Persediaan Berpuasa dan Tips Berseri Di Hari Raya

Dah masuk bulan Syaaban kita ni ha. Tak lama lagi Ramadan pulak. Korang dah ganti ke puasa yang tertinggal Ramadan lepas? Cepat-cepat ganti tau. Sempat lagi ni walaupun dah minit-minit terakhir gitu. Kalau sengaja tak ganti, nanti kena bayar fidyah dan ganti jugak tau. Tak payah nak mengelat sangat. 

Aku tahun ni InsyaAllah akan berpuasa sambil menyusukan budak Umar untuk tahun yang kedua. Dah nak masuk 11 tahun kahwin ni, bila bulan puasa je mesti samada masa tu mengandung atau menyusukan anak je. InsyaAllah tahun depan pencen dah. Boleh berpuasa macam orang perempuan lain. I hope so. Hahahaha. 




Bajet Untuk Sambut Puasa

Sebabkan aku akan berpuasa sambil menyusukan anak, memang sedia bajet khas tau setiap tahun. Tujuannya untuk pastikan aku tak melepek dan produksi susu tak terjejas. Bajet khas tu untuk beli kurma dan juga minuman serat tambah tenaga. 

Kurma selalunya beli kurma Ajwa atau pun mariami. Kurma lain aku tak boleh telan sebab manis sangat. 2 kurma ni tak manis. Light je manis dia dan rasa berlemak. Cuma itulah, harga dia tak berapa marhaen. Sebab tu kena ada bajet khas. 

Kalau juadah berbuka, memang masak je. Tak beli sangat kat bazar. Kalau nak membeli pun mungkin kuih-muih atau air (tebu/soya). Macam tu la kebiasaannya. Rakyat ramai ni kena jimat cermat sikit. Tak baik membazir. Hihi. 



Pergi bazar Ramadan tu jangan rambang mata weh. Puasa ada sebulan. 😂
Ni gambar aku pernah berniaga kat bazar Ramadan tahun 2015 dulu bersama kak ipar dan adik ipar.



Berbuka tu makanan seadanya lebih afdal. Takde la berlaku pembaziran. Throwback gambar berbuka dengan kesayangan kat Penang. InsyaAllah tahun ni dapat buka puasa kat Penang lagi. Yeay!



Bajet Untuk Hari Raya

Bila cakap pasal puasa, terkait sekali la dengan persiapan raya. Sekarang pun orang dah pakat prepare macam-macam. Bukan sebab tak sabar nak raya sampai terlupa belum lagi puasa. Cumanya sebab nak bajet kewangan. 

Pada aku, memang penting sangat buat perancangan kewangan untuk hari raya ni. Terutamanya untuk keluarga yang besar. Macam aku sendiri la. Anak ada 5 orang. Baju raya untuk depa paling kurang 1 pasang baju moden dengan 1 pasang baju raya. Mak pak depa pun opkoz nak jugak baju raya sekurang-kurangnya. 

Tu baru kisah baju. Belum lagi benda lain. Bajet nak balik kampung, duit raya untuk parents dan anak-anak sedara tak lupa juga anak-anak kengkawan, belanja untuk kuih raya dan kerepek. Fuhhhh. Berpeluh! 



Korang prefer shopping kat kedai ke online untuk baju raya? Aku depends on encik CH. Kalau dia ajak cari kat kedai aku ikut je. Macam kat gambar ni tahun 2022, kami cari baju raya kat Kamdar Kuala Terengganu. Kalau dia kata cari online je kat rumah oren macam tahun lepas, aku onz jugak.


Tips Wajah Tampil Berseri Di Hari Raya 

Dah bercerita pasal hari raya ni, tetiba aku rasa nak kongsi sedikit tips untuk mak-mak. Maklum la kita mak-mak ni struggle sungguh uruskan keluarga kecil kita kan? Dengan kerja yang tak pernah habis. Kadang-kadang tak sempat nak jaga penampilan wajah. Masa yang ada terhad nak kelebet muka bersungguh sangat. Asal boleh je kan?

Aku pun camtu jugak. Macam aku ni memang jenis tak suka tempek mekap. Tak minat. Cuma masa raya tu pakai la jugak bedak sikit. Pakai bedak saja pun InsyaAllah nampak berseri kalau kulit kita takde masalah dan cukup kelembapan.
 


Masa raya je aku akan bersiap (mekap) selalunya sebab nak bergambar. Macam dalam gambar raya tahun lepas ni. Kakak dan suami dia (baju pink belacan tu) belanja ambil gambar family kat studio. Haruslah mekap kan? Yang mekap aku pun kakak jugak sebab aku mana reti mekap-mekap ni. Hihi. 



Jadi, memang kena jaga kelembapan kulit wajah kita tau dengan moisturizer terbaik yang ada di pasaran. Korang pilih je moisturizer untuk kombinasi - berminyak kalau tak nak pening-pening kepala moisturizer terbaik apa yang sesuai untuk kulit muka korang. Maklum le, memang susah nak pilih pelembap muka untuk kulit berminyak bagi yang ada masalah kulit berminyak. 

Kalau korang nak tahu, moisturizer ni sangat membantu dalam mengawal kulit berminyak. Sebabnya ada kandungan Niacinamide yang dapat mengawal lebihan minyak di muka dan dapat memberikan kelembapan sepanjang hari.

Senjata aku dah tentu la pelembap muka terbaik Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream. Aku suka sangat pakai produk ni sebab dia sejenis moisturizer water based. Jadi ia dapat memberikan kelembapan yang tinggi pada kulit. Memang inilah moisturizer terbaik untuk kulit aku. Yang best tu boleh dijadikan krim malam dan siang terbaik. Pakai waktu malam dapat membaiki kulit yang keradangan seharian terkena panas matahari tau. The best moisturizer untuk kulit berminyak yang aku pernah pakai. Sumpah best




Jadi, aku nak recommend moisturizer water based ni untuk korang cuba pakai start hari ni. Baru la masa raya nanti wajah korang tampil berseri sebab kulit moist akan buat mekap korang cantik. Ini fakta tau. Moisturizer ni sesuai jugak jadi base mekap. Bila pakai under mekap, kita punya mekap akan jadi long lasting dan lebih pigmented. Mekap akan stay cantik whole day. Dah tentulah sebab moisturizer ni mengandungi Niacinamide yang dapat mengawal kulit berminyak. Best kan?


Nampak tak beza? Yang bawah tu nampak smooth, moist dan lebih pigmented berbanding yang atas nampak kering.


Ni kecintaan hati aku tau!


Best je bila gosok kat muka jadi water drop macam ni. Rasa moist betul kulit. Aku suka! Nampak kan dalam gambar tu?

Dah Bersedia Nak Puasa Dan Raya? 

Aku sendiri InsyaAllah dah sedia. Puasa dah siap ganti. Bajet untuk bulan puasa pun dah ada. Bajet untuk hari raya on going kumpul. Aku dan encik CH sama-sama kumpulkan bajet nya. Aku sedia bajet nak balik Penang. Encik CH sedia bajet persiapan raya yang lain. Kena la bekerjasama kan dah namanya suami isteri yang berkongsi hidup. Agittewww.

Dah 11 tahun hidup bekeluarga ni, aku dah takde lagi nak judgemental kat orang lain yang beria buat persiapan raya awal-awal. Sebab aku pun buat benda yang sama jugak. Plan and prepare for it early. Baru la tak serabut kepala. Ye tak? 


Bisik-bisik :: Bajet untuk skincare pun kena ada tau. Boleh beli moisturizer terbaik untuk kulit kita macam Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream. 😊

2 Ulasan

Membebel dengan penuh hemah. Komen awak adalah atas tanggungjawab sendiri. No hate speech okay. Terima kasih!

  1. Selamat berpuasa Sha, betul kena bajet nak beli kelengkapan baju raya, walaupun berdua pun mesti nak berbaju baru hahaha

    BalasPadam
  2. Banyak belanja kena keluarkan untuk raya ni tapi kita niat sedekah, in shaa Allah akan ada rezeki tambahan selepas itu kan. Btw saya suka pakai aqua whitening cream, nak sapu senang..tak melekit kat muka. Suka sangatlah!

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan