Tips Pilih Template Percuma Yang Sesuai Untuk Blog

Assalamualaikum. Hai!


Lama tak membebel entri personal dan berilmiah. Mentang-mentang la sekarang blog ni dah boleh cari makan dengan artikel review, kerja duk tulis entri camtu je la. Itu pun update bila ada job. Lepas tu blog sunyi sepi. Bila check statistic rasa nak meroyan sebab tengok pengunjung blog macam tak ramai je. Salah sendiri jugak. Pemalas nak update blog secara konsisten. Padan la muka kan. 


Entah la bila nak pandai manage masa untuk rajin update blog. Kadang tu bukan tak buka blog. Hari-hari pun duk skodeng je. Maklum la spesis obses dengan blog sendiri. Hahaha. Bukan takde idea jugak. Berlambak duk berasak-asak dalam kepala otak ni. Tapi nak menulis tu yang malas betoi jari jemari ni nak menaip. Haishh. Camtu la tak sudah-sudah.


Jadi, kali ni nak tulis topik berkaitan template blog la sikit. Khususnya untuk platform Blogger la sebab CikSha pun guna platform Blogger untuk blog sendiri. Dan memang dah lama pun dalam arena design/edit template blog platform ni secara freelance. Sekadar nak berkongsi pandangan je. Tapi sebelum ulas lebih panjang, nak kongsi la serba sikit pasal blog sendiri dulu.




Blog Bertukar Wajah Baru Di Tahun 2021


Bulan Mei ni, ulangtahun domain name blog kesayangan hati ni sebenarnya. Alhamdulillah dah masuk tahun ke 4 pakai domain dotCom. Lama jugak pakai domain blogspot je. Sejak tahun 2009. Dari url riesha-ariesha.blogspot.com tukar ke shahadafauzi.com. Kalau ada yang panggil CikSha dengan nama RieSha tu tahu dah mesti pengikut lama sejak blog ni wujud. Hihi.


Jadi untuk raikan peningkatan umur domain name ni, CikSha pun ambil peluang la tukar lagi wajah blog kesayangan ni. Padahal baru je lagi tukar template hujung tahun lalu. Hihi. Sejenis tangan tak boleh nak duduk dendiam camgini la. Ada je nak dikelebet. Maka, inilah transformasi rupa blog CikSha yang terkini.


Kali ni, kita cuba pakai template jenis magazine pulak. Lebih minimalist. Sebelum ni asyik guna yang Beauty je konon keperempuanan. Oh. CikSha sekarang memang dah pemalas tahap gaban nak design sendiri template blog walaupun customized macam special sikit kan. Tapi memang tak kuasa dah la tua-tua ni nak menyakitkan kepala otak. Jadi kita cari je template free yang menepati citarasa sendiri. Yang penting tetap nampak clean and simple. Dan opkoz la adorable macam tuan dia. Gituuu.


Baru je beberapa hari pasang template ni. Adjust la sana sini sikit belek coding bagi ngam lagi dengan citarasa. Warna tema masih tak boleh nak lari. Adik beradik merah jambu sentiasa di hati. Perempuan sejati kan. Haha. Jadi kita kasi tukar dia jadi pinky!


Tapi rasa lebih kemas pulak template ni. Kena dengan niche blog ni yang entri carca marba. Banyak sangat topik yang ditulis. Jadi bila pakai template jenis ni, boleh set setiap sub-topik utama yang nak di 'hi-lite'. Tersusun je. Me like! InsyaAllah mungkin akan lebih lama dengan template yang ini. Makin jatuh cinta bertubi-tubi dengan blog sendiri. Ouchh!


Snapshot wajah baru Blog Shahada Fauzi


Tips Pilih Template Yang Sesuai Untuk Blog


Sebagai freelance designer yang masih berkecimpus ambik upah edit template blog, CikSha nak kongsi la sikit pandangan peribadi tentang hal ni. Sekadar berkongsi pendapat. Tak semestinya apa yang CikSha nak sampaikan ni betul semuanya. Ambil je yang baik-baik untuk kemajuan blog okay?


Template Percuma Atau Berbayar?


Bab ini sebenarnya atas diri kita sendiri juga. Kalau ada bajet lebih dan nak rasa lebih eksklusif dan premium, mungkin boleh pilih template yang berbayar. Kalau nak jimat bajet, takde salah pun kita nak guna template percuma. Percuma atau berbayar, okay je kalau nak guna. Tak jadi masalah pun.


Kalau template berbayar ni, special dia yang paling best sebab takde kredit pada pemilik asal yang rekacipta template tu. Banyak jugak keistimewaan lain yang kita dapat. Lagi satu, selalunya ada support dari pereka template tu kalau ada apa-apa masalah dengan template. Dan dapat template yang version terkini bila pereka upgrade features template tu.


Macam template percuma, kita tak boleh sesuka hati nak buang kredit pereka template. Kena kekalkan kat footage. Kalau buang jadi apa? Haaa, blog awak tak boleh bukak la jawabnya. Dia patah balik pergi ke web pereka tu nanti. Features pun mungkin berbeza sikit. Sebab selalunya template percuma ni version yang lama. Template berbayar kan selalu up-to-date bila pereka tu upgrade. Itu la beza dia.


So, template percuma atau berbayar jadi pilihan awak? Terpulanglah. Tengok bajet yang ada.


Ciri-ciri Template Yang Terbaik Untuk Blog


Eh, nak pakai template blog pun ada syarat ke? Mesti la oiii. Template ni macam baju blog. First impression untuk orang yang datang ke blog kita. Dan mungkin terus akan jadi pengikut tegar blog kita tau kalau dia selesa nak lepak dan membaca semua penulisan kita. Ini yang paling best! Dapat pembaca setia. 


Jadi, apa ciri-ciri template yang terbaik untuk blog kita? Macam mana nak tentukan?


Sebenarnya banyak sangat jenis design template ikut kategori yang sesuai dengan niche blog. Atas diri kita nak pilih yang macam mana yang serasi dan berkenan di hati. Tapi, ciri-ciri utama yang CikSha senaraikan kat bawah ni kena ambil peduli bila nak pilih template blog. Let's check it out!


1. Responsive

Responsive ni maksudnya template tu serasi dengan apa saja jenis gadget yang pengguna/pembaca guna. Kiranya design tu ngam dan tak berserabut. Elok je terletak ikut size gadget samada desktop, laptop, ipad, phone yang pelbagai saiz. Selesa nak scroll bila membaca.

2. Mobile Friendly

Sekarang ni memang kebanyakan orang nak layari internet untuk cari maklumat dengan phone je. Mudah kan? Jadi selain design yang responsive, kena pastikan juga ianya mesra dengan phone. Omputih cakap mobile friendly

Sebab apa tau? Ada sesetengah template, design nya tak mesra phone. Nanti jenuh pembaca nak zoom in dan scroll kiri kanan bila tersinggah. Tak pasal je terus lari gitu sebab malas nak susahkan diri. Kan dah hilang pembaca.

3. Ringan dan Loading Super Laju

Ini pun sangat penting untuk pastikan pembaca nak stay kat blog kita. Blog yang ringan dan loading super laju sangat memainkan peranan. Kalau loading slow dan lama nak tunggu habis keluar semua paparan blog, memang selalunya pembaca akan klik pangkah je. Tak kuasa la nak tunggu lama-lama. CikSha pun camtu jugak. Hihi.

Jadi, nak pastikan template tu ringan dan loading cepat boleh semak kat features yang pereka senaraikan. Kemudian bila dah install dan setup semua widget, boleh check semula samada betul ke tidak template tu ringan dan loading dia laju. Blog yang betul-betul ringan, loading nya selalu bawah 5 saat okay.

4. SEO Friendly

Paling kita nak dah tentulah template yang dah di set up dengan ciri-ciri mesra SEO. Maksudnya bila orang cari maklumat, entri di blog kita boleh tersenarai sekali dalam carian di muka pertama. Best tu! 

Template yang mesra SEO ni selalunya dah di set dengan breadcrumb, title tag, meta description dan heading yang bersesuaian (major heading, heading, sub heading, minor heading) untuk tajuk dalam artikel yang ditulis. Inilah ciri-ciri asas sebuah template yang mesra SEO selain teknik SEO yang banyak lagi kita boleh praktikkan bila menulis.


Kesimpulan

Pendek kata, itulah serba sikit pengetahuan yang CikSha ada untuk dikongsikan kepada semua. Apa-apa pun, pemilihan template ni atas diri kita juga sebenarnya. Citarasa kita semuanya tak sama. 


Selama CikSha duk buat servis edit template blog ni, memang akan suggest kat customer untuk pilih sendiri template macam mana yang mereka suka dan maklumkan pada CikSha. Nanti pepandai la CikSha tolong set up dan adjust dalam coding tu kalau ada request nak tukar warna tema ke apa ke.


Dulu memang CikSha buat customized template. Tapi itu memang sangat la menyakitkan kepala dan boleh tak tidur berhari-hari. Sekarang dah tak sanggup sebab dah kertu. Hihi. Jadi kita minta je customer cari sendiri atau maklumkan nak template jenis macam mana kita bantu carikan. 


Berlambak dah sekarang template yang bagus dan lengkap ciri-ciri yang CikSha maklumkan kat atas tadi. Dan ianya percuma! Nak CikSha cari, pasangkan dan adjust tang mana-mana yang nak diubahsuai je yang kena ada maharnya. Masa CikSha ada harga juga tau.


By the way, kalau nak bawa blog pergi lebih jauh dan boleh mendatangkan income, memang kena titik beratkan juga bab pemilihan template yang bersesuaian. Kira macam kita branding kan blog dan diri kita untuk tarik potential client dan juga pembaca setia. Pageview mencanak naik, baru la income pun masyuk.


Bisik-bisik :: Kena ada identiti tersendiri untuk ketengahkan blog jadi lebih mengancam.

8 Comments

Membebel dengan penuh hemah. Terima kasih!

  1. Pemilihan template blog pun penting jugak ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu cik cappucino latte..sebab dia macam kita jenamakan blog jugak..

      Delete
  2. Saya suka classic template berbanding modern template. Senang nak customize.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setujuuu..saya pun sama dengan Bola Katak..suka template classic kalau nak customized sendiri..

      Delete
  3. Puas hati dengan kerja CikSha semasa upah CikSha modify mana2 bahagian yang patut kat template Abam Kie pada Raya Puasa tahun lepas. Maaf la sbb suruh macam2 sbb Abam Kie nak buat sekali je dan pastikan terus tiptop! Sebab nak guna lama template tu. X sanggup nak tukar2 sokmo. Kpd sesiapa yng nak upah CikSha ubahsuai template tu boleh la DM ye. Recommended, reliable and trusted!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..Terima kasih Abam Kie atas penghargaan ni. Appriciate sangat! Terima kasih juga sudi upah saya.

      Delete
  4. Terima kasih share tips. dulu dulu rajin betul customize. sekarang pilih je yang ready made :)

    ReplyDelete
  5. pemilihan template blog sangat penting. xmesra seo, rugi ja walaupun org ckp content is the king.
    template eca brapa tahun dah tak berubah.hahaha

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

نموذج الاتصال