Tuesday, 13 July 2010

~i'm older than him..he is younger than me..~

Sangat tertarik dengan artikel DocFana bertajuk He's Younger Than You yang mana ditulis setelah mendapat ilham selepas membaca artikel dari blogger Adziim Mimpi yang bertajuk She's Older Than You. Lepas je aku baca kedua dua artikel ni, terus tergedik gedik aku nak buat entri yang ade kaitan dengan tajuk kedua-dua entri tersebut. Hehe. Kenapa eh? Of coz sebab ade kaitan dengan diriku. Kalau tak percaya meh baca meh.



A girl fall in love with a boy which is younger than her. A boy fall in love with a girl which is older than him. Pendek kata situasi ni kire macam vice versa la. Salahkah mereka bile terjadi situasi begini?


Kalau kisah cinta lelaki dengan perempuan yang lebih muda @ perempuan dengan lelaki yang lebih tua. Itu sudah terlalu common sangat. Kisah cinta lelaki dengan perempuan yang sebaya juga selalu kita dengar. Yang jarang nya kisah cinta lelaki muda dengan perempuan berusia @ perempuan berusia dengan lelaki muda. Rare bukan? Memang ada. Tapi tidak banyak. Betul tak? Kalau aku salah sila betulkan aku sebab aku bagi pendapat berdasarkan pemerhatian aku saje. Mungkin betul mungkin tidak.


~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~


Meh sini aku bercerita pengalaman diriku sendiri. Mungkin yang ikut blog ku dari awal tahu kisah aku dengan encik 'cinta hati'. Ye..usia kami berdua berbeza 2 tahun. Dia muda dari aku 2 tahun dan ini bermakna aku tua dari dia 2 tahun. Jadi memang kena sangat la dengan entri DocFana dan Adziim tu kat aku. Hehe. Terasakah aku selepas membaca entri mereka berdua? Owh..tidak sama sekali! Masing-masing ada pendapat tersendiri dan aku terima dengan hati yang terbuka.


Betul macam cakap Adziim. Bercinta dengan lelaki yang lebih muda banyak cabarannya. Dan betul..apa yang dikupas oleh Adziim aku dah rasa dan lalui. Kena kutuk depan belakang. But it doesn't matter. Sikit pun tak menggugat rasa cinta aku pada encik 'cinta hati'. Sebab aku tahu dia pilih aku bukan kerana faktor umur. Dan dia yang approach aku dulu. Semestinya dia tahu umur aku lebih berusia dari dia. Kenapa dia pilih aku? Hanya dia saje yang ade jawapannya. Aku sendiri pun sampai sekarang tak tahu. Tunggu 'malam pertama' kata dia. Haha.


~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~


Ok2. Berbalik kepada cerita. Ini adalah antara kata kata berbisa yang aku biasa dengar dan aku dah lali sangat.


"Hang ni macam dah takda laki lain nak wat marka (kekasih). Cari la yang tua2 sikit. Yang sama baya ke. Ini p cari laki muda dari hang. Desperate sangat ke?"


"Aku tau la hang muka macam budak2. Kecik kemetot. Hang kan kanak2 terpilih. Tapi pasai pa la yang hang berkenan dengan si yus tu? Dia kan muda dari hang. Cari la yang sama baya dengan kita.."


Besfren aku sendiri yang cakap macam tu kat aku dan dia adalah seorang lelaki. Masa awal-awal dulu dia tahu aku couple dengan encik 'cinta hati', soalan ni la yang kerap diutarakan. Sampai aku pun dah mangli(lali). Ape yang aku rasa lepas di'fire' macam tu? Sedih? Sakit hati? Marah? Bengang? Rasa nak belasah dia? Hmm..sikit pun aku tak rasa ape. Semua tu aku tak ambil kisah pun. Lantak la korang nak kutuk aku depan2 ke belakang2 ke. Janji aku bahagia. Hehe..





Awal-awal dulu masa aku nak kenalkan encik 'cinta hati' dengan mak. Aku pos gambar encik 'cinta hati' kat mak. Masa tu aku masih belajar lagi di Sabah. Mak terus call dan membebel kat aku bila dapat tahu encik 'cinta hati' muda dari aku. Keh keh keh.


"Lo..awat muda sangat ni? Hang ni kakak. Cari la yang tua sikit. Sama baya dengan hang ke. Ni p kawan dengan yang muda.."


Aku diam je tak melawan. Mintak izin mak nak bawa balik encik 'cinta hati' masa kenduri kawen adik tahun 2007. Masa tu dah 2 tahun lebih couple. Kali pertama die jejak kaki ke rumah aku masa adik kawen. Kali kedua masa kenduri kakak aku bulan 10 tahun lepas. 2 kali je die pernah datang rumah aku.Kami kan duduk jauh-jauh. Walaupun baru 2 kali die datang sini, tapi kehadiran die sangat terkesan di hati mak.


Lepas mak dah kenal dengan encik 'cinta hati', aku risik-risik ape pendapat mak tentang kekasih hati aku tu. Mak kata mak suke die. Die matang dari usia die. Tak macam aku. Haha. Mak suke sebab die sangat 'ringan tulang', pandai bawa diri, hormat orang tua dan bla bla bla. Banyak lagi la mak aku puji die. Tak larat nak taip. Hek3. Harap die tak bace blog aku. Nanti die kembang idong dengan montot. Bukan boleh kena puji tu. Kui3.


Nak tahu ape bukti mak aku suke dan sayang die? Secara dalaman aku tak tahu la. Tapi mak suke tanya ambil berat pasal die. Secara luaran pulak yang nilah antaranya. Tiap kali nak raye belikan die baju raye. Masa besday die mak aku kirim hadiah untuk aku bawa bagi kat die. Dulu mak suke belanja die topup. Kalau mak topupkan aku mesti mak topupkan die sekali. Lawak kan? Haha. Dan dengan berkat izin restu mak, cinta kami bertahan sampai sekarang. Dah 5 tahun. Alhamdulillah. Harap berkekalan sehingga ke akhir hayat. Bile nak nikah ni? Tak sabo lak rase. Hak3. Sangat menggedik di situ. Abaikan.






Siapa kata tak bahagia bercinta dengan lelaki lebih muda? Aku dah alami sendiri. Aku bahagia je. Dia terima aku seadanya macam aku terima dia. Umur tak jadi masalah dan halangan pun. Betul macam kata makteh DocFana. Umur tu cuma nombor sahaja. Penentu kebahagiaan adalah keikhlasan hati kita mencintai pasangan kita. Kesediaan memberi dan menerima. Memahami dan hormat menghormati. Kepercayaan. Semua itu yang menentukan kelancaran sesebuah hubungan. Tak kisah la dengan siapa kita bercinta. Muda, tua atau sebaya.


Pada mereka yang mempunyai pengalaman sama macam aku. Pedulikan kata2 orang. Mereka bukan penentu kebahagiaan hidup kita. Kitalah yang mencorak bagaimana hendak mencapai kebahagiaan dalam sesebuah perhubungan. Tapi ape2 pun, pastikan dapat restu orang tua dulu ye. Dan kelakuan tu sila jaga. Jangan melampaui batas selagi belum jadi pasangan sah. Ok!



Bisik2:: Bercintalah selagi kamu mampu mencintai. Jangan menghukum diri dan orang lain jika kamu gagal dalam percintaan. Mungkin itu bukan cinta. Ingat! Cinta sentiasa ada dalam hati setiap manusia. Cinta yang hakiki ialah cinta kepada Allah.

Suka baca entri ni? Mekaseh! (^_^)

12 love notes:

FarhanaDr said...

Wah.. Seronok membacanya dari orang yang ade pengalaman sendiri.. Sebab dah lalui, mesti paham.. Huhu.. Semoga kekal bahagialah hendaknya sampai bila-bila.. Tak sabar nak tunggu korang kawen. Hik hik.. :p

iqafi said...

betul2..jgn jadikan umur tu penghalang

Mohd Adziim said...

trimas sudi baca n sudi link.

Nk bgi pedas skit cba tnya kwn2 tu.

"Yg ko ni aku tngok dah belas kali tukar pasangan, tak lekat2 apahal? Baik aku yg couple ok je 5 tahun ni."

Momo said...

ksha..ni bkn nak komen pasal umur..tp nak mengadu pasal tempoh bercinta...sa brcnta selama 5 tahun pn putus jg...heh..sakit hati tak terkata..smpai xtau apa nak buat..jd disini sy doakan semoga ksha sentiasa bahagia dan cepat2 la kawen..nnt jemput tau...hehehhe

ken said...

i know a few couple who are girl older, boy younger.. guess it's normal too, as long as they accept each other =)

Anne Boleyn said...

cinta mengatasi segalanya. :) semoga bahagia dengan enck cinta hati yer kak. mcm abg hana sendiri pon kawin dengan my CIL yang tua 2 thn dari dia. tp disebabkan abg hana tu badandia besar, and CIL lak kecik2 jer, so.tak nmpak pon perbezaan umur diorang. laki ni matang lebih matang dr usia betol tak :)

p/s : sorry yer sebab lambat balas kunjungan. :) thanx sebab sudi bagi komen di Hana Love Nest hope akak ley teruskan support blog ini kay :)

Mak Su said...

salam ziarah... maksu pernah berkawan dgn org lelaki yg lebih muda tp bila dia nak lagi mengeratkan, maksu menjauhkan diri, sbb diri sendiri rasa macam tak leh terima konsep he's younger than me, takut nanti dia segak lagi, maksu dah tuwa, hahaha

Rara Nasiha said...

kawan i kapel dgn bdk lagi muda, and tak bahagia, sebab dia kata bdk muda tak matang. tapi tak tau la kan. lain orang,lain habit dia. :)

Che Robby said...

xde hal la nak bcintan-cintun ngan laki yg lg muda ni..
mcm member aku sorang tu