Wednesday, 29 April 2020

7 Foods in Penang You Have to Eat Must!



Assalamualaikum. Hai! 

Salam Ramadan dan selamat berpuasa kepada semua pembaca blog kecintaan hati CikSha. Rasa lain sikit kan berpuasa tahun ni? Maklumla kena berkurung dalam rumah je. Tak boleh pi berbuka kat restoran, nak membeli belah kat bazar Ramadan pun tahun ni bazar takda, nak moreh kat masjid pun tak boleh. Situasi baru. Terpaksa la kita sama-sama harung. InsyaAllah nanti makin pulih keadaan wabak ni. 

Walaupun musim puasa, tak salah kan CikSha nak kongsi pasal makanan. Cuci mata ja. Mana tau berkenan kat anak tekak dan perut, boleh buat juadah berbuka. Malas nak buat sendiri, boleh order je. Food delivery kan ada. Hihi.




Semua orang tau, Penang syurga makanan. Macam-macam makanan sedap ada kat Penang. CikSha selaku anak jati Penang pun mengakui statement ni.  Tambah kalau pi kat 'port' dia. Rambang mata oiii! Tak tau nak makan yang mana satu. Rasa nak sumbat semua dalam perut. 

Jadi, mai CikSha kongsi dengan hangpa 7 jenis makanan kat Penang yang wajib hangpa cuba. Kalau tak cuba nanti menyesal lepas tu duk termimpi-mimpi. Tahap craving tu confirm tak boleh nak bawak bincang nanti. 😜

7 Foods in Penang You Have to Eat Must! 


#1 : Char Kuey Teow Banjir


Yang paling famous kat Penang, of course la Char Kuey Teow. Memang char kuey teow kat Penang je paling ummphhh tau. Kat negeri lain susah nak jumpa yang setanding dengan Penang punya. Tak boleh lawan ooo. CikSha pun kalau balik Penang, mesti nak cari char kuey teow dulu. Baru rasa lega nak balik Ganu ni ha semula. Kat Ganu takdak char kuey teow best. Huhu. 


#2 : Mee Goreng Mamak Sambal Sotong


Kalau pi Penang, hangpa wajib try Mee Goreng Mamak Sambal Sotong ni tau. Sedap gilaaaaa! Sumpah tak tipu. Tak tau nak habaq lagu mana. Tapi memang 'hantu makan' akan jatuh cinta dengan makanan yang super duper sedap ni. Dan akan craving nak merasa lagi dan lagi dan lagi. 


#3 : Laksa Penang


Hai geng hantu laksa sekalian! Hihi. Laksa Penang ni kan memang popular kat merata Malaysia. Rata-rata pi kat mana-mana pun ada ja yang jual laksa Penang. Tapiii, kalau mai Penang memang wajib makan laksa Penang piyauuu punya handmade by air tangan orang Penang. Ada pulak hirisan nenas dengan daun pudina. Rasa dia lagi power. Kena pulak 'angin' Penang. Fuhhhh..heaven!


#4 : Mee Udang


Mee Udang pun antara makanan yang paling famous kat Penang ni. Dia punya kesedapan tu masyaAllah, tak tau nak describe macam mana. Lain dari yang lain. Udang dia besar dan segar. Yang buat jadi umphh tu kuah dia. Kalau pi Penang, kena pi cari mee udang tau. Confirm tak menyesal! 


#5 : Nasi Kandar


Sekarang ni merata dah ada kedai nasi kandar. Tapi tetap tak boleh lawan yang kat Penang punya. Ada tu sanggup beratur panjang-panjang semata-mata nak pekena nasi kandar kat situ saja. Nak tau tak pasaipa? Sebab certain kedai nasi kandar ni, depa ada 'ramuan rahsia' tersendiri. Haaa..tu pasai kalau mai Penang kena jugak pekena nasi kandaq. Baru hangpa kenyang tersandaq. 🤭


#6 : Pasembur


Sebut saja pasembur, confirm dah terbayang Penang. Betoi dak? Dia macam 'geng' dengan nasi kandar la. Memang sedap! Ada timun mayang, bawang, ubi kentang, tauhu, taugeh, udang kering, ketam goreng berempah, sotong goreng, dan macam-macam lagi ikut selera anak tekak kita. Digandingkan pulak dengan kuah kacang manis berempah. Perghhhh...meletop!


#7 : Mee Kari Penang


Last but not least, antara yang tersedap jugak kat Penang dah tentulah Mee Kari Penang. Kuah dia yang power. Rasa lemak-lemak. Memang terangkat! Sedapnya oiii. Dah terbayang pulak. Ni nak kena buat sendiri ni. Taktau bila boleh balik Penang. Huwaaaa. 


Best kan makanan yang ada kat Penang? Yang 7 tersenarai kat atas ni memang yang sangat famous amos di kalangan food hunter yang mai Penang. Rugi tau turun Penang tak pi cari dan merasa semua makanan ni. Orang kat Penang opkoz la tak payah risau. Kalau craving je boleh order terus. Di hujung jari je. Berdesup runner food delivery Penang mai hantaq sampai depan pintu rumah.


Bisik-bisik :: Rindu Penangggggg! 😭 



3 LOVE NOTES

  1. Assalamualaikum. Uiiissshhh.. SS kalau p penang memang kena cari semua makan2an ni.. ibaratnya Penang tu syurga makanan heheheh... done follow #1019

    ReplyDelete
  2. pergi penang dulu tak sempat nak cari maknanan.. kena repeat lagi nanti lepas keadaan dah ok

    ReplyDelete
  3. Macam kena pergi lgi trip ke penang, last pergi tahun 2017, me mamak sambal sotong, mi udang dgn mi kari, belum dpt

    ReplyDelete

Membebel dengan penuh hemah. Terima kasih!


 
Copyright @ Shahada Fauzi Official Blog | Since 2009 | All Right Reserved
Designed By Shahada Fauzi | Powered By Blogger.com