Sixth Sense

Assalamualaikum. Hai!


Err..entri ni bukan nak cerita pasal band sixth sense yang nyanyi-nyanyi tu ye kawan-kawan. Sixth sense yang aku maksudkan ni ialah deria ke-enam yang ada pada aku. Waseh! Hebat tak aku? Ade sixth sense tu. Ekeke. Tapi sixth sense aku ni bukan la boleh tengok kelibat hantu jembalang setan durjana tu semua. Hoiii~~ mintak simpang le jejauh. Tak hingin pun aku nak tengok natang tu. Eh? Kalau leh tengok benda alah tu dikire sixth sense ke ha? Lantak le. Bukan aku nak cerita pasal tu pun. Back to the topic!


Korang nak tahu ke apa dia sixth sense aku tu? Sixth sense yang aku miliki adalah aku mempunyai gerak hati (instinct) yang sangat-sangat kuat. Betul weh! Adik kat opis aku pun mengakuinye. Tapi yang istimewanya, sixth sense aku ni hanya terjadi bila orang tersebut ada perkaitan yang sangat rapat dengan aku. Macam family, encik CH, sepupu sepapat, sedara mara, bestfriends dan sesiapa je yang rapat dengan aku. Pendek kata orang tersebut adalah mereka yang sangat aku kasih dan sayang sepenuh hati.


Entah la wei. Aku pun sebenarnye tak tahu nak describe macam mana. Tapi yang aku tahu, kalau tetibe instinct aku rasa semacam tu dan asyik terfikir tentang seseorang seperti yang tersebut dalam list di atas, memang ade la tu yang tak kena. Mungkin orang tu ada masalah, mungkin orang tu sakit, mungkin orang tu teringat kat aku, mungkin orang tu ada buat something behind my back dan ade macam-macam lagi la penyebabnye yang boleh buat gerak hati aku ni terasa macam nyilu gitu. Serius. Rasa die memang macam nyilu-nyilu bagai dihiris kat hati. Eceh!



~Imej carian Google~



Yang selalu jadi mangsa sixth sense aku ni tentulah encik CH. Padan muka beliau. So, beliau kena beware dengan aku sentiasa. Kalau beliau sakit ke, teringat kat aku ke, ada buat something tanpa pengetahuan aku ke, mesti aku dapat detect punye. Kompom aku dapat rasa melalui instinct aku yang kuat ni. Ingat duduk jejauh berbatu-batu ni aku tak boleh rasa ke? Nasib beliau la dapat bakal bini instinct kuat macam aku. Tak boleh buat perangai le. Padan muka! Kui kui kui.


Eh? Kejap. Tapi kan, kekadang dengan orang yang tak berapa nak rapat pun aku boleh ade jugak rase gerak hati yang kuat ni. Misalnye bile first time jumpa, then aku rasa orang ni macam ade bad aura je, mesti aku tak boleh nak ngam. Rasa macam menyampah gila. Nak hempuk-hempuk je. Haha. Ade ke pulak kan? Itu sixth sense ke ha? Kih kih kih.


Tapi kalau aku jumpa orang yang boleh membuatkan aku rase begini pada pertemuan kali pertama, memang aku akan avoid la orang tu sampai bebila. Mana tahu mungkin memang betul die ada niat jahat kan? Tu yang aura tak elok die tu aku boleh terasa tu. Huisshhh. Power gak insticnt aku ni. *perasan mood*


Hah! Siapa antara korang yang ade sixth sense macam aku? Ke memang semua orang akan ade gerak hati yang sangat kuat bila sesuatu tu berkaitan dengan orang yang die sayang? Sebab ade orang cakap, kalau kita memang ikhlas sayang dengan seseorang, memang akan dianugerahkan dengan instinct yang kuat begini. Ye ke?


Habes kes aku yang kedua tu untuk yang ade bad intention tu camne pulaknye? Bukan ke tu dalam kategori ada instinct kuat jugak? Cube explain sikit. Apa-apa pun, aku percaya instinct yang kuat ni anugerah daripada Allah. Ada la tu sebabnya kenapa Dia beri keistimewaan ni pada hamba-hambaNya. Betul tak?



Bisik-bisik :: Orang yang paling kuat instinct die tentulah IBU kita. Eh? Rasanya semua orang pompuan memang instinct power kot. Setuju tak? ;p

7 Ulasan

Membebel dengan penuh hemah. Komen awak adalah atas tanggungjawab sendiri. No hate speech okay. Terima kasih!

  1. @Aisumi Chan Kawa'i betol betol! orang pompuan ni memang dianugerahkan instinct yang kuat gamaknye..

    BalasPadam
  2. kadang2 ada gak rasa cam tu.
    tapi hehehehe, macam tak percaya sangat.
    sebab tak semua betul apa yang aku rasa.
    so lama2 aku anggap aku imagine lebih kot. hehehe.


    eh dah nak kawen ke? wahh. lama tak masuk sini. ;(

    BalasPadam
  3. hehehe sebenarnya saya pun ada sixth sense tu jugak...tak boleh cerita di sini...bahaya...

    BalasPadam
  4. wah..untung laaa..nak2.. guna baik2 okey.. :) tpi bestkan..lgi tok bf,,hakhak

    BalasPadam
  5. sixth sense perempuan selalunya naluri yg sgt kuat !! hehe. tp kalau dapat nampak hantu tu pun kira sixth sense juga kan ?? :D

    BalasPadam
  6. wow...ingat aku sorang ja leh sense bnd cam 2...trutama sal bad aura 2..ada skali 2, first msuk keja..trnampak pic minah sorng ni, tngh cuti..time 2, feel aku cm lain ja...bila ku tnya 'akak ni ok x?' kat stf lain, tersengih ja dorng..fhm la aku...n n n n, smpai skrg aku x ngam ngam die..ehe..

    BalasPadam
  7. Actually, org pun ada sixth sense tu plus beberapa sixth sense lain (ramal masa depan & nampak peristiwa dari tempat lain & telepathy).. telepathy tu masih susah nak digunakan, x berapa nak mahir.. cam sixth sense yg instinct, ramal dgn tengok peristiwa ni biasanya berlaku secara tetiba tengah duduk sensorang.. sixth senss yg nampak makhluk halus ni org x de.. memang kalau boleh x nak.. x rasa diri ni kuat sangat.. senanya baru dapat tahu yg org ada sixth sense n skarang ni tengah cari cara nak asah sixth sense tu.. ada sesiapa tahu?

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan