Thursday, 29 April 2010

~Istana cinta impian aku..~



Amboi! Tajuk tak hengat dunia. Gempaq semacam. Eh2..gempaq ke? Perasan je la hang ni cik sha. Kui3. Ala..tak salah kan kalau aku nak berangan-angan. Lagipun tu salah satu hobi sampingan aku. Angan-angan tu kekadang penting gak tau. Baru la kita berusaha nak capai. Ye dak? Hehehe..

Sebenarnye aku tengah bosan ni ha. Tengah tunggu maksu dan paksu pergi tapau makanan untuk anak-anak depa kat rumah. Aku lepak dalam kereta je. So, haruslah aku tetibe terberangan kan. Dah berangan tu tetibe tangan pun gatai lak nak menaip-naip tulis dalam blog ni. Catatan kenangan la konon nye. Nanti-nanti rasa nak terlupe diri leh belek balik satu-satu entri aku dalam blog ni. Buat muhasabah diri. Kuikuikui.


~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~

Wokeh! Berbalik kepada tajuk. Istana cinta tu maksud aku perkahwinan aku nanti la. Bukan aku nak buat istana. Gile ke hape? Ingat aku cop duit berkepuk-kepuk ke. Nak makan pun tercungap gaji seciput. Hik3. Meh sini meh aku nak bercerita ni. Aku impikan perkahwinan yang simple je. Tak perlu la vouge sangat. Yang penting perkahwinan aku tu direstui. Mak aku restu, bakal mentua aku restu. Dan yang penting Allah restu. Mudah mudahan. Aminnn..

Ini kalau ade jodoh aku dengan encik CH la ceritanye eh. Hehe. Aku memang berangan angan nak kahwin dengan die. Moga-moga jodoh kami kuat la hendaknye. InsyaAllah. Memandangkan jarak kami yang jauh berbatu batu ni ha. Dia Terengganu, aku Pulau Pinang. So nanti aku nak hari nikah buat sekali je dengan hari kenduri kendara tu. Tak payah la hari lain-lain. Menyusahkan pihak keluarga encik CH je. Sian depa. Dah la mai jejauh. Kos perjalanan tu pun dah berlambak-lambak nak cover. So buat dalam masa sehari je. Senang cerita, kan?

Dah jimat dah kat situ. Tak payah buat 2 kali kenduri. Kenduri nikah lain kenduri sanding lain. Bagi aku tu membazir duit je. Buat sekali harung kan senang. Pastu nanti pergi kenduri belah pihak laki pulak. Kiranya ada 2 kenduri je. Belah pengantin pompuan 1 belah pengantin lelaki 1. Kalau tak jadi 3. Belah pompuan sampai 2 kenduri. Membazir betol! Aku tak suka membazir. Eceh. Padahal kedekut. Ahaha.


~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~

Walaweh. Berangan tak hengat aku ni. Nak kawen ape nye duit pun takde lagi ni. Hehe. Itu la aku tengah berusaha ngumpul duit ni. Tiap-tiap bulan dapat gaji wajib aku kena simpan dalam akaun bank BSN. Sebab bank tu je aku takde kad. So tak leh nak cucuk-cucuk kuar duit. Ngeee. Mesti ada yang cakap.."la..kawen pompuan mana kena kuar duit.." Betul. Tapi aku takmau la buat macam tu. Kena la toleransi sket. Bukan la ape. Aku sian gak kat bakal laki aku. Takkan la semua nak pakai duit dia. Mampuih rabak la poket. Kang pas kawen dah takde duit pulak.

Kenduri kat rumah aku kenduri kat rumah die. Duit mas kahwin duit hantaran. Sian eh. Banyak tu. Kenduri kat rumah aku biar aku la yang tanggung. Hari bahagia aku. Duit kenduri berapa la sangat. Nak jamu tetamu yang meraikan aku. Dapat pahala ape. Kire macam aku bersedekah kat depa la. Belanja makan. Nanti kan depa hulur balik duit kat aku. Wakaka. Tang situ dah boleh cover dah duit yang aku laburkan untuk buat kenduri kat rumah aku.

Duit hantaran dari pihak laki aku nak simpan. Untuk bakal anak-anak aku nanti. Eceh! Anak konon. Kawen pon belum. Dah..cukup-cukup la berangan tu cik sha. Hang ni kalau biaq meleret-leret sat g. Dah nak sampai rumah dah ni pun. Hehe. Nanti malam kalau aku rajin aku update lagi blog ni. Bye..jumpa lagi..(^_^)



bisik2:: mintak2 la encik CH tak baca..hek3..


Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

6 LOVE NOTES

  1. orang pompuan mmg pandai kumpul duit. nanti kawin aku nak bini aku jadi banker la.

    ReplyDelete
  2. embun::

    owh..sudah semestinya sha jemput apiz..tak lupe eh..(^_^)

    ReplyDelete
  3. parkAir::

    hahaha..bagus gak otak ang ni..tp cri bini yang betul2 pandai nyimpan la..jgn p cari bini yg kerja dok ngikis duit ang je..tiap bulan.."bang..jom p shopping!"tu mmg rabak la poket ang..ahahaha..

    ReplyDelete
  4. miss lolly::

    owh..konpom takde langkah2 bendul sebab tinggal aii sorang je anak mak yang belom kawen lg..hek3..

    ReplyDelete

Membebel dengan penuh hemah. Terima kasih!

 
Copyright @ Shahada Fauzi Official Blog | Since 2009 | All Right Reserved
Designed By Shahada Fauzi | Powered By Blogger.com