Saturday, 11 September 2010

~beraya sakan dan rumah terbuka~



Salam 2 Syawal. Dah hari raya kedua dah eh. Sekejap betul masa berlalu. Semalam seharian berjalan pergi beraya. Sakan sungguh aku ngikut adik+adik ipar pergi beraya rumah sedara mara depa kat Muar. Pastu pas Jumaat aku ajak adik ipar pergi beraya kat rumah mak angkat aku kat pontian. Mak ai. Jauh jugak Muar dengan Pontian. Pukul 2.30 petang gerak dari Muar. Sampai Pontian pukul 5 petang.



Hui. Letih kot. Tapi aku kena pergi jugak la rumah mak angkat sebab memang dah janji nak pergi beraya dengan die. Kang merajuk lagi pulak mak angkat aku tu. Beliau kuat merajuk tau. Hehe. Lagipun dah 4 tahun tak jumpa kot. Lama tu. Asyik berhubung guna henpon je. Kadang2 tak terbalas mesej beliau kalau aku letih kerja. Pastu beliau mesti merajuk2. Hik3. Salah aku jugak. Maaf mak. Semalam sha dah pergi beraya rumah mak. Mesti dah terubat rindu mak kat sha kan? Hee. Alamak! Aku terlupa lak nak bergambar dengan mak angkat aku. Alahai.. Terlupa betul. Huhu.



Hmm. Raya kedua ni adik nak buat rumah terbuka. Sedara mara belah suami dia nak mai melawat rumah baru depa. Rumah lama depa bagi sewa. Adik aku baru pindah rumah kedua depa. Besau nak mampus rumah ni. Murah betul rezeki adik aku ni ha. Suami sayang sangat kat die. Siap beli rumah baru untuk die. Wah2. Beruntung betul adik aku ni. Aku? Nanti2 la. Belum bersuami lagi. Kui3.



Aku ingat nak pergi beraya rumah miss Alin, besfren sekampus aku dulu kat Batu Berendam petang ni. Tapi tu la. Sedara mara belah suami adik nak mai pulak. Hmm. Tengok la jap lagi macam mana. Kena pergi jugak rumah die. Sebab dah lama sangat berjanji dengan die nak pergi rumah die. Esok aku dah nak balik. Bile lagi nak pergi kan? Bukan senang nak turun sini. Ni pun sebab ade rezeki nak turun. Kalau tak idok le gamaknye.



Nak tempek gambar syok sendiri pakai baju raye semalam tak boleh pulak. Tak bawak kabel henpon. Takpe la. Nanti kalau rajin aku tempek kat entri lain. Hik3. Tengok kat fesbuk semua dok pakat tempek gambar pakai baju raye baru semalam. Cepat betul! Haha. Nasib baek aku tak addicted sangat dengan pesbuk. Aku angau dengan blog je. Tu yang time raye2 pun sempat lagi update blog. Walaupun takde orang bace aku peduli hape. Nak jugak bebel kat sini. Nanti2 aku boleh baca sendiri. Muahaha. Macam hape je perangai.



Ok la. Nak p tolong kat dapur jap. Orang dok sebok sediakan juadah untuk rumah terbuka petang kang, aku pulak sebok berblog. Hoho.



Bisik2:: Macam trend pulak buat rumah terbuka time raya ni kan? Hehe. Buat je la. Janji niat dalam hati tu ikhlas nak menjamu tetamu. ^_^


Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

5 LOVE NOTES

  1. pembaca blog nie.... rasanya mesti ada... cume diorang lebih suka jadi silent reader je kot.... ;-p

    ReplyDelete
  2. Aper tema baju raya tahun nie.... rata2 ramai yang pilih warna UNGU

    ReplyDelete
  3. Sakan cik sha beraya ya. wahh~ buat rumah terbuka ke? cepat gi tolong mak kat dapur tu! ;p selamat hari raya cik sha :)

    ReplyDelete
  4. raya ke-2 br je 4 umah sedara dpt g...org ramai dtg xsompet nk berjalan...

    ReplyDelete

Membebel dengan penuh hemah. Terima kasih!






 
Copyright @ Shahada Fauzi Official Blog | Since 2009 | All Right Reserved
Designed By Shahada Fauzi | Powered By Blogger.com