Thursday, 13 June 2019

Gajah Baring Balsamo Garlic Balm | Balm Bawang Putih Yang Memberi Keselesaan Untuk Seisi Keluarga



Assalamualaikum. Hai!


Sebenarnya lagi seminggu nak raya kami satu keluarga kena demam selsema dan batuk tahap nak terkeluar anak tekak. Hazab gila la jugak rasa. Ada 3 hari CikSha ponteng puasa. Huhu. Tak dapat la nak cukupkan puasa penuh sebulan macam yang diidam hati.

Lagi berapa nak habis puasa, si Gajah Baring ni pun sampai kat rumah. Kebetulan sangat. Masa tu turn anak-anak pulak yang kena demam selsema. Kesian tengok depa susah nak tidur sebab hidung tersumbat. Si Gajah Baring ni la yang jadi penyelamat masa tu bagi keselesaan kat depa untuk bernafas dan tidur dengan lena. Alhamdulillah.

Ni travel balik beraya kat Penang pun CikSha usung si Gajah Baring ni sekali. Sebab tahu dah kebiasaannya kalau jalan jejauh, nanti ada la yang tak sihat sebab mengadap aircond kereta dalam tempoh yang lama. Memang sungguh pun bagai dijangka. Hari kedua kat Penang, si encem Iman demam balik dan hidung tersumbat. Nafas tak selesa. Sekali lagi si Gajah Baring jadi hero. Tenkiu Gajah Baring!



Apa Dia Si Gajah Baring Yang CikSha Duk Sebut Ni?


Sebenarnya si Gajah Baring ni minyak bawang putih yang diinovasikan jadi balm. Bagus kan? Bijak betul yang cipta produk ni ha. Dah tak perlu kita susah payah nak buat sendiri minyak bawang putih. Renyah oi. CikSha tau la sebab memang duk rajin buat sendiri minyak bawang putih ni bila anak-anak tak sihat. Dah la tak boleh simpan lama. Kena rajin buat yang baru pulak tu.

Kiranya Garlic Balm ni produk special yang kena ada la dalam first aid kit famili. Berguna sangat tau. Memang tak rugi ada dalam simpanan. Ni mak CikSha dah request nak satu. Siap order nanti balik Penang sekali lagi bawak mai satu kat dia. Dia duk ingat CikSha jual Gajah Baring ni la tu rasanya. Haha.


Keistimewaan Gajah Baring Garlic Balm


Fungsi utama Garlic Balm macam pengganti minyak la nak buat urutan kasih sayang kat yang tersayang bila perlu. Tapi boleh guna jugak time emergency. Contoh nya macam perut rasa sebu ke, hidung rasa tak selesa nak bernafas ke, memang sesuai sangat guna Garlic Balm. Ambik sikit, calit kat kawasan berkenaan dan urut perlahan-lahan. Nanti lega la.

Macam minyak kan kita tahu bila lepas urut rasa lekit berminyak je kulit. Kalau balm ni takde rasa macam tu. Sapu-sapu hilang. Cuma tinggal bau je la. Bau bawang putih kan kuat. Hihi. Tapi kejap je bau menyengat bawang putih tu. Nanti bau dia hilang tetiba. Tak lekat lama pun. Sungguh tau!

Selain tu, Garlic Balm elok sangat guna kalau kulit kering. Dapat bantu melembabkan kulit yang ada masalah kering tu.




Yang best nya, Garlic Balm ni tahan lama dan boleh guna sampai 12 bulan bila dah buka botol dia.  Lagi satu balm kan solid bukan cecair, jadi takda la risiko tumpah. Letak pi la tunggang terbalik macam mana pun dalam simpanan. Kompom selamat takde masalah tumpah-tumpah ni.


Sesuai digunakan untuk semua peringkat umur dari baby sampai warga emas. Takde masalah sebab bahan yang ada dalam balm ni natural. Bebas dari bahan kimia berbahaya dan essential oil. Jadi takde kesan sampingan jangka panjang. Tapi kalau takut kulit tak serasi, boleh la buat test patch dulu. Sebab ada kulit anak-anak yang tak serasi dan sensitif dengan bawang putih. Test dulu sikit-sikit ok! Kalau serasi, guna je dengan gembira bila-bila masa. Hihi.


Bahan-bahan dalam garlic balm gajah baring balsomo:
  • Extra virgin oil - membantu melembapkan dan mengurangkan keradangan yang terjadi pada kulit.
  • Sunflower oil & vitamin E - membantu memelihara lapisan kulit daripada pencemaran dan kekurangan lembapan badan.
  • Garlic - tumbuhan istimewa yang banyak manfaat membantu memberi NAFAS SELESA.
  • Beeswax - memiliki sifat anti-inflamasi, anti-bakteria dan anti-virus sehingga dapat dimanfaatkan untuk membantu masalah iritasi kulit ringan.

Pengalaman Sendiri Guna Garlic Balm


Kan baru-baru ni kami sekeluarga kena demam selsema lepas tu masa nak tidur rasa tak selesa nak bernafas. Paling kesian anak-anak la. Selalu memang duk buat sendiri je minyak bawang putih. Tapi bila dah ada Garlic Balm ni lagi mudah kerja kami. Calitkan je terus Garlic Balm kat hidung, dada, belakang badan dengan tapak kaki anak-anak lepas tu urut tempat kena calit tu pelan-pelan. Memang membantu sangat la Garlic Balm ni beri nafas selesa kat anak-anak masa tidur.

Raya ni pulak CikSha hangpa ni makan tak ingat doniaaaa. Jadinye, kena la hadap perot sebu. Sekali tak tahan dah sangat tapi cari minyak angin tak jumpa, sebat je Garlic Balm ni sebab ada depan mata. Sapu kat perut dengan belakang badan, tak lama lepas tu angin depus-depus keluar takde amaran dah. Rasa lega gilaaaa bila dapat keluarkan angin tu. Kurang sikit rasa sebu yang tak selesa tu.

Memang hero betul la si Gajah Baring ni!





Jom Dapatkan Garlic Balm Gajah Baring Balsamo!


Oh..lupa nak bagitau. Garlic Balm ni diedarkan oleh ARS PURE SOLUTION. Sekarang ni ada promosi tau. Cuma RM29.90 tidak termasuk kos pos RM8.00sm, RM12.00ss. Kalau tak, harga asal RM45sm / RM50ss.

Yang best tu dapat free gift termometer comel gila untuk setiap pembelian yang terawal. Cepat-cepat grab ok! Boleh contact 018-766 5694.

Untuk maklumat lanjut, pi skodeng link kat bawah ni:

BLOG : http://garlicbalmbalsamo.blogspot.com
FACEBOOK : Gajah Baring HQ (Garlic Balm)
INSTAGRAM : gajahbaring_hq


 Bisik-bisik :: Dah ada benda mudah, buat apa menyusahkan diri. Gituuuu. Hihi.


Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

Wednesday, 12 June 2019

Jatuh Cinta dengan Produk Joielle Baby Set VCO



Assalamualaikum. Hai!


CikSha kan dah in love gila dengan produk dari Joille Baby. Kalau hari tu berpeluang guna Set Baby SkinCare Essentials, kali ni CikSha dapat cuba Set VCO pulak. Yampunnnn. Sedap betul bau Set VCO ni. Macam aiskrim kelapa tau. Yummy sangat! Asal pakaikan je produk ni kat Cik Merah, memang kena cium saje la si gegirl tu.


Macam yang CikSha pernah bagitau, produk Joille Baby ni memang sesuai untuk anak-anak yang kulitnya sensitif. Cik Merah tu kan kulit dia sensitif mudah naik ruam, jadi memang serasi sangat la dia dengan produk ni. Sebab tu la CikSha in love dengan produk Joielle Baby. Harga dah la berpatutan sangat-sangat.



Joielle Baby Set VCO | Sesuai Untuk Yang Bermasalah Kulit Eczema



Set VCO ni sangat sesuai untuk yang ada masalah eczema. Kita pun dah selalu diwar-warkan tentang khasiat Minyak Kelapa Dara @ Virgin Coconut Oil (VCO) yang bagus untuk bantu baikpulih kulit bermasalah macam eczema.


Dalam set VCO ni ada 3 barang iaitu mandian, krim dan losyen. Yang CikSha punya ni mini set. Boleh bawak pi travel. Ni balik raya kat Penang ni CikSha usung je 3 ketul tu sumbat dalam beg galas yang duk usung merata tu. Biasa la kan bila dah jadi mak ni, beg galas lagi praktikal. Senang nak sumbat segala barang anak macam pampers, kain napkin, ubat. Hihi.


 

Kebaikan Produk Joielle Baby Set VCO


Meh tengok kebaikan 3 barang dalam Set VCO ni. Masing-masing ada kebaikan yang tersendiri. Tapi 3-3 sekali CikSha sukaaaa sangat. Love love dengan bauan dia. Dengan kebaikan dan khasiat dia lagi la suka. Krim dengan losyen tu best sangat tau. Tak melekit dan cepat meresap. Kulit Cik Merah pun lembab je. Ruam dah tak naik dah.







