Wednesday, 14 February 2018

Pengalaman Jaga Colostomy @ Stoma Si Encem Iman



Assalamualaikum. Hai!


Sebenarnya dah lama nak kongsi pasal ni tapi asyik la bertangguh nak tulis. Saja nak buat coretan untuk kenangan diri sendiri. Nanti-nanti boleh baca balik mengimbau kenangan pernah jaga colostomy @ stoma si encem Iman tu satu masa dulu. Boleh jugak jadi rujukan pada orang yang melalui pengalaman yang sama tapi tak tau apa nak buat. Mana la nak tahu kan?


Kalau yang memang follow CikSha mesti dah tahu pasal si encem Iman yang special amat tu. Tahun 2016 dulu Allah kurniakan CikSha dan suami anak syurga yang extra istimewa. Boleh baca pasal si encem Iman ni kat entri ni : Iman Yang Terlalu Istimewa.


Si Encem Iman CikSha

Lepas lahir doktor dah tebuk perot dia sebelah kanan untuk buat stoma tu. Tujuannya nak memudahkan si encem Iman buang air besar la sebab dia kan dilahirkan tanpa lubang dubur. Alhamdulillah hasil scan semua cuma hujung usus besar dia yang tak sampai kat dubur dia. Sebab tu tak terbentuk lubang dubur dia. Takda masalah lain. Usus dia pun bekerja dengan elok. Allah tu tahu kan apa yang terbaik untuk dia kan? Lagipun dia kan extra istimewa. Hihi.


Masa memula memang kekok la jugak nak jaga stoma si encem Iman. Sebab masa tu dia kena warded lama kat hospital. CikSha pulak ofkoz la dalam tempoh berpantang. Nak bergerak pun macam siput nak pi kat anak. Huhu.


Lepas lahir kena operate buat stoma tu, si encem Iman duk kat NICU sat sebab nak stabilkan pernafasan dia dengan mesin oksigen. Sebab dia masa lahir kan detect ada jantung berlubang PDA & PFO. Doktor nak pantau extra la. Alhamdulillah sehari je dia dengan mesin tu. Kuat sangat semangat dia. Lepas off mesin oksigen, dia dipindahkan kat bahagian pemantauan dalam wad NICU. Ada la 2 hari kot duk kat NICU. Lepas tu kena transfer wad baby biasa. Masa tu baru ummi dapat katil boleh stay dengan Iman kat hospital. Yeay!


Luka bedah kat tepi stoma Iman tu 2 kali terbuka tau. Nampak bahagian dalam. Seriauuu. Terbuka sebab dia punya menangis kemain meneran kuat-kuat masa kena cuci stoma tu. Sabar je la. First time terbuka tu doktor jahit la jugak balik. 2nd time terbuka dah tak jahit dah. Biar je bercantum sendiri. Ummi je kena extra care pastikan takda najis masuk kat bahagian luka tu. Huhu. Tapi baby kan cepat je recover. Alhamdulillah luka tu bercantum elok. Bahagian dalam tak kena jangkitan kuman.


Itu le rupa stoma dak encem Iman. Luka yang kat tepi yang hitam-hitam tu la yang terbuka 2 kali tu. Tu dah bercantum elok dah tu. Keliling melecet sikit tapi tak teruk.

Sebenarnya, kalau mampu lebih elok guna stoma bag. Tapi susah sangat nak dapatkan. Lagipun mahai nak mampuih sebab dia macam custom made khas untuk baby. Kami ni bukan la orang ada-ada. So, solution doktor pakar yang incharge Iman bagi kat CikSha ialah gunakan pampers baby. Kerat-kerat pampers tu sepadan yang boleh untuk tutup stoma dia. Pampers lagi menyerap kata doktor. Boleh la minimakan lecet kat stoma tu.


Macam-macam la cara CikSha dah try yang nurse atau doktor suggest untuk pastikan stoma dia tu comei ja tak melecet dan tak kena effection. Start dari dalam wad. Ni antara yang pernah CikSha try and error kat budak Iman untuk cover stoma dia:


  • Letak kapas keliling dan atas stoma, cover dengan gauze pastu lekat dengan soletep keliling gauze tu. Kena kerap tukar sebab nanti bocor najisnya. Tapi kesian sangat kat Iman. Kulit dia jadi merah-merah sebab kerap sangat tarik buang soletep tu ha.
  • Pakai urine bag. Tapi tak sesuai sebab bocor je manjang.
  • Last sekali yang sesuai dengan Iman, pakai pampers yang dikerat-kerat. Tekap kat stoma dia then pakaikan barut untuk make sure pampers tu duk comei je tak gerak-gerak.



Ni masa kat sepital lagi. Nurse yang buatkan. Pakai Urine Bag. Tak menjadi. Bocoq.


Ni pakai kapas buh keliling dengan atas stoma pastu tepek gauze lekat dengan soletep.

Ni buh pampers kat stoma pastu ikat dengan barut. Kemas je. Jarang bocor. 


Ummi nye duk buat stok pampers stoma. Hihi.


Alhamdulillah. Memang tak de masalah effection kat stoma Iman. Tapi melecet tu ada. Najis baby kan 'tajam'. Nak buat camna. Cuci kerap pun jadi jugak. Tak dapat elak. Solution nye tiap kali lepas cuci CikSha sapu dengan krim butter yang buh kat cik B kalau crack tu. Jenama Palmers kot kalau tak salah. Berkesan tau! Melecet tu jadi elok terus.



Yeay! Stoma saya dah tutup. Hihi.


Iman membesar dengan stoma dia tu ada le dalam 11 bulan camtu lebih kurang. Bulan Januari 2017, buat operation yang ketiga untuk tutup stoma dia tu kat HRPZ Kota Bharu. Sekarang Iman pun makin sihat dah. Dah berak normal macam biasa. Sebab dah ada lubang punggung kan. Tapi buatan la. Hihi.


Nanti CikSha kongsi pasal jaga luka bedah lubang punggung Iman pulak eh. Punggung dia tu dua kali kena toreh. Second time sebab lubang dia menyempit pulak. Padan la berak kemain seksa sebelum tu. Sekarang alhamdulillah dah ok. Nanti CikSha sharing ok!



Bisik-bisik :: Bukan mudah tau jaga anak extra special. Tapi Allah tahu kekuatan kita setakat mana. Dia akan sentiasa bantu. Jangan mengeluh. Selalu doa mohon Allah bantu permudahkan. Hugs!



Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

Friday, 2 February 2018

Ibu Mengandung Boleh Tak Pakai WD?



Assalamualaikum. Hai!


Bila ompompuan ni mengandung, memang takut nak pakai sebarangan produk komestik kan? Tak kira la yang makan punya ke, yang pakai luaran je ke. Risau sangat boleh efek kat baby semata-mata nak nampak cantik. Nak tak nak kena jugak berkorban tak tempek skincare kat muka, tak mekap-mekap, untuk jaga kandungan. Biar la mak tak cantik pun asalkan baby sihat je kat dalam. Betul tak?


CikSha pun macam tu jugak. Masa pregnant anak pertama dengan kedua, memang langsung tak tempek sebarang bedak kat muka kalau keluar pi jenjalan. Lagi la duk kat rumah. Muka togel ja. Dah la spesis tak mekap just tempek bedak baby je kat muka selama ni. Bila pregnant pulak tak pakai apa-apa kat muka dah. Memang lagi bertambah 'sendu'  la muka yang tak berapa nak gojes ni. Hakhakhak. Dah la masa tu belum berkenalan dengan si gojes WD lagi.


Bila ter'pregnant' anak yang ketiga tahun lepas, tetiba muka yang dah sedikit gojes bila cecalit WD sebelum tahu pregnant jadi kusam yang amat. Sadis jugak rasa masa tu. Tapi teruskan jugak dengan gigih mencalit si gojes WD macam biasa sebab dah jadi rutin kan. Kot kulit kembali 'bercahaya dalam keimanan' kembali. Hihi.




Ramai yang tanya, selamat ke pakai si gojes WD tu masa pregnant? Haaaa..ni CikSha nak cerita pengalaman duk cecalit WD masa duk pregnant yang ketiga la ni. Sepanjang pregnant memang CikSha teruskan je cecalit WD. Sebab dah tahu bahan-bahan yang ada dalam WD tu semuanya dijamin selamat untuk ibu mengandung. Herba-herba terpilih dan takde bahan kimia terlarang dan berbahaya. Lagipun calit luaran je. Bukan produk makan-makan.


Lepas episod kulit yang glowing tetiba jadi kusam bila ter'pregnant' tu, lelama kulit nampak makin cerah sikit kesan cecalit WD tanpa jemu. Alhamdulillah. Dah tak dayang senandung lagi. Masalah kulit pun takde sangat masa pregnant. Sebelum ni masa pregnant si abang-abang tu, kulit kemain sensitif amat. Dah la tak lawo, makin tak lawo. Syahdunya. Pregnant yang ketiga ni, dapat la pakej nampak awet muda plus lawo la sikit penangan cecalit WD. Perasantan! Hihi.


Ni la muka CikSha hangpa yang sendu. Hihi. Ni gambar masa pregnancy yang ketiga.

Disember 2016 tu dah bulan ke5 CikSha bercinta dengan WD. Kulit cerah sekata dah cuma masih ada jeragat. Bila dapat tau pregnant bulan Julai 2017 tu dah 4 bulan kandungan, memang perasan kulit jadi kusam amat. Tapi masih je teruskan mencalit. Masuk kandungan 7 bulan kulit dah tak kusam lagi cuma tak cerah macam yang sebelum pregnant tu la. Hormon mengandung kan.


By the way, CikSha memang ada jeragat tau. Lepas beranakkan si sulong tu jeragat menjadi-jadi. Efek ambik perancang sama kot. Jeragat kan memang susah nak hilang. Alhamdulillah dengan WD makin pudar dah. Parut jerawat pun menghilang dah. Nampak kan perbezaan?



Semua gambar ni CikSha memang tak mekap tau. No edit. Pencahayaan je yang berbeza. Dalam bilik, kat luar dan kat ruang tamu. Lepas tu zooming nak bagi nampak kulit muka dan cover perot.

1st pregnancy dengan 2nd pregnancy tu belum kenal dengan WD lagi. Kulit memang kusam le. Masa 3rd pregnancy tu memang duk bercinta dengan WD. Tu gambar masa overdue dah. Tunggu  baby bagi hint nak keluar je. Masa tu memang kulit tetibe nampak glowing. Petanda nak beranak dah kot gamaknya. Lepas je beranak 'horror' terus. Hormon tengah pening kan. Hihi. Tapi masa pantang CikSha cecalit jugak WD. Nanti CikSha kongsi pengalaman masa berpantang pulak.


Tapi kan, sepanjang pregnant kali ketiga tu emosi CikSha comeiiii sangat tau. Takde pun episod emo-emo macam peknen sebelum-sebelum tu. Mungkin penangan bau lavender WD yang menenangkan agaknya. Memang hari-hari duk hidu bau WD. Nyamannnn. Tu la istimewa nya si gojes WD ni. Best tau!


Alhamdulillah. Baby pun lahir sihat. Kulit bersih ja. Keluar putih kemerah-merahan pulak nye. Sampai bagi nama pun Khayla Humaira la. Sebab kulit dia yang cantik dan putih merah tu. Hihi. Tu maksudnya takda kesan negatif la cecalit WD masa pregnant. Tak kacau pun baby duk hoora hoorey kat dalam perot maknye. Baby pun maybe boleh dapat khasiat WD jugak tau. Dengan izin Allah.


So,  kalau ada yang pregnant tapi teringin dan mengidam sangat nak cecalit WD, jangan risau eh. Boleh je. Takda masalah pun. InsyaAllah boleh bantu atasi masalah kulit masa pregnant. Kulit pun nampak sihat. Muka kita ofkoz nampak ceria dan gojes sentiasa bila kulit sihat kan?


Tapi jangan la letak expactation tinggi melangit sangat tau. Lain badan lain penerimaan lain kesannya. Lagipun tengah pregnant hormon memang kacau bilau. CikSha pun tak janji bulan bintang kalau calit je WD masa pregnant kompom kulit cantik. Tapi yang pasti nak calit WD boleh je masa pregnant. Tak banyak, sikit pun ada kesan positif pada kulit. No harmful. 


Bisik-bisik :: Haaaa..ingat senang ke mengandung tapi tetap nak nampak cantik? Dengan si gojes WD InsyaAllah boleh la nampak cantik berseri sikit walau tak mekap.


Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)





 
Copyright @ Shahada Fauzi Official Blog | Since 2009 | All Right Reserved
Designed By Shahada Fauzi | Powered By Blogger.com