Wednesday, 30 September 2020

Cara Mudah Masak Nasi Jagung Yang Confirm Sedap



Assalamualaikum. Hai!

 
Entri kali ni nak kongsi resepi lagi. Resepi kedua yang CikSha coretkan dalam blog kesayangan ni. Rasa rugi pulak kalau tak simpan kat blog sendiri. Sejak jadi mak-mak memang ada kerajinan sikit la nak snap gambar masakan sendiri walaupun entah apa je yang dimasaknya. Maklum le chef kat dapur rumah sendiri je. Hihi.


Jadi resepi yang CikSha nak kongsi kali ni ialah Nasi Jagung. Nasi jagung ni peberet anak-anak CikSha. Depa tu semua hantu jagung. Apa je berkaitan dengan jagung depa memang selera la. Maknye pulak suka memasak. Tu yang kalau ada stok jagung berlambak, memacam le jadinya.
 
 
Ini cara CikSha tau. Paling ringkas dan mudah sebab CikSha memang spesis masak jenis itu. Malas nak renyah-renyah. Kalau korang nak ikut, dipersilakan. Kalau taknak pun i okay je. Ok, jom cekidaut!
 
 


RESEPI NASI JAGUNG versi CikSha

Bahan tumis:
1cm halia - dihiris
1/2 biji bawang holland - dicincang dadu
3 ulas bawang putih - dicincang dadu
4 sekawan ( 1 bunga lawang, 1 batang kayu manis, 3 biji pelaga, 5 bunga cengkih)
 
Bahan-bahan lain:
2 sudu besar marjerin
4 pot beras - dibersihkan dan ditos
1 cawan jagung
1 cawan susu cair
1 helai daun pandan
Air secukupnya
Garam dan gula
 
 
Cara Masak :
1. Masukkan 2 sudu besar marjerin dalam periuk yang dipanaskan sampai cair.
 
2. Masukkan bahan tumis. Tumis sampai naik bau.
 
3. Masukkan beras dan jagung. Gaul bagi mesra.
 
4. Masukkan susu cair dan air bagi cukup sampai takat 5 cup dalam periuk tu. Walaupun beras cuma 4 cup/pot, kena lebihkan air 1 cup jadi 5 cup tau bila masak nasi ni. Baru dia masak elok. Takde jelatah/mentah. Faham ke idak ni?😅
 
5. Masukkan daun pandan, garam dan gula. Pepandai la adjust garam dan gula tu secukup rasa ye. 😜
 
6. Boleh tutup tudung periuk biar nasi masak ye. Nanti bila dah nak kering kena gemburkan nasi nye ok. Barulah nasi masak elok sekata gitu.
 
7. Nasi dah masak. Boleh makan! Yeayyy.
 
 
 
 
Oh ye, CikSha guna jagung fresh tau. Bukan jagung dalam tin. Ikut korang mana mudah ok. CikSha lebih suka jagung fresh. Dah rebus atau kukus, perisi jagung tu. Manisss. Beras pun CikSha guna beras biasa ja. Rokyat marhaen pun nak makan special dan sedap jugak. Apa ada hal guna beras biasa. Sedap jugak kalau kena gaya masak. Kan?

 
Nanti hangpa tengok la video yang CikSha tempek sekali tu bagi clear ye. Nasi ni makan dia saja pun dah sedap dah. Tapi kalau digandingkan dengan lauk ayam masak merah dan acar sayur lagi best. Korang cuba la eh.


Bisik-bisik :: Tak pandai masak, boleh belajar ok!



Post a comment

Membebel dengan penuh hemah. Terima kasih!

0 LOVE NOTES




DMCA.com Protection Status
 
Copyright @ Shahada Fauzi Official Blog | Since 2009 | All Right Reserved
Designed By Shahada Fauzi | Powered By Blogger.com