Saturday, 8 May 2010

Ibu-ibu aku yang aku sayang



SELAMAT HARI IBU buat semua kaum ibu. Entri kali ni khas aku tujukan buat 4 orang ibu yang ada dalam hidup aku. Jasa dan pengorbanan mereka tidak mampu rasanya aku nak balas. Uhuhuhu. Mesti angpa tertanya-tanya eh. Ramainye mak aku. Hihi. Aku ade 4 orang ibu yang aku sayang sangat tau. Nanti aku cerita pasai depa sorang demi sorang eh.


~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~


 
Haaa..ini mak aku. Ibu kandung aku. Ibu yang melahirkan aku, yang menyusukan aku, yang memelihara aku dari kecik sampai besaq panjang, yang selalu berleter kat aku kalau aku degil. Hihi. Walaupun aku degil, tapi aku sayang sangat kat mak aku tau. Sampai dah besaq panjang pun aku masih lagi dok berkepit dengan mak aku. Malam-malam pun tidur celah tiak die. Hahaha. Tak caye? Pi baca sini..




Terima kasih mak atas segala pengorbanan mak. Kakak bersyukur sangat sebab Allah tetapkan jodoh mak dengan arwah abah. Dan sebab tu la kakak lahir jadi anak mak. Kalau tak mesti kakak jadi anak orang lain. Eh, ye ke? Haha. Memandai je aku ni. Apa-apa pun, kakak sayang mak. Selagi ada hayat insyaAllah kakak akan sentiasa membahagiakan mak. Walaupun kakak tak mampu nak balas segala jasa dan pengorbanan mak membesarkan kakak. Huhuhu. Ailebiu mak!!!




 
Yang ni pulak mak no 2 aku. Hehe. Ni maksu aku la. Adik mak aku. Aku panggil maksu aku ni chu. Walaupun mak sedara tapi aku sayang jugak macam mak aku sendiri. Nama aku, maksu la yang bagi. Dari kecik memang dah rapat dengan maksu aku ni. Dulu-dulu masa aku duduk kat kem Bidor (arwah abah keje PGA dulu), bila time cuti sekolah panjang je mesti aku dok termenung menung kat tingkap. Tunggu maksu dengan paksu datang dari Penang mai ambik aku dengan adik balik kampung.



Dulu masa kecik, maksu dengan paksu suka usung aku ikut family depa jalan-jalan. Balik kampung paksu kat Kelantan, pergi makan angin kat mana-mana. Kira macam aku ni macam anak depa juga la. Takda beza. Tak pernah berkira. Sampai la aku dah besaq panjang ni ha, selalu jugak aku ikut ngendeng depa pergi mana-mana. 


Terima kaseh chu atas semua yang chu dah bagi. Walaupun mungkin kite (aku bahasakan diri aku 'kite' dengan chu aku) tak mampu nak balas, tapi kite akan sentiasa kenang jasa chu. Sampai akhir hayat kite tetap sayang chu. Lebiu so much! (^_^)





~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~




Okay! Ini nak masuk bab tentang 2 orang lagi ibu aku. Depa 2 orang ni mak angkat aku la. Hehehe. Macam mana aku boleh jadi anak angkat depa? 2-2 mak angkat aku ni aku kenal melalui anak-anak depa yang jadi kawan aku la. Meh aku cerita pasai depa pulak k.


 

Yang ni Mak Pah. Puan Latipah namanya. Aku panggil mak. Rumah aku dengan Mak Pah dekat je. Orang Penang kata, "kentot pun dengaq!". Hahaha. Duduk satu taman satu lorong. Selang berapa buah rumah je. Kat rumah Mak Pah ni la yang aku rajin sangat pergi lepak tu. Ehehe. Kenal lama dah. Sejak aku pindah sini. Aku kawan rapat dengan anak sulung die mulanya. Sebabkan kami ni rapat sangat, terus Mak Pah anggap aku ni anak dia. Terus la aku jadi anak sulung depa.


Kawan aku tu anak sulung, muda setahun dari aku. Tapi kami memang rapat la. Dulu time sekolah, aku selalu pergi tidur rumah dia. Sekarang dia dah kawen dah. Dah jadi ibu pun. Jadi kami jarang jumpa dah sebab dia duduk kat tempat lain sekarang ni ikut suami dia. Tapi aku selalu je pergi kat rumah Mak Pah sebab aku rapat dengan semua anak Mak Pah. Depa pun adik-adik aku jugak. So, tak jadi masalah la. Lagipun aku memang muka tak malu. Hehe. Selalu je pergi menempek rumah Mak Pah. Makan la, berak la, mandi la, tengok tv la, lepak2 la. Macam rumah aku sendiri dah. Ikut suka aku je nak pergi bila-bila masa.



Buat Mak Pah. Orang sayang mak. Walaupun orang selalu buat muka tak malu pergi menempek kat mak, mak tetap terima orang. Terima kasih sebab anggap orang macam anak mak sendiri. Orang akan sentiasa mendoakan kesejahteraan buat mak sekeluarga. Nanti nak kawen orang nak mintak mak dengan abah sponsor eh? Wahahaha. Aku muka tak malu..






 
Haa..ini pulak ibu aku yang jauh di mata tapi tetap dekat di hati. Puan Norliah. Yang ni pun aku panggil mak jugak. Hehe. Mak aku yang ni dok kat Johor. Jauh tau. Nak jumpa pun payah. Henpon je la jadi penghubung. Aku kenal dengan mak melalui anak dia. Kami kawan sekampus. Kenal sebab masa aku balik cuti semester tahun pertama aku balik sekali dengan dia naik satu flight. Kami orang last balik sebab exam paper Jepun last day. Huhu. Sampai KL aku tumpang kawan aku ni sebelum aku bertolak balik Penang malamnye dengan bas. Lepak rumah mak sedara dia. Masa tu mak yang ambik kami. Dari situ la detik perkenalan aku dengan mak.




Mak kata dia berkenan nak ambik aku jadi anak angkat sebab sikap aku. Aku pun tak pasti la ape yang mak aku ni berkenan sangat kat aku. Aku ingat lagi mak pernah cakap kat aku. "Mak berkenan sangat dengan sha. Kalau anak laki mak tua dari sha, mak dah buat menantu dah. Tapi sha dah ade boifren dah." Hihi.


Sejak mak kata nak amik aku jadi anak angkat, aku pun terima mak sebagai mak angkat aku. Mak banyak berkorban untuk aku. Masa aku belajar dulu aku tak cukup duit belanja mak selalu hulur kat aku sikit. Tiap-tiap bulan mak selalu topup kan henpon aku. Sampai la sekarang ni. Uhuhu..



Dah lama aku tak jumpa dengan mak ni. Sekali je aku pernah pergi rumah mak kat Pontian. Seminggu duduk kat sana. Mak layan aku terbaek punya. Masa tu aku 2nd year kot. Balik cuti semester aku turun sana dulu. Pastu baru aku balik Penang. Sejak dari tu sampai la ni tak jumpa mak dah. Dok berhubung dengan henpon je la. Harapnya nanti aku dapat turun Johor lagi jumpa dengan mak.


Buat mak. Terima kaseh sha ucapkan sebab mak sudi jadikan sha anak angkat dan anggap sha macam anak mak sendiri. Sha bersyukur sangat dapat kenal dengan mak. Segala jasa dan pengorbanan mak akan sha kenang sampai akhir hayat sha walaupun sha tak mampu nak balas. Sha akan sentiasa doakan kesejahteraan dan kebahgiaan mak macam mak selalu doakan sha. Terima kasih mak. Sha sayang mak..





~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~




Haaa..ini la cerita tentang keempat-empat ibu aku. Aku sayang sangat mereka semua. Aku bersyukur sangat sebab Allah kurniakan aku ibu-ibu yang penyayang macam mereka. Semoga Allah sentiasa merahmati hidup mereka dunia dan akhirat. I LOVE THEM SO MUCH!!





Bisik-bisik :: Tak lupa juga buat bakal ibu mertua aku nanti..Puan Wan NorMardiah..
I LOVE U TOO..(^_^)




3 LOVE NOTES

  1. Wah.. 4 orang.. Heehee.. Selamat hari ibu untuk keempat-empat ibu Cik Sha.. Untuk semua ibu di Malaysia juga.. :)

    ReplyDelete
  2. ramainya ibu diaa... selamat menyambut hari ibu. semoga ang pun jadi ibu yang terbaik nanti!

    ReplyDelete

Membebel dengan penuh hemah. Terima kasih!


DMCA.com Protection Status
 
Copyright @ Shahada Fauzi Official Blog | Since 2009 | All Right Reserved
Designed By Shahada Fauzi | Powered By Blogger.com