Jom Shopping Set VCO dari Joielle Baby


Haaa..best kan set VCO ni? Teringin nak dapatkan produk yang super best ni? Boleh je walk in ke outlets yang jual produk ni macam di kedai penjagaan ibu Mid Valley Megamall, Happikiddo, Citta Mall Outlet, Babyland SS2, Pick A Dress (Airul Khairiyah) Bangi, Tateh, Babyku, Moms House Baby Shop, Fabulous Mom dan Marissa Shoppe.


Nak beli online kat laman web JOIELLE BABY terus pun boleh. Kupon shahada07 masih boleh guna tau untuk dapatkan diskaun 10% kalau beli secara online di laman web. Guna la eh. CikSha belanje tau.



  
Nak info lanjut, macam biasa la eh kena pi skodeng sendiri kat link yang CikSha sertakan kat bawah.

WEB : www.joiellebaby.com
INSTAGRAM : www.instagram.com/joiellebabyhq
FACEBOOK : www.facebook.com/joiellebaby
EMAIL : joiellebaby@gmail.com


Bisik-bisik :: Joielle Baby punya produk memang best sangat tau. Tak rugi cuba.


Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

Rempah Ratus Mak Siti | Wajib Jadi Bestfriend Surirumah



Assalamualaikum. Hai!


Bila dah upgrade status jadi suri hati halal pada pakwe tercinta, otomatik pelan-pelan kita belajar memasak kan? Ye la. Kena la cuba jugak memasak untuk 'ikat' suami. Air tangan isteri tu ada 'power' yang magik tau. Rugi kalau tak manfaat kan.


Dulu mungkin struggle sikit kalau nak masak masakan yang kena pakai rempah ratus ni. Kalau silap sukatan, masakan tak menjadi pulak. Tapi sekarang ni kalau nak tetiba transfom jadi 'chef' yang masakan confirm sedap, dah tak susah dah. Kita guna je Rempah Ratus Mak Siti. Jangan terkejut kalau masakan kita orang puji sedap. Mau kembang setaman. Hihi.




Betul tau. CikSha tak tipu. Rempah ratus Mak Siti ni memang ada umphhhh la. Lain macam pergi dia kalau kita masak guna rempah ratus Mak Siti. Selalu hang masak boleh gagah la rasa dia. Tapi bila guna je rempah ratus Mak Siti terus macam chef handal hang masak tau. Sedap lain macam. Cukup segala rasa. Kalau tak percaya cuba la guna.


Sebenarnya, CikSha pun baru ja berkenalan dan cuba rempah ratus mak Siti. Sebelum ni macam takut-takut nak cuba rempah ratus selain yang duk biasa guna tu. Macam la haku ni masak sedap sangat kan. Padahal biasa-biasa je masakannya. Hihi.


Tapi bila duk selalu sangat tengok blogger Suria Lekat Lekit rajin update masakan dia guna rempah ratus Mak Siti, macam tergoda pulak nak cuba. Nampak menyelerakan. Lepas tu dia duk kata sedap masak guna rempah ratus Mak Siti ni. Last nye spesis mudah terpengaruh ni pun ngetest la. Memang betul bagai dikata.



Keistimewaan Rasa Rempah Ratus Mak Siti



CikSha rasa yang buat rempah ratus MakSiti ni lain dari yang lain mungkin sebab rempahnya guna bahan segar semulajadi serta bebas dari pewarna, pengawet dan perasa tiruan. Yang tu yang buatkan rempah keluaran Mak Siti ni rasa umphhh kesemuanya.


Lagipun dah 40 tahun dah sebenarnya Rempah Ratus Mak Siti ni ada di pasaran.  Mesti la rempah-rempah yang dihasilkan ada RnD dan di upgrade dari semasa ke semasa demi jaga kualiti dan jenama.


Sejarah Kewujudan Rempah Ratus Mak Siti


Mengikut sumber, Mak Siti pada awalnya ditubuhkan secara kecil-kecilan untuk menampung kehidupan sekeluarga. Walaupun dulu sering dipandang rendah kerana menjual rempah, tapi itu tak mematahkan semangat pengasas Mak Siti, Tuan Haji Nasuha Kasin dan Puan Hajah Hajir Salleh untuk terus berusaha menjadi lebih berjaya.


Kilang Mak Siti diusahakan di 2 buah lot rumah kedai sahaja masa awal kewujudannya. Di atas lot kedai tersebut dimana keluarga kecil ini meneruskan kehidupan sebagai peniaga. Tidak kenal erti siang dan malam kerana di situlah perusahaan rempah dan di situlah juga tempat tinggal.


Pada tahun 2000, keluarga ini mengambil keputusan untuk berpindah ke Muar, Johor apabila perniagaan mereka semakin berkembang. Di sana mereka beroperasi di atas tanah seluas 3200 ekar.


Pelbagai aktiviti dapat dijalankan antaranya perladangan, pemprosesan rempah ratus dan pengedaran rempah ratus kat situ. Ladang Mak Siti ni pernah dinobatkan sebagai ladang herba terbesar di Malaysia yang mempunyai hampir lebih kurang 6000 spesis rempah ratus dan herba oleh Malaysian Guiness Book of Record pada tahun 2014 tau. Fuyoooo. Kagum gila!





Legasi Mak Siti Diwarisi Oleh Anak Yang Kuat Semangat Juang Untuk Meneruskan Perniagaan Keluarga


Kini, Mak Siti diterajui oleh anak pengasas Mak Siti iaitu Puan Siti Khawa Jannah dan suaminya Tuan Mohd Hafizan Yusoff. Walaupun pada awalnya pelbagai cabaran terpaksa ditempuh untuk memastikan peniagaan keluarga ni bertahan, semua itu menjadi inspirasi buat Puan Siti Khawa Jannah membuat pembaharuan untuk Mak Siti jadi lebih berdaya saing dan maju.


Bermula dari bawah menjadikan Puan Siti Khawa Jannah lebih kuat semangat apabila diamanahkan untuk menyambung peniagaan keluarga ini. Pengalaman ditindas oleh pekerja yang telah lama bekerja di situ apabila berlaku penyelewengan berjumlah ratusan ribu ringgit menjadi titik mula buat Puan Siti Khawa Jannah memperbaiki diri dalam selok belok perniagaan.


Beliau belajar segala ilmu perkilangan, pengedaran sehinggalah cara mengendalikan pekerja-pekerja untuk menjadi team yang lebih baik dan bersatu hati memajukan Mak Siti. Respect! Macam ni baru leader yang tiptop. Kan?





Kepelbagaian Produk Jenama Mak Siti


Produk utama Mak Siti adalah Serbuk rempah Kari Daging, Serbuk Rempah Kari Ikan, Serbuk Rempah Sup, Serbuk Rempah Sup Soto, Serbuk Rempah Rendang, Sup Tulang, Sup Punjut, Sup Soto dan Raja Sup.


Syarikat kini telah mempelbagaikan lagi jenis produk dengan menghasilkan produk rempah dalam botol seperti Emping Cili (Chili Flakes), Serbuk Cili, Daun Limau Purut, Serbuk Daun Limau Purut, Serbuk Kayu Manis, Serbuk Halia, Serbuk Lada Putih, Serbuk Lada Hitam dan Serbuk Kunyit. Produk-produk ini telah mula diperkenalkan semasa Expo MIHAS 2017 dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan.





Perancangan Mak Siti untuk tahun 2019 ni adalah untuk memperluaskan lagi jenama Rempah Mak Siti ke seluruh negeri dan juga untuk memberi pendedahan kepada pengguna Mak Siti yang mereka boleh dapatkan produk Mak Siti di dalam botol setaraf dengan jenama antarabangsa.


Kini produk rempah ratus Mak Siti ada dijual di kedai-kedai runcit, Pasaraya dan Hypermarket seperti TESCO, Giant, Aeon Big, JUSCO, Mydin dan lain-lain di seluruh Malaysia. Haaa, boleh le korang pi shopping nanti borong semua rempah ratus Mak Siti yang best gila ni.








CikSha tumpang bangga bila ada produk keluaran Bumiputera Muslim yang berkualiti macam ni. Jadi memang patut sangat la kita support kan? Semoga perniagaan Rempah Ratus Mak Siti bertambah maju dan dapat merentasi benua serta dapat dijual di pasaran luar dari Malaysia juga. InsyaAllah.


Untuk info lebih lanjut pasal Mak Siti, korang boleh skodeng link yang CikSha sertakan kat bawah ni ok!

Resipi Mak Siti: https://resipimaksiti.com/
Instagram : Rempah Mak Siti
Twitter : Rempah Mak Siti
Youtube : Rempah Mak Siti
Facebook : Rempah Mak Siti



Bisik-bisik :: Ingat masakan mak, Ingat Mak Siti! Haaa..gituuuuu. Hihi.



Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

 
Copyright @ Shahada Fauzi Official Blog | Since 2009 | All Right Reserved
Designed By Shahada Fauzi | Powered By Blogger.com