Wedding Preparation : Proses Permohonan Kahwin

Assalamualaikum. Hai!


Lama tak menulis. Makin malas tahap melampau dah ni. Haishhh. Memang tak menyempat nak menulis. Yang paling UTAMA semakin pemalas sebenarnya. Apa la nak jadi dengan ko ni Cik Shahada oi?! Banyak cerita yang tertangguh. Nak update sekaligus dalam satu entri ni la. Biar korang muntah baca. Haha.


Diam tak diam dah masuk bulan 7 dah. Lagi beberapa hari dah nak sambut Ramadhan. Lepas tu sambut Raya. Lepas tu sambut Merdeka. Lepas tu sambut aku jadi puan. Hak hak hak. Woi..macam tak percaya je aku dah nak kawen. Pak kebum kebum pak kebum kebum. Ewah. Gediks pulak minah ni. Hehe. Masa dah tinggal singkat ni. DIY aku duk tertangguh cenggitu jugak. Hari-hari kena leter pun dah tak lut. Kebal habes. Boleh je buat bodo. Teruk betul perangai nye ha.


Nanti-nanti la cerita pasal DIY. Kali ni nak cerita pasal proses nak kahwen. Banyak gila proses nak kena lalui. Sob sob. Tambah macam aku ni takde wali, lagi la banyak nak kena hadap. Baru aku paham perasaan kakak masa dia nak kawen tahun 2009 dulu. Time adik je mudah sebab masa 2007 prosedur tak macam kami kena. Nanti aku share dengan korang eh. Mana tahu ada yang senasib dengan aku ni ha. Huhu.


Aku kan ulang alik pergi pejabat agama ada la 5-6 kali jugak. Banyak kan? Sebab banyak menda aku nak kena settle kan. Tu la yang pergi banyak kali. Ada la hari tu aku mentaip status kat fesbuk pasal rasa hati syahdu kena buat semua ni sendirian. Bukan la meraih simpati pun. Sekadar berkongsi rasa. Ramai la jugak yang respon kata dorang pun buat sendiri walaupun masih ada bapa. 


Ye. Aku tahu bukan aku sorang je pernah lalui menda ni sensorang. Orang lain pun pernah. Tapi kes aku lain. Lain sebab aku takda wali. Susah oi. Bukan setakat isi borang dah lengkap pastu hantar pejabat agama kendian tunggu je hari nak langsung. Takkkkk. Banyak aku kena buat tau. Nanti aku cerita satu-satu ikut kronologi. Ewah. Nak jugak tu tulis ikut kronologi bagai. Hehe.


Ambil Borang Nikah
First time aku pergi pejabat agama sebab nak ambil borang dan jumpa ustaz untuk minta pandangan tentang kes aku. Kes apa? Kes aku takda wali la. Buat pengetahuan korang, aku takde wali sebab bapak dah meninggal. Lepas tu bapak aku anak tunggal lelaki. Dan lagi satu beliau  adalah seorang mualaf. Dia sorang ja masuk Islam. Jadi aku takde wali nasab yang boleh menggantikan arwah abah untuk mewalikan aku masa nak akad nikah nanti.


Aku pergi masa hujung bulan 5 kot. Awal eh? Haha. Semangat kau. Sebenarnya aku nak settle menda ni awal-awal. Sebab aku tahu memang ambil masa. Ustaz tu boleh ngusik aku suruh nikah bulan 6. Boleh aku sambut puasa dan raya pertama dengan suami katanya. Kui3. Tapi memang tak la kan. Ingat sempat ke? Tak sempat.


Jadi bincang-bincang dia suruh aku settlekan borang dan sediakan semua dokumen yang diperlukan untuk sahihkan yang aku ni takda wali. Yang penting kena buat carian surat nikah mak ayah. Katanya kalau betul anak sah taraf mesti la ada surat nikah mak ayah. Sob sob. Ustaz. Saya binti Mohd Fauzi kot. Bukan binti Abdullah. Syahdu betul ustaz ni.


Tapi sebenarnya sebab kalau aku takda wali dan anak sah taraf aku kena pakai wali raja. Wali hakim untuk kes-kes lain macam kes anak luar nikah nak berkahwin. Sebab tu pentingnya surat nikah mak ayah ni. Sila simpan ye ibu bapa semua. Nanti anak perempuan nak kawen takde la jadi kelam kabut cam aku ni nak kena pergi buat cabutan surat nikah kat pejabat agama.



Cabutan Surat Nikah
Awal bulan 6 kakak bawak aku pergi pejabat agama daerah mak bernikah dulu. Sebabkan jauh jadi kakak yang volunteer nak bawa. Mekaseh kakak! Kenapa aku buat cabutan surat nikah mak abah? Sebab mak kata yang asal tak tahu ada celah mana dah. Katanya mungkin dah lebur masa arwah abah meninggal tahun 1999 dulu. Aku rasa mesti mak dah terbako kan la tu. Apa la mak kecintaanku ni. Ish3.


Proses cabutan surat nikah ni pun ambil masa jugak. 7 hari bekerja baru boleh pergi pejabat agama balik untuk ambil. Jadi aku pun tunggu la cukup 7 hari bekerja tu. Tak campur dengan Sabtu Ahad sebab cuti kan. Tengok. Proses yang ni pun ambil masa tau. Huhu.



Ujian HIV dan Talasemia
Cukup 7 hari bekerja aku pun pergi pejabat agama nak tuntut carian surat nikah tu. Lepas dah settle terus laju-laju pergi Klinik Kesihatan pulak untuk buat ujian HIV dan Talasemia. Sebenarnya aku pergi dah pagi tu. Tapi katanya petang baru boleh buat. Jadi pagi tu aku gerak pergi pejabat agama dulu la.


Mulanya aku ingatkan senang je ujian ni. Ambil nombor giliran - jumpa doktor - cucuk kat hujung jari sikit ambil darah setitik - letak darah dalam tempat uji macam pregnancy test tu dan siap. Haha. Sekali tak la wei. Aku ni dah masuk jumpa doktor dah masa tu. Pastu kena sound manja dengan doktor tu sebab salah prosedur. Pekerja die pun kena sound jugak. Haha.


Rupanya memula aku kena serah borang kat kaunter. Lepas tu kena pergi kat wad kecemasan untuk ambil darah. Die sedut darah kat pergelangan tangan la oi. Sakit! Huhu. Aku dah la tak pernah kena ambil darah cenggitu. Banyak pulak tu darah aku kena sedut bubuh dalam tabung uji. Ingatkan setitis je. Lepas tu kena bawak sendiri darah tu pergi makmal. Masa tu aku dah biol-biol tengok darah sendiri. Haha. Aduhai.


Tunggu jap dalam beberapa minit untuk darah di analisis. Lepas dah siap analisis tu baru pergi jumpa dengan doktor. Lepas tu kena soal jawab dengan doktor dan dengar beliau bagi nasihat. Alhamdulillah aku bebas Talasemia. Yang HIV tu memang dah kompom bebas la. Sendiri pun tahu. Hehe.

LOVE gitu kannnn? Hahaha.



Isi Borang Kebenaran Berkahwin
 
Part sendiri dan pasangan yang tu memang la aku isi sendiri. Timbul masalah part saksi dengan wali. Masa kakak aku dulu saksi dia orang ustaz yang jadi wali raja untuk nikahkan yang isi. Tapi time aku ni lain la pulak. Aku pergi jumpa ustaz tu kat pejabat agama buat kali kedua. Dia suruh aku lengkapkan borang dengan mintak tandatangan saksi dari Qaryah Masjid kat rumah aku. Dah aku kena pi ulang alik sana sini. Huhu.


Memula aku pergi sendiri kat masjid. Tapi tanya kat pakcik yang sedang bersihkan masjid masa tu katanya kalau nak mintak tandatangan Imam dengan Bilal atau Qaryah yang lain kena tunggu lepas waktu kerja baru depa ada. Kebanyakannya masih bekerja lagi. Sob sob. Aku hampa. Balik rumah dengan hati lara sebab tak boleh nak settle  lagi. Jadi aku pada mulanya nak masuk kerja petang terus cancel tak jadi nak pergi kerja. Ambil cuti mengejut. Haha. Tempat kerja jauh la hoi. Memang malas dah la aku nak pergi. :P


Petang tu paksu datang rumah. Jadi aku pun mintak tolong beliau je la untuk mintakkan tandatangan saksi Qaryah tu. Aku kan pemalu. Haha. Borang dapat balik malam esoknya. Alhamdulillah. Mekaseh paksu sebab sudi tolong. Iheartyou la. (^_^)



Temuduga Kahwin
Ahaa. Jangan tak tahu nak kahwin pun kena temuduga jugak hokay. Kalau kat Pulau Pinang ni memang kena intebiu dulu tau sebelum hantar borang lengkap untuk di proses. Selain kat Pulau Pinang yang aku tahu Johor pun ada jugak. Negeri lain tak pasti. 


Berdebar tak hengat aku. Punya takut sebab kena intebiu. Haha. Sekali ustaz nye baik nya alahai. Aku tergagap dia tolong betulkan. Aku terlupa point dia yang tolong jawabkan. Haha. Mekaseh ustaz. Soalan yang ditanya adalah soalan fardhu kifayah dan beberapa bacaan. Aku kena lafaz Syahadah dan maksud, Istighfar, Selawat, Surah Al-Fatihah dan Doa Mandi Hadas. Lepas tu kena jawab pasal Hal Mandi Wajib, Rukun Iman, Rukun Islam dan Rukun Nikah. Boleh pulak terlupa rukun nikah lagi satu 'wali'. Mentang-mentang la takda wali. :P


Alhamdulillah. Lulus dengan sedikit cemerlang. Boleh dah kawen. Aiseh. Haha. Oh ya. Sebelum terlupa, lepas intebiu tu ustaz tu sembang-sembang dengan aku. Ustaz ada share tips untuk gandakan pahala untuk arwah abah selain doakan dia lepas solat, sedekahkan surah yassin/al-fatihah dan berzakat untuk dia.


Sebabkan kami dah buat upah haji untuk arwah, kata ustaz kalau aku berkemampuan, tiap-tiap tahun masa Ramadhan, buat upah umrah pulak untuk arwah abah. Pahala lagi berlipat ganda ibarat macam pergi buat haji. InsyaAllah. Kalau ada rezeki lebih nanti aku memang ada niat nak buat. Mudah-mudahan Allah berikan aku rezeki untuk aku laksanakan menda ni tiap-tiap tahun nanti. Amin.



Permohonan Wali Raja Di Mahkamah Syariah
Lepas dah settle intebiu tadi aku kena jumpa dengan ustaz yang urus pasal hal wali aku tu. Ni kali ketiga aku jumpa dia. Haha. Dia pun sampai dah cam muka aku. Bincang pasal tarikh aku cadang nak nikah untuk dia take note sebab dia yang akan jadi wali raja yang nak nikahkan aku nanti. Lepas tu aku dapatkan surat dari kerani dia untuk dibawa ke mahkamah syariah untuk dapatkan kebenaran bernikah secara wali raja.


Masa pergi mahkamah ni pun aduhai...macam-macam hal betul. Masa aku pergi first time dia kata kena buat afidavit dua salinan. Dokumen-dokumen yang lain pun. Dah aku ni kena gigih menapak cari kedai nak potostet. Berpeluh ketiak cari kedai terdekat dengan mahkamah sekitar pekan Bukit Mertajam tu tapi takdo. Last-last aku menapak ke Summit. Cari merata jugak dalam shopping complex tu sekali ade kat bawah je kedai potostet nye. Letih mak noks.


Dah setel potostet, pergi kali kedua katanya tak lengkap lagi dokumen aku. Kena ada Notis Permohonan. Perlu lampirkan di muka hadapan afidavit. Aiyooo. Aku dah blur-blur masa tu. Lepas tu dia kata pi tengok kat Papan Notis contoh nya dan taip je sendiri. Sehelai je pun. Masa tu dah nak jam 1 petang dah. Sob sob. Maka aku pun pecut la balik rumah untuk menaip menda alah tu. Pukul 2 rempit balik pergi sana.


Kali ketiga pergi petang tu dia komplen pulak pasal aku punya afidavit. Katanya kenapa bukti-bukti lampiran yang ada tulis dalam satu exhibit je. Pulak dah. Aku pun argue la kata masa kakak aku buat dulu takde masalah pun. Afidavit aku buat tu sama macam yang kakak aku punya je la. Dah pesuruhjaya sumpah yang taipkan kakak punya afidavit tu dulu pesan kalau nanti aku nak kawen tiru je yang macam die buat tu. Tak payah dah cari pesuruhjaya sumpah suruh taip. Membazir duit. 


Geram jugak aku masa tu. Banyak pulak komplen mamat ni. Tiga kali dah tau aku ngadap kaunter dengan muka hang. Sakit pulak hati kite. Sekali masuk jumpa Penolong Pendaftar nye takde masalah pun. Ustaz tu belek-belek afidavit tu pastu tanya sikit-sikit soalan terus sign je tanpa banyak komplen. Huh! Saje nak bagi aku rasa syahdu mamat kat kaunter tu. Cepuk kang! Huhu. Dan akhirnya aku akan masuk mahkamah 23hb Julai nanti untuk mendapatkan kebenaran berkahwin secara wali raja.


******************************


Itulah kronologi kisah aku nak buat permohonan kahwen. Untuk setel kan proses ni pun sampai 4 hari cuti dah aku ambil. Sebab kena buat masa hari bekerja. Banyak prosedur kan? Huhu. Lepas naik mahkamah nanti baru boleh hantar borang kat pejabat agama untuk diproses. Lama kan? Hampir 2 bulan hokay proses permohonan aku ni. Gila la. Orang lain senang je. Minggu depan nak kahwin, minggu ni sempat lagi nak setelkan borang. Yang aku punye la banyak prosedur nak kena buat. Syahdu tau. Korang mane tahu apa yang aku rasa. Sob sob.


Korang yang ada ayah tu bersyukurlah. Untung tau ada ayah yang boleh walikan pernikahan korang. Kalau dah takda ayah pun ada pakcik-pakcik di sebelah ayah dah kira bersyukur jugak tau. Masih ada wali nasab yang lain. Kalau ayah tunggal tapi ada adik beradik lelaki dalam keluarga pun masih beruntung. Memang tak pening pasal wali ni. Buat yang kes macam aku ni, harapnya bertabah la. Tapi ada ke eh? Hehe. Kalau ada, senasib la kite ye. Mohon tingkatkan kesabaran.


Lepas ni kena bertungkus-lumus siapkan projek DIY aku yang seterusnya pulak. Tak boleh tangguh-tangguh dah. Masa dah tinggal sipi-sipi je ni. Kalau tak hari-hari kena dengar mak membebel tanpa henti. Hehe. Semoga selepas ni urusan aku yang lain-lain dipermudahkan oleh Allah. Amin. Korang doakan aku jugak tau. 



Bisik-bisik :: Punya la susah nak kahwen. Ni kalau encik CH tak hargai aku lagi memang nak kena cepuk dengan aku la tu. Haha.

15 Ulasan

Membebel dengan penuh hemah. Komen awak adalah atas tanggungjawab sendiri. No hate speech okay. Terima kasih!

  1. procedure yang banyakkkkkkkkkkkkkkk,tapi demi halalnya seseorang buat kita apa pun mesti buatkan :D

    BalasPadam
  2. @Mek Onie :: a'a onie..betul tu..demi orang yang kite sayang nak dijadikan kekasih halal seumur hidup susah macam mane pun sanggup hadapi..aiseh..hehehe..

    BalasPadam
  3. Perghh.... cheq x p tebiu ngan wat ujian darah lg neh...cheq duk ingt ambil darah skit ja... rupanya mcm tu noo.....

    BalasPadam
  4. byk sgt mnde kene wat. nk kawen pon ssh..
    hukhuk..
    mase saye kawen aritu xkne plak ujian talasemia.. hiv test je buat.. hehe

    BalasPadam
  5. byk gila kejenye....naseb la akak hr tu ckit je sbb surat nikah dok ada tp jenuh jugak punggah satu rumah dan naseb juga ada abg2 & adik yg boleh jd wali....tu pon ambik ms sbb abg sulung yg nk nikahkn akak dok Johor.Lawan dok pos surat guna pos laju smata2 nk isi borang nk sign bagai...hehehehe...

    BalasPadam
  6. Uii.... risau plak time kami nanti macam mana...huhu

    BalasPadam
  7. perrgghh...shada ooiii..hehehe...aku pun sma tak de abah..tp ada adik..even kalau adik2 aku kecik lagi...harap ka ke pak sedara...jgn harap la...tragis perkahwinan aku nanti..hahaha...btw..teringat masa dulu..hg dgn amal ada di sisi aku...

    BalasPadam
  8. @MiKrO_KoKuS :: tu la..ingatkan amik skit ja darah..sekali banyak oi..hahaha...pi buat lekaih..ujian hiv tu tahan 6 bulan..

    BalasPadam
  9. @Puan Ezy :: skang ni prosedur makin macam2 sangat..nak tak nak mmg kena ikut la..demi bakal suami apa jua cabaran sanggup ditempuhi..ecewah..hahaha..

    dulu tak wajib buat ujian talasemia kot..skang ni wajib rasanya..ke ikut tempat..entah le..hehehe..tapi apa pun syukur dah lepas part amik darah tu..ehehehe..

    BalasPadam
  10. @Z@i Z@mR33 :: tu la kak..banyak betoi kerja nak buatnye..sob2..tak sabar nak naik court nih..nak serah borang kawen kat pejabat agama cepat2..

    BalasPadam
  11. @GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr :: dia ikut negeri jugak kot anys..kat kedah kami tak tau pulak proses dia camna..hehehe..semoga ampa bertabah la nooo nanti..

    BalasPadam
  12. @hati tersenyum :: tau takpa weh...sob2..semua aku buat sorang2 sendiri..nak tak nak kena la bersemangat waja sebab nak kawen..haha..

    BalasPadam
  13. Tu lah halnya, berurusan dah la ganggu waktu kerja nak tak nak memang kena ambil cuti.. yang leceh tu lah pasal borg, huhu.. haru jg nak settle, tp bila slesai dh smua b'bunga-bunga hati terus hehe.. smga sgla urusan di permudhkan.. amin..

    BalasPadam
  14. @Nur Hani M. :: betol2..dah la urusan kena buat time hari bekerja..huhu..

    insyaAllah..terima kasih mendoakan..semoga Allah permudahkan urusan saya..aminnn..^_^

    BalasPadam
  15. perghh aku ingat kan nak kawin ni pening hal kenduri ja rupanya byk lagi benda renyah nak kena setel..

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan