Motivasi diri di hari Jumaat

salam pagi jumaat semua..semoga semua sihat2 je hari ni..jangan malas2 nak kerja ye walaupun hari ni jumaat dan esoknye cuti..kerja tetap kerja..kena bersemangat..hehe..aku pun tengah semangat nak ngadap data2 ni..baru setel update 6 ribu data..ade lagi 102+++ data tak tengok lagi..uhuk2..tapi sekarang nak bersuka ria sat..keh3..

nak share something sebenarnye..rasanye semua tahu kot..tapi aku saje nak berkongsi lagi..untuk muhasabah diri aku sendiri juga..semoga kawan2 aku yang lain pun turut mendapat ilmu dan kelebihan..hari jumaat merupakan hari kebesaran buat kita semua umat islam..tiap2 hari jumaat adalah hari raya buat kita semua dan hari jumaat merupakan penghulu segala hari..Hadis Rasulullah yang diriwayatkan Abu Hurairah yang bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai ‘Saidul aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).” sebab tu la kaum lelaki difardhukan untuk menunaikan solat jumaat 2 rakaat..

banyak sebenarnye peristiwa2 penting yang telah berlaku pada hari jumaat..contohnya seperti kejadian nabi Adam, peristiwa nabi Adam dimasukkan dan dikeluarkan dari syurga, perkahwinan nabi Adam dengan Hawa, perkahwinan Rasulullah SAW dengan Siti Khadijah dan banyak lagi..hari kiamat juga diriwayatkan akan berlaku pada hari jumaat..“Pada Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.” (Hadis riwayat Muslim).


~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~

ada banyak hadis dan riwayat yang menceritakan mengenai kelebihan hari Jumaat bertujuan untuk menerangkan ganjaran yang perlu direbut oleh umat Islam pada hari tersebut..tak rugi kalau kita amalkan pun..dapat kelebihan lagi Allah bagi..jom la kita amalkan sama2..berikut adalah kelebihan2 nya:

Orang yang meninggal dunia pada hari Jumaat akan terlepas soal jawab kubur hingga hari Kiamat.

Sesiapa yang membaca surah Ali Imran pada hari Jumaat, maka Allah dan malaikat mendoakan kebaikan ke atasnya sehingga matahari terbenam pada hari itu.

Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abi Said Al-Khudri bermaksud: “Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, Allah menerangi hidupnya antara dua Jumaat.”

Sesiapa membaca Surah Yassin pada malam Jumaat, Allah mengampunkan dosa kecil yang dilakukan, demikian menurut hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abi Hurairah.

Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abdullah Ibn Abi Khatadah, bermaksud: Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat seolah-olah dirinya bersih hingga Jumaat akan datang.

Mereka yang mendirikan solat Jumaat antara satu Jumaat ke satu Jumaat berikutnya, maka Allah mengkifaratkan atau mengelakkan dia daripada terbabit dosa besar.

Mereka yang berdoa dengan penuh keikhlasan hati pada Jumaat, mudah dimakbulkan Allah.


~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~

betapa mulianya hari jumaat buat kita semua..kalau kita boleh ambil manfaat dengan buat amalan2 sunat pada hari jumaat ni, beruntunglah kita..kat sini aku listkan beberapa amalan yang digalakkan pada hari jumaat dan amalan2 sunat yang boleh diamalkan pada hari jumaat.

Antara amalan-amalan yang digalakkan pada hari Jumaat ialah:

Istigfar. Sabda Rasullullah SAW, orang yang banyak beristigfar akan diberikan jalan penyelesaian terhadap masalah yang dihadapinya dan dikurniakan rezeki.

Selawat. Selawat akan memberikan kita rahmat Ilahi, menghampirkan diri dengan Allah dan Rasul, menjadi cahaya untuk kita diakhirat. Malah selawat ini menjadi pelengkap kepada doa kita. Dimana, doa yang kita pohon akan tergantung antara langit dan bumi sehinggalah kita berselawat.

Al-Quran. Antara surah yang digalakkan bacaannya ialah Surah Yaasin dimalam Jumaat dan Surah Al-Kahfi. Sabda Rasullullah SAW, pembaca Surah Al-Kahfi pada malam dan siang Jumaat, Allah akan ampunkan dosanya sehingga Jumaat yang seterusnya, 70,000 malaikat akan memohon kesejahteraannya sehingga pagi dan di pelihara dari penyakit sopak dan kusta. Dan akan dilindungi dari Dajjal.

amalan-amalan sunat yang patut kita amalkan pada hari Jumaat pula ialah:

Memotong kuku.
Berhias dan memakai wangi-wangian
Membersihkan diri, mandi sebelum ke masjid
Memakai pakaian yang bersih atau baru. Seeloknya berwarna putih.
Berzikir
Memberikan sepenuh perhatian kepada isi khutbah yang disampaikan
Menunggu sehingga doa selepas solat Jumaat selesai dibaca imam
Menunaikan solat sunat selepas solat Jumaat


~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~


haaa..itu je la info yang aku nak share..semoga angpa pun dapat ilmu dan kelebihan daripada entri aku ni..hari jumaat bukan alasan untuk bermalas-malasan ok..mari kita sama2 tingkatkan potensi diri kita..kalau boleh tiap2 hari la..jangan tunggu hari jumaat je..barulah hidup kita sentiasa cemerlang di dunia dan insyaAllah di akhirat nanti..amin..jom sambung buat kerja..hehehe..


bisik2:: aku suka pakai baju kaler hijau hari jumaat sebab aku pernah dengar orang kata sunat pakai kaler hijau hari jumaat dan dapat pahala..hijau kan warna islam..betul ke tak eh?

3 Ulasan

Membebel dengan penuh hemah. Komen awak adalah atas tanggungjawab sendiri. No hate speech okay. Terima kasih!

Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan