Suri Rumah, Kerjaya Yang Sangat Mencabar

Ramai yang salah faham dengan term Suri Rumah. Sebab tu 'kerjaya' ni sentiasa dipandang rendah oleh sebilangan orang. Asal sebut suri rumah mesti orang mencebik. Seolah-olah suri rumah tu low class dan takda nilai. 

Kekadang empunya diri tu jugak yang 'downgrade' title suri rumah dengan sebut 'Saya tak kerja. Suri rumah jeee.' Entah apa motif nak sebut perkataan 'je' kat hujung ayat. Aku pun kadang geram jugak dengan spesis ni. Be proud la weh!

Pada aku, suri rumah ni 'kerjaya' yang sangat mulia tau. Apabila seseorang perempuan berkahwin, secara automatik memang akan pegang title suri rumah tu. Tak kisah la samada dia ada kerja hakiki (kerja dengan majikan) atau tidak. Yang membezakan cuma dia pegang title tu secara sepenuh masa atau separuh masa.

Maksud Suri Rumah

Korang tahu tak yang sebenarnya suri rumah tu indah sangat maksudnya? Bahasa kiasan orang lama untuk menaikkan darjat wanita yang bergelar isteri. Dari seorang suami yang menghargai kehadiran seorang isteri dalam kehidupannya. 

Suri tu adalah singkatan dari perkataan Permaisuri. Suri rumah maksudnya permaisuri di dalam rumah. Seorang ratu yang menjadi penyeri dalam rumahtangga dan keluarga. Bahasa arab pun gelar suri rumah tu “Rabbaitul Bait” yang bermaksud “The Queen of the Home”. Kan sama maksud nya kiasan orang dulu dengan panggilan dalam bahasa arab tu?

Nampak tak Islam sangat memuliakan wanita terutamanya yang sudah bergelar isteri? Orang kita yang 'buta' je yang suka downgrade suri rumah. 

Kenapa jadi macam tu? Entah la. Aku pun tak pasti. Mungkin stigma ni bermula dari mereka yang kurang mendalami agama dan rasa diri tu superior sebagai seorang suami yang kononnya boleh mem'babu'kan isterinya. Hmmm.


MENARIK UNTUK DIBACA

Kerjaya Suri Rumah


Peranan Suri Rumah

Apakah sebenarnya peranan seorang suri rumah? Kalau lihat pada maksud yang aku kongsikan di atas tadi, suri rumah adalah seorang ratu yang menjadi penyeri dalam rumahtangga dan keluarga.

Jadi, adakah seorang suri rumah hanya perlu duduk sahaja di 'singgahsana' tanpa perlu berbuat apa-apa layaknya seorang ratu? Ye la kan, macam yang kita tahu Permaisuri memang itulah 'kerja' dia. Duduk saja goyang kaki, urusan dalam istana dayang-dayang yang buat.

Tetiba aku teringat ayat yang orang suka hentam kat suri rumah. 'Ohhh...suri rumah. Best la duduk saja goyang kaki je kat rumah.' Hahahaha. Tetiba rasa macam synchronised dan logik pulak.

Tapi itulah. Mulianya hati seorang suri rumah ni, segala urusan dalam 'istana' dia yang uruskan sendiri. Dari sekecil-kecil perkara. Uruskan keadaan rumah, makan & pakai ahli keluarga, cakna kesihatan suami & anak-anak, dan macam-macam lagi peranan yang suri rumah buat. Biar sepenuh masa atau separuh masa, semua dibuat dengan senang hati tanpa ada rasa ralat pun. 


Suri Rumah Sepenuh Masa VS Suri Rumah Separuh Masa

Hebat sebenarnya suri rumah ni tau. Tak kisah la samada sepenuh masa atau separuh masa. Tetap mereka memainkan peranan yang sama sebagai suri rumah. Yang membezakan hanya dari segi masa dan komitmen yang diluangkan setiap hari dalam urusan rumahtangga dan keluarga.

Tugas sebagai suri rumah ni sangat mencabar terutamanya dari segi emosi. Tak semua isteri kuat dan pandai kawal emosi. Jadi tak semua mampu pegang jawatan suri rumah sepenuh masa. Ada yang cuma layak buat secara part time je.

Tapi semua ini adalah pilihan. Nak jadi suri rumah sepenuh masa atau separuh masa, diri sendiri yang tentukan. 

Ada yang sukarela jadi suri rumah sepenuh masa dari awal perkahwinan sebab niat nak 'jaga' segala isi rumah dengan tangan sendiri. Ada yang terpaksa jadi suri rumah sepenuh masa atas pelbagai sebab tertentu walaupun sebelumnya bekerja contohnya dikurniakan anak istimewa yang perlukan lebih perhatian. Ada yang dipaksa jadi surirumah sepenuh masa sebab suami yang berkehendak atas alasan tertentu. Apa pun, tetaplah kita ada pilihan untuk buat keputusan. Dan Allah juga yang izinkan.

Suri rumah sepenuh masa vs suri rumah separuh masa? Kenapa perlu bertanding siapa yang terpaling suri rumah? Tak perlu pun. Sebab dua-dua tugasnya tetap sama dan ada kelebihan dan kekurangan tersendiri. Sepatutnya kena saling menyokong dan mendokong satu sama lain. Empowerment each other.


Peranan suri rumah


Persediaan Untuk Menjadi Suri Rumah Sepenuh Masa


Banyak aspek kena ambil kira sebelum buat keputusan untuk jadi suri rumah sepenuh masa. Aku pernah juga bincangkan tentang ni dalam blog dengan pembaca blog dalam topik Lepas Dah Kahwin, Nak Terus Bekerja atau Tidak? Banyak pendapat yang aku dapat. Masa artikel tu di tulis, aku tak kahwin pun lagi. Tapi gitulah, perancangan masa depan kan? Hihi. 

Macam aku sendiri, memang sebelum kahwin aku yang pilih untuk jadi suri rumah sepenuh masa. Bukan aku tak sayang dengan 'kerjaya' yang dah aku bina sebelum kahwin tu. Tapi benda ni aku dah fikir masa bujang lagi. Berbincang dengan bakal imam dulu supaya dapat kata sepakat. Sebab benda ni memang perlu perbincangan dua hala demi kerukunan rumahtangga yang dibina. 

Kenapa aku buat pilihan jadi suri rumah sepenuh masa? First, sebab masa tu kami jauh. Jadi untuk duduk bersama aku rasa biar aku yang berkorban. Lagipun tanggungjawab suami untuk menafkahi aku ikut kemampuan dia bila dah kahwin. Second, sebab aku memang dah lama ada impian nak bekerja sendiri. Jadi aku nampak peluang tu bila aku stay at home dan upgraded jadi suri rumah. Alhamdulillah memang diizinkan Allah.

Sebelum nak buat keputusan jadi suri rumah sepenuh masa, kita memang kena buat banyak persediaan. Tujuannya supaya kita tak 'culture shock' dengan kehidupan yang baru tu. Yang paling utama sekali persediaan dari segi fizikal, mental dan emosi. 

Persediaan dari segi fizikal

Sangat penting untuk bersedia dari segi fizikal sebab tugas suri rumah memang memerlukan kudrat yang bukan biasa-biasa. Tambah bila dah dikurniakan anak. Nak jaga anak dari sekecil bayi sehingga besar, cabarannya memang tak terjangka. 

Fizikal kena sihat dan fit. Sebab kalau sakit, apa pun tak jadi. Seisi rumah akan turut 'sakit'. Kena tahu yang waktu rehat yang betul-betul boleh berehat, hanya tidur di waktu malam. Itu pun berapa jam sangat la nak dapat tidur dan rehat yang berkualiti untuk pastikan fizikal sentiasa 'cergas'. 

Persediaan dari segi mental

Nak jadi suri rumah sepenuh masa, mental memang kena kuat ya. Walaupun kita di zaman boleh kata canggih dan minda terbuka, jangan tak tahu masih ada lagi golongan jumud yang suka downgrade suri rumah. 

Kalau mental tak kuat, diri akan mudah rasa low self esteem. Sebab mulut puaka manusia ni memang jahat sangat. Kita memang tak boleh nak buat apa. Yang kita boleh cuma kuatkan diri dan mental nak tepis segala kata nista orang 'akal pendek' macam tu. 

