Bila akal dah tak berfungsi dengan normal

rasa2nya semua dah baca kot berita pasal ni kalau yang selalu baca paper Harian Metro..dalam paper ari ni ada laporan pasal lagu yang mengutuk kerajaan pusat dan menghina kaum2 lain selain melayu..tajuk dia "Huru Hara hina negara"..angpa ada baca tak??kalau takda p la search sekarang kalau nak tahu lebih lanjut pasal laporan akhbar tu..




Huru Hara tu pasai satu lagu..ntah sapa yang nyanyi pun aku tak tahu..laporan akhbar tu tulis dari Alor Setar..mungkin kat sana lagu ni dah tersebar meluas kot..aku tak faham betul la dengan mentaliti sesetengah orang ni..kalau tak puas hati je dengan kerajaan ke..dengan kaum lain ke..sesedap mulut je bercakap..menyanyi yang bukan2..bahasa memang kurang sopan la..depa ni sebelum buat apa2 tak berpikiaq dulu ka..main hentam keromo je..xdak akai kot..




hmm..yang aku pasti orang Melayu kita la yang dok nyanyi lagu tu..tadi aku try search kat youtube..nak cuba dengaq apa yang dia dok mengarut dalam lagu tu..ingat takda..memang jumpa..angpa nak dengar??p kat sini>>HURU HARA..at first dengaq..memang aku tak dapat tangkap apa butir dia dok melalak tu..sakit telinga dengaq..bising muzik dia..aku tak suka..tapi aku terpaksa dengaq berkali2 nak faham apa dia dok beratib tu..




ni antara lirik lagu tu yang aku dapat tangkap..yang aku buh bintang2 tu aku tak dapat tangkap apa butir dia..sori..tapi aku rasa memang agak kurang sopan la lagu ni...ni mesti budak2 muda yang suka dok memberontak ni..depa bukan nak pikiaq apa2..main sedap mulut depa ja..


huru hara3x
nasib bangsa kita ada *** *** ****
bangsa lain ***** **** ****
mana hilangnya hak bangsa
pemberontak muda durjana
memberontak hak bangsa
memberontak di tanah air sendiri
kerajaan gila babi
orang kita makan maggi
orang cina makan babi
inilah hakikat di bumi sendiri
bangsa menangis tiada yang peduli
celaka penumpang negara
****** ****** kau tak kisah
takkan melayu hilang di dunia
tapi nasib kita yang merana
huru hara (berkali2)




haisshhh..macam2 kes betul..dulu ingat tak pernah sorang rakyat Malaysia yang dok belajaq kat Hong Kong rosakkan lagu Negaraku..Namewee kot nama dia..menghina kerajaan Malaysia..ni kes ni pulak..budak melayu kita..konon memberontak la nak pertahankan bangsa sendiri..ni pertahankan apanya??merepek meraban tak tentu hala..menyanyi melalak ntah lagu apa2..nak mempertahankan bangsa p la berusaha tunjuk kat bangsa lain yang bangsa melayu hebat..boleh berjaya..boleh setanding dengan bangsa2 lain..tu baru betul nak pertahankan bangsa..bukan p kutuk2 bangsa lain..bukan p salahkan kerajaan..dah angpa yang tak mau berusaha tonjolkan diri..cuba la pikiaq sikit..adoii..




heeii..kang aku cakap "stupido" marah pulak..tapi dah betoi pun..bertindak tak pakai otak..nak je aku sekolahkan balik budak2 jenis macam ni..dulu masa sekolah tak mau belajaq betoi2..budi bahasa ntah campak kat mana hala tak tau..tau marah bila tengok bangsa lain maju..tapi angpa tak reti ka nak berusaha majukan diri angpa pulak..tu la mentaliti orang2 kita ni ha..heeiii..bukak sikit minda tu..celik mata tu bagi luas2..bangsa lain maju sebab depa rajin berusaha..pandai amik peluang..bangsa kita pa yang pandai??pandai nak mengutuk, mengata, mengkeji, menghina..pastu pedajal orang..hat tu bangsa kita la yang paling tip top..macam mana nak maju??cuba habaq mai sat..dah tu yang ang nak marah bangsa lain maju tu pasai pa??




malas dah aku nak membebel panjang2..kang tersalah cakap pulak..tak pasai2 aku kena maki2..pastu di pui2 dengan ayat jampi..eeeeuuuuww...tak rela aku..maap la kalau apa aku cakap ni menyentuh sensitiviti angpa..aku meluahkan apa yang aku rasa logik pada akal aku..pandai2 la angpa pikiaq balik betui ka dak apa yang aku cakap..yang elok jadikan panduan yang tak elok jadikan sempadan..fikir2 kan la..



bisik2::takda guna kita nak maki2 orang..cermin dulu diri kita macam mana kalau nak capai tahap macam depa yang berjaya tu..muhasabah diri sendiri..


1 Ulasan

Membebel dengan penuh hemah. Komen awak adalah atas tanggungjawab sendiri. No hate speech okay. Terima kasih!

Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan