Bakat anak kecil yang hebat berdakwah

aku baru sudah tengok rancangan Adik Adikku peringkat akhir kat TV1..sangat salute dengan JAKIM dan TV1 sebab kelolakan rancangan realiti macam ni..rancangan realiti yang berbentuk islamik macam ni sangat bagus untuk kanak2..untuk orang dewasa pun..aku sangat kagum tengok bakat budak2 ni berdakwah..cara penyampaian depa sangat bersahaja..tapi isi yang disampaikan memang memberi kesan..depa sangat bijak berkata2..sangat tulus dan sinis kata2 depa..tapi ada kebenaran..tanpa keberanian mustahil depa dapat sampaikan dengan begitu berkesan..aku rasa aku pun tak mampu nak buat macam depa tu..huhu..




untuk peringkat akhir ni, depa perlu berpidato atau dalam erti kata lain berdakwah tentang Rasulullah SAW..pengorbanan baginda..sunnah2 baginda..cara baginda berdakwah..peribadi baginda..segala2nya tentang Rasulullah SAW..aku suka cara budak2 ni olah ayat dan sampaikan pidato depa..sangat2 talented..walaupun depa diajar oleh mentor masing2..tapi kalau takda jati diri dan keberanian dalam diri..serta takda ilmu..mustahil depa boleh sampaikan dengan begitu cemerlang..sangat bijak bermain dengan emosi penonton..sampai aku yang dengar kata2 dakwah depa tu pun rasa nak nangis..bergenang air mata..

dan dalam rancangan ni ada seorang kanak2 istimewa yang berjaya ke peringkat akhir..dia buta..tapi Allah bagi kelebihan kat dia..cuba angpa bayangkan macam mana dia nak hafal setiap patah kata tanpa dapat melihat dan membaca??tapi dia boleh sampaikan pidato dia dengan cukup hebat..aku kagum tengok dia..walaupun ada kekurangan tapi terselit kelebihan Allah kurniakan untuk dia..tahniah buat ibu bapa dia juga sebab dapat didik dan pelihara dia dengan cukup sempurna..rezeki dia, dengan bakat dan kesungguhan yang ada dalam diri, dia berjaya meraih tempat kedua..

aku rasa..rancangan ni sangat2 la patut diteruskan..selain mencungkil bakat2 terpendam kanak2 dalam berdakwah..sekaligus dapat menerapkan nilai2 murni dan ilmu agama dalam diri kanak2 tu..aku salute dengan ibu bapa yang hantar anak2 depa sertai rancangan ni..bagi aku depa sangat hebat..mendidik anak depa dengan cara yang sepatutnya..sebab dengan menyertai rancangan ni anak2 depa dapat belajar ilmu agama juga..

dan sepatutnya rancangan macam ni la diperbanyakkan..bukan rancangan realiti mencari bakat menyanyi..kecik2 dah didedahkan dengan kehidupan macam tu..terus terang aku tak salute ibu bapa yang pergi hantar anak depa ikut rancangan realiti menyanyi macam tu..bagi aku takde faedah langsung..ilmu apa yang depa dapat dengan menyertai rancangan tu??ilmu menyanyi??ilmu berposing??ilmu bermekap??ilmu menari terkinja2??memang takde faedahnye..



tapi lain orang lain pemikiran nye kan??terpulang la atas diri masing2..ini pendapat aku sahaja..lagipun orang sekarang ni lebih sukakan hiburan..sebab banyak sangat terdedah dengan hiburan kat sana sini..jadi kita sangat leka dengan benda2 yang lagha macam tu..aku kadang2 pun tak terkecuali jugak..cuma perlu berpada2 la..berhibur setakat yang perlu..jangan berlebih-lebihan..


bisik2::tahniah buat adik Wajih sebab dapat tempat pertama..
memang sangat2 berbakat..u deserve it!!
semoga berjaya menjadi pendakwah yang hebat bila dah dewasa nanti..


10 Ulasan

Membebel dengan penuh hemah. Komen awak adalah atas tanggungjawab sendiri. No hate speech okay. Terima kasih!

  1. rancangan sebegini memang bagus untuk cungkil bakat tersembunyi kanak2....

    BalasPadam
  2. saye pon suke tengok adik-adik ku. lagi 1. geng bahasa arab. teringat mase sekolah dulu belajo bahasa arab.

    BalasPadam
  3. btul3x..kte tgk gak cite ni ritu..hope dpt dtruskn lg..=)

    BalasPadam
  4. gua pun tak mampu nak buat macam bebudak tu

    BalasPadam
  5. tgk gak malam tadi,,
    best,,
    sgt best...

    mereka semua berbakat..

    BalasPadam
  6. tapi tak eran aku kalo dah masuk ni pun dah besar nanti masuk yang realiti yang pelik2....

    BalasPadam
  7. tahniah!anda telah di tag oleh cik pinky..
    cewah..hihi..

    feel free lawat lah blog cik pinky utk tgk entry tag itu ye..

    http://pinkypwincess86.blogspot.com/2010/03/sepuluhsepuluh-dan-sepuluh0uhaku-di-tag.html


    tengs~

    BalasPadam
  8. lagi bagus dari idola kecil kan kan ?

    BalasPadam
  9. akak sempat tgk budak yg hilang penglhatan tu berpidato..nangis akak..sedihh

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan