Bonus oh Bonus!
Shahada Fauzi
Sunday, September 30, 2012
13 Comments
Assalamualaikum. Hai!
Hmm..sebenarnya aku rasa benda ni tak perlu pun nak tulis. Common sense. Kalau ko ada otak yang berfungsi dengan waras, tentu boleh fikir kelogikan tentang perkara ni. Tapi nampak gayanya, ramai juga manusia yang gagal nak berfikir dengan baik. Hmm..sedih! Hanya kerana wang semua jadi 'tak berapa nak normal'.
Benda yang aku nak cakap kali ni adalah berkaitan dengan pemberian Bonus yang telah dibentangkan dalam Bajet 2013 tempoh hari. Nah! Hadam dulu luahan akal waras aku malam kelmarin dekat fesbuk selepas 'sakit mata' menatap status kengkawan yang sangat ramai meroyan tentang BONUS kat wall memasing.
Itu baru kengkawan aku sendiri. Orang lain yang aku tak kenal, berapa ramai lagi yang meroyan pasal ni aku tak tahu. Yang pasti kompom ramai. Siapa yang lepas baca aku punya status ni, terasa hati dengan aku, mintak maaf la sesangat ye. Takde niat di hati nak menyakiti hati sesiapa. Sekadar memberi nasihat dan pandangan.
Get it? Hmm..kalau tak faham jugak aku pun tak tau la nak cakap camne dah. Kalau tak boleh terima pandangan aku ni, terpulanglah. Kita kalau bagi pandangan atau pendapat, mana boleh paksa semua orang terima pandangan dan pendapat kita. Yang sependapat dengan kita mesti akan setuju. Yang jenis tak boleh terima pendapat kita, kompom-kompom la ada je yang die nak bangkang. Jadi, terpulanglah.
Setiap kali pembentangan bajet, topik yang paling 'hot' sekali tentulah pasal bonus. Yang paling tak puas hati tentang ni tentulah mereka yang tidak berkhidmat dengan sektor kerajaan. Semua pakat 'sakit hati' dan mulalah memprotes yang kononnya kerajaan tak adil. Berat sebelah. Meminggirkan mereka yang bekerja di sektor swasta. Yang kononnya sektor swasta pun banyak menyumbang kepada pembangunan negara. Bukan yang bekerja di sektor kerajaan je yang berjasa memberi sumbangan kepada negara.
Ye. Memang betul. Semua yang ada kat Malaysia ni, masing-masing ada jasa dan bahagian masing-masing yang telah disumbangkan kepada pembangunan negara. Seorang pun tak terkecuali. Baik yang kerja sendiri, kerja swasta, kerja kerajaan, kerja kat bandar, kerja kat ceruk pendalaman, kerja kat rumah. Masing-masing ada sumbangan. Yang itu memang aku tak pernah nak pertikaikan.
Hmm..tapi mesti ada yang akan pertikai dan kaitkan hal pemberian bonus ni dengan bayaran cukai. Baiklah. Sekarang ni kita tolak tepi dulu perihal pembayaran cukai tersebut. Nanti aku huraikan dalam entri seterusnya. Sekarang kita lihat dari sudut pemberian bonus atas faktor pekerjaan.
Memang SANGAT LOGIK kerajaan memberikan bonus kepada semua kakitangan yang berkhidmat dalam sektor kerajaan sebab kerajaan adalah majikan mereka. Macam aku dan korang yang berkhidmat dalam sektor swasta, maka yang layak bagi bonus kat kita tentulah majikan kita di syarikat/organisasi mana kita berkhidmat. Jadi, kenapa nak persoalkan kenapa kerajaan bagi bonus hanya kepada kakitangan kerajaan dan kakitangan swasta tak dapat. Tak boleh nak fikir logik kah? Takkan ko kerja dengan A tetibe nak mintak B yang bagi ko bonus. Hilang akal?
Bagi aku tak salah pemberian bonus tu diberikan oleh kerajaan kepada kakitangan kerajaan sebagai 'hadiah' untuk membuatkan pekerja-pekerja mereka 'seronok' dan rasa dihargai diatas sumbangan kerja mereka dengan majikan mereka. Kita yang kerja dengan swasta ni kalau nak merasa jugak dapat bonus, itu atas budi bicara majikan kita la. Am i right? Cuma harapnya kakitangan kerajaan yang terima bonus tu tingkatkan la produktiviti kerja masing-masing.
Kalau nak persoalkan pemberian bonus tu adalah duit rakyat, cuba fikir balik kita yang bekerja di syarikat/organisasi swasta ni, dari mana syarikat kita dapat duit? Tak ke sedikit sebanyak terselit juga duit rakyat yang menggunakan perkhidmatan kita? Bukankah sama je situasi nya tu?
Hmm. Berleter panjang pun soal ni, kalau ada yang tak puas hati dengan kerajaan tu, ada je la point yang akan dicari untuk menidakkan. Ikut suka la. Apa yang pasti, ini adalah sekadar pandangan peribadi aku sahaja. Jangan nak kaitkan dan kata aku ni orang bn la umno la apa la. Aku pun bukan kerja dengan gomen ye. Tak semestinya bila aku menyuarakan pandangan begini bermaksud aku ni penyokong kerajaan. Kalau yang dah lama ikut belog aku ni, tentu dah tahu aku seorang yang tidak berminat hal berkaitan politik. Sekian, terima kasih.
Bisik-bisik :: Rezeki kita datangnya dari Allah. Yang dapat bonus tu rezeki dari Allah la. Cumanya disampaikan melalui perantaraan iaitu majikan (kerajaan) yang mereka berkhidmat. Masing-masing ada rezeki tersendiri yang telah ditentukan oleh Allah. Jangan nak merungut je kerja. Faham?