Lagi satu kena bersedia yang kita tak boleh nak expect suami dapat bantu kita dalam urusan rumahtangga dan anak-anak. Ada banyak sebab. Mungkin suami kerja jauh dan selalu out station. Mungkin suami memang bukan jenis ringan tulang nak membantu kita dengan alasan dia dah penat kerja cari nafkah. Jadi mental kena bersedia untuk semua kemungkinan. 

Persediaan dari segi emosi

Bab emosi pun perlu dititikberatkan kalau decide nak jadi suri rumah sepenuh masa. Emosi dan orang perempuan memang sinonim. Sebab tu aku tulis kat awal-awal artikel yang tak semua isteri mampu pegang title suri rumah sepenuh masa dan hanya layak separuh masa saja. Benda ni berkait rapat. 

Jangan main-main dengan emosi. Kalau tak terjaga dengan baik, boleh lead kepada pelbagai masalah kesihatan terutamanya kesihatan mental. Tambah kalau pengorbanan menjadi suri rumah sepenuh masa langsung tak dihargai pasangan. 

Penat fizikal dan penat emosi sangat berbeza tau. Penat fizikal boleh berehat. Penat emosi boleh hilang pertimbangan. Sebab tu banyak kes suri rumah yang didiagnos dengan sakit mental macam anxiety, depression dan lain-lain. 


MAKSUD SURIRUMAH

Cabaran Menjadi Suri Rumah Sepenuh Masa

Bitter truth, letih sebenarnya buat 'kerja' suri rumah ni. Kerja tak pernah habis. Hari-hari ulang buat benda yang sama. Tambah kalau pegang title tu sepenuh masa. Macam kerja 24/7 je. Lepas tu anak-anak kecil lagi. Sangat mencabar. Ini kenyataan tau. Pengalaman aku sendiri juga yang dah 10 tahun berkecimpus dalam kerjaya suri rumah sepenuh masa ni.

Meh aku kongsikan antara cabaran yang korang kena hadap jika decide nak jadi suri rumah sepenuh masa. 

Cabaran dari segi kewangan 

Takda gaji tetap. Nafkah yang suami bagi bukanlah gaji tau. Itu memang kewajipan dia. Kalau suami bukan jenis culas beri nafkah, terubat la sikit keletihan. Nafkah yang diberi boleh dianggap sebagai hadiah penghargaan dari suami. Boleh simpan sikit dan boleh guna untuk reward diri sendiri. Andai suami jenis culas nafkah? Lepas tu langsung tak berterima kasih pulak. Inilah yang sedikit sebanyak akan membuat isteri rasa ralat dan tak dihargai. 

Cabaran dari segi masa

Takda peluang untuk 'me time' (bersendiri) lama-lama. Kebanyakan masa memang digunakan untuk urusan rumahtangga dan keluarga. Kalau anak-anak masih kecil lagi la rasa macam tak cukup masa. Kadang nak uruskan diri sendiri pun terkejar-kejar. Nak makan, mandi, solat, berak, kena buat sehabis pantas yang boleh. Belum lagi kalau ada buat side job demi side income. Jenuh nak atur masa.

Cabaran dengan stigma masyarakat

Benda ni macam dah jadi taboo dalam masyarakat. Susah sikit nak perbetulkan mindset kebanyakan orang. Di minda depa, suri rumah ni hanya untuk orang yang tak berpelajaran tinggi, bodoh tak tahu apa-apa, pemalas nak kerja, dan nak menyusahkan suami saja. Jumud sangat kan? 

Sedangkan hakikatnya, semua perempuan yang dah berkahwin memang automatik dapat title suri rumah. Tak kisah sebelum kahwin tu dah bekerja atau belum, belajar tinggi atau tidak. Kalau takde suri rumah, tak berseri la rumahtangga. 

Tapi itulah, bukan semua fikir macam ni. Jadi nak taknak, terpaksa hadap stigma masyarakat yang jumud begitu. Lepas tu kena bijak tepis. Caranya, kita kena ignore je kalau depa cakap yang bukan-bukan tu. Anggap je takde kaitan pun dengan kita. Hidup ni kalau nak dengar cakap orang memang susah la kita. 

Cabaran dari segi emosi

Takda kawan-kawan nak berkongsi rasa on the spot bila rasa 'burn out'. Walaupun ada suami yang function dan membantu bila waktu ada di rumah, fasa 'burn out' tu tetap tak boleh nak elak bila dia takda. Apatah lagi kalau suami bukan jenis membantu. Lagi haru biru. 

Emosi memang boleh up and down. Tu yang kadang ada episod terlepas kemarahan kat anak-anak tanpa disengajakan. Kekadang terlepas rajuk kat si suami walaupun suami ambil berat. Kalau suami jenis tak ambil tahu, lagi la melantun-lantun emosi jadinya.

Cabaran dari segi fizikal

Penat fizikal sebab kerja rumah tak pernah habis. Baru settle kemas rumah yang anak-anak sepahkan, belum hilang penat, tak sampai 10 minit dah bersepah balik. Itu cabaran paling menggugat kesabaran. 

Kemas rumah memang pakai kudrat yang banyak. Nak menyapu, mengemop, vakum, alih karpet, tolak perabot dan lain-lain. Semuanya melibatkan fizikal. Itu baru bahagian ruang rehat/ruang tamu. Belum lagi kawasan dapur, bilik, tandas, parkir. 

Haaa..sanggup tak? Sanggup tak sanggup memang kena buat sebab nak duduk dalam keadaan rumah yang bersih dan selesa. Jadi terpaksa rajin. Fizikal kena fit.

Cabaran dari segi mental

Penat mental ni selalunya berlaku ketika anak-anak masih kecil. Waktu ni yang paling mencabar sekali. Hakikatnya melayan karenah anak-anak kecil memang meletihkan mental. Tipulah kalau kata tak penat layan anak-anak yang pelbagai ragam. Ya. Memang sangat penat walaupun kita rasa bahagia anak-anak ada di depan mata sentiasa.

Lagi satu yang mungkin mencabar mental jika pasangan kita bukan sejenis yang membantu dalam setiap urusan rumahtangga dan penjagaan isi rumah. Semua dia letak atas bahu si isteri dan lepas tangan langsung tak ambil peduli.

Part ni yang kita kena bersedia jika tekad nak jadi suri rumah sepenuh masa. Kena didik diri menjadi seorang yang sabar supaya dapat jaga kesihatan mental dengan baik.




Kelebihan Menjadi Suri Rumah Sepenuh Masa

Walaupun banyak cabaran, menjadi suri rumah sepenuh masa juga ada kelebihannya. Mungkin tak bergaji, takde kawan, penat lelah tak dihargai sewajarnya oleh pasangan dan lain-lain. Yang pasti, setiap pengorbanan pasti ada kelebihannya.

Berikut antara kelebihan menjadi suri rumah sepenuh masa yang mungkin ramai tak perasan pun.

1. Dapat mendekatkan diri dengan Allah

Berpeluang untuk memperbaiki diri, amalan dan juga kewajipan yang mungkin pernah terlalai sebelum ni. Ganti solat, belajar mengaji Quran, buat solat sunat. 

Aku teringat pesanan kawan mak satu ketika dulu masa aku baru mengandung anak sulung. Bila dia tahu aku ambil keputusan ikut suami dan jadi surirumah, dia cakap kat aku macam ni..

"Alhamdulillah. Rezeki Shada la tu. Jangan malu jadi surirumah. Ada peluang bangun buat solat Tahajud setiap malam, buat solat Dhuha setiap pagi. Tak semua orang dapat rezeki macam ni. Orang yang bekerja selalunya tak sempat dan susah nak dapat peluang ni sebab masa depa padat dan kalut dengan kerja, payah nak atur masa sendiri untuk ibadah sunat."

Sampai sekarang dah anak 5 pun aku ingat lagi pesanan dia. Walaupun kadang-kadang tak terbuat juga dengan alasan letih dan anak meragam nak melekat je. Ya. Aku masih hambaNya yang lemah dan banyak kekurangan. Huhu. 


2. Mendidik diri menjadi hambaNya yang tinggi tawakal dan pergantungan kepada Allah

Bila kita jadi suri rumah sepenuh masa, tawakal dan pergantungan kepada Allah memang kena tinggi. Sebabnya kehidupan kita ditanggung sepenuhnya oleh suami. Memang itu tanggungjawab suami pun. 

Jadi dari situ kita dapat didik diri menjadi seorang yang sentiasa bersyukur dengan setiap rezeki yang Allah salurkan melalui suami ikut kemampuan dia. Kalau banyak alhamdulillah. Kalau cukup-cukup pun alhamdulillah. Andai kata sedikit, sama-sama kita bantu suami dengan cara lain. 


3. Dapat kuatkan ikatan kasih sayang (bonding) dengan anak-anak tanpa had masa

Percayalah setiap ibu memang impikan benda ni. Masa bersama dengan anak-anak tanpa had. 24/7 sentiasa bersama. Dapat pantau anak-anak setiap masa. 

Walaupun mungkin penat, tapi itulah kebahagiaan. Tak semua ibu direzekikan untuk menjaga anak-anak sendiri 24/7 kerana perlu keluar bekerja atas sebab tertentu. 


4. Jadi support system dan pembantu peribadi terbaik buat suami setiap masa

Isteri mana yang taknak peluang jadi yang terbaik untuk suami? Semua isteri mahu jadi support system dan pembantu peribadi yang sentiasa ada 24 jam untuk suami. Tak perlu curi/bahagikan masa antara suami dan kerja di pejabat. Sentiasa ada bila suami memerlukan. Dapat ringankan beban suami dengan urusan di rumah. Dapat bantu suami tentang hal ehwal anak-anak. 

Beruntung bila jadi suri rumah sepenuh masa sebab dapat kelebihan yang satu ni tau. Salah satu jalan mengumpul pahala. 


5. Bebas dari fitnah 

Hidup di akhir zaman ni, paling nak elak sekali tentulah fitnah. Bila bekerja di luar, memang diri akan terdedah dengan fitnah di sekeliling walaupun kita dah cuba sedaya upaya untuk elak. Memang tak dapat dinafikan sebab pergaulan kita lebih meluas. 

Tapi bila jadi suri rumah sepenuh masa, insyaAllah perkara ni dapat dielakkan. Sebabnya pergaulan terbatas. Dunia hanya tertumpu pada urusan rumahtangga dan hal ehwal keluarga saja. Inilah salah satu hikmah yang terlalu indah Allah 'hadiah' kan buat suri rumah sepenuh masa. 


Cara 'Healing' Terbaik Buat Suri Rumah Sepenuh Masa

Kepenatan menjadi suri rumah sepenuh masa kadang-kadang buat diri jadi down dan burn out. Percaya tak kalau aku cakap, ada ketika terasa macam nak lari dari semuanya. Nak bawa diri pergi jauh dan tinggalkan rumah tapi tak mampu sebab fikirkan anak-anak. 

Aku pun pernah je rasa macam tu walaupun suami banyak membantu. It's just a normal feeling. Bila kita menghadap rutin yang sama setiap hari, memang begitulah perasaannya. Ini rasa yang sementara je. Masa anak-anak masih kecil. Bila depa dah besar, semua tu takda dah kita rasa lagi. 

Jadi, macam mana kita nak heal (sembuhkan) rasa ni? Meh aku kongsi dengan korang cara aku healing dari semua rasa yang tidak-tidak ni. Mungkin korang pun boleh buat benda yang sama. 


1. Cari Hobi Yang Boleh Buat Bersama Dengan Anak-anak 

Aku suka bersenam sambil menari. Jadi aku ajak anak-anak buat sekali. Depa pun seronok. Aku rasa fresh dan happy. Best tau. Korang cuba la. Yang penting kena libatkan anak-anak. 


2. Curi Masa Untuk Mengaji Al-Quran

Selalunya aku akan curi masa untuk mengaji Al-Quran waktu di antara solat Maghrib dengan Isyak. Takpun waktu Subuh. Percaya tak kalau aku cakap yang mengaji al-Quran ni adalah terapi jiwa yang paling berkesan sekali? Betul tau. Korang cuba la buat. 


3. Minta Suami Bawa Tengok Dunia Luar

Bila kita terperap dalam rumah 24/7, itulah yang mudah buat kita rasa melt down. Jadi luahkan pada suami supaya dia faham keadaan emosi dan mental kita. Minta dia untuk bawa kita tengok dunia luar sekali sekala sekurang-kurangnya seminggu sekali. 

Macam aku sendiri, encik CH memang jenis prihatin. Tak minta pun dia yang akan ajak aku dan anak-anak pergi meronda kawasan terdekat. Pusing-pusing naik kereta tengok rumah orang. Itu pun dah rasa seronok weh. 


4. Bela Haiwan Kesayangan 

Aku memang pecinta kucing. Jadi aku minta izin suami untuk bela kucing. Ada 5 ekor anak bulus yang selalu 'buli' aku dengan extra job (bersihkan kandang, kutip hasil kumbahan, uruskan makan minum). Hahaha. 

Tapi ini salah satu terapi untuk aku. Syok je layan depa tau. Sesambil tu boleh bebel kat depa jugak. Padan muka depa. 


5. Membaca dan Menulis

2 benda ni memang terapi terbaik untuk mental aku. Aku suka menulis, jadi platform Facebook dan Blog adalah medan penulisan aku. Aku suka membaca, jadi aku akan curi masa untuk baca buku yang aku beli atau cari bahan bacaan berilmiah kat internet untuk dibaca. 


Sebenarnya banyak lagi cara yang lain untuk kita healing. Tapi dapat buat yang 5 ni pun dah cukup bagi diri aku. Korang kalau nak cuba, dipersilakan. Kalau ada cara lain yang korang terfikir untuk heal diri sendiri dari melt down, buatlah. Takde rules pun. Asalkan yang tak memudaratkan dan dapat menyembuhkan perasaan, sudah memadai. Sayang diri sendiri tau. 

Kesimpulan

Begitulah realiti menjadi suri rumah sepenuh masa. 'Kerjaya' yang tak semua isteri mampu buat. Tapi seandainya kita reda dengan pilihan kita sendiri yang ingin berkhidmat sebagai suri rumah sepenuh masa, insyaAllah segala cabaran pasti kita dapat atasi.


Bisik-bisik :: Aku tak pernah menyesal dengan pilihan yang aku buat 10 tahun lalu. 

5 Ulasan

Membebel dengan penuh hemah. Komen awak adalah atas tanggungjawab sendiri. No hate speech okay. Terima kasih!

  1. Alhamdulillah apapun bila dah bergelar isteri tetap namanya suri rumah juga haha.. Sy juga memilih untuk jadi suri rumah yang berkerjaya haha... Skrg nie dah boleh buat kerja dr rumah.. penat bekerja di luar atau di dalam masing2 ada cabarannya.. even tiada anak juga ada cabarannya.. apapun mulia gelaran suri rumah tu.. sepatutnya kita bangga.. tetapi itulah skrg nie susah juga nak ckp haha.. Semoga dipermudahkan segala urusan buat kak sha..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu nurul. Dah namanya isteri, memang automatik surirumah la jadinya. Kerja bermajikan atau duduk di rumah saja, tetaplah surirumah. Memang mulia gelarannya.

      InsyaAllah kaksha baik-baik je.10 tahun pengalaman banyak bagi pengajaran juga. Nurul pun insyaAllah boleh hadap semuanya. Fighting!

      Padam
  2. Surirumah hadir apa yg Sha kongsi kin setuju sebab ada kena dgn situasi kin gak tu, tapi part yg kena fitnah hahaha nak tergelak balik duduk dalam rumah pun kena fitnah ko jiran aduhaiii,

    BalasPadam
  3. Suri rumah walaupun tidak bergaji tetapi diberi elaun...kalau suami yang berduit...elaun sama besar dengan gaji orang bekerja di luar sana

    BalasPadam
  4. Betul Sha..kdg2 suri rumah sendiri yg suka sebut 'saya suri rumah je'..kenapa nak downgrade kan diri sendiri. Ptt bangga tau. Tak semua wanita boleh jadi suri rumah sepenuh masa atas sebab komitmen & nak bantu suami. Akak pun kalau diberi pilihan nak jadi surirumah sepenuh masa tapi memikirkan komitmen bulanan, mampu jadi surirumah separuh masa..separuh masa tu pun kadang2 ada keja rumah akak KIV buat hari cuti..haha..tak larat hari kerja nak mengadap semua..Mampu masak je..keja2 lain tggu lah hari cuti baru buat..Salute suri rumah sepenuh masa macam sha..24/7 mengadap buat keja yg sama...

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan