata ade outsider yang datang meeting kat situ, boleh la tumpang solat. Kan?


Tak tahu la nak kata apa dah. Cuma mampu berdoa je la Allah bukakan pintu hati owner company tu terfikir untuk sediakan tempat solat kat opis die. Sepanjang meeting aku tak dapat berikan tumpuan. Risau sebab tak solat lagi. Hari tu memang Zohor dan Asar aku terbabas. Sebab meeting drag sampai nak hampir jam 7 petang. Menanges. Terpaksa aku qadha lepas jamakkan solat Maghrib dan Isyak. Mujur habes meeting tu kawan aku sudi ambil dan hantar ke KL Sentral. Aku solat kat sana je la. Sebab nak kejar bas ke LCCT pulak. Flight balik Penang malam tu jugak.


Dan aku rasa macam sangat tak best sebab kemungkinan aku akan banyak kali ke sana untuk hadir meeting lagi dan lagi selagi projek yang termeterai antara opis aku dan company ni tak selesai. Habes tu takkan setiap kali pergi meeting aku kena tinggal solat? Huwaaaa. Rasa berdosa. T_T Hmm. Boleh tak kalau aku nak buat muka tak malu lain kali, aku solat je kat mane-mane sudut dalam opis tu? Nak beli kompas yang tunjuk arah kiblat tu la!



Bisik-bisik :: Bisnes tu bisnes la jugak. Tapi takkan sebab bisnes solat pun nak terbarai? 
Mana nak datang berkat?


Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

Sunday, 4 December 2011

~Kenali Personaliti Melalui Tandatangan. Boleh ke?~



Assalamualaikum. Hai!


Hari ni nak menulis pasal tandatangan pulak. Aku yakin dan pasti semua dari kita ada style tandatangan tersendiri kan? Ada yang kreatif kemaen tandatangan nye berengkoi-rengkoi pusing sana sini. Kadang-kadang sampai tak paham. Ada yang tangan kayu, tandatangan just tulis nama sendiri je. Itu aku la tu. Bhahaha. Betol woi! Aku memang la tak kreatif nak mereka tandatangan yang unik kemaen. Memang kayu habes la tangan ni. Uhuk!


Korang punye tandatangan jenis camne pulak? Aku tahu korang semua kreatif orangnye. Bukan macam aku ni ha. Dah la tak kreatif, tangan kayu pulak. Kuikuikui. Orang cakap, style tandatangan ni ade rahsia di sebaliknye yang kite boleh tahu personaliti orang tu camne. Betul ke? Sape yang buat kajian ni eh? 


Mungkin ade betulnye la kot eh. Aku tak pasti la bab tu. Aku bukan seorang pengkaji personaliti orang. Kalau korang nak tahu rahsia di sebalik tandatangan korang tu, search je la kat google. Kot la korang nak tahu betul ke tak kajian personaliti melalui tandatangan tu dengan korang. Banyak dah belog yang tulis dan hampir kesemua entri same je. Aku taknak la tulis lagi pasal tu. Aku just nak berkongsi pendapat je dengan korang.


Hah! Cakap pasal tandatangan ni, sebenarnye ramai dah komplen pasal tandatangan aku. Sempoi habes. Aku sign nama aku 'shahada' je. Tulisan bersambung, semua huruf kecil dan conget sikit ke atas. Lepas tu ade satu garis dan satu titik dihujungnye kat bawah nama tu. Siap! Memang simple gile. Terang-terang orang boleh baca itu nama aku. Kakak kat opis aku sampai berleter-leter kata tandatangan aku ni orang nak tiru pun senang. Lepas tu siap nak mereka-reka lagi tandatangan untuk aku. Tapi harap maaf la memang aku tak boleh punye la nak ubah. Tolong la camne pun nak create tandatangan untuk aku. Aku takkan punye boleh ikut.


Tempoh hari, adik sedara aku yang baru darjah 5 mintak aku create untuk die tandatangan. Peh! Memang idok le aku nak tolongnye. Sendiri punye tandatangan pun simple nak mampos. Memandai nak mereka tandatangan orang lain pulak. Huahuahua. Boleh ke mintak orang rekakan tandatangan untuk kite ha? Aku tak pernah mintak orang tolong rekakan. Orang beriya-iya nak rekakan untuk aku ade la sebab geram tengok tandatangan tak kreatif aku. Kuikuikui.




Ada orang cakap, tandatangan ni orang boleh tiru tambah-tambah yang simple macam tandatangan aku. Tapi mustahil la orang boleh tiru tandatangan kite sebijik-sebijik walau se'simple' mana pun. Sebabnye pasti ade sedikit keunikan dari cara kite sign tu. Orang memang takkan boleh tiru exactly sama. Mungkin pada pandangan pertama nampak sama. Tapi hakikatnye memang akan ade kelainan. Sebab tu kalau terjadi kes tiru tandatangan ni, bile disiasat akan boleh dikesan. Betul tak?


Macam mana pun jenis tandatangan korang, itulah keunikan yang ada pada diri korang dan ade rahsia tersendiri yang tersembunyi di sebaliknye. Memang la sebenarnye kite tak boleh nak menilai orang seratus peratus hanya melalui tandatangan je tanpa mengenali orang tu secara personal. Tapi mungkin sedikit sebanyak itu boleh dijadikan 'first impression' orang terhadap diri kita. 


Apa-apa pun jangan obses sangat tau nak mempercayai ramalan di sebalik rahsia tandatangan tu. Lagipun itukan manusia sendiri jugak yang kaji. Mungkin ada betul dan mungkin ada tidak betulnye. Kalau nak tahu orang tu macam mana personalitinye, dekati dan kenali lah mereka dengan lebih dekat secara personal. Baru best! Ye dak? Ehehe.



Bisik-bisik :: Aku suka tengok tandatangan orang yang guna huruf jawi. Cantik, kreatif dan unik!


Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

Saturday, 3 December 2011

~Jom Bayar Hutang!~



Assalamualaikum. Hai!


Dah hujung tahun woi! Cepat beno masa berlalu. Tahun baru Islam dah datang menjengah seminggu yang lalu. Tak lama lagi tahun baru Masihi pulak datang menerpa. Usia kita pun semakin bertambah. Maknanya kematian pun bila-bila je boleh datang memanggil. Tapi dah cukup ke amalan kita? Uhuhu. Sama-sama kita pertingkatkan amalan ok!


Entri kali ni nak berbicara pasal PTPTN lagi. Amboi! Pagi-pagi buta dah bercakap pasal hutang. Hehe. Sebenarnye aku tengok kat statistik pencarian entri kat belog ni banyak jugak pasal PTPTN. Tapi kali ni bukan nak cerita pasal ujrah dah. Yang ujrah tu atas korang sendiri la nak accept ke tak. Kali ni aku nak share cara pembayaran PTPTN pulak. Ramai betul search keyword tu. Mungkin ade yang tak jelas macam mana nak buat pembayaran nye eh. 


Korang ni rajin-rajin la godek web PTPTN nun ha. Ada kot dorang jelaskan cara-cara pembayaran. Tapi takpe la kalau korang malas nak pergi sana. Meh sini aku share dengan korang ye. Sebenarnye ada banyak cara nak buat pembayaran hutang PTPTN korang tu. Jangan risau. Aku explain kat bawah ni. Jom baca!

~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~


CARA 1 : MELALUI POTONGAN GAJI

Kaedah pembayaran melalui potongan gaji ni memang disyorkan oleh PTPTN kepada peminjam yang sudah bekerja. Bagi yang bekerja tetap di jabatan kerajaan, cara ini adalah yang paling mudah dan disyorkan oleh aku pada korang. Apply je dengan isi borang yang korang boleh download kat web PTPTN. Malas nak pergi? Leceh nak cari satu-satu link kat web PTPTN. Nah aku bagi link untuk korang direct pergi >> BORANG POTONGAN GAJI.

Lengkapkan kemudian hantar je ok. Mudah! Tapi proses sebelum potongan gaji ni bermula akan ambil masa dalam 1-3 bulan. Dalam tempoh tu korang buat la bayaran sendiri dulu ye. Lepas tu tetiap bulan gaji korang akan ditolak siap-siap untuk bayaran PTPTN. Dah tak payah nak pening-pening fikir tetiap bulan nak bayar. Kadang-kadang terlupa terus.

Bagi yang kerja di sektor swasta kalau berminat nak buat pembayaran melalui potongan gaji pun boleh je. Terpulang atas diri sendiri. Macam aku, kaedah ni aku tolak sebab aku taknak menyusahkan diri sendiri nak ulang proses permohonan pemotongan gaji berulang-ulang kali bila aku bertukar tempat kerja nanti. Maklum la, bekerja dengan swasta ni possibility untuk bertukar tempat kerja memang tinggi. Tapi kalau korang berminat jugak, terpulang la.


Camne pun, kaedah potongan gaji ni memang aku sangat-sangat-sangat syorkan kepada korang yang liat nak mampuih membayar hutang. Memang wajib buat potongan gaji la senang cerita. Kuikuikui.



CARA 2 : PEMBAYARAN DI KAUNTER

Kaedah ini juga boleh korang guna. Tapi pembayaran di kaunter ni akan dikenakan sedikit cas la. Melainkan korang pergi kat PTPTN Centre dan bayar kat kaunter dorang sendiri. Yang tu memang takkan dikenakan cas. Kalau korang bayar di kaunter bank @ pejabat pos, akan ada cas-cas tertentu yang dikenakan oleh pihak berkenaan. Alaa..macam upah la lebih kurang.

Setakat yang aku tahu, kaunter bank yang korang boleh pergi bayar adalah BSN, CIMB dan BIMB. Aku pernah bayar melalui kaunter bank ni kat BSN dengan CIMB je. CIMB akan cas RM2 manakala BSN cas RM1. BIMB aku tak pasti sebab tak pernah bayar kat situ. Kat kaunter pejabat pos pun aku kurang pasti jugak.






CARA 3 : PEMBAYARAN SECARA ONLINE

Haa..yang ni la keyword paling banyak statistik kat belog aku. Untuk pembayaran online, korang boleh je online kat mana-mana akaun bank korang. Setakat yang aku tahu, bank yang sediakan perkhidmatan online untuk pembayaran PTPTN ni Maybank, CIMB, BankIslam, RHB Bank dan Public Bank. Bank lain aku tak berapa nak pasti la ye. Cara direct bayar melalui akaun bank online ni aku tak pernah lagi try.

Dan satu lagi cara pembayaran online ni adalah melalui e-FES. Pembayaran terus kepada PTPTN. Haa..kaedah ni yang aku selalu guna sekarang. Sebab aku boleh semak direct berapa baki hutang aku dan print penyata setiap kali bayar. Korang kalau nak buat pembayaran melalui e-FES ni boleh masuk kat sini >> PEMBAYARAN MELALUI E-FES. Book mark sesiap ok.

Oh! Satu nak diingatkan. Sila hafal dan ingat dalam memori korang Nombor Pinjaman PTPTN korang tu. Ada 6 digit. Senang je nak ingat. Kalau rase otak tu selow nak mengingat, simpan dalam henfon korang. Senang setiap kali online kat e-FES nak bayar, takde la mengagau cari nombor pinjaman korang tu.

Tak tahu apa nombor pinjaman? Boleh semak kat surat tawaran PTPTN yang memula korang terima. Bahagian kodbar kat bawah sekali. Surat tawaran dah tak tahu simpan kat mana? Semak je pakai SMS. Taip  PTPTN NOPIN NOKP pastu hantar kat 33199. Sonang yo! Pastu setiap kali akaun ade duit lebih, boleh le membayar hutang korang tu ye. Anytime! Tak payah tunggu hujung bulan pun takpe. Kih kih kih.

~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~


Amboi! Dah macam jadi duta untuk PTPTN pulak aku ni ha. Suke beno tulis pasal PTPTN. Buat iklan tak berbayar. Boleh mintak komisyen la camni. Takpun mintak pengurangan jumlah hutang. Huahuahua. Takde la. Sebab banyak sangat keyword pasal "macam mana nak apply e-FES dan potongan gaji untuk bayar PTPTN" kat belog aku. Aku cuma nak berkongsi maklumat je la dengan korang. Tak salah kan?


Macam yang selalu aku membebel pasal PTPTN ni. Korang tak payah la nak merungut dah PTPTN tipu la itu la ini la. Bayar je la apa yang korang dah pinjam dari dorang tu. Merungut je tak habes-habes. Masa dapat duit tu kemaen lagi lupe diri berjoli sakan. Bukan nak guna untuk pengajian. Tu korang la tu. Aku tak pernah guna duit PTPTN untuk benda lain selain untuk pengajian dan beli tiket flight nak pergi balik semenanjung-sabah. Sebab tu kalau orang tanya kat aku, "ko pergi belajar kat Sabah tu mana je ko dah pergi?" aku akan jawab "aku pergi sana belajar bukan nak berjalan". Rugi? Lantak le. Aku bukan orang kaya wei!


Buat loan bank pun same je macam loan PTPTN ni ha. Ada percentage cas yang dikenakan atas bayaran balik. Boleh je korang diam tak merungut kan? Berpuluh ribu buat loan nak beli kereta la, nak buat belanja kawen la, nak beli rumah la, nak repair rumah la, macam-macam lagi la. Senyap je sebab dapat duit berkepuk sekelip mata. Sanggup je bayar tetiap bulan tak bising-bising kat pihak bank. Bila part PTPTN kemaen lagi hingaq nak mampuih mengomel. *Aku dah insaf dah. Tak merungut kat PTPTN dah. Aku bayar je banyak mana aku mampu tetiap bulan tau!*


Ingat..HUTANG WAJIB DIBAYAR! Lantak la deme nak makan riba ke, upah ke, ape ke. Bukan kita semua tak pernah komplen. Dah berbuih-buih kan komplen. Dah lepas dah tanggungjawab kita part menegur tu. Lagi satu part kita yang tak selesai ialah MEMBAYAR HUTANG. Silalah bayar ye sedara sedari sekalian. Sekian saje bebelan saye setakat ini. ;p



Bisik-bisik :: Jom langsaikan hutang! Jangan bertangguh ok. Ecewah. Hehe.


Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

Wednesday, 30 November 2011

~Membela nasib anak kucing terbiar~



Assalamualaikum. Hai!


Dah lama tak cerita pasal kucing kan? Hari ni aku nak cerita pasal makhluk Allah yang comel ni la. Lepas insiden anak-anak kucing kesayangan aku mati sekor demi sekor atas sebab yang aku sendiri kurang pasti samada terkena jangkitan virus, keracunan atau efek ubat rawatan di vet, aku dah kurang cerita pasal kucing kat belog ni. Kesedihan tu masih belum hilang sepenuhnya lagi kot. Uhuk.


Selepas kehilangan anak-anak bulus aku tu, cuma tinggal seekor saje kucing yang masih dalam peliharaan aku. Mak kepada anak-anak bulus yang dah meninggal tu le. Mak dorang je yang masih hidup dan sehat walafiat sehingga kini. Dan sudah tentulah perhatian aku sepenuhnya tertumpu kat die sekor je. Die pun sekarang bukan main mengade dan bertambah gemok sebab aku beri jagaan rapi dan perhatian kat die semata-mata. 


Korang yang ikut belog aku ni mesti tahu aku ni memang seorang cat lover kan? Disebabkan aku kesian si Cik'ah ni tinggal sekor dan takde kawan, tempoh hari aku telah adopt seekor anak kucing yang aku kutip dari kedai jual ikan+sayuran kat depan taman perumahan aku ni. Ehehe. Sebenarnye aku nak ambil kitty lain yang aku ternampak 3 hari sebelum tu. Sayangnye die dah hilang pergi mana pun tak tahu. Pakcik kedai tu cakap lagipun kitty tu tak berapa lawa. Sian kitty tu. Jadi pakcik tu sua pada aku kitty yang lain.


Mulanye macam sedih jugak la sebab kitty yang aku nak takde situ dah. Tapi bile belek kitty yang pakcik tu bagi aku jadi kesian pulak sebab mata die buta. Rasanya lah sebab mata die tak macam mata kucing lain. Macam ade selaput yang tutup anak mata die. Kesian sangat! Jadi aku pun dengan rela hati adopt kitty tu. Masuk hari ni dah 2 hari la aku bela die. Manja gile! 



~ Hai! Nama saya Boboi. (^_^) ~


Haa..yang kat atas ni la kitty yang aku adopt tu. Aku bagi nama Boboi. Pengaruh dari kartun Boboiboy la ni.  Lagipun die jantan. Ngam la tu kan. Hehe. Buat masa ni aku asingkan die dalam sangkar lain dulu. Tempoh hari lepas ambil die aku mandikan then masa lap-lap bulu die tu terjumpa kutu. Takut berjangkit kat si Cik'ah tu pulak jadi kena la bagi duduk jejauh. Bile dah takde kutu kang baru leh bagi kawan. 


Tips penjagaan kucing ni, kalau salah sekor ade kutu, kurap, penyakit atau demam, memang kena asingkan dari kucing yang lain dulu. Sebab nanti boleh berjangkit. Ini aku belajar dari pengalaman membela anak-anak bulus yang dah meninggal tu jugak la. Aku pun tersilap langkah jugak masa tu. Tahu ade salah sekor sakit tapi aku tak asingkan sebab kesian nak asingkan die sekor-sekor. End-up semua sekali saket dan mati lepas dapatkan rawatan di vet. Wuu. Takpe. Pengalaman mengajar kite untuk lebih berhati-hati di masa depan kan?


Lagi satu tips, kalau ade kucing yang saket, cepat-cepat bawak pergi vet tau. Jangan bertangguh kononnye.. "Takde ape-ape. Saket sikit je. Nanti baik la ni. Kucing kan pandai ubat diri die sendiri. Ada 9 nyawa." Banyak la korang kucing 9 nyawa. Mitos je kot tu. Kalau nak menyesal buat la camtu ye. Nanti korang rase la ape yang pernah aku rase dulu tu. Uhuhu. Tapi kalau tak mampu nak bawak pergi vet, jangan khuatir. Ade jugak petua-petua lama yang boleh merawat kucing-kucing yang saket ni sebenarnye. Kalau die tak saket terok la. Kalau saket terok sila bawak pergi vet.


Nak petua lama tu, kena rajin-rajin search kat internet ni la ye. Banyak sangat! Ramai orang yang ada bela kucing dan berpengalaman suka share petua tau. Aku selalu refer kat belog Kucing Terbiar ni kalau nak tahu pasal penjagaan dan rawatan kucing. Ada jugak la belog lain yang aku refer. Cuma aku suka lepak kat belog tu. Ehehe. Kadang-kadang aku call je doktor kat vet nak mintak advise kalau rase tak berduit nak bawak kucing pergi buat rawatan. ;p


Eh. Lagi satu nak pesan kat korang yang berminat nak bela kucing ni. Tak payah la perabih duit pergi beli kucing yang mahal-mahal tu. Membazir. Kutip je kucing-kucing yang kena buang kat pasar ke, tepi jalan ke kat mana-mana la. Dorang pun comel jugak ape. Kesian kat kucing-kucing tu terbiar. Dorang lagi perlukan penjagaan rapi dan perhatian kita tau. Lagipun dapat pahala kot sebab membela nasib dorang. Eceh! Hehe.



Bisik-bisik :: Tak paham kenapa ada orang suka buang-buang kucing ni. Takde rasa kesian ke eh dalam hati dorang. Haishh..(-_-")


Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

Sunday, 27 November 2011

~Trend Kad Kahwin #1 :: Pangkat Kerja~



Assalamualaikum. Hai!


Terlebih dahulu Selamat Tahun Baru diucapkan buat semua umat Islam. Alhamdulillah. Masih dipanjangkan umur kita semua. Semoga kedatangan tahun baru ni menjadikan kite insan yang lebih baik. Sama-sama kite hijrah diri ke arah kebaikan oke? Jangan pulak hijrahkan diri ke arah keburukan. Ish3. Terbalik pulak tu. Apa-apa pun, Salam Maal Hijrah buat semua. (^_^)


Diam tak diam dah seminggu rupanya bebudak cuti sekolah ek? Jelesnye! Nak jadi budak sekolah balik boleh tak? Err..ini namanya tak sedar diri. Perasan mude le tu. Padahal dah kertu. Hehe. Disebabkan cuti sekolah dah bermula, maka tetiap minggu ade je la kenduri kahwen. Dan banyak sangat jemputan yang diterima. Dari kawan-kawan aku, staf-staf kakak dan makcik-makcik kawan mak. Kami pergi mana yang sempat je la kalau takde perancangan lain.


Haa..dalam banyak-banyak kad kawen yang diterima, ada beberapa keping kad kawen yang menarik minat aku untuk diceritakan dan dikongsikan dengan korang. Kad kawen yang mak aku dapat dari kawan dia kat sekitar rumah ni la. Ehehe. Apa yang menarik sangat tu ye? 


Hmm..satu yang aku perasan, jiran-jiran kat rumah aku ni ade sikap yang pelik beno pada pandangan mata aku. Sikap nak berlumba-lumba tunjuk siapa yang boleh buat majlis kawen yang paling grand. Yang itu satu hal la. Memang dari dulu lagi kot. Ini yang baru aku dapat tahu, sikap nak menunjuk pangkat menantu tu kerja apa. Erk?


Serius weh! Dalam kad kawen tu tertera pangkat si menantu tu. Setakat ni yang dah aku jumpa ada dalam 2 kad kawen yang mak dapat. Pangkat Inspektor dengan Leftenan Muda. Amboi..hebat beno kerja si menantu nye eh. Ini kalau kerja Doktor ke Engineer ke mahu beso gedabak nama menantu tu dengan pangkatnye sebagai Dr. dan Ir. dicetak pada kad kawen tu. Adudui. 



~Imej disedut dari Google~


Sebelum ni kan, aku ingatkan kaum India je yang suke wat camni. Aku pernah dapat kad jemputan kawen dari kawan India aku. Dalam kad kawen dorang memang akan ditulis si pengantin perempuan dan lelaki tu belajar tahap ape kalau dorang belajar tinggi. Maksud nye jenis degree ke master ke Phd ke dan kat universiti mana dorang study. Memang akan dicetak di bawah nama pengantin. Tapi tak kesah la sebab dorang memang suka menunjuk pun kan.


Masalahnye, sekarang ni orang Melayu kite pun dah mula buat camni jugak eh? Maksud aku orang kebanyakan macam kite ni la. Yang ade pangkat Dato' Datin Tan Sri Puan Sri semua tu memang le dalam kad kawen anak depa tertera nama depa yang berpangkat tu. Ini orang yang biase-biase ni ha. Tak nak kalah jugak tu. Nak jugak tulis pangkatnye kerja apa. Alahai..


Buat apa lah nak menunjuk ye. Dapat apa dengan berbuat demikian eh? Nak orang memuji yang dorang tu pandai pilih menantu ke? Nak orang puji yang anak gadis dorang pandai pilih suami ke? Pelik betul la aku rasa sikap sesetengah orang ni. Terlalu mengagung-agungkan darjat dan pangkat. Lepas tu suka menayang kat semua orang. Penting sangat ke pangkat ni?


Entahlah. Bukan niat aku nak mengata ye. Cuma aku berasa sedikit jelik dengan sikap orang yang begini. Ramai sangat orang yang suka menunjuk-nunjuk ni rupanye eh. Memang dah jadi trend gamaknye kot. Aku pun tak tahu la. Sebab aku bukan jenis mengikut trend. Ehehe. Agaknye mungkin sebab orang kita ni terlebih 'prihatin' sangat kot. Mulut tu 'ringan' je nak bertanya kat tuan rumah menantu nye kerja apa. Jadi nak senang cerita malas nak menjawab banyak kali, tulis je atas kad kawen la. Takde orang tanye banyak-banyak kali. Ye dak? Ekeke. 


Apa-apa pun, tak kesah la kawen dengan kerja pangkat apa sekalipun, tak perlu la nak menunjuk sangat ye. Biar low profile. Orang tanya pun senyum je takyah jawab ape-ape. Lantak deme la nak ngate ape pun. Menyebok je hal orang. Kite buat rileks sudah. Hehe. Janji perkahwinan yang dibina berbahagia sehingga ke akhir hayat dan sentiasa dirahmati serta diberkati Allah. Itu lagi penting.



Bisik-bisik :: Pangkat bukan jaminan rumahtangga bahagia ok!


Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

Wednesday, 23 November 2011

~Kini berwajah baru!~



Assalamualaikum. Hai!


Dah hampir seminggu menyepi. Agak sebok dengan kerja dan aktiviti harian. Sampai tak menyempat nak jengok belog sendiri. Komitmen oi. Biasa la tu kan. Nama pun wanita bekerjaya. Ececeh. Lagipun sekarang ni ade projek nak kena setel. Memang sebok le.


Projek pertama, design belog bisnes kakak encik CH. Belum siap lagi. Tapi encik CH dah bayo. Adudui. Kena setelkan cepat ni. Projek kedua, ada someone upah aku buat projek Multimedia. Perbetulkan scripting dan design. Masih on progress. Dan tempoh hari dapat sorang customer upah designkan header belog die. Yang ni dah setel. Design header kejap je kot. Ingatkan takde yang berminat nak aku design header. Maklum le tangan kayu. Ehehe. 


Alhamdulillah. Ada jugak bisnes masuk. Walaupun sikit tapi untuk permulaan ok la tu kan? Lagipun ini part-time je aku buat. Terima kasih kepada yang memberi sepenuh kepercayaan nak gunakan khidmat aku. Maaf  sesangat kalau hasil nye takde la hebat mana. Itu je yang mampu aku buat. Maklum le tangan tak berseni ni yang buat kerja. Sila lah pasrah ye. Hehe. Tapi aku akan pastikan aku beri khidmat yang terbaik untuk customer aku. Kredibiliti diri kena jaga jugak. Baru customer trust. Ye dak?


Diam tak diam dah nak hujung bulan 11 dah. Dan lagi 3 hari umat Islam akan sambut tahun baru 1433 Hijriah. Alhamdulillah. Allah masih beri peluang buat kita semua untuk terus bernafas dan menjalani kehidupan seharian. Semoga kita tidak terus lalai dan alpa sebab masih ada tanggungjawab yang perlu kita laksanakan sebagai khalifah di bumi ini. Semoga Allah terus memberi kita kudrat untuk terus berjuang. InsyaAllah.



~Header baru belog busuk ini. Nak tengok template penuh? Sila skroll sampai bawah ok! (^_^)~


Ahaa. Korang perasan tak ada perubahan dekat belog aku ni? Banyak sangat yang berubah. Totally! Aku redesign semula belog dan buat template sendiri. Dan inilah hasilnya. Tiga hari aku gigih menggodek coding sampai rasa macam nak rabak mata ni. Tido pun tak sempurna sebab tak puas hati selagi tak siap sepenuhnya. Itu yang sampai tiga hari aku seksa diri sendiri design belog ni bagi siap. Haha. Amacam? Cantik tak wajah baru Belog Riesha Ariesha ni?


Of koz le aku design ni rujuk dekat tutorial jugak. First time kot design template sendiri. Jadi kena la buat rujukan. Mana boleh terus pandai kan? Terima kasih la kepada blogger-blogger yang baik hati sediakan entri tutorial yang berlambak-lambak. Walaupun ada yang entri copypaste dan tak menjadi pun bila cuba. Tapi takpe. At least aku belajar something. Ada jugak coding yang aku pandai-pandai sendiri ubah. Nasib baek la ade ilmu sikit dan pernah belajar masa kat universiti dulu. Ehee.


Kenapa aku redesign belog ni? Sebab ini adalah hadiah untuk diri sendiri dan belog kesayangan sempena 2 tahun dah aku berbelog. A'ah! Lagi tiga hari genap 2 tahun aku menulis belog. 27-11-2009 hingga 27-11-2011. Serentak dengan Awal Muharam besday belog aku kali ni. Kebetulan pulak. Jadi sempena tahun baru maka belog pun berwajah baru la. Ehehe.


InsyaAllah aku akan terus menulis selagi masih diberikan ilham. Semoga perkongsian aku di belog ini juga banyak memberi manfaat buat semua pembaca aku. Maaf andai selama berbelog ni ada penulisan aku yang telah mengguris hati sesiapa saja yang membaca. Tiada sekelumit niat pun yang terdetik untuk menyakiti hati korang tau. Maafkan aku. Apa-apa pun, aku berharap penulisan aku ini akan terus dibaca oleh korang. Ehehe. Terima kasih kerana menyokong aku. Sayang semua!



Bisik2 :: Macam tak percaya dah 2 tahun aku membebel tak hengat dunia kat belog ni. ;p


Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

Tuesday, 15 November 2011

~Ujian Hidup dan Rezeki Kita Berbeza~



Assalamualaikum. Hai!


Sedar atau tidak, kita selalu merungut dengan setiap ujian hidup yang dihadapi dan rezeki yang diberikan pada kita. Ada je yang kita berasa tidak puas hati. Merungut tanpa henti. Seolah-olah kita sahaja yang 'bernasib malang'. Mula nak membandingkan diri dengan insan lain. Kemudian cemburu dengan 'nasib baik' mereka. Sedangkan kita terlupa yang setiap manusia tidak ada seorang pun yang akan terlepas dari berhadapan dengan ujian hidup dan rezeki. Cuma ujian yang dihadapi berbeza keadaannya. Itu lumrah kehidupan yang nyata.


Ujian Hidup

Sepanjang kehidupan sebagai seorang manusia, kita akan melalui 2 fasa ujian hidup yang pasti menguji kekuatan iman. Ujian kesenangan dan ujian kesusahan. Mampu atau tidak untuk kita berhadapan dengan kedua-duanya? Allah takkan sesekali menguji hamba-hambaNya dengan ujian yang tidak mampu dipikul oleh mereka. Setiap ujian yang diberikan pasti bertepatan dengan kemampuan kita. Itu janji Allah.


Ujian kesenangan. Hidup mewah, bijak belajar, tidak menghidap sebarang penyakit berbahaya, rumahtangga bahagia, bekerjaya hebat, berpangkat dan dikenali ramai. Itulah antara ujian-ujian kesenangan kurniaan Allah kepada hambaNya. Allah selalu memberikan ujian kesenangan ini kepada insan yang terpilih untuk menguji seteguh mana iman mereka. Selalunya iman pasti akan goyah kerana menjadi terlalu leka dan lupa diri. Sehingga semakin jauh tersasar dan lupa bersyukur dengan nikmat kurniaan Allah itu. Lalai dengan kesenangan hidup yang diberikan. 


Ujian kesusahan. Hidup merempat tidak berharta, tidak bijak belajar, menghidap pelbagai penyakit kronik, rumahtangga berantakan, tidak bekerjaya, tidak berpangkat dan selalu dicemuh orang. Inilah antara ujian-ujian kesusahan yang Allah turunkan kepada hambaNya untuk menguji dan menyedarkan mereka tentang hakikat kehidupan di dunia. Yang mana tidak semua akan mendapat kesenangan semasa kehidupan mereka di dunia. Bagaimanapun, mereka yang menerima ujian kesusahan ini seharusnya menjadi semakin 'tunduk' dan menyedari akan kelemahan diri sebagai hambaNya yang kerdil.


Samada ujian kesenangan atau ujian kesusahan yang dialami, kita wajib bermuhasabah diri setiap masa. Setiap ujian pasti ada hikmahnya yang tersendiri. Jadi janganlah selalu merungut. Sebaiknya kita mohon petunjuk dari Allah supaya sentiasa membimbing kita dengan jalan yang betul untuk kuat mengharungi setiap ujian yang menimpa.


Sesungguhnya ujian kesenangan lah yang paling perlu ditakuti kerana kita akan mudah hanyut dan lupakan Tuhan. Sedangkan ujian kesusahan akan menjadikan kita lebih dekat dengan Tuhan. Itulah lumrah kehidupan manusia yang mudah alpa. Bila 'senang' Allah dilupakan, bila 'susah' Allah yang dicari.


~Credit : image taken from here.~



Ujian Rezeki

Setiap dari kita ada rezeki yang tersendiri. Namun dalam urusan rezeki ini juga ada ujian yang Allah turunkan. Murah rezeki dan berat rezeki. Itu perumpamaan yang dicanangkan oleh orang-orang lama. Seperti 'Ujian Hidup' inilah 2 fasa dalam Ujian Rezeki. Harta, kerjaya, jodoh dan anak adalah antara contoh rezeki yang paling dekat dengan kita. 


Bagi yang diuji dengan 'murah rezeki', maka segala yang diinginkan pasti mudah untuk dikecapi dan dipermudahkan Allah. Rezeki harta - sudah kaya bertambah kaya. Rezeki kerjaya - senang dinaikkan pangkat dan gaji. Rezeki jodoh - urusan mencari pasangan hidup berjalan lancar. Rezeki anak - dikurniakan zuriat yang ramai. Tapi berapa ramaikah yang bersyukur dengan nikmat ujian 'murah rezeki' ini? Realitinya, ramai yang terlupa untuk bersyukur.


Bagi yang diuji dengan 'berat rezeki' pula, terpaksa menerima hakikat dan redha dengan ketentuan dan ujian yang diberikan oleh Allah. Rezeki harta - tetap hidup miskin. Rezeki kerjaya - sukar mendapatkan pekerjaan. Rezeki jodoh - urusan mencari pasangan hidup menjadi sangat sukar. Rezeki anak - tidak dikurniakan zuriat. Namun, ujian-ujian ini sepatutnya menjadi pemangkin untuk terus berusaha memperbaiki diri. Terus berdoa kepada Allah, bertawakal dan cari jalan terbaik untuk cuba merungkai ujian 'berat rezeki' tersebut. Bukannya hanya berteleku mengharapkan keajaiban berlaku.


Sesungguhnya Allah akan 'membuka jalan' yang lebih luas untuk mereka yang sentiasa bersyukur dan berusaha. Rezeki adalah rahsia dan kurniaan dari Allah. Dengan kehendakNya tidak mustahil mereka yang 'murah rezeki' akan diuji dengan 'berat rezeki' dan begitulah sebaliknya. Jadi kita perlu sentiasa bersedia dengan segala kemungkinan yang boleh berlaku.


~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~


Pendek kata, ujian hidup dan rezeki kita adalah ketentuan dari Allah. Walau bagaimanapun, jika kita berusaha untuk mengubah diri dan kehidupan kepada yang lebih baik, pasti Allah akan mempermudahkan segalanya. Yang penting kita tidak pernah lupa untuk memohon petunjuk dariNya dan mensyukuri setiap kurniaan ujian yang diturunkan. 


Jadi, janganlah selalu sangat merungut jika ditimpa ujian hidup dan rezeki kerana itu adalah peringatan Allah buat kita. Dan jangan sesekali membandingkan diri kita dengan orang lain. Tak betul langsung tu. Membandingkan hanya akan membuatkan kita jadi putus asa dan tidak redha dengan ujian dari Allah. Lagipun ujian hidup dan rezeki kita adalah berbeza. Sentiasalah bermuhasabah diri. Itulah yang terbaik. 



Bisik2 :: Peringatan buat diri sendiri juga yang kadang-kadang selalu 'termerungut'. Huhu. T_T


Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

Sunday, 13 November 2011

~Rahsia Hubungan Rapat Dengan Keluarga Bakal Mentua~



Assalamualaikum. Hai!


Entri santai hujung minggu. Walaupun Raya Haji dah lepas seminggu yang lalu, tapi saje nak kongsi pengalaman beraye kat Terengganu. Orang cakap sambutan Raya Haji sebelah negeri Pantai Timur meriah kan? Jadi aku nak cerita la pengalaman aku merasai sendiri suasana Raya Haji kat sana. 


