Saturday, 2 October 2010

~Selamat Datang OKTOBER!!~



Selamat pagi semua. Dah subuh ke belum? Pagi ni seawal jam 4 aku dah terjaga. Tersedar dari tidur mampus sebab nyamuk mai menyanyi kat lobang telinga aku. Ceit! Spoil betul nyamuk ni. Sedar2 rupenye aku elok je terbaring kat atas sofa ruang tamu. Lor..aku tertidur kat sini rupenye. Eh? Baru aku teringat yang aku belum isya' lagi masa tu. Terus terkocoh-kocoh bangun p solat isya' pukul 4 pagi. Ish3. Buruk la benau perangai. Sila jangan ikut perangai buruk aku ni. -_-"



Selesai solat dok kire2 macam mane aku leh tertidur kat sofa tu. Fikir punye fikir rupenye aku terlena masa dok baring2 tengok berita kat tv. Makan malam pun idak. La..sampai hati mak tak bangunkan aku. Eh, jap2. Aku rasa macam ada orang kejut aku. Tapi aku mabuk2 ayam (peribahasa ape ni? haha) takleh nak bukak mata. Padan la aku terjaga awal pagi ni. Dah tidur mampus tak ingat dunia rupenye. Hehe.


*Abaikan tahun 2009 dan watermark tu..aku malas nak edit..haha..*




Hari ni dah 2hb seploh dah eh. SELAMAT DATANG OKTOBER!! Tetibe teringat lagu Awie yang Tragedi Oktober tu. Kui3. Jap nye dah bulan seploh. Lagi dua bulan dah nak habis tahun 2010. Hoh? Cepat betul masa berlalu. Sedar tak sedar dah 5 bulan aku kerja. Eh2..cukup setahun nak bertunang la. Haha. Berangan la kau cik sha. Sila pastikan anda dah tunaikan tanggungjawab anda pada mak anda dahulu ye. Baru 5 bulan tanggung mak kau dah berangan nak tunang. Jangan nak ngengade. Huhu.



Ingat nak pergi ofis hari ni. Nak setel kerja yang tertangguh. Tapi..macam malas la pulak. Ofis jauh tu. Kalau dekat aku ringan badan la jugak nak pergi. 40 minit tu perjalanan. Itu pun kalau rempit laju2. Pergi balik dah 80 minit. Cuti2 ni orang nak rest. Aku lak fikir pasal kerja. Memang gile kerja betul. Nak pergi ke tak eh? Hmm. Tengok la macam mane kang. Takpun aku keluar cuci mata pun ok gak kan. Baru dapat gaji ni. Nak shopping tak tahu nak beli ape. Rase macam nak pergi buat facial dengan rambut. Tapi..macam membazir duit pulak. Eh? Macam2 betul alasan aku ni. Haha. Senang2 lepak je kat rumah tengok hindustan kat tv sampai muntah. ^_^



Ok la. Aku nak blog walk jap. Semalam kan tido awal. Tak sempat nak baca entri kawan2 yang terbaru. Hehe. Jap g kalau rajin aku tulis entri baru. Bye.



bisik2:: Malas pulak nak mandi pagi hari ni. Wahahaha.


Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

2 LOVE NOTES

  1. Hoho.. Sangat sekejap.. Rasa tak puas lak.. Adehhhh..

    ReplyDelete
  2. penat sangat kot. tu yg cik sha smpai tdur ats sofa x sedar apa tu :p

    ReplyDelete

Membebel dengan penuh hemah. Terima kasih!






 
Copyright @ Shahada Fauzi Official Blog | Since 2009 | All Right Reserved
Designed By Shahada Fauzi | Powered By Blogger.com