Tips Rawat Pusat Baby Berair

Assalamualaikum. Hai!


Selalunya tali pusat baby akan tertanggal sendiri paling cepat dalam tempoh seminggu lepas kelahiran. Tapi ada jugak yang lagi cepat dan lambat. Kena jaga elok-elok je la kan. Kena pastikan cuci dengan ubat cuci pusat yang hospital bekalkan secara konsisten 2 kali sehari selepas tiap kali mandikan baby. Kendian kena pastikan pusat baby tu kering la. Tak boleh tutup rapat dengan pampers ke barut ke selagi belum tertanggal. Bimbang nanti timbul masalah lain pulak macam pusat berair.



Cakap pasal pusat berair ni, CikSha nak share la pengalaman CikSha. Buat panduan pembaca blog ni dan coretan kenangan sendiri. Dah 3 kali beranak, anak yang ketiga ni baru first time CikSha kena hadap masalah pusat anak. Gabra la jugak. Memula ingat nak buat senyap je. Last-last ter-report kat suami dengan mak mertua. Paten manja kuat mengadu memang cam gini. Mana boleh simpan-simpan. Hihi.


Si princess ni lahir dengan tali pusat yang gemok amat tau. Seriau sangat nak jaga sisa tali pusat yang tergantung kat pusat dia tu. Sebab tali pusat gemok sangat dan lubang pusat dalam. Masa tali pusat duk tergantung lagi tu, lubang pusat dia kat dalam tu pernah berair, dah kekuning-kuningan dan ada bau sikit. Mujur tak kena infection je. Alhamdulillah. Huhu.


Masa tahu tu dah risau amat hati ni. Takut ada problem lain yang kita tak tahu. Tapi nurse yang datang check kat rumah cakap takde apa-apa. Nurse cuma suruh cuci dengan ubat pusat lagi kerap. Dan pastikan lubang pusat dia betul-betul kering.


Tali pusat si princess ni ambik masa dalam dua minggu jugak la baru tertanggal sendiri. Pastu bila tali pusat dia dah tertanggal, CikSha hepi la sebab dah mudah nak uruskan dia. Sampai terlupa nak check dah lubang pusat dia tiap kali lepas mandikan. Bajet yang dalam pusat tu dah kering betul. My bad. Terlupa sangat yang dalam lubang pusat dia tu pernah berair masa duk ada tali pusat tergantung lagi. Huhu.


Nampak tak tu dalam pusat tu berair? 


Cukup 40 hari umur dia, tetiba masa nak mandikan dia, CikSha terperasan macam ada cecair kuning pucat keluar dari pusat dia. Alamak! Terus runsing kepala otak. Siap mandikan dia CikSha terus kelebet la lubang pusat dia korek dengan cotton bud. Cuci cecair yang keluar tu dan letak ubat pusat yang ada lagi tu.


Malam tu puas gugel cari kenapa pusat baby boleh berair. Runsing kejap baca artikel yang memacam bagi CikSha lagi risau. Lepas tu gugel lagi camna nak rawat. Moden sangat ha main gugel je. Bukan apa, nak ikhtiar dulu sebelum bawak pi klinik. Sebab dia tak demam pun. Selalunya kalau dah infection, baby akan demam.


Gugel punya gugel, CikSha terjumpa satu blog kongsi petua titikkan air susu badan ibu dalam pusat yang berair tu. CikSha pun try la. Titikkan setitik dua lepas tu biarkan jap baru dap dap bagi kering pusat nya. 2 hari CikSha ikhtiar buat macam tu. Alhamdulillah berkesan. Pusat si princess dah tak berair lagi sampai hari ni.


Kalau ada yang hadapi masalah macam CikSha ni, harapnya artikel ni membantu. Cuci bersih-bersih pusat baby dengan ubat pusat baru titikkan susu badan. Biarkan kejap lepas tu keringkan betul-betul pusat baru pakaikan baju. Tapi kena make sure dulu yang baby tak demam tau baru boleh ikhtiar cara ni.


Kalau baby demam, tu maksudnya pusat dia dah dijangkiti kuman. Takyah tangguh lagi. Bahaya kalau baby dah demam bila pusat dia berair. Cepat-cepat bawa check kat klinik/hospital tau. Jangan biar.


Bisik-bisik :: Memang susu ibu ni miracle sangat kan?  Anugerah dari Allah yang terlalu berharga. Syukur Allah bagi rezeki air susu badan pada CikSha untuk anak-anak. Alhamdulillah.

Catat Ulasan

Membebel dengan penuh hemah. Komen awak adalah atas tanggungjawab sendiri. No hate speech okay. Terima kasih!

Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan