Tuesday, 9 October 2018

Komuniti Blogger Terbaik | Team Blogger Pantai Timur



Assalamualaikum. Hai!


Sekarang ni kan, CikSha duk tanam azam baru. Nak kembali aktif menulis blog macam dulu masa bebujang tu. At least dapat tulis satu entri sehari pun dah ok dah. Biar nampak hidup sikit blog ai yang suwit muwit ni. Baru la client skodeng pun rasa macam berbaloi nak bagi CikSha job, kan?


Blog ni salah satu punca rezeki CikSha. Banyak dah rezeki masuk melalui blog ni. Jadi rasa macam ruginya kalau tak belai dia elok-elok. Bagi dia suapan entri selalu supaya nampak aktif. Lagipun, sejak CikSha join satu komuniti blogger ni, banyak jugak job dapat dari situ. Admin dan ahli lain sangat la suka berkongsi rezeki kalau depa tahu ada job dari mana-mana client yang nak pakai blogger sebagai influencer.


Sepanjang dah 9 tahun berkecimpus dalam dunia blog ni, CikSha sebenarnya dah join 2 komuniti blogger tau. Dua-dua komuniti blogger ni bukan guna nama individu. Depa lebih fokus kepada negeri camtu. Jadi komuniti blogger ni akan kumpul bloger-blogger dari negeri berdekatan.


Masa bujang dulu CikSha join Kami Blogger Utagha (KBU). Pengasasnya penulis blog bernama Gadis Kampung Separa Bandar (GKSB). Komuniti blogger ni mengumpulkan penulis-penulis blog dari negeri utara (Perak, Pulau Pinang, Kedah, Perlis). KBU dulu suka buat aktiviti charity dan meet up ahli. Sekarang CikSha tak pasti la komuniti blogger ni masih aktif atau tak sebab dah lama menyepi. CikSha pun lepas kahwen tak berapa aktif berblog dah. Ni baru nak start balik.




Bila dah berhijrah ke Terengganu ni, otomatik CikSha jadi orang pantai timur celup la. Hihi. Tu sebab tetiba jadi ahli dalam komuniti blogger Team Blogger Pantai Timur (BPT) tu. Team BPT ni mengumpulkan blogger dari negeri pantai timur (Kelantan, Terengganu, Pahang). Sebenarnya baru jugak CikSha join Team BPT ni. Bulan Ogos 2018 kalau tak salah. Tu pun tetiba je offer diri sendiri kat admin Team BPT Sis Awa {www.sishawa.com} bila dia announce kalau ada mana-mana blogger dari Pantai Timur yang nak join. CikSha kan orang pantai timur celup. Tu muka tak malu tu nak join jugak. Hihi.


Lepas kena intebiu sikit dengan admin, baru la diterima untuk jadi ahli Team BPT. Nebes iols siap kena intebiu. Sebab depa tak ambik sebarangan blogger tau. Blogger yang betul-betul menepati syarat je yang dipilih. Semua ni demi menjaga nama baik dan kredibiliti Team BPT sendiri. Ahli-ahli dalam team ni pun bukan calang-calang orang. Ada macam-macam latar belakang. Yang power kerja hebat-hebat pun ada. Terasa kerdil diri ku ini yang cuma surirumah je. Tapi depa semua cool. Itu yang terbaik tu.


Sebenarnya, banyak je komuniti blogger lain yang bagus-bagus. Atas diri kita sendiri naik join yang mana. Yang penting komuniti blogger tu menjaga ukhwah sesama ahli dan berkongsi rezeki sama-sama. Tak cari pasal dengan komuniti blogger lain. Kalau boleh bekerjasama lagi molek sangat. Sebab pada CikSha, blogger ni bukan biasa-biasa punya influencer. Dari penulisan di blog masing-masing kita boleh tahu kekuatan penulisan depa tang mana. Gitu laaa.


Walau camna pun, KBU masih tetap di hati walaupun dah menyepi. Sekarang kita in love dengan Team BPT pulak. Eh. Bukan curang atau beralih arah tau. Dua-dua CikSha sayang. Hihi.


Bisik-bisik :: Jadi penulis blog ni bukan setakat menulis ja. Kena bertanggungjawab dengan penulisan yang ditulis juga. Hati-hati dengan jari tau!


Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

8 LOVE NOTES

  1. Terbaikkkkkk. Maafkan Ray sbb baru follow 🙈

    ReplyDelete
  2. Welcome to #teamBPT cik sha.. kita pon sama..cikma antara plg awal..dan sangat close rasa bersama mereka..apa2 pun semoga kita dapat menjaga ukhwah kita.

    ReplyDelete
  3. Banyak komuniti blogger ni ya.. Yg fiest tu tak pernah tahu.. Yg kedua tu dah join hihi..

    ReplyDelete
  4. Salam kenal Cik Sha.. saya pun salah sorang team BPT tapi silent reader jea, hihihi..

    ReplyDelete
  5. Sis Hawa tukang interbiu dtg jengah.. Haha..

    ReplyDelete
  6. As salam. Abe kie dtg singgah baca entri bpt ni. Welcome to bpt. Nak follow blog Pn Ada lah lps ni...

    ReplyDelete
  7. Welcome to teamBPT kak.. best join group ni kan.

    ReplyDelete
  8. welcome to bpt kita pun surirumah gak

    ReplyDelete

Membebel dengan penuh hemah. Terima kasih!

 
Copyright @ Shahada Fauzi Official Blog | Since 2009 | All Right Reserved
Designed By Shahada Fauzi | Powered By Blogger.com