Saturday, 26 June 2010

~obses dengan C.I.N.T.A~

OBSES. Ape itu obses? Mengikut kamus aku, obses tu maksudnye terlalu 'gila' sangat-sangat dengan something. Haha. Memandai je aku ni. Tapi itulah pemahaman aku tentang obses. Korang pulak faham camne tentang obses ni? Nanti share dengan aku eh.


Obses ni banyak jugak kategori die. Ade yang obses dengan kecantikan. Ade yang obses dengan makan. Ade yang terlalu obses dengan cinta. Ade yang obses dengan duit. Ade yang obses dengan barang-barang. Ade yang obses dengan kaler. Hoi! Pendek kata macam-macam la jenis obses. Penat aku nak taip. Kui3.


Kenape tetibe je aku cakap pasal obses ni? Sebab aku teringat drama semalam aku tengok kat tv2. Tajuk Terlebih Sudah. Uik? Macam orang sabah lak cakap. Mesti penulis skrip die orang sabah ni. Haha. Gile weh drama tu. Takut aku tengok watak lelaki yang ade penyakit obses tu. Huhu. Memang menjadi la watak yang Zamarul Hisyam tu bawak. Sumpah aku boleh jadi gile same kalau kenal lelaki yang obses sangat macam tu. Drama tu mengisahkan tentang seorang lelaki yang terlalu obses dengan cinta. Ye. Obses dengan cinta. Aku nak cakap pasal obses yang ini ye kawan-kawan.





Korang pernah jumpa orang yang macam ni? Ke pernah alami sendiri berhadapan dengan orang cenggini? Hoi. Kalau aku la, aku takmo. Takut ok! Akibat terlalu obses sangat sampai die boleh jadi gile tau. Tak waras dah akal fikiran die. Hilang pertimbangan diri. Ikut sedap die je nak bereaksi macam mane dengan orang. Nampak je macam normal. Tapi perwatakan die a bit messy la. Dan sangat menakutkan. Kalau korang tengok drama tu semalam mesti korang pun cakap macam aku kot.



Sebab tu ade pepatah cakap. Kalau mencintai seseorang jangan terlalu melampau sangat-sangat dan beri 100% rasa cinta hanya pada orang tu. Makan ingat die, tido ingat die, tengok dinding ingat die, tengok lantai ingat die, tengok muke sendiri ingat die. Pendek kata semua yang ditengok terbayang die. Dah rupe gile bayang dah tu. Kira macam obses la. Sebab nanti bila ditinggalkan akan jadi meroyan macam laki dalam drama tu.


Korang tahu tak die meroyan sebab pompuan tu tinggalkan die dan kemudian kawen dengan lelaki lain. Tapi bukan salah pompuan tu la tinggalkan die. Memang patut pun ditinggalkan. Sebab die kongkong hidop pompuan tu yang amat-amat sangat. Sampai nak jumpe kawan-kawan pun tak boleh. Nak dengar cakap mak ayah pun tak boleh. Kena dengar cakap die je. Nak bekerja pun tak boleh. Nak buat itu ini tak boleh. Semua kena repot kat die. Kena patuh dengan arahan die je. Kalau tak dengar kang die ngamuk marah-marah. Mana tahan weh! Itu belum kawen lagi. And then bile die jumpe pompuan lain, die buat sampai pompuan tu jatuh cinta kat die. Perkara yang sama die buat kat pompuan tu jugak. Wuu..takutnye!


Jadi, bercintalah seadanya dan berpada pada. Jangan terlalu obses sangat. Haa..dalam erti kata lain terlalu taksub. Sebab ia boleh buat manusia jadi alpa, kurang kewarasan akal dan hilang pertimbangan diri. Letakkan rasa cinta yang tinggi pada Allah. InsyaAllah kita tidak akan merasa kecewa/frust dan tidak akan sesekali dikecewakan olehNya. Cinta pada manusia hanya sementara. Cintailah seseorang kerana rasa cinta anda pada Allah dan untuk mendekatkan diri padaNya. InsyaAllah cinta itu akan sentiasa terpelihara dengan izin Allah.



Bisik2:: Mudah mudahan aku tidak jadi alpa padaNya kerana cintaku pada si dia. Sesungguhnya aku mendambakan restuNya dalam hubungan cintaku bersama si dia. Moga ada jodoh antara kami dan ditakdirkan menjadi suami isteri satu hari nanti. Amin..


*image credit to google*
Suka baca entri ni? Mekaseh! (^_^)


KLIK UNTUK TINGGALKAN KOMEN

4 orang bagi nasihat:

embun d tengah malam said...

i pun penah obses..

dan i pun pernah jumpa..

sakit sungguh

kenwooi said...

love is mysterious =)

intanurulfateha ❤ said...

seram gak ek kak klu dpt laki yg obses mcm tuh
saiko tul! huhuuh

miss lolly a.k.a luvfareda said...

xyah obses.

selumber jee hoho.

kang tak jadi merana jiwa lak



 
Copyright @ Shahada Fauzi Official Blog | Since 2009 | All Right Reserved
Designed By Shahada Fauzi | Powered By Blogger.com