Sunday, 17 September 2017

Nafas Baru

Assalamualaikum. Hai!


Punyaaaa la lama menghilang dari dunia blogging ni ha. Haishhh. Bukan tak rindu nak menulis. Tapi tu la nye. Sejak dah berkahwin ni sindrom M tu kemain tinggi memuncak. Hihi. Cehhh. Alasan je tu. Bukan malas, tapi macam tak sempat je rasa nak menaip. Duk bz kelebet hero-hero kecik, kerja harian surirumah, and the list go on.


Rindu amat zaman kegemilangan membebel kat blog ni ha walaupun sekadar blogger picisan tak setaraf blogger glemer lain di era aktif berblog dulu. Takde blogger lain kenal pun CikSha ni ha. Blogger yang kenal pun yang CikSha rajin nyebok kat blog depa dulu. Public lagi la tak kenal cheq. Hihi. Blogger picisan la katakan. Low profile gitu. Dah la banyak berleter hal hidup sendiri dengan pandangan peribadi je. Entah bermanfaat ke idak penulisannye. Ingat orang nak kesah hang wujud ke dak? :P





Tapi memang ada niat nak aktif balik berblog. Sayang amat kot kat blog ni. Dari tahun 2009 dah wujud. Sekarang ni duk bagi nafas baru kat blog part by part. Tengah duk renovate rupa blog ni. Bagi nampak lagi clean and simple yet adorable macam tuan dia. Kihkihkih. Domain pun dah upgrade sejak Julai hari tu lagi. Tak pakai dah blogspot. Naik pangkat sikit pakai dotCom. Url pun dah tukar pakai nama sendiri bagi nampak profesional gitu. Hosting je still pakai blogger. Sayang pulak nak tukar. Aiseh. Padahal belum cukup bajet nak beli hosting sendiri. InsyaAllah one day.


Ekceli dah start selow-selow ambik job review kat blog. Ada jugak ambik slot iklan banner bagi yang berminat nak tempek kat blog sendu ni. Job customized blog design pun masih je ambil sikit-sikit sebab baru nak start enjin balik. Lama dah 'rehat' katakan. Alhamdulillah. Rezeki dari blog ni masih ada. Rugi rasa kalau tak dimanfaatkan. Tu yang fikir semula taknak stop. Nak hidupkan balik dan harapnya dapat kekalkan momentum untuk aktif. InsyaAllah.


So, haiii semua. I'm back! Hihi. Kalau rasa blog CikSha ni ada input yang elok dan bermanfaat, takpun suka baca penulisan santai CikSha yang fevret sangat membebel dalam blog, meh la follow ye. Klik je page Facebook untuk blog CikSha ni ha yang ada kat tepi sidebar tu. Jangan memalu eh. CikSha tak makan orang.


Bisik-bisik :: Lepas gian membebel kat blog. Best pulak. Hihi.
Suka baca entri ni? Mekaseh! (^_^)

Monday, 11 September 2017

Supplement Milk Booster Terbaik!

Assalamualaikum. Hai!


Kali ni nak tulis entri keibuan sikit. Dah jadi mak-mak ni, entri camni la best nak tulis, kan? Aiseh. Bajet macam kaunselor ibu-ibu gitu. Hihi. Bila dah bergelar ibu, lahir je permata hati, perkara pertama yang diniatkan tentulah nak menyusukan anak sendiri. Betul tak?

CikSha yakin semua ibu nak macam tu. Ibu mana la yang taknak susukan anak yang dikandung selama 9 bulan 10 hari. Bertuah sangat ibu-ibu yang Allah bagi rezeki susu badan yang banyak. Dapat kenyangkan anak dengan susu badan sendiri. Cukup sampai 2 tahun atau lebih. Tapi, bukan semua beruntung dikurniakan rezeki susu badan yang melimpah ruah secara semulajadi. Betul tak?








Sebab tu ada pihak yang keluarkan produk yang boleh support ibu-ibu yang ada masalah kekurangan susu badan ni. Pada pendapat CikSha ini inisiatif yang bagus sangat. Sebab apa tau? Sebab dapat bantu ibu-ibu yang struggle dalam tempoh penyusuan supaya dapat cukupkan supply untuk si kecil kesayangan. Selain amalkan pemakanan yang sihat, minum air putih secukupnya, pengambilan supplement ofkoz la membantu.

Dalam banyak-banyak supplement yang ada di pasaran, CikSha nak suggest satu produk ni. CikSha yakin produk ni memang terbaik. Terbukti mampu membantu dan menyelesaikan masalah ibu-ibu yang nak banyakkan susu badan. Tambah-tambah lagi ianya gabungan makanan sunnah tau. Memang elok sangat diamalkan. Produk apa tu?

Tentulah FEMILAC MILK BOOSTER!

Banyak dah testimoni berjaya dari pengguna yang dah consume supplement Femilac Milk Booster ni tau. Lepas je consume, tanpa sedar cikB #tibetibebengkak sebab susu melimpah ruah. Tak ke rasa happy macam tu? Anak pun mesti kenyang menyusu. Tak payah runsing nak kena beli susu formula sebab nak topup keperluan susu anak. Dengan Femilac Milk Booster ibu dapat bagi hak anak tanpa had lagi. Anak kenyang, ibu pun happy. Kan?


Antara testimoni dari pengguna.











Lagipun Femilac Milk Booster ni mudah nak diambil sebab ianya berbentuk tablet. Makan 2 kali sehari iaitu sebiji waktu pagi dan sebiji waktu malam. Kunyah-kunyah je macam ceklat. Sebab dia kan supplement. Bukannya ubat. Kan best tu. CikSha pun suka! Hihi.

Tunggu apa lagi? Jom dapatkan Femilac Milk Booster ni cepat.

Jom LIKE PAGE dan FOLLOW instagram (FEEDMILK) untuk maklumat lanjut :)
FACEBOOK :  Femilac HQ
INSTAGRAM : @femilac
Website    : www.feedmilk.com .

ALAMAT BOUTIQUE : 
Feedmilk Boutique - H50-1, 
Jalan Serai Wangi, M16/M,
Alam Avenue 2, 40200,  Shah Alam. 

BUKA :SELASA-AHAD  ( 11.00 AM - 8.00 PM )
Waze : Feedmilk Boutique 

Alamat Hq: FEEDMILK BOUTIQUE SDN. BHD. (1160172-U) 
No 9A Tingkat 1,Jalan Keluli AK7/AK 
Seksyen 7,40 000,Shah Alam,Selangor

HOTLINE HQ : 03-33626516 



Bisik-bisik:: Susu ibu adalah yang terbaik untuk anak-anak!
Suka baca entri ni? Mekaseh! (^_^)

 
Copyright @ Shahada Fauzi Official Blog | Since 2009 | All Right Reserved
Designed By Shahada Fauzi | Powered By Blogger.com