Monday, 13 September 2010

~Macam-macam betul~



Salam 4 syawal. Hari ni raya ke-4 kan? Aku dah masuk opis dah hari ni. Tak ambil cuti raya pun. Malam semalam bertolak dari Melaka jam 11.30 malam. Sampai Butterworth jam 6.20 pagi tadi. Sahabat susah senang aku, cik wahida yang datang jemput aku dengan mak. Thanks dear. Ang selalu ada time aku susah dan senang. Sayang ang sangat2. Hehe.



Aku sampai rumah dalam jam 6.50 pagi. Solat subuh terus siap2 nak pergi kerja. Lewat sket tadi keluar dari rumah. Jam 8 pagi baru aku gerak g opis. Hoho. Otainye. Ala, rempit laju2 jam 8.30 dah sampai opis dah. 90-100 km/j je pun. Ni kalau mak aku dengan encik CH tahu mahu kena sembur kot. Hek3. Bukan selalu pun. Ye ke cik sha? Ngee.


Hari ni suasana dalam USM ni masih lengang lagi macam 2-3 hari sebelum Raya tempoh hari. Ambil cuti sakan depa nak beraya eh. Aku je yang tak. Bukan tak nak ambil cuti. Tapi kalau mai kerja ade jugak benda aku nak buat. Kerja bertempek-tempek ni ha. Tak pernah2 nak habes. Huk3. Cuti pun tak tenang kepala otak asyik dok fikir tentang kerja je. Baik aku mai kerja ye dak?


Hari ni pun aku sorang2 jugak dalam opis. Kak Mas dengan Enny tak masuk lagi. Esok baru depa start kerja. Tak kesah la. Aku dah biasa pun dok sorang2 dalam opis ni. Hehe. Nak takut apenya. Siang hari. Ewah! Cakap besau nampak. Padahal diri tu penakot. Hak2. Itu motivasi untuk beranikan diri la. Jangan ngengade nak takutkan aku pulak. Aku seligi kang baru tau!


Pagi tadi lalu kat bridge tak perasan lak kesan kebakaran yang jadi masa raya ke-2 hari tu. Sebab aku rempit laju sangat kot. Nak larikan diri dari kena hujan. Tadi hujan renyai2 masa nak mai opis. Takpe2. Balik kerja kang aku rempit slow2. Nak ushar sket kesan kebakaran litar pintas kabel letrik tu. Haha. Kepochi betul ang ni cik sha. Biau le. Aku nak ambil tahu perkembangan semasa je. Konon2 alert la. Hehe.


Paper hari ni penuh dengan cerita tentang pembunuhan Sosilawati je. Betul ke eh die kena bunuh sekejam tu? Siap kena bakar lagi tu. Haish. Macam2 betul sekarang ni. Macam tu la orang kat Malaysia ni. Bila tengok orang berjaya sket, dah kaya raya hasil usaha titik peluh sendiri, mulalah dalam otak tu berfikir rancang itu ini nak kaut kekayaan orang tu dengan cara jahat dan kotor. Tak faham betul aku. Nak kaya usaha la sendiri. Ni p buat kerja kotor macam tu watpe? Ingat selamat ke hidup? Mungkin la kat dunia ni kau terlepas. Kat akhirat sok kau ingat kau boleh ke terlepas? Ngek betoi la orang2 yang macam ni. Sekolah tak habes la tu. Hish!


Kalau betul la 4 orang tu jadi mangsa pembunuhan kejam ni, takziah la aku ucapkan kat famili depa. Kesian betul. Dugaan Allah bagi buat depa tu sangat hebat. Semoga depa tabah la hadapi segala ketentuanNya ni. Mesti ada sebab di sebalik sesuatu kejadian tu. Allah je yang tahu. Hmm. Kaya susah, miskin pun susah. Bila kaya orang dengki, bila susah orang langsung tak peduli. Macam tu la kehidupan realiti manusia kan?


Eh. Ok la. Nanti aku membebel lagi. Nak buat kerja jap. Ni saje curi masa jap update blog sementara nak kasi enjin kerja panas. Hehe. Selamat bercuti buat yang masih bercuti. Raya puas2 tau! Eh, takpe. Rileks2. Raya kan sebulan. Heee. ^_^


bisik2:: Menggerunkan je dengar pembunuhan kejam macam tu..Huhu..


Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

4 LOVE NOTES

  1. hari jumaat dah kerja.. alang2 jer kan.. nasib baik cikgu.. kalau masih anak murid.. ponteng ajer.. ngeee

    ReplyDelete
  2. wow...minah rempit sejatiii...hehhehe..
    kira kau berani la eh bawak motor...caya ah..

    ReplyDelete

Membebel dengan penuh hemah. Terima kasih!

 
Copyright @ Shahada Fauzi Official Blog | Since 2009 | All Right Reserved
Designed By Shahada Fauzi | Powered By Blogger.com