Kisah Feri Pulau Pinang yang tak kunjung tiba

salam kawan2 bloggers semua..



6 mac yang lalu..kat Padang Kota Lama, Pulau Pinang..ada HotFM Big Jam 2010 Consert anjuran stesen radio HotFM dengan kerjasama TMnet..dengar2 cerita kat sana crowded sangat dengan manusia..jalan nak p sana pun jammed teruk..walaupun cik sha dok kat penang..cik sha tak p pun memeriahkan suasana konsert kat sana tu..sebab cik sha sangat rimas dan tak suke dengan suasana yang bising dan manusia yang penuh bersesak2..owhh..bagi RM sejuta pun cik sha takkan pergi..tak berminat langsung..just dengar dalam radio je la..hehe..

ok..sebenarnye cik sha nak cerita pasal feri..6 mac tu cik sha telah ditugaskan sebagai driver tuk jemput maksu dari tempat keje kat USM..die wat overtime..kerja ofis dia melambak2..pagi tu dalam kul 7 lebih cik sha hantar die p..jadi balik time petangnye, cik sha kena jemput la..sebab paksu cik sha takde p kursus kat Lumut..kalau tak, tu semua tugas paksu cik sha le..hoho..

nak dijadikan cerita..tengah dok drive nak p USM tu sambil2 dengar radio hotFM, ada la deejay tu baca satu SMS..masa tu kan depa dok siaran langsung dari Padang Kota Lama..SMS tu cakap dia pernah mai penang..punya la teruja nak naik feri..p jeti tunggu feri punya la lama..tak mai2..yang dia dok tunggu tu "Feri Pulau Pinang"..tapi yang dok mai feri nama pulau2 lain..pulau undan la..pulau jerjak la..pulau ketam la..feri pulau pinang takdak pun..dia dah cuak dah..sampai ke sudah la tak sampai pulau pinang..last2 baru dia tahu..semua feri tu walaupun nama pulau lain..tapi memang p kat pulau pinang..hoho..cik sha punya la tergelak besaq..sian kat dia..kui3..

ops..sori..tergelak lebih2 lak..hik2..dulu masa zaman paksu cik sha muda2..masa dia mula2 mai merantau kat penang cari kerja (paksu cik sha asal Kelantan)..dia pun macam orang yang hantaq sms tu..ki3..terkekek2 cik sha gelak bila maksu cik sha bukak rahsia tu..boleh jadi bahan la nak usik paksu cik sha nanti..hoho..jahat beno anak sedara dia ni..

sebenarnye, cik sha pun sepanjang dok naik feri selalu..tak pernah lagi tau naik feri yang tulis Pulau Pinang..selalu dok naik dapat nama pulau ketam la, pulau undan la, macam2 jenis pulau lagi la..tapi ari tu (5 Mac)..agaknya rezeki cik sha dengan adik2 sepupu cik sha..kami dapat naik feri nama Pulau Pinang..punya la peraq tak hengat..hoho..cik sha pun drive slow2 suh kazen snap gambar feri tu..ni la gambarnye..hehe..syok gile rasa..padahal semua feri sama je..tang nama je beza..dah naik berpuluh2 kali dah feri..tapi wat peraq kemain..hahaha..bongek je perangai memasing..

pada kawan2 cik sha yang lain..kalau mai penang nak naik feri..p la..syok oo..tu la salah satu daya tarikan kat pulau pinang ni..tapi jangan wat peraq macam paksu cik sha tau..hik3..semua feri sama ja..nama ja lain..jangan p tunggu feri yang nama Pulau Pinang baru nak naik..semua feri yang nama pulau2 lain tu pun p kat pulau pinang jugak..ingat tu!!!



bisik2::cik sha ni jahat noo gelakkan orang..hik3..ampun2..
kawan2..mai la jalan2 kat Pulau Pinang!!!

Catat Ulasan

Membebel dengan penuh hemah. Komen awak adalah atas tanggungjawab sendiri. No hate speech okay. Terima kasih!

Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan