Kenangan indah melahirkan anak istimewa, Iman Rizqin

Assalamualaikum. Hai! 


Lama tak coretkan kisah anak-anak kat blog ni. Jadi memandangkan hari ni sangat istimewa sempena ulangtahun kelahiran anak kedua CikSha yang super special, si encem Iman, nak tulis la sikit kenangan masa lahirkan dia 5 tahun yang lalu. Tak pernah lagi tulis kat blog moment indah lahirkan si dia yang sangat istimewa ni. Untuk tatapan masa depan, maka jom la kita titipkan sedikit dalam blog bushuk kecintaan hati ni. 


5 tahun yang lalu, pada tarikh hari ni 26 Februari dan hari yang sama Jumaat, Allah hadiahkan buat kami suami isteri seketol 'emas permata' yang paling berharga dan tak ternilai untuk disantuni dengan penuh amanah. Jadi, inilah detik-detik cemas dan indah sebelum si encem Iman dilahirkan. 


Si encem Iman masa baby


Pagi tu ummi asyik duk berulang pi tandas berkali-kali sebab sakit perut. Yang sakit perut memula tu je betul-betul sahut panggilan alam. Yang seterusnya bukan dah. Tu hint nak beranak dah sebenarnya. Tapi ummi tak tahu mulanya. Sebab sakit tu datang sekejap-sekejap je. Ummi boleh lagi tahan tahap sakitnya. Siap boleh tertidur-tidur pulak tu. Sempat lagi tu membuta walaupun sakit. 😅


Start pukul 10 pagi bila terbangun dari tertidur tu, sakitnya kali tu dah tak boleh nak tahan dah. Ye. Makin kerap dah rasa contraction yang datang. Dengan terketar-ketar ajak kakak ipar yang tengah mamai baru nak tidur lepas balik kerja syif malam ke hospital. Kesian kak ipar ku. Hihi. 


Sambil tu, cepat-cepat terus bagitau abah nye yang masa tu ada kat Kemaman (ummi dengan abah PJJ masa ni). Boleh pulak abah nye blur blur bila ummi bagitau tu. Dah le kita tengah sakit. Sabar je la. 


Ummi : Abg..syg dah sakit perot ni. Syg rasa dah sampai masa dah ni.

Abah : Sakit nak iyak ke? Pi la jamban.

Ummi : Bukan la. Anak nak keluar dah ni.

Abah : Hah! Betul ke syg ni?

Ummi : Betul la ni. Takkan nak main-main pulak.


Gitu la lebih kurang. Ape la abah. Ingat beranak boleh main-main ke. Ummi dengan duk berpeluh-peluh jantan menahan contraction, abah boleh ingat ummi bergurau pulak. Grrrr..


Dah settle maklum kat abah nye, terus ummi kalut bersiap sambil duk fuh fuh tahan sakit. Dalam pukul 11 pagi baru gerak ke hospital. Kakak ipar dengan adik-adik ipar escort. Sekali dengan budak Adan kena angkut bawak sebab mertua takde pergi kebun.


Sepanjang perjalanan tu, rasa jauhnye la hospital. Memang jauh pun. Kena pergi hospital kat Kuala Terengganu sebab pernah ada history beranak C-zer. Lebih kurang 1 jam dari rumah. Tapi rasa lagi tambah jauhhhh sebab duk sakit tak tertahan tu. Duk fuh fuh je la mampu bila sesekali rasa sakit tu datang.


Sampai hospital dalam pukul 12 tengahari. Menapak dari pintu masuk nak ke wad bersalin, jalan serupa siput nak sampai situ. Rasa perot macam nak jatuh dah. Sampai-sampai kat katil, kena soal siasat dulu. Fuhhhhh. Ummi menjawab je la dengan sabar. Sekali check jalan dah 6cm dah. Terus kalut doktor panggil nurse suruh tolak pergi labor room. 


Elok masuk je labor room terus rasa sakit tahap maksimum. Takdan nak cucuk ubat dah kat tangan. Terus semua kalut kalut mai serbu. Ramai gila 'cheerlady' bagi semangat kat ummi masa tu. Rasa lega dan semangat sikit walaupun abah tak sampai lagi dari Kemaman nak bagi sokongan emosi.


Jenuh ummi teran tapi tak keluar jugak. Abah masih tak sampai jugak lagi dari Kemaman. Maklum la Kemaman nak ke Kuala Terengganu ambik masa 3 jam jugak. Berjuang la ummi sorang-sorang. Huhu. Cuba usaha jugak teran. Ummi nak sangat beranak normal. Cukup le abang Adan je keluar kat atas. Dengan semangat yang doktor, matron, nurse bagi akhirnya ummi berjaya VBAC (vaginal birth after ceaser). Alhamdulillah.


Rupanya budak bertuah ni dah terbelit leher dengan tali pusat sendiri. Mujur tak lemas sebab ketat yang amat terbelitnye. Elok si encem Iman dah selamat keluar, abah pun baru sampai. Takdan ummi nak cakar-cakar abah masa tahan sakit nak beranak. 😂


Happy Birthday yang ke 5 buat Ton Muhammad Iman Rizqin, cinta hati ummi selamanya.



Mudah sangat melahirkan si permata berharga nan sorang ni. Sakit contraction yang maha azab skala 10 tu sekejap je. Tau tau dah beranak. Elok lepas azan Zohor orang nak solat Jumaat dia selamat lahir melihat dunia.


Ummi abah dapat tahu keistimewaan si encem Iman masa ummi tengah duk kena jahit hidup-hidup. Takpe la. Taknak pun ingat yang tu. Yang penting dah selamat lahir pun anak bertuah ni ke dunia. Ummi abah redha dan bersyukur yang amat dengan anugerah istimewa dari Allah ni.


Itulah kisah kelahiran anak syurga ummi abah, Ton Muhammad Iman Rizqin. 


Selamat hari lahir sayang. Semoga Allah panjangkan umur Iman supaya lebih lama ummi abah dapat jaga Iman. Semoga Allah kurniakan Iman kesihatan yang lebih baik sentiasa. Syukur semua operation dah selesai pun. Masa kecik je Allah bagi dugaan berat sikit untuk ummi abah. Semoga Allah limpahkan rezeki yang berkat dan melimpah ruah tak putus-putus untuk Iman juga.


Ummi, Abah, abang Adan, adik-adik dan ahli keluarga kita yang lain semuanya sayang kat Iman sangat-sangat. 😘


Bisik-bisik :: Syukur Allah beri rezeki 'penghuni syurga' buat kami sekeluarga.

3 Ulasan

Membebel dengan penuh hemah. Komen awak adalah atas tanggungjawab sendiri. No hate speech okay. Terima kasih!

  1. Selamat hari lahir budak busuk ummi imam yg hensem ni.. Semoga menjadi anak yg soleh ya.

    BalasPadam
  2. semoga Iman menjadi anak yg soleh. Aamiin. Abe Kie pun ada juga anak sedara yg istimewa mcm Iman. Dah nak masuk 18 thn dia. Namanya Nabil. Cuma dia ni x boleh bercakap.

    BalasPadam
  3. happy birthday Iman. pernh jumpa depan2. suka tengok keletah iman. comey! =D

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan