Friday, 26 February 2021

Kenangan indah melahirkan anak istimewa, Iman Rizqin

Friday, February 26, 2021 3 Comments

Assalamualaikum. Hai! 


Lama tak coretkan kisah anak-anak kat blog ni. Jadi memandangkan hari ni sangat istimewa sempena ulangtahun kelahiran anak kedua CikSha yang super special, si encem Iman, nak tulis la sikit kenangan masa lahirkan dia 5 tahun yang lalu. Tak pernah lagi tulis kat blog moment indah lahirkan si dia yang sangat istimewa ni. Untuk tatapan masa depan, maka jom la kita titipkan sedikit dalam blog bushuk kecintaan hati ni. 


5 tahun yang lalu, pada tarikh hari ni 26 Februari dan hari yang sama Jumaat, Allah hadiahkan buat kami suami isteri seketol 'emas permata' yang paling berharga dan tak ternilai untuk disantuni dengan penuh amanah. Jadi, inilah detik-detik cemas dan indah sebelum si encem Iman dilahirkan. 


Si encem Iman masa baby


Pagi tu ummi asyik duk berulang pi tandas berkali-kali sebab sakit perut. Yang sakit perut memula tu je betul-betul sahut panggilan alam. Yang seterusnya bukan dah. Tu hint nak beranak dah sebenarnya. Tapi ummi tak tahu mulanya. Sebab sakit tu datang sekejap-sekejap je. Ummi boleh lagi tahan tahap sakitnya. Siap boleh tertidur-tidur pulak tu. Sempat lagi tu membuta walaupun sakit. 😅


Start pukul 10 pagi bila terbangun dari tertidur tu, sakitnya kali tu dah tak boleh nak tahan dah. Ye. Makin kerap dah rasa contraction yang datang. Dengan terketar-ketar ajak kakak ipar yang tengah mamai baru nak tidur lepas balik kerja syif malam ke hospital. Kesian kak ipar ku. Hihi. 


Sambil tu, cepat-cepat terus bagitau abah nye yang masa tu ada kat Kemaman (ummi dengan abah PJJ masa ni). Boleh pulak abah nye blur blur bila ummi bagitau tu. Dah le kita tengah sakit. Sabar je la. 


Ummi : Abg..syg dah sakit perot ni. Syg rasa dah sampai masa dah ni.

Abah : Sakit nak iyak ke? Pi la jamban.

Ummi : Bukan la. Anak nak keluar dah ni.

Abah : Hah! Betul ke syg ni?

Ummi : Betul la ni. Takkan nak main-main pulak.


Gitu la lebih kurang. Ape la abah. Ingat beranak boleh main-main ke. Ummi dengan duk berpeluh-peluh jantan menahan contraction, abah boleh ingat ummi bergurau pulak. Grrrr..


Dah settle maklum kat abah nye, terus ummi kalut bersiap sambil duk fuh fuh tahan sakit. Dalam pukul 11 pagi baru gerak ke hospital. Kakak ipar dengan adik-adik ipar escort. Sekali dengan budak Adan kena angkut bawak sebab mertua takde pergi kebun.


Sepanjang perjalanan tu, rasa jauhnye la hospital. Memang jauh pun. Kena pergi hospital kat Kuala Terengganu sebab pernah ada history beranak C-zer. Lebih kurang 1 jam dari rumah. Tapi rasa lagi tambah jauhhhh sebab duk sakit tak tertahan tu. Duk fuh fuh je la mampu bila sesekali rasa sakit tu datang.


Sampai hospital dalam pukul 12 tengahari. Menapak dari pintu masuk nak ke wad bersalin, jalan serupa siput nak sampai situ. Rasa perot macam nak jatuh dah. Sampai-sampai kat katil, kena soal siasat dulu. Fuhhhhh. Ummi menjawab je la dengan sabar. Sekali check jalan dah 6cm dah. Terus kalut doktor panggil nurse suruh tolak pergi labor room. 


Elok masuk je labor room terus rasa sakit tahap maksimum. Takdan nak cucuk ubat dah kat tangan. Terus semua kalut kalut mai serbu. Ramai gila 'cheerlady' bagi semangat kat ummi masa tu. Rasa lega dan semangat sikit walaupun abah tak sampai lagi dari Kemaman nak bagi sokongan emosi.


Jenuh ummi teran tapi tak keluar jugak. Abah masih tak sampai jugak lagi dari Kemaman. Maklum la Kemaman nak ke Kuala Terengganu ambik masa 3 jam jugak. Berjuang la ummi sorang-sorang. Huhu. Cuba usaha jugak teran. Ummi nak sangat beranak normal. Cukup le abang Adan je keluar kat atas. Dengan semangat yang doktor, matron, nurse bagi akhirnya ummi berjaya VBAC (vaginal birth after ceaser). Alhamdulillah.


Rupanya budak bertuah ni dah terbelit leher dengan tali pusat sendiri. Mujur tak lemas sebab ketat yang amat terbelitnye. Elok si encem Iman dah selamat keluar, abah pun baru sampai. Takdan ummi nak cakar-cakar abah masa tahan sakit nak beranak. 😂


Happy Birthday yang ke 5 buat Ton Muhammad Iman Rizqin, cinta hati ummi selamanya.



Mudah sangat melahirkan si permata berharga nan sorang ni. Sakit contraction yang maha azab skala 10 tu sekejap je. Tau tau dah beranak. Elok lepas azan Zohor orang nak solat Jumaat dia selamat lahir melihat dunia.


Ummi abah dapat tahu keistimewaan si encem Iman masa ummi tengah duk kena jahit hidup-hidup. Takpe la. Taknak pun ingat yang tu. Yang penting dah selamat lahir pun anak bertuah ni ke dunia. Ummi abah redha dan bersyukur yang amat dengan anugerah istimewa dari Allah ni.


Itulah kisah kelahiran anak syurga ummi abah, Ton Muhammad Iman Rizqin. 


Selamat hari lahir sayang. Semoga Allah panjangkan umur Iman supaya lebih lama ummi abah dapat jaga Iman. Semoga Allah kurniakan Iman kesihatan yang lebih baik sentiasa. Syukur semua operation dah selesai pun. Masa kecik je Allah bagi dugaan berat sikit untuk ummi abah. Semoga Allah limpahkan rezeki yang berkat dan melimpah ruah tak putus-putus untuk Iman juga.


Ummi, Abah, abang Adan, adik-adik dan ahli keluarga kita yang lain semuanya sayang kat Iman sangat-sangat. 😘


Bisik-bisik :: Syukur Allah beri rezeki 'penghuni syurga' buat kami sekeluarga.

Tuesday, 9 February 2021

4 langkah mudah untuk kulit wajah yang sihat dengan Cosmoderm Perfect Balanced

Tuesday, February 09, 2021 4 Comments
Assalamualaikum. Hai!


Ramai dari kita tahu yang penjagaan kulit wajah ni memang penting. Ye la. Untuk membina keyakinan diri juga sebenarnya. Semua orang idamkan kulit muka yang sihat dan bebas dari sebarang cela dan anasir yang tak sepatutnya kan. Termasuklah CikSha ni ha. 


Tapi kan, CikSha ni sejenis yang tak berapa nak suka menyusahkan diri sendiri dengan tempek memacam kat muka ni. Serius weh! It's so not me. Spesis perempuan pelik kan? Hahaha.


CikSha pernah je terbaca, ada yang kata untuk rutin penjagaan kulit wajah yang sempurna kena buat 10 langkah setiap hari tanpa gagal. Wehhhh. Gila! Memang la diriku tak rela nak renyah-renyah macam tu oii. Mungkin sesuai untuk yang kaki melawa macam selalu pakai mekap la kot untuk rutin 10 langkah tu.


Bagi CikSha yang jenis sempoi ni, cukup la dengan rutin basic je. Cuci muka, sapu toner, tenyeh pelembab dan pakai sunblock. Dah sempurna dah la tu bagi CikSha untuk rutin penjagaan wajah setiap hari. Seminggu sekali buat la exfoliate tu bagi terhapus kulit mati dan pakai mask untuk kesegaran kulit. Cukup! Itu pun kalau rajin la. Hihi. Tapi yang rutin 10 langkah tu adoiii, azab betul rasanya nak dibuat.






4 Langkah Mudah Untuk Kulit Wajah Yang Sihat dengan Cosmoderm Perfect Balanced

Formulasi dan bahan-bahan terbaik di dalam Cosmoderm Perfect Balanced


Guess what? Baru-baru ni, Cosmoderm keluarkan produk terkini yang memang sesuai sangat untuk orang macam CikSha. Cosmoderm Perfect Balanced yang diformulasikan dengan 2 bahan utama yang terbaik untuk kulit iaitu calamine dan prebiotik. 


Macam yang kita tahu, calamine memang bagus untuk kulit. Tambah-tambah kulit yang sensitif dan ada alergi. Calamine memang membantu sangat tau. Boleh membantu kulit yang alami iritasi, kemerahan dan kegatalan. Selain tu, calamine dapat bertindak sebagai pelindung kulit dan membantu masalah kulit sunburn.


Prebiotik pula dapat membantu seimbangkan mikrobioma kulit. Dengan fungsi ni dapat mengelakkan kulit menjadi kemerahan dan memberikan keselesaan pada kulit. Prebiotik juga membantu mencerahkan kulit tau.


Yang lagi terbaik produk Cosmoderm Perfect Balanced ni sebab ianya bebas Paraben, pewangi dan juga pewarna tiruan. Ciri ni la yang paling kita nak sekali dalam set penjagaan wajah. Sebab tu produk ni sesuai untuk semua jenis kulit terutamanya kulit sensitif. 


Sumpah memang best gila produk ni tau! Dah hampir 2 minggu CikSha konsisten guna. Kulit muka CikSha bertambah elok. Sebelum ni takde la masalah apa sangat pun. Cuma kulit CikSha ni jenis sensitif. Jadi kena berhati-hati kalau nak guna set penjagaan wajah. Kulit CikSha memang serasi sangat dengan produk Cosmoderm. And i love it so much!




4 produk di dalam set penjagaan wajah Cosmoderm Perfect Balanced


Kalau korang nak tau, dalam rangkaian set penjagaan wajah Cosmoderm Perfect Balanced ni hanya ada 4 produk terbaik untuk kulit. Dengan 4 produk ni dah cukup lengkap basic penjagaan kulit bagi orang macam CikSha. That's why i love it. Meh kita berkenalan dengan 4 produk yang dimaksudkan.

#1: Foaming Cleanser 


Selain bahan utama iaitu calamine dan prebiotik, pencuci wajah ni juga mengandungi ekstrak buah dan aloevera yang memang sangat elok untuk kulit. Pencuci wajah ni juga bebas SLS/SLES tau.

Pencuci wajah Cosmoderm dapat membersihkan kulit secara mendalam dan menyahkan kotoran serta celaan dengan sangat bagus. Dapat membantu mengurangkan masalah minyak yang berlebihan pada kulit  muka juga tau.

Best! CikSha suka sangat pencuci ni. Lepas pakai tu rasa lembut ja kulit muka. Seronok nak usap-usap muka sendiri. Hihi.

Harga pasaran : RM19.90


#2 : Toning Lotion


Nama je lotion, tapi tesktur dia bukan krim tau. Sama je macam toner biasa yang berbentuk cecair tu. Sebelum pakai kena goncang-goncang dulu bagi cecair dan calamine yang terdapat dalam toner ni sebati gitu. 

Lepas tu tak perlu pakai kapas muka bila nak guna toner ni. Yang ni best. Memang style CikSha pakai toner. Tuang sikit atas tapak tangan, lepas tu sapu kat seluruh muka sambil tepuk-tepuk manja. Rasa nyaman je.

Toning Lotion Cosmoderm Perfect Balanced ni berfungsi untuk merawat dan melegakan masalah kulit yang alami alergi dan kemerahan. Dapat meransang kulit untuk penyerapan yang lebih baik dan memberikan kelembapan yang optimum kepada kulit.

Syok pakai toner ni. Rasa nyaman je kulit lepas pakai.

Harga pasaran : RM45.90


#3: Soothing WOW Cream


Krim pelembap yang berfungsi meningkatkan kelembapan kulit 3 kali ganda. Dengan fungsi tu dapat membantu kulit mengekalkan kelembapan dan mengurangkan cela.

Kandungan calamine di dalam Soothing WOW Cream juga lebih tinggi dari 3 produk yang lain kerana dirumus khas untuk memberikan kelegaan dan menenangkan kulit sambil memperbaiki sistem ketahanan kulit.

CikSha suka sangat pakai krim pelembap ni. Kulit rasa lembap dari dulu. Perasan juga cela-cela yang duk bertempek kat muka ni makin lagi banyak yang berkurang. Itu yang suka sangat tu.

Boleh pakai waktu siang dan malam. Sapu je kat seluruh muka dan juga leher. 

Harga pasaran : RM65.00


#4: Sun Milk SPF25PA++


Fungsi Sun Milk ni macam sunscreen. Dengan SPF25PA++, ia mampu melindungi kulit muka kita dari sinaran UVA dan UVB. Boleh sapu pada wajah lepas selesai semua rutin penjagaan kulit pada siang hari. Kalau pakai set Cosmoderm Perfect Balanced ni, kiranya Sun Milk ni yang ke-4 la kita apply pada kulit muka.

Selain tu, Sun Milk ni dapat membantu melegakan sunburn dan mengatasi kulit kering juga.

Sepanjang CikSha duk apply Sun Milk ni kat muka, takda rasa melekit-lekit pun. Kiranya dia menyerap dengan baik kat kulit. Itu yang CikSha suka dengan Sun Milk ni. 

Harga Pasaran : RM60.00





Review Pengalaman Sendiri : Jatuh Cinta Dengan Cosmoderm Perfect Balanced!


Yeahhh! CikSha memang dah in love dengan semua produk Cosmoderm yang didatangkan dalam packaging putih pink ni. Sebab sangat serasi dengan kulit sensitif CikSha. Susah tau orang kulit sensitif ni nak cari produk yang betul-betul sesuai dengan kulit. Tapi Cosmoderm Perfect Balanced ni memang tak mengecewakan.


Korang yang ada jenis kulit macam CikSha, sangat disyorkan pakai Cosmoderm Perfect Balanced ni. Confirm tak menyesal. Macam yang CikSha kongsikan pengalaman sendiri pakai setiap produk ni kat atas tu. Memang puas hati sangat!


Lagipun produk Cosmoderm ni memang dirumus khas mengikut masalah kulit kita. Dermatologically Tested tau. Sebelum ni pun CikSha pakai produk Cosmoderm yang packaging warna hijau tu. Sekarang dah beralih arah dengan si pinky ni pulak la. Cinta beralih arah gitu. Hihi.


Dapatkan Cosmoderm Perfect Balanced sekarang


So, buat korang yang berminat nak dapatkan set penjagaan kulit wajah Cosmoderm Perfect Balanced ni, jangan lepaskan peluang tau! Boleh buat pembelian secara online di laman web Cosmoderm dan juga kedai shopee Cosmoderm. Maklum la musim PKP ni kan tak boleh keluar rumah. Kita shopping online je senang.


Untuk maklumat lanjut tentang produk ni kalau tak puas hati dengan perkongsian CikSha, boleh terjah laman sosial Comoderm seperti di bawah ok!




Bisik-bisik :: Kalau dah suka dengan satu-satu jenama produk ni, memang CikSha ikat simpul mati gitu. Jadi pengguna setia produk tu je. Sebab dah yakin dengan keberkesanan produk.