Penting sangat ke peperiksaan bila belajar?

As for me, exam (peperiksaan) sangat penting. Untuk menguji tahap kefahaman kita dalam satu satu subjek yang kita belajar. Ye..memang betul itu hanyalah menguji teori semata mata. Tapi kalau kita tak faham secara teori, macam mana kita nak praktikkan. Secara jujur aku akui yang praktikal pun sangat penting. Bagi aku teori dan praktikal sama-sama penting.


Masa nak pohon kerja pun kita akan dinilai dari segi pencapaian akademik dan pengalaman kerja. Yang mana bermaksud pencapaian akademik itu adalah secara teori dan pengalaman kerja itu adalah secara praktikal. Macam dalam bidang kerja aku sekarang yang mana berkait dengan sistem dan pembangunan web. Jadi aku memerlukan teori bagaimana nak lakukan kerja aku itu. Bila aku faham teori, maka aku boleh praktikkan dan buat kerja aku. Itulah maksud aku sebenarnya.


MENARIK UNTUK DIBACA




Kenapa Peperiksaan Penting?

Macam sekarang ni kecoh yang peperiksaan UPSR dan PMR akan dimansuhkan satu masa nanti. Secara peribadi aku kurang bersetuju. Bagi aku kedua-dua peperiksaan itu penting untuk menguji tahap pembelajaran pelajar. Jadi, pada pendapat aku peperiksaan itu perlu diteruskan. 

Cuma aku mencadangkan pihak sekolah bolehlah mansuhkan peperiksaan pertengahan tahun dan ujian ujian bulanan. Tumpukan sahaja pada peperiksaan yang besar seperti UPSR dan PMR. Tapi untuk memastikan tahap kualiti pengajaran guru-guru itu berkesan atau tidak, cukuplah dengan melakukan peperiksaan akhir tahun sahaja di setiap peringkat sekolah rendah dan menengah.

Kenapa aku kata kedua-dua exam ini penting? 

UPSR adalah untuk menguji tahap pemahaman pelajar sepanjang 6 tahun mereka belajar di peringkat sekolah rendah. PMR pula menguji pemahaman pelajar sepanjang 3 tahun belajar di peringkat menengah rendah, yang mana akan menentukan arah tuju pelajar tersebut ke arah bidang yang mana bila menginjak ke peringkat menengah atas. Samada sains atau sastera atau akaun atau kejuruteraan dan sebagainya.


*image credit to google*


Tujuan Peperiksaan

Peringkat tahap pemahaman dan keintelektual seseorang individu itu berbeza. Sebab itu perlu dilakukan ujian bagi menguji tahap-tahap yang boleh dicapai oleh mereka. Pada pandangan aku, pelajar pelajar kita masih lemah untuk mendisiplinkan diri dalam menuntut ilmu. 

Dalam duk ada perperiksaan besar yang penting pun masih lagi malas untuk mengulangkaji. Apatah lagi kalau takde dah exam tersebut. Bertambah-tambah la penyakit malas itu. Entah-entah langsung tidak disentuh buku. Cukuplah sekadar hadir ke kelas dan belajar di kelas. Itu pun belum tentu semua bagi tumpuan. Habis waktu pembelajaran, buku boleh ditinggalkan terus. Benda ni la yang kita taknak berlaku.

Kesimpulan

Ini realiti tau. Dari apa yang aku alami sendiri dan dari pengamatan aku dengan situasi pelajar-pelajar zaman sekarang ni. Aku pernah jadi guru tuisyen. Sebab tu aku boleh cakap macam ni. Mungkin ada kebenarannya dan mungkin juga ada salahnya pandangan aku ni.

Maaf kalau ada yang tak bersetuju dengan pandangan aku. Kalau korang ada pendapat nak kongsi, tulis la di bahagian komen. Aku terima pendapat semua. Masing-masing ada pendapat tersendiri dalam isu seperti ini. Tapi tulis dengan bahasa yang molek tau. Takmau emo sampai melenting-lenting nak maki pendapat orang lain.

Apapun pendapat yang diberi, semoga kerajaan dapat buat keputusan yang wajar. Fikirkan baik buruk keputusan yang dibuat untuk jangka masa yang panjang. Semoga tahap pendidikan di Malaysia bertambah mantap untuk melahirkan anak bangsa yang hebat dan dapat membangunkan Malaysia.


Bisik-bisik :: Aku mengagumi pemikiran mereka yang sangat berpandangan jauh.

10 Ulasan

Membebel dengan penuh hemah. Komen awak adalah atas tanggungjawab sendiri. No hate speech okay. Terima kasih!

  1. yap, sy pon kurang setuju dgn cara yg dorang nak buat ne !
    mungkin pada dorang. dorang tanak buat exam dah coz pelajar hny belajar utk exam.
    mcm tak adil jugak mcm tuh.
    even peringkat uni pon, ada certain student yg stdy just for exam.
    kalau upsr tadak, cemna dorang nak nilai student utk masuk sek men kan, upsr tuh penting. if not, nanti semua sek men akan jadi sama taraf jela. dah tadak sek yg bagus mc mrsm, if penilaian tak d buat.

    yes, me too. sgt kagum dgn TUN ! ;))

    BalasPadam
  2. salam kak sha>>>
    yup betul tu kak.. ochie pun bangkang psl pemansuhan dua exam bsr tu...elok dah tu dua exam..
    tak yah bg mudah kat dak2 student skrg.. tak challenge kat dorg nanti lo nak tingkatkan iq dorg..

    lo yg malas2 tu suka la x der exam besr.. tapi lo yg nak kan cbrn dlm belajar tu msti tak suka lo x der exam ni. yerla.. masa tu la dorg d nilaikan kan.. kan kan.. huhu

    apapun.. thanks sharing info ni kak

    BalasPadam
  3. kesian budak budak zaman sekarang..malas nak komen panjang :|

    BalasPadam
  4. penting. sebab kita nak set target kita untuk belajar. kalau xde target, datang skolah buat bodoh je la.


    My latest entry : Spongebob Dah Tak Lagi Comel

    BalasPadam
  5. stuju sgt ngan pndapat u tu..tp hope krajaan wat yg trbaik utk generasi baru :)

    BalasPadam
  6. betul cik sha...exam nie nk nilai tahap keupayaan kite lepas berhmpas pulas study...

    dr m mmg seorang pemimpin yg berpandangan jauh...

    BalasPadam
  7. kurang setujuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu.

    fulsetop

    BalasPadam
  8. salam.
    aku xsetuju lau nak mansuhkan exam ni.bg aku lagi byk exam/test/kuiz lagi bagus,barula student alert dgn setiap pembelajaran. Bagi guru pulak, mereka akan lebih memahami tahap pemahaman pelajar dan sekiranya ada yang xkena,mereka dapat amik inisiatif utk perbetulkan masalah pelajar dlm pmbelajaran. Kalau terus wat final exam,guru xkan tau kelemahan pelajar,bila result down xleh wat apa dh.menyesal dahulu pndptn nyesal kemudian tidak berguna..wah..

    BalasPadam
  9. pd hana..pmr tu elok lah di mansuh kan. hehe


    p/s: esk hana umumkan sape dpt iklan free.. hee~ :p

    BalasPadam
  10. buat yang mengomen semua::

    thanx kawan2 bg pendapat masing2..sangat2 appriciated!!

    ape2pun..harap2 kerajaan buat keputusan yg wajar dan terbaik untuk adik2 kita..semoga pembelajaran makin tambah efektif..yang penting boleh didik adik2 kita jadi lagi berwawasan untuk membangunkan MALAYSIA..

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan