Bonus oh Bonus!

Assalamualaikum. Hai!


Hmm..sebenarnya aku rasa benda ni tak perlu pun nak tulis. Common sense. Kalau ko ada otak yang berfungsi dengan waras, tentu boleh fikir kelogikan tentang perkara ni. Tapi nampak gayanya, ramai juga manusia yang gagal nak berfikir dengan baik. Hmm..sedih! Hanya kerana wang semua jadi 'tak berapa nak normal'.


Benda yang aku nak cakap kali ni adalah berkaitan dengan pemberian Bonus yang telah dibentangkan dalam  Bajet 2013 tempoh hari. Nah! Hadam dulu luahan akal waras aku malam kelmarin dekat fesbuk selepas 'sakit mata' menatap status kengkawan yang sangat ramai meroyan tentang BONUS kat wall memasing. 


Itu baru kengkawan aku sendiri. Orang lain yang aku tak kenal, berapa ramai lagi yang meroyan pasal ni aku tak tahu. Yang pasti kompom ramai. Siapa yang lepas baca aku punya status ni, terasa hati dengan aku, mintak maaf la sesangat ye. Takde niat di hati nak menyakiti hati sesiapa. Sekadar memberi nasihat dan pandangan.




Get it? Hmm..kalau tak faham jugak aku pun tak tau la nak cakap camne dah. Kalau tak boleh terima pandangan aku ni, terpulanglah. Kita kalau bagi pandangan atau pendapat, mana boleh paksa semua orang terima pandangan dan pendapat kita. Yang sependapat dengan kita mesti akan setuju. Yang jenis tak boleh terima pendapat kita, kompom-kompom la ada je yang die nak bangkang. Jadi, terpulanglah.


Setiap kali pembentangan bajet, topik yang paling 'hot' sekali tentulah pasal bonus. Yang paling tak puas hati tentang ni tentulah mereka yang tidak berkhidmat dengan sektor kerajaan. Semua pakat 'sakit hati' dan mulalah memprotes yang kononnya kerajaan tak adil. Berat sebelah. Meminggirkan mereka yang bekerja di sektor swasta. Yang kononnya sektor swasta pun banyak menyumbang kepada pembangunan negara. Bukan yang bekerja di sektor kerajaan je yang berjasa memberi sumbangan kepada negara.


Ye. Memang betul. Semua yang ada kat Malaysia ni, masing-masing ada jasa dan bahagian masing-masing yang telah disumbangkan kepada pembangunan negara. Seorang pun tak terkecuali. Baik yang kerja sendiri, kerja swasta, kerja kerajaan, kerja kat bandar, kerja kat ceruk pendalaman, kerja kat rumah. Masing-masing ada sumbangan. Yang itu memang aku tak pernah nak pertikaikan.


Hmm..tapi mesti ada yang akan pertikai dan kaitkan hal pemberian bonus ni dengan bayaran cukai. Baiklah. Sekarang ni kita tolak tepi dulu perihal pembayaran cukai tersebut. Nanti aku huraikan dalam entri seterusnya. Sekarang kita lihat dari sudut pemberian bonus atas faktor pekerjaan. 


Memang SANGAT LOGIK kerajaan memberikan bonus kepada semua kakitangan yang berkhidmat dalam sektor kerajaan sebab kerajaan adalah majikan mereka. Macam aku dan korang yang berkhidmat dalam sektor swasta, maka yang layak bagi bonus kat kita tentulah majikan kita di syarikat/organisasi mana kita berkhidmat. Jadi, kenapa nak persoalkan kenapa kerajaan bagi bonus hanya kepada kakitangan kerajaan dan kakitangan swasta tak dapat. Tak boleh nak fikir logik kah? Takkan ko kerja dengan A tetibe nak mintak B yang bagi ko bonus. Hilang akal?


Bagi aku tak salah pemberian bonus tu diberikan oleh kerajaan kepada kakitangan kerajaan sebagai 'hadiah' untuk membuatkan pekerja-pekerja mereka 'seronok' dan rasa dihargai diatas sumbangan kerja mereka dengan majikan mereka. Kita yang kerja dengan swasta ni kalau nak merasa jugak dapat bonus, itu atas budi bicara majikan kita la. Am i right? Cuma harapnya kakitangan kerajaan yang terima bonus tu tingkatkan la produktiviti kerja masing-masing.


Kalau nak persoalkan pemberian bonus tu adalah duit rakyat, cuba fikir balik kita yang bekerja di syarikat/organisasi swasta ni, dari mana syarikat kita dapat duit? Tak ke sedikit sebanyak terselit juga duit rakyat yang menggunakan perkhidmatan kita? Bukankah sama je situasi nya tu?


Hmm. Berleter panjang pun soal ni, kalau ada yang tak puas hati dengan kerajaan tu, ada je la point yang akan dicari untuk menidakkan. Ikut suka la. Apa yang pasti, ini adalah sekadar pandangan peribadi aku sahaja. Jangan nak kaitkan dan kata aku ni orang bn la umno la apa la. Aku pun bukan kerja dengan gomen ye. Tak semestinya bila aku menyuarakan pandangan begini bermaksud aku ni penyokong kerajaan. Kalau yang dah lama ikut belog aku ni, tentu dah tahu aku seorang yang tidak berminat hal berkaitan politik. Sekian, terima kasih.



Bisik-bisik :: Rezeki kita datangnya dari Allah. Yang dapat bonus tu rezeki dari Allah la. Cumanya disampaikan melalui perantaraan iaitu majikan (kerajaan) yang mereka berkhidmat. Masing-masing ada rezeki tersendiri yang telah ditentukan oleh Allah. Jangan nak merungut je kerja. Faham?


13 Ulasan

Membebel dengan penuh hemah. Komen awak adalah atas tanggungjawab sendiri. No hate speech okay. Terima kasih!

  1. bonus utk kakitangan kerajaan mmg tak berapa adil dan bijak, sbb hanya golongan yg kerja dgn gomen ja dapat... sedangkan sumber pendapatan negara dapat dari hampir keseluruhan rakyat.. apa guna bonus utk kakitangan kerajaan yg kadang tak da buat kerja pun?.. ini diakui sendiri oleh sebahagian besar kawan2 yg kerja kerajaan... bagi bonus 1 1/2 bulan menyebabkan yg kerja swasta nie terkecil hati sbb mereka juga berkhidmat utk negara..

    adalah lebih adil jika bonus tu diconvertkan kepada subsidi gula, atau one off payment utk semua org, cth rm200/rm100 seorg mcm brim ari tu.. semua dapat..

    masalah sekarang bukan tak bersyukur, tp sebagai rakyat kita mmg patut diberi hak complaint atau tegur pengurus yg kita lantik sekiranya pengurus tu menguruskan duit kita dengan cara yg kita rasa kurang tepat...

    BalasPadam
  2. @aceDultraman :: ada pun komen hang..jadi marilah aku ulas..heheh..

    buat yg koje gomen tapi buat koje tak seberapa, kendian dapat bonus pulak, bagi aku itu rezeki die..amanah kerja die dengan Allah, itu antara die dengan Allah..simple..nanti kat akhirat die sndiri yg nak menjawab pun..

    buat yg koje swasta, memang kite bekerja untuk negara juga..tapi kita berkhidmat di bawah majikan kita..siapa majikan kita? tentulah yg jadi bos kat syarikat yg kita kerja..jadi, sepatutnya majikan kita kena fikirkan inisiatif nak bagi hati pekerja die gembira dengan beri sesuatu, mungkin macam bonus sebulan gaji, kalau dapat tahu yg pekerja gomen dapat bonus..pemberian bonus ni kite kena lihat di bawah siapa kita bekerja..itu pada pandangan aku..

    mungkin ada kekurangan sedikit dalam pembentangan bajet kali ni..tapi, sebagai manusia waras, kita sendiri tahu, takde manusia yang perfect..dan BUKAN MUDAH NAK JADI SEORANG KETUA YANG NAK MEMUASKAN HATI SEMUA PIHAK..itu common sense..

    sekian sahaja hujahan dari saya..rindu pulak nak lawan debate..kih3..

    BalasPadam
  3. lama2 lapukla isu ni. awl2 je hangat (:

    BalasPadam
  4. @cik chinta :: hangat bila tiba musim nak mengundi dan selepas setiap kali pembentangan bajet setiap tahun..

    BalasPadam
  5. Setuju sangat dengan pendapat anda. Yang dibentangkan adalah bajet kerajaan maka itu bonus yg diumumkan tentunya bonus kerajaan. Yg swasta tggu la dari company masing2. Such a simple thing.

    BalasPadam
  6. tak phm la knp org nk bising pasal bonus ni...1.5 jek..saya pun keje glc ..selalu klu time bonus ada jek keluar kat blog company glc dot dot makan bonus duit haram hasil penat lelah rakyat..melampau tak dgr? 1st time singgah blog ni.baca komen 1st tu jek dh ketawa besar..tak adil sbb u pun sumbang pada negara..mcm penulis ni kata, mintak l pd majikan..let say u keje consultant, u pasti ke u tak mengular time keje even tuk solat/makan/berckp dgn kawan????klu nilai consulting u rm 100/hour, then u bleh attend 4customer/working hour, tp u dah terpakai sejam tuk ckp, mkn, solat..dh kompeni u rugi rm 100..so nilai kos kerja tambah..customer kena byr lebih sbb kompeni naikkan harga consultantcy..so???? same goes u keje kilang, keje pum minyak. etc etc....LOL la..let think out of the box....jgn hakimi pekerja kerajaan makan gaji buta..
    u tahu kan pekerja awam hanya golongan tertentu leh claim ot..depend on their job scope..some of them have to work until late night, but no pay...and some of them have to travel for working purpose but cannot claim..even it only rm10 for car fuel, but if 2times per weeks??????

    BalasPadam
  7. @nikhamidi :: betol! sebab itu adalah bajet kerajaan, maka bonus tentulah untuk pekerja yg bekerja dengan kerajaan..same goes if pembangkang jadi kerajaan nanti..untuk jaga hati pekerja yg bekerja under kerajaan mereka perintah, of coz la die beri 'hadiah' untuk gembirakan hati pekerja..betol tak?


    yang keja kerajaan konon bising2 kata tak adil tentang bonus tu sebab ada dikalangan mereka yg tak buat kerja, tapi kalau dapat die amik jugak..hmmm..


    manusia ni kalau die dah tak suke kat satu-satu pihak, apa saja yg pihak tu buat walaupun baik, pasti ada je buruknya di pandangan mata mereka..

    BalasPadam
  8. @akak tulip :: saya setuju dengan akak..kita takde hak nak hakimi org kalau kita tak tahu bagaimana dia tunaikan amanah kerja dia..macam saya cakap dalam komen diatas..itu antara dia dengan Allah..

    BalasPadam
  9. Akak tulip2/10/12 8:46 PG

    Yes. Saya pun x kata fully sokong BN,sy pun kdg2 sokong pembangkang.tapi kalau pasal bonus, sgt kasihan pada org yg asik nak blame keadaan. Jgn keruhkan keadaan. Sorry ye penulis blog,akak terover.hehe.sbb saya rasa sgt kasihan pd penjawat awam yg bekerja dgn ikhlas dan jujur.pd yg x kerja dgn jujur,itu dia dgn Tuhan.

    BalasPadam
  10. kakitangan awam banyak dpt bonus hope keja pun lebih ikhlas la yer... kekekekekeke

    BalasPadam
  11. @Akak tulip :: hehe..takpe kak..selagi pendapat tak memudaratkan, tak mendatangkan perbalahan, tak bercanggah dengan agama..takde masalah..

    saya pun sama..sebab saya seorang yg neutral..tak sebelah mana-mana pihak..bagi saya soal rezeki ni tak perlu pun nak dipolitikkan..tapi ntah la org kita ni..saya pun tak faham..

    BalasPadam
  12. @THE LEKAT LEKIT STORY :: insyaAllah mummy..orang yang amanah dengan kerja dia, insyaAllah die akan bersyukur dengan rezeki yg die dapat dan akan tingkatkan produktiviti kerja die..

    yg malas, tak jujur, tak amanah dan tak ikhlas tu, antara die dengan Allah la..esok kat akhirat sana diri dia sendiri yg nak menjawab dan menanggung akibatnya..

    BalasPadam
  13. Tanpa Nama7/1/15 10:13 PG

    setuju dgn artikel (walaupun artikel lama) memang btul.bonus sepatutnya diberi oleh majikan masing2..tp kenapa pkerja swasta pun menuntut hak untuk dpt bonus? kerna..walaupun tak bermajikan di bawah kerajaan tapi majikan swasta berada di bwh kerajaan.. sewa tapak..cukai import eksport, yg tggi dh dibar pd kerjaan..mmg klu nk melabur disini perlu byr semua tu..tiada bntahan..tp kerana pelabur2 yg dtg ni..kerja di sektor kerajaan naik..hasil kutipan cukai..sewa.pelabur2 asing..titik peluh di sektor swasta sedikit sbyk disalurkan melalui cukai dan byran2 lain..
    bukan tak bersyukur syukur sgt,, dgn rezeki msg2..yg tak puas hati tuh bukan tak bersyukur.msing2 salurkan titik peluh walaupun tak kerja under gov..jd rasa nya tak salah kalau suarakan pendapat.,syukur dgn apa ada nya.byk belajar wlpun kerja dbwh swasta dan pelabur asing.segi disiplin dan masa..
    alhamdulillah dgn rezeki yg ada.. :)

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan