Beli Rumah atau Hartanah Di Kawasan Berisiko Banjir. Berbaloi Atau Tidak?

Assalamualaikum. Hai!
 

Sebenarnya cuaca kat Terengganu ni masih tak menentu lagi. Tapi dalam minggu ni alhamdulillah cuaca nampak cerah dan matahari ada la memancarkan cahaya. Dapat la keringkan jemuran dalam masa sehari lepas kena basuh. Kalau tidak, terpaksa la tunggu berhari-hari baru kering sebab sidai kat bawah garaj je. Malas nak pergi keringkan kat dobi.
 
 
Malam tadi dah dapat rasa aura yang hujan akan kembali turun. Selalunya bila cuaca tu rasa sejuk lain macam je, mesti akan hujan lebat non-stop. Begitu lah keadaannya. Memang hari ni hujan dah start turun dengan lebat non-stop. Mungkin akan berhari-hari jugak la agaknya.
 
 
Bila cakap pasal hujan ni kan, macam kat Terengganu ni dah sinonim dengan banjir. Ada kawasan tertentu yang akan dinaiki air. Macam kat tempat kawasan aku tinggal ni, alhamdulillah terhindar dari bencana banjir. Syukur la juga. Walaupun dekat dengan kawasan yang selalu dinaiki air. Setakat ni tak pernah sampai ke sini lagi la. Mungkin tanah kawasan rumah ni tinggi. Alhamdulillah.


Kadang aku terfikir juga, kesiannya pemilik rumah yang selalu dinaiki air ni bila banjir melanda. Air naik paras betis pun dah merunsingkan kepala tau. Jenuh nak cuci rumah satu hal. Lepas tu banyak juga harta benda yang akan rosak. Tak terjangkau apa la perasaan depa.
 
 
Selalunya bila banjir dah surut, encik CH akan bawa kami anak-beranak meronda tengok keadaan. Nak menolong kudrat dengan membersihkan rumah mangsa belum berkemampuan sebab dengan anak kecik berderet. Jadi pergi tengok kawasan dan muhasabah diri je la mampu setakat ni. 
 
 
Bersyukur juga dapat tinggal di kawasan tak kena banjir walaupun tinggal sekali dengan mertua dan bukan rumah sendiri lagi. Ada la sebabnya tu Allah belum izin kami beli rumah/hartanah sendiri buat masa ni. Sebut pasal ni, tetiba idea mencurah nak tulis pasal beli rumah/hartanah. So, let's talk about this!



Beli Rumah atau Hartanah Di Kawasan Berisiko Banjir. Berbaloi Atau Tidak?


Susah jugak sebenarnya nak cakap pasal ni. Ada yang cakap berbaloi sebab harga murah. Lagipun bukan selalu banjir pun. Cuma bila tiba musim dia ja yang perlu bersedia nak hadap kejadian banjir ni. Jadi boleh plan dari awal untuk kemas dan pindahkan barangan dalam rumah di kawasan yang lebih tinggi. Contohnya atas loteng. Ataupun beli/bina rumah 2 tingkat, jadi bila banjir boleh berlindung di tingkat atas.


Tapi ada juga yang kalau boleh nak elakkan beli rumah/hartanah di kawasan banjir. Sebab tak sanggup nak hadap risiko kerosakan harta benda akibat banjir. Bukan semua berkemampuan nak bina/beli rumah 2 tingkat atau renovate rumah buat loteng kat atas untuk persediaan banjir. Kena tengok juga jumlah pinjaman perumahan yang layak diterima untuk tujuan beli rumah/hartanah ni dulu.
 
 
Oh, cakap pasal pinjaman perumahan yang layak ni, kita kena bersedia juga dengan bermacam kos yang terlibat. Antara kos yang perlu ditanggung adalah kos guaman, kos ejen hartanah, kos proses dapatkan pinjaman dan kelulusan bank. Boleh tahan besar juga kosnya tu. Belum lagi nak kena bertungkus-lumus kumpul duit deposit rumah sebanyak 10%. Uishhh..jenuh juga kan? Selain tu, sebelum apa-apa kita kena buat dulu semakan samada ada kita layak beli rumah/hartanah atau tidak.


Bila fikir balik memang banyak yang perlu diambil kira sebelum decide nak beli rumah/hartanah ni. Tambah-tambah di kawasan yang berisiko banjir. Memang la ada yang kata takpa je janji harga murah. Tapi bukan semua yang sanggup nak hadap risiko yang bakal jadi. Kan?


Tips Atasi Kesilapan Beli Rumah/Hartanah Di Kawasan Berisiko Banjir


Kebiasaannya, masa kita nak beli rumah/hartanah, semua yang elok-elok je akan diberitahu oleh ejen hartanah yang kita berurusan. Bukan salah ejen tu juga sebenarnya. Tambahan kalau memang tak pernah lagi berlaku banjir kat kawasan rumah/hartanah yang kita nak beli tu. Atau tapak pembinaan rumah yang baru dibangunkan tu memang bukan kawasan yang akan banjir.
 
 
Tapi banjir ni kan bencana alam yang kita pun tak dapat jangka. Mungkin sebelum ni tak pernah dinaiki air banjir, mana tahu masa akan datang tiba-tiba masalah banjir ni boleh terjadi. Selalunya disebabkan beberapa faktor contohnya sungai berdekatan yang semakin dicemari sampah, sistem perparitan/saliran air yang tak sistematik, kawasan perumahan rupanya dibina di tanah rendah dan lain-lain kemungkinan lagi.




Jadi apa penyelesaian yang boleh difikirkan untuk atasi kesilapan yang kita dah buat tu? Nak refinance macam takda kesan apa-apa pun. Nak jual semula rumah pun macam susah je nak dapatkan pembeli yang baru dan harga memang jatuh teruk la. Aduhai. Dugaan sungguh kan?
 
 
Takpa. Jangan risau okay. Meh aku kongsikan beberapa cara yang mungkin boleh diambil untuk atasi masalah ni dan korang masih boleh tinggal kat rumah tu. Antaranya adalah:

  •     Langgan polisi insurans bencana alam
  •     Buat tuntutan pampasan banjir daripada LPPSA
  •     Buat tuntutan daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)

Mungkin prosesnya sedikit rumit dan memakan masa (biasa la tu bila bab tuntutan ni), tapi sekurang-kurangnya ada jalan penyelesaian yang boleh kita usahakan. Terasa la ringan sedikit beban yang mungkin akan ditanggung. Begitulah dugaan yang akan dihadapi bila kita decide nak miliki rumah/hartanah sendiri.


Adakah Kenaikan OPR akan Menjejaskan Pinjaman Perumahan?

Haaa...cakap pasal beli rumah/hartanah ni, tetiba aku teringat pula pasal pengumuman OPR yang akan naik lagi untuk tahun 2023 ni. Sebut pasal kenaikan OPR, ramai juga la pemilik rumah/hartanah yang buat pinjaman perumahan merungut dan bising. Sebab bila OPR naik, kadar untuk bayaran pinjaman perumahan akan naik juga. Sebab tu la ramai yang rasa runsing dan terbeban. Komitmen jadi makin bertambah. Aduhai. Aku mampu tumpang simpati je la. Huhu.
 
 
Nak buat macam mana kan? Nak taknak terpaksa jugak hadap. Cuma kalau rasa makin terbeban, sebagai pemilik kena rancang semula kewangan untuk dapat bayar juga installment rumah/hartanah yang ada tu tanpa gagal. Kalau tidak, naya je kena lelong pulak rumah/hartanah tu nanti.
 
 
Untuk tujuan perancangan kewangan tu, korang kena la kira semula loan rumah/hartanah yang dimiliki. Banyak je mortgage kalkulator yang tersedia secara online untuk buat pengiraan jual beli rumah/hartanah. Semoga dapat membantu korang ya!
 
 
Aku sendiri ambil tahu pasal ni sebab berimpian nak ada rumah/hartanah sendiri juga. InsyaAllah satu masa nanti kalau diizinkan Allah dan ada rezeki buat kami sekeluarga bina 'syurga' kami sendiri. Kalau boleh, nak ada rumah tanpa terpaksa membuat hutang. Gituhhh berangan tak hengat. Hihi. Korang doakan tau!


Bisik-bisik :: Semua orang ada keinginan memiliki rumah sendiri kan? Aku pun tak terkecuali.

2 Comments

Membebel dengan penuh hemah. Komen awak adalah atas tanggungjawab sendiri. No hate speech okay. Terima kasih!

  1. Seboleh2nya elakkan memilih hartanah di kawasan berisiko banjir

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Saya setuju. Bila selalu pergi tengok kawasan banjir, rasa kesian sangat tengok kerosakan harta benda yang dialami tuan rumah. Belum lagi emosi depa terjejas. Penat fizikal lagi nak mengemas. Huhu.

      Delete
Previous Post Next Post

نموذج الاتصال