Saturday, 9 January 2021

Rezeki 'Permata' Yang Keempat

Assalamualaikum.Hai!


Lama tak tulis entri personal. Asyik tulis artikel review je kan. Tu yang view blog pun tak berapa nak mencanak naik. Dah la tak rajin nak update blog pulak tu. Kalau update pun sebab 'kerja'. Alaa..kerja tulis artikel review tu la. Kena ikut date line. Kalau tak, payment tak masuk. Hihi. Jadi, kali ni nak mengarang entri personal la pulak. Saja nak update perkembangan diri ni. Sesambil simpan kenangan kat blog kesayangan.


Sebenarnya 'berita' gembira ni dah kongsi kat Facebook pun. Set only friends pulak tu tak macam selalunya status memang buat public. Tapi tak sangka dapat feedback punya la banyak dari list friends kat facebook tu. 500 lebih reaction! Komen pun sama. Fuhhhh. Terkesima iols. Selalu kalau update status, paling banyak pun 100 lebih je dapat 'perhatian'. Terima kasih semua. Rasa disayangi sangat. Ewahh.


Love notes untuk suami lepas check urine guna pregnancy test +ve. Test kit tak masuk dalam gambar. Ayor 'mawar' kot. Segan aih. 😂



Status yang CikSha update kat Facebook awal bulan Disember 2020 lalu.

 

Mengandung Kali Keempat

 

Ye. Macam dalam screenshot kat atas tu, CikSha diberi peluang dan rezeki untuk mengandung lagi buat kali ke-4. Alhamdulillah. Minggu ni dah masuk minggu ke-19 pun. Sekejap je masa. Lagi 21 minggu lebih kurang nak 'menikmati' perjalanan indah ni. InsyaAllah. 


Awalnya, nak dendiam je taknak update pun 'perkembangan' diri yang memang sedia kembang ni. Sebab macam masa mengandungkan yang ketiga tu, ingat dah beranak baru nak heboh serata alam. Tapi kakak 'advise', dia kata CikSha ni ada pengikut tersendiri. Rugi tak manfaatkan. Kira macam personal branding gitu. Orang mostly suka nak ikut personal life someone yang depa skodeng. Asyik update pasal 'bisnes' je orang pun segan nak follow sangat. Tu yang ter'update' status kat atas tu di Facebook. Surprisingly memang 'ramai' respon dan doakan yang baik-baik untuk diri ini. Tenkiuuu. ❤️


Yang keempat ni walaupun tak dijangka, tapi CikSha lebih bersedia. Mungkin sebab jarak dengan yang nombor 3 tu lama sikit. Berjaya merancang hampir 3 tahun. Yang sebelum ni jarak setahun lebih je. Walaupun ambil ubat perancang tapi kantoi. Rezeki jugak agaknya kan. Macam kakak CikSha pernah cakap, 'rezeki' CikSha mudah bahagian ni Allah nak bagi. Betul la tu kan. Syukur alhamdulillah.


Lagipun, umur CikSha dah nak masuk 37 tahun bulan Ogos nanti. Plan memang nak anak 5 sebelum cecah 40 tahun. Gittew. Berangan la hang CikSha. Hihi. InsyaAllah kalau diizinkan. Rezeki kita taktau. Semua Allah dah tetapkan. Sempat la tu nak 'kejar impian'. Konpiden! 😝


Alahan Masa Mengandung


Tak tahu la sebab genetik ke apa, sebab sepanjang 4 kali mengandung memang tak pernah ada alahan. Tau-tau je dah ada 'isi'. Rasanya mungkin sebab rezeki kot. Kalau ikut genetik, mak kata masa dia mengandung kami 3 beradik teruk jugak alahan mak. Rezeki CikSha la tu kan Allah izin tak ada alahan. 


Sungguh tau. Takde langsung morning sickness ke, afternoon sickness ke, night sickness pun tak pernah. Tak merasa la mabuk-mabuk duk muntah sampai tak larat tu. Tapi ada la rasa mual bila gosok gigi masa tonyoh lidah. Gitu je la. Cergas pun boleh tahan. Lasak CikSha hangpa ni. Tu yang jatuh motor pun rileks je ha. Adoiii. Memang rezeki la tu. 😅


CikSha ada la terbaca artikel, katanya 1 daripada 3 ibu hamil memang takda kena alahan. Maklum nya lagi, kalau tak pernah kena alahan mengandung ni mungkin sebab genetik, hamil anak lelaki dan lambat sikit nak kena mungkin masa trimester kedua atau ketiga. Gitulah. Tapi sebenarnya sebab rezeki Allah je semua tu. Ada yang dapat merasa, ada yang tak. 


Ibu yang mengandung tak pernah alahan macam CikSha ni jangan la risau tau. Selagi kita ikut jadual check up dan takda apa-apa masalah, insyaAllah semuanya baik-baik. Kena bersyukur je. Rezeki tu tau. 


Jantina Anak. Nak Lelaki ke Perempuan? 


Sebenarnya CikSha tak kisah pun Allah nak bagi lelaki ke perempuan. Rezeki kan? CikSha terima je apa yang Allah nak bagi. Asalkan sempurna dan sihat. Dah bersyukur seribu rahmat. Tu bila orang tanya tak pergi ke scan tengok jantina anak, CikSha kata tak. Bukan tak excited. Cuma pengalaman mengajar gitu. Aiseh.


Nanti masa minggu ke 20, doktor kat Klinik Kesihatan akan buat scan yang kedua. Kalau nampak masa scan tu, alhamdulillah. Tak nampak pun takpe. Tak bercadang nak scan kat klinik swasta pulak. Kita tunggu je la baby surprise lepas lahir nanti. Hihi. 


Lagipun baju abang-abang dengan kakak dia ada lagi boleh guna. Baju baru untuk dia pun nanti cari yang universal je. Laki pompuan sesuai pakai. Baby kan cepat besar. Sedia apa yang patut je la. Ni pun belum shopping apa-apa lagi untuk baby. InsyaAllah. Nanti kita beli sikit-sikit. Mengelakkan pembaziran gitu. 😅


Koleksi buku pink yang keempat


Itu je la cerita kisah hidup penulis blog ni yang terkini. Beliau tengah memboyot buat kali ke4. CikSha tulis ni bukan nak menunjuk ke apa. Sebenarnya takut jugak menyinggung perasaan kengkawan atau pembaca blog CikSha yang masih belum dikurniakan rezeki nan satu ni. Huhu. CikSha cuma nak berkongsi 'kegembiraan' dengan hangpa ja. Nak coretkan juga kenangan yang boleh simpan kat sini. Maafkan CikSha tau. 


Terima kasih buat yang sudi baca coretan panjang berjela CikSha ni. Mohon doakan yang baik-baik untuk CikSha dan baby ye. Selamat semuanya hingga saat melahirkan. Buat yang masih 'menanti', CikSha doakan semoga Allah beri hangpa peluang dan kesempatan untuk turut merasainya tak lama lagi. Aaminnnn. 


Bisik-bisik :: Anak adalah amanah yang Allah bagi bersama rezeki dan ujian. 

3 comments:

  1. Selamat bersalin dan berpantang.

    ReplyDelete
  2. Hai ciksha.. kte sebaya la.. bulan 8 nanti umur cukup macam tu jugak..hehe
    Tp sisyat masih x dapat yg no 4. Tengah mohon doa agar diberi nyawa dalam rahim juga ni.. 😊

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah..Tahniah :)
    Semoga dipermudahkan segala urusan. Aaminn

    ReplyDelete

Membebel dengan penuh hemah. Terima kasih!