Oh ye. Sebenarnya raya tempoh hari aku ikut kakak dan adik perempuan encik CH balik kampung. Dorang berdua stay kat Penang ni. Kakak CH kerja nurse kat sini. Adiknye pulak belajar course nurse pergigian kat sini jugak. Jadinye bile dorang bercadang nak balik kampung, dorang akan pelawa aku ikut sekali. Dah beberapa kali tak berkesempatan, Raya Haji hari tu baru berpeluang. Dan mak pun izinkan. Maka aku pun dengan hati gumbira terima la pelawaan kakak encik CH. Dapat jumpa encik CH setelah sekian lama tak jumpa. Mestilah aku suka. Hoho. Dan malam hari Jumaat tu dorang datang ambil aku dekat rumah.


Malam tu bertolak turun Shah Alam dulu rumah abang ngah encik CH. Pagi Sabtu konvoi 2 buah kereta menuju ke Terengganu. Lotih tak payah nak kabo le. Perjalanan menjadi sangat panjang sebab jalan jammed merata-rata. Maghrib baru sampai Terengganu. Encik CH sebenarnye tak tahu pun aku ikut kakak dan adik die dari Penang. On the way tu sepanjang jalan mesej aku punye la cover line bagi tak terkantoi. Kononnye surprise dari aku la tu. Sekali dah sampai die buat rileks je. Mesti rahsia dah terbocor ni sebab abang ngah sampai dulu dari kitorang. (-_-")


So, macam mana suasana Raya Haji kat Terengganu yang aku alami? Err..sebenarnya masa raya tu kami tak sebok sangat nak beraya sebab malam tu kakak encik CH yang lagi sorang nak bertunang. Jadi persiapan untuk bertunang yang diutamakan le. Cuma ade la sesi bersalam, ambil gambar dan pergi beraya rumah sedara mara dorang. Aku mengekor je la. Kalau ade sedara mara dorang tanya aku sape, kami berpakat kata aku ni kawan adik encik CH dari Penang. Huahua. Itulah untungnye menjadi rapat dengan adik beradik kekasih hati ye. ;p



~Ramai kan? Aku bersama famili encik CH, abang ipar, kakak ipar dan anak-anak buah beliau. Mane aku? Tu ha yang tersepit tepi tingkap kena himpit dengan ayah beliau. Beliau jadi jurukamera. Kui3.~



Balik dari beraya sebok siapkan dulang hantaran, backdrop tempat kakak encik CH nak duduk sarung cincin dan makanan untuk tetamu. Majlis tunangnye berlangsung di malam hari. Simple je majlis tapi agak meriah la. Ramai betol rombongan dari pihak lelaki yang datang. Oh ye. Aku jadi bidan terjun mekapkan kakak encik CH. Mekap light je. Natural. Aku sendiri tak bermekap sebenarnya. Tapi aku suka la mekapkan orang kalau ade permintaan. Cuma takde la hebat macam pakar.


Itulah pengalaman aku beraya aidiladha kat Terengganu. Ini adalah kali ketiga aku pergi rumah keluarga encik CH sepanjang 6 tahun berkawan. Pertama kali masa abang ngah encik CH kawen. Kali kedua masa balik dari konvo kat Sabah, ayah die yang pujuk ikut balik Terengganu. Alhamdulillah kehadiran aku memang diterima baik oleh keluarga encik CH walaupun pada mulanye encik CH takut-takut nak kenalkan aku kat famili die dan aku pun cuak nak mampos takut kena reject. (-_-")


Apa rahsia aku boleh get along dengan famili encik CH? Rahsianya ialah jadi diri sendiri. Yang penting kena pandai bawak diri, jaga pertuturan dan sikap, hormat semua ahli keluarga, berkawan baik dengan adik beradik dan tahu nak ambil hati parents. Aku baik dengan semua adik beradik encik CH yang 8 orang lagi tu. Dengan mak ayah encik CH pun alhamdulillah aku boleh ngam. Walaupun kekadang tersalah komunikasi la jugak. Err..maklum le deme cakap bahasa ulu ganu. Kekadang aku tak berapa nak paham. Bahasa ganu moden aku paham le sikit-sikit. Ekeke.


Haa. Itulah rahsia hubungan rapat aku dengan keluarga bakal mentua. Ececeh. InsyaAllah. Ye la kan. Aku nak kawen dengan encik CH nanti bukan aku kawen dengan die semata-mata. Kena la berbaik dengan famili die jugak. Korang yang dah kawen pun boleh je gunakan rahsia aku ni ha. Lagi bagus. Takde ruginya kita jaga hubungan rapat dengan keluarga mentua. Baik yang lelaki mahupun perempuan. Untung tahu tak? Baru hubungan suami isteri dan kekeluargaan tu erat dan mesra sepanjang masa.


Dah rapat dengan famili beliau, bile lagi cik sha dan beliau nak ikat jadi kekasih halal? Nak tunggu ape lagi? Err..boleh tak jangan tanya soalan cepumas ni? Haha. Jangan risau, ade berita baik akan aku khabarkan buat pengetahuan semua. Just wait and see. Jangan le gopoh-gopoh. Ada lagi sorang kakak dan sorang abang encik CH tak lepas lagi. Takkan nak langkah bendul kot. Konkrit tak alasan ni? ;p



Bisik2 :: Beruntung rasa bila diri diterima baik oleh seluruh famili si dia yang disayangi, kan?


Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)
 
Copyright @ Shahada Fauzi Official Blog | Since 2009 | All Right Reserved
Designed By Shahada Fauzi | Powered By Blogger.com