Makanan India Mesti Cuba Di KL
Assalamualaikum. Hai!
Assalamualaikum. Hai!
Assalamualaikum. Hai!
Hari ni CikSha nak kongsi info dan cerita pengalaman diri sendiri
setelah menjadi salah seorang pengguna Dr. Beau. Sebenarnya, dah agak
lama CikSha berhenti pakai serum wajah ni. Biasa la kan. Spesis pompuan
paling simple di donia ni cemgitu la. Gila pemalas tapi nak cantik.
Tahun lepas pernah la pakai. Lepas tu, ada terbaca seller pencuci muka yang cakap serum wajah bukan penting sangat pun. Macam terkedu la jugak.
![]() |
Suka sangat dengan Serum Dr.Beau ni ❤️ |
Sebenarnya,
pemakaian serum ni ikut masalah kulit wajah kita juga. Tak salah pun
nak tambah dalam rutin penjagaan kulit wajah. Sepatutnya seller pencuci
muka tu kena bagi maklumat yang tepat. Jangan sebab nak bagi laku
pencuci muka dia ja, terus cakap serum tak penting. Nasib la CikSha ni
spesis kalau dah tertanya-tanya betul ke tak mesti nak cari maklumat
sendiri jugak.
![]() |
Dah tak gelap sangat dah parut yang kat bawah mata dengan pipi belah kanan ku itu penangan sagat jalan masa jatuh motor Oktober 2020. Dah makin pudar uiii. Suka sangat! |
Untuk pengetahuan semua, serum Dr.Beau ini dikeluarkan oleh syarikat Tejja Herbs, sebuah syarikat bumiputera yang aktif menghasilkan produk menggunakan bahan semulajadi. Syarikat Tejja Herbs adalah syarikat berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nombor pendaftaran 002215435-D. Segala produk dari syarikat ini dijamin keasliannya 100%.
Untuk Serum Dr.Beau ini, ia juga telah mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk diedarkan dengan nombor siri KKM: NOT170502921K. InsyaAllah selamat digunakan.
Evening Primrose Oil - mengandungi asid lemak Omega-3 yang sangat bagus untuk kulit sensitif dan ianya memastikan kulit sentiasa segar dan selesa.
![]() |
Antara barisan artis yang jadi pengguna Serum Dr.Beau |
Untuk lebih banyak tesstimoni pengguna, korang boleh la follow media sosial Dr.Beau. Kat sana boleh tengok pelbagai testimoni berjaya yang telah dikongsikan oleh para pengguna Serum Dr.Beau yang dah terpikat dengan keberkesanan serum yang awesome ni.
Kesimpulannya, CikSha memang suka sangat pakai Serum Dr Beau. Kena kekal bercinta la dengan serum ni. Korang pun kalau tak pernah
lagi tempek sebarang serum kat muka, CikSha syorkan sangat cuba Serum Dr Beau. Confirm tak menyesal.
![]() |
Kad khas untuk pemeriksaan berkala kontak tibi |
![]() |
Notis yang kami dapat dari pegawai perubatan yang datang ke rumah |
![]() |
Suntikan Mantoux yang macam ni la kami sekeluarga kena selain xray di dada untuk tengok paru-paru. (Gambar sumber Harian Metro.) |
![]() |
Sumber Kementerian Kesihatan Malaysia |
![]() |
Bye kad hijau. Taknak dah jumpa lagi. 😅 |
Assalamualaikum. Hai!
![]() |
Antara iklan yang CikSha dah block |
Macam tak sangka ada iklan macam ni kan? Macam mana Google Ads boleh approved iklan ni semua? Sebenarnya iklan ni boleh ada sebab advertiser tu keluar modal la bayar kat Google Ads. Google Ads ni asal advertiser bayar, takda hal la nak tayangkan iklan tu semua.
Jadinya, atas kita sebagai blogger ni la kena bertanggungjawab kat blog sendiri yang dah kita letakkan iklan adsense untuk terpampang demi sedikit income tepi. Kena 'rajin' la buat pembersihan. Sebab kalau blog mesra google dan trafik pun ok, iklan tak segan silu nak munculkan diri.
Takde cara mudah yang lain. Memang kena masuk akaun adsense dan buka bahagian BLOCKING CONTROL. Lepas tu pergi ke AD REVIEW CENTRE. Tengok bahagian yang UNREVIEWED tu. Kalau banyak, sila la menggigihkan diri untuk semak dan sekat mana-mana iklan yang rasa tak patut ada kat blog.
Trick nak cepatkan proses block ni, taip kat box search tepi 4 button yang Unreviewed dan Reviewed tu. Contoh macam yang CikSha buat kat bawah ni. CikSha dah block sebenarnya semua ni. Tapi sebab nak bagi korang faham, gitulah cara dia tau.
Lepas dah settle klik kat tanda bulat berpalang tu, nanti klik kat button BLOCKED. Akan terpapar semua iklan yang kita dah block. Klik satu-satu tu untuk block pulak adverstiser. Nak mudah faham, korang rujuk je gambar yang CikSha sertakan sekali dalam entri ni tu ye.
![]() |
LANGKAH 1 : Masuk Akaun Adsense. Klik Blocking Control bahagian Ad review centre. |
![]() |
LANGKAH 4 : Klik kat 'Block Account' untuk block advertiser yang buat iklan merepek merapu meraban tu semua. Padan muka dorang! Hahaha. |
Haa. Cam gitu la ye cara nak block iklan Adsense yang mengarut semua tu. Kalau rajin boleh buat hari-hari. Kalau tak berapa nak rajin, buat la seminggu sekali. Paling malas pun, sebulan sekali ok la. Yang penting, kena buat untuk jaga kredibiliti blog.
Tulis artikel dah bagus dah. Semua yang bagi ilmu dan perkongsian bermanfaat untuk pembaca. Sekali iklan yang ada kat blog, masyaAllah. Kan ke menjatuhkan 'maruah' tu? Lagi satu, takut tak berkat duit adsense yang dapat kalau ada 'manusia bertopengkan syaiton' pergi klik iklan cenggitu. Aduhaiii.
Bisik-bisik :: Semoga hasil pendapatan yang dijana dari iklan Adsense diberkati. InsyaAllah.
![]() |
Love notes untuk suami lepas check urine guna pregnancy test +ve. Test kit tak masuk dalam gambar. Ayor 'mawar' kot. Segan aih. 😂 |
![]() |
Status yang CikSha update kat Facebook awal bulan Disember 2020 lalu. |
Ye. Macam dalam screenshot kat atas tu, CikSha diberi peluang dan rezeki untuk mengandung lagi buat kali ke-4. Alhamdulillah. Minggu ni dah masuk minggu ke-19 pun. Sekejap je masa. Lagi 21 minggu lebih kurang nak 'menikmati' perjalanan indah ni. InsyaAllah.
Awalnya, nak dendiam je taknak update pun 'perkembangan' diri yang memang sedia kembang ni. Sebab macam masa mengandungkan yang ketiga tu, ingat dah beranak baru nak heboh serata alam. Tapi kakak 'advise', dia kata CikSha ni ada pengikut tersendiri. Rugi tak manfaatkan. Kira macam personal branding gitu. Orang mostly suka nak ikut personal life someone yang depa skodeng. Asyik update pasal 'bisnes' je orang pun segan nak follow sangat. Tu yang ter'update' status kat atas tu di Facebook. Surprisingly memang 'ramai' respon dan doakan yang baik-baik untuk diri ini. Tenkiuuu. ❤️
Yang keempat ni walaupun tak dijangka, tapi CikSha lebih bersedia. Mungkin sebab jarak dengan yang nombor 3 tu lama sikit. Berjaya merancang hampir 3 tahun. Yang sebelum ni jarak setahun lebih je. Walaupun ambil ubat perancang tapi kantoi. Rezeki jugak agaknya kan. Macam kakak CikSha pernah cakap, 'rezeki' CikSha mudah bahagian ni Allah nak bagi. Betul la tu kan. Syukur alhamdulillah.
Lagipun, umur CikSha dah nak masuk 37 tahun bulan Ogos nanti. Plan memang nak anak 5 sebelum cecah 40 tahun. Gittew. Berangan la hang CikSha. Hihi. InsyaAllah kalau diizinkan. Rezeki kita taktau. Semua Allah dah tetapkan. Sempat la tu nak 'kejar impian'. Konpiden! 😝
Tak tahu la sebab genetik ke apa, sebab sepanjang 4 kali mengandung memang tak pernah ada alahan. Tau-tau je dah ada 'isi'. Rasanya mungkin sebab rezeki kot. Kalau ikut genetik, mak kata masa dia mengandung kami 3 beradik teruk jugak alahan mak. Rezeki CikSha la tu kan Allah izin tak ada alahan.
Sungguh tau. Takde langsung morning sickness ke, afternoon sickness ke, night sickness pun tak pernah. Tak merasa la mabuk-mabuk duk muntah sampai tak larat tu. Tapi ada la rasa mual bila gosok gigi masa tonyoh lidah. Gitu je la. Cergas pun boleh tahan. Lasak CikSha hangpa ni. Tu yang jatuh motor pun rileks je ha. Adoiii. Memang rezeki la tu. 😅
CikSha ada la terbaca artikel, katanya 1 daripada 3 ibu hamil memang takda kena alahan. Maklum nya lagi, kalau tak pernah kena alahan mengandung ni mungkin sebab genetik, hamil anak lelaki dan lambat sikit nak kena mungkin masa trimester kedua atau ketiga. Gitulah. Tapi sebenarnya sebab rezeki Allah je semua tu. Ada yang dapat merasa, ada yang tak.
Ibu yang mengandung tak pernah alahan macam CikSha ni jangan la risau tau. Selagi kita ikut jadual check up dan takda apa-apa masalah, insyaAllah semuanya baik-baik. Kena bersyukur je. Rezeki tu tau.
Sebenarnya CikSha tak kisah pun Allah nak bagi lelaki ke perempuan. Rezeki kan? CikSha terima je apa yang Allah nak bagi. Asalkan sempurna dan sihat. Dah bersyukur seribu rahmat. Tu bila orang tanya tak pergi ke scan tengok jantina anak, CikSha kata tak. Bukan tak excited. Cuma pengalaman mengajar gitu. Aiseh.
Nanti masa minggu ke 20, doktor kat Klinik Kesihatan akan buat scan yang kedua. Kalau nampak masa scan tu, alhamdulillah. Tak nampak pun takpe. Tak bercadang nak scan kat klinik swasta pulak. Kita tunggu je la baby surprise lepas lahir nanti. Hihi.
Lagipun baju abang-abang dengan kakak dia ada lagi boleh guna. Baju baru untuk dia pun nanti cari yang universal je. Laki pompuan sesuai pakai. Baby kan cepat besar. Sedia apa yang patut je la. Ni pun belum shopping apa-apa lagi untuk baby. InsyaAllah. Nanti kita beli sikit-sikit. Mengelakkan pembaziran gitu. 😅
![]() |
Koleksi buku pink yang keempat |
Itu je la cerita kisah hidup penulis blog ni yang terkini. Beliau tengah memboyot buat kali ke4. CikSha tulis ni bukan nak menunjuk ke apa. Sebenarnya takut jugak menyinggung perasaan kengkawan atau pembaca blog CikSha yang masih belum dikurniakan rezeki nan satu ni. Huhu. CikSha cuma nak berkongsi 'kegembiraan' dengan hangpa ja. Nak coretkan juga kenangan yang boleh simpan kat sini. Maafkan CikSha tau.
Terima kasih buat yang sudi baca coretan panjang berjela CikSha ni. Mohon doakan yang baik-baik untuk CikSha dan baby ye. Selamat semuanya hingga saat melahirkan. Buat yang masih 'menanti', CikSha doakan semoga Allah beri hangpa peluang dan kesempatan untuk turut merasainya tak lama lagi. Aaminnnn.
Bisik-bisik :: Anak adalah amanah yang Allah bagi bersama rezeki dan ujian.