Wednesday, 1 August 2018

Belajar Bahasa Isyarat Percuma - SignOn



Assalamualaikum. Hai!


Lama dah sebenarnya CikSha nak tulis pasal ni. Tapi asyiklah tertangguh. Haiyooo. Ni dah kemaskini blog baru semangat nak menulis tu bertandang balik. Dah jumpa jalan pulang gamaknye. Hihi.


Siapa kat sini terer guna bahasa isyarat? Maksud CikSha orang yang normal takda apa-apa masalah macam masalah pendengaran atau bisu. Kalau ada yang terer memang CikSha tabik hormat la. U are marvelous babe!


Sebab apa tau? Bukan semua orang yang normal ni nak menguasai bahasa isyarat. Takde kepentingan katanya. Buat apa nak belajar.


Imej carian Google


Tapi kan, pada pandangan CikSha, bahasa isyarat ni sepatutnya dipelajari dan dikuasai oleh orang yang normal jugak. Sebab kita hidup bermasyarakat ni dikelilingi bukan je orang normal, yang teristimewa pun ada jugak. Jadi dengan bahasa isyarat dapat la kita berkomunikasi dengan lebih baik dengan mereka yang teristimewa ni. Kan best tu?


CikSha memang dari dulu berminat nak cuba menguasai bahasa isyarat. Pernah belajar yang asas macam huruf dan beberapa words simple macam cara bagi salam, cara menunjukkan tanda terima kasih, cara meluahkan sayang. Tapi sebab lama dah tak praktikkan ke laut dalam dah semuanya. Hihi. Sabo je la.


Kalau ikut pendapat CikSha ni, nak je diusulkan pihak berwajib cuba mengetengahkan bahasa isyarat sebagai salah satu silibus dalam pembelajaran. Ala macam silibus pendidikan jasmani tu. Kan boleh selit-selit jugak silibus bahasa isyarat ni. Tapi ada ke yang nak dengar usul rakyat marhaen macam CikSha ni. Memang tak le kot kan.


SIGNON - Kelas Bahasa Isyarat Percuma anjuran kawan CikSha


Sebab tu agaknya sahabat CikSha, sedara Armi Rusli ambik inisiatif dengan buat kelas bahasa isyarat secara percuma. Dia buat takde ambik sesen pun keuntungan. Tujuan dia cuma nak bahasa isyarat ni dapat dikuasai oleh lebih ramai orang. Bukan yang teristimewa je. Semua ni untuk memudahkan komunikasi dua hala antara yang normal dengan yang teristimewa. Bagus kan?


CikSha tabik gila dengan semangat dia ni. Dia pun golongan teristimewa jugak. Ada masalah pendengaran. Tapi dia tak jadikan itu alasan untuk dia meluaskan penggunaan bahasa isyarat ni pada masyarakat. Very excellent effort! Kita yang normal ni pun entah mampu ke tidak nak buat macam dia. Huhu.


Jadi bagi sesiapa yang berminat nak menguasai bahasa isyarat, boleh la pergi kelas percuma yang sahabat CikSha buat ni. Dia akan buat kelas bahasa isyarat percuma secara terbuka setiap hujung bulan pada hari Sabtu. Dalam 2 jam lebih kurang. Kat area Kuala Lumpur. Jadi yang tinggal kat Kolumpo dengan Selangor tu boleh la join. Sebab hari lain dia ada kelas dengan orang individu secara private atau ke mana-mana organisasi yang jemput dia untuk buat kelas bahasa isyarat.


Kat bawah ni CikSha sertakan jadual kelas untuk Ogos-Disember 2018 untuk korang bookmark dalam kalendar sesiap.




Korang boleh juga dapatkan update terkini pasal aktiviti kelas bahasa isyarat percuma ni kat Laman Facebook





CikSha tulis entri ni pun secara ikhlas sebab nak lebih ramai orang tahu pasal usaha sahabat CikSha ni. Mana la tahu ada kengkawan CikSha ke, pembaca blog Ciksha  ke yang berminat sangat nak belajar bahasa isyarat tapi tak tahu kat mana nak tuju. Haaa, kat sini la jawapan dia. CikSha syorkan sangat weh. Hangpa pi la na. Tak kena bayaq sesen pun. Kan dah kata percuma.


Bisik-bisik :: Semoga usaha sahabat CikSha ni sentiasa dipermudahkan Allah. Dan bahasa isyarat dapat diperluaskan penggunaannnya kepada orang awam juga.


Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)
 
Copyright @ Shahada Fauzi Official Blog | Since 2009 | All Right Reserved
Designed By Shahada Fauzi | Powered By Blogger.com