Wednesday, 1 May 2019

Inspirasi Penguat Semangat Untuk Terus Bangkit Dalam Bisnes | Pengasas Jamumall.com Seorang OKU Yang Berjaya



Assalamualaikum. Hai!


Asyik cakap pasal bisnes je CikSha sekarang kan? Ye la. Itu je sumber rezeki untuk CikSha sekeluarga. CikSha suami isteri kan bekerja sendiri je. Suami dengan kerjanya sebagai peladang kelapa sawit dan penternak lembu kambing. CikSha pulak duk buat bisnes secara online. 2 jenis pulak tu. Satu berniaga barang, satu lagi buat servis design.


Kenapa sampai 2 jenis ni? Kenapa tak fokus satu-satu? Aduhaiii..jangan la tanya soalan ni lagi. Penat tau nak jawab. Dia macam ni la. Macam hangpa dah ada kerja hakiki kat pejabat yang dapat gaji bulanan, tapi masih usaha cari income sampingan buat niaga online. Haaa..gitu la situasi CikSha sekarang. Jelas kan?


InsyaAllah, nanti dah rasa stabil sikit mungkin CikSha akan fokus kat bisnes servis design CikSha yang dah 9 tahun usia dia tu. Asyik duk buat secara freelance je kan. InsyaAllah CikSha akan usahakan untuk upgrade dan buat fulltime. Maybe ada pejabat sendiri dan boleh hire staff pulak. Mudah-mudahan Allah permudahkan CikSha capai impian nan satu ni.


Last month CikSha terpaksa slow down hal bisnes. Tetambah yang meniaga barang orang tu. Kurang sangat promote. Sebab Allah uji dengan ujian kesihatan. CikSha jadi macam blur lepas tu ke laut dalam la mood nye. bisnes pun jadi hanyut dan tunggang langgang. Tapi kan, bila dapat job blogger buat task untuk cover satu kisah ni di semua platform sosial media kepunyaan CikSha, terus rasa terpukul bertubi-tubi amat. Malu pun ada. Huhu.


Nak tahu tak kisah apa? Kisah seorang OKU yang lumpuh seluruh badan, tapi rupanya pengasas sebuah perniagaan yang berjaya. Sangat memberi inspirasi buat yang normal macam CikSha ni tapi masih lagi 'terkebelakang'. Huhu.

Makan dan mandi pun beliau perlukan orang untuk bantu. Tapi itu semua tak jadi halangan untuk beliau 'bangkit' jadi seorang usahawan yang berjaya. Respect!


Ya Allah. Malunya dengan diri sendiri. Mudah sangat rasa nak mengalah bila Allah bagi ujian yang kecil. CikSha rasa ni petunjuk dari Allah jugak nak CikSha buka mata dan jangan cepat down. Terus kekal bersemangat dalam bisnes. Kalau orang yang tiada keupayaan dari segi fizikal pun mampu berjaya dan maju dalam bisnes, kenapa CikSha tak boleh?


Kagum dengan kecekalan encik Khairul Nizam, pengasas Jamumall.com yang merupakan seorang OKU ni. Seorang yang punyai hati yang besar. Kuat semangat. Berpandangan jauh. Kelainan upaya yang dihadapi dari sejak kecil tak jadi penghalang untuk beliau mengorak langkah untuk mengubah kehidupan. Walaupun tak boleh bergerak dan hanya mampu menggerakkan 3 jari nya saja, beliau berjaya membina empayar bisnes sendiri. Memang betul-betul HERO!


CikSha pun baru tahu di sebalik Jamumall.com tu ada seorang yang sangat istimewa yang jadi penerajunya. Selalu duk tengok video si Siti tu je promote barang kat facebook. Sebab suka tengok cara dia promote. CikSha sebenarnya cuba belajar dari cara Siti tu promote barang. Tapi tu la, belum ada kekuatan nak jadi macam Siti. Rupanya, Siti tu adik kepada pengasas Jamumall tu sendiri. Bagusnya. Adik yang jadi tulang belakang kepada abangnya yang kelainan upaya tu. Salute sangat!


Meh luangkan sikit masa dengar luahan hati Encik Nizam kat dalam video bawah ni. Kata-kata beliau memang banyak yang memberi kesan kat hati.





CikSha paling terkesan sangat dengan ayat beliau yang ni..

Kalau aku ada 3 jari dan akal mampu membina kehidupan sendiri dan kebahagiaan orang sekeliling.. anda ada berapa jari untuk ubah kehidupan?? Usia semakin meningkat, jangan tunggu lagi.. kita je mampu ubah diri kita!!


Alhamdulillah dan tahniah kepada encik Khairul Nizam di atas kejayaan beliau. Dapat mengubah ekonomi keluarga dan orang di sekeliling yang jadi pekerjanya. Semoga terus menjadi sumber inspirasi kepada lebih ramai orang. Dan semoga Allah sentiasa pelihara encik Nizam dalam rahmat kasih sayangNya. Satu hari nanti CikSha pun nak jadi seorang yang berjaya macam encik Nizam.






Jadi, jom kita bangkit! Jadikan kejayaan encik Nizam ni sebagai pencetus semangat dan cabaran untuk kita berusaha jadi seorang yang berjaya juga. Boleh menaiktaraf ekonomi keluarga. Jadi penyumbang zakat kepada mereka yang memerlukan. InsyaAllah.


Jom follow Encik Khairul Nizam ni. Semoga perkongsian beliau sentiasa menjadi pembakar semangat dan sumber inspirasi untuk kita.

FACEBOOK : https://www.facebook.com/khairulnizamofficial/ 
PAGE : https://www.facebook.com/Jamumallcom/ 
INSTAGRAM : https://www.instagram.com/hyekhairul/ 
WEBSITE : https://jamumall.com/



Bisik-bisik :: Nak berjaya jangan sesekali bagi alasan. Kejayaan tak datang bergolek. Bangkit dan buat sehabis baik!



Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

6 LOVE NOTES

  1. Semangat luar biasa yang perlu kita contohi walaupun beliau kelainan upaya

    ReplyDelete
  2. Being physically disabled is not an excuse! Find a way to shine in life.

    ReplyDelete
  3. Beliau boleh berjaya jadi apa alasan kita untuk tidak mahu berusaha

    ReplyDelete
  4. Moga kisah beliau menjadi inspirasi lebih ramai orang di luar sana

    ReplyDelete
  5. yess. beliau sungguh berjiwa kental ! terima kasih cik Sha atas sharing ni!

    ReplyDelete
  6. baca kisah beliau ni dah jadi satu inspirasi.. untuk kita.. malu pun ada huu

    ReplyDelete

Membebel dengan penuh hemah. Terima kasih!

 
Copyright @ Shahada Fauzi Official Blog | Since 2009 | All Right Reserved
Designed By Shahada Fauzi | Powered By Blogger.com