PORTFOLIO : Belog Pesan Bondaku

Assalamualaikum. Hai!


Setelah sekian lama menyepi dari update portfolio, hari ni dapat update portfolio terkini. Yeay! Alhamdulillah. Rupanya masih ada lagi rezeki aku dalam bisnes design mendesign belog ni. Ingatkan dah  membisu begitu saje. Maklum la. Aku kurang market kan diri sendiri. Segan sikit. Walaupun ada perniagaan design sendiri yang berdaftar, tapi malu la. Sebab aku bukan seorang profesional designer. Design pun takde la power tara mana pun. Biasa-biasa je. *merendah diri yang dah sedia ada rendah*


Apa-apa pun bersyukur sangat dengan kurniaan rezeki dari Allah ni. Terima kasih juga pada customer yang sudi nak menggunakan perkhidmatan aku. Tak sangka ada juga orang yang masih berminat nak merasai hikmat tangan kayu sakti aku ni. Hehe. Alhamdulillah. Rezeki nak *ehem* gamaknye kot ni. Semoga makin mencurah-curah la rezeki buat aku. Aminnnn~~~


Job kali ni aku dapat dari Encik Rizal. Seperti kebiasaan macam customer-customer sebelum ni, encik Rizal pun memberikan sepenuh kepercayaan pada aku untuk design belog beliau ikut kepala otak berkarat aku. Belog ni adalah fresh. Maksudnya baru lahir. Aku yang daftarkan url belog, design dan taip entri-entri di dalamnya. Encik Rizal cuma bekalkan aku dengan item-item yang beliau nak dalam belog tersebut. Terima kasih kepada beliau kerana percayakan aku. Berikut adalah full screenshot belog beliau setelah siap sepenuhnya.





Pakej design belog ini adalah full template, header, footer, signature, widget icon dan mentaip isi-isi di dalamnya. Kendian of coz la kalau design belog kena belek coding kan? Itu aspek utama bila buat kerja design belog. Hehe. Seperti biasa, design aku memang simple and not heavy. Dah kira macam trademark aku kalau design belog. Sebab aku memang tak suka menda yang menyemakkan. Biar nampak clean, fresh dan mungkin juga profesional. Mungkin. Korang je la nilai kerja aku. Hehe.


Kalau rasa tak puas nak belek setakat satu screenshot ni je, boleh la ringan-ringankan jari pergi ke Belog Pesan Bondaku milik Encik Rizal ni. Nanti bolehlah belek-belek pages yang lain-lain tu. Mungkin ada manfaatnya buat korang. Hehe. Harapnya encik Rizal akan berpuas hati dengan hasil kerja aku ni. InsyaAllah.


Lepas ni, satu lagi portfolio design belog bakal menyusul. Tengah tunggu turn untuk disiapkan tu. Harapnya tuan belog sabar menanti. Maklum la kena ikut turn. Dan mungkin lambat sikit sebab first time buat lain dari yang lain. Yang ni aku cabar diri untuk terima job design belog dengan character doodle. Sedang dalam progress untuk melukis doodle yang insyaAllah bakal menjadi trademark hasil tangan sakti aku kalau ada belog yang nak doodle juga in future. Hehe. Chaiyok Shahada!



Bisik-bisik :: Buat yang berminat nak dapatkan khidmat aku, jangan malu-malu nak hubungi aku ok! Saya yang sedia berkhidmat! Hehe. (^_^)

11 Ulasan

Membebel dengan penuh hemah. Komen awak adalah atas tanggungjawab sendiri. No hate speech okay. Terima kasih!

  1. syukur...rezeki kamu !! :D cantik lah design kamu. hehe.tahniah. mudahan dapat banyak customer lagi ! :D

    BalasPadam
  2. @Namee Roslan:: aminnnn..alhamduillah namee..ade rezeki lagi untuk saye..hehe..mekaseh sebab selalu support saya..(^_^)

    BalasPadam
  3. wow..menarik...
    semoga berjaya...
    nak juga design blog yg lg advance dr yg ade skrg..mana tau leh mintak designkan.. :)

    aeidahlatiff.blogspot.com

    BalasPadam
  4. cantik2 :) semoga bisnes anda lebih maju :D

    BalasPadam
  5. Tahniah.semoga tangan hikmah kamu memberikan byk kelebihan.

    BalasPadam
  6. @Aei Amrun :: terima kasih..insyaAllah..aminn..hehe..

    boleh je kalau nak mintak saya designkan..takde masalah..hehe..;o

    BalasPadam
  7. @Zura :: mekaseh daun keladi kak..akak la org kuat yg selalu support saya..(^_^)

    BalasPadam
  8. @Syat0za Zai :: insyaAllah..amin..terima kasih mendoakan yg baik2 untuk saya..

    BalasPadam
  9. @Akak tulip :: terima kasih..amin..semoga tangan hikmat saya ni sentiasa sihat walafiat selalu..hehe..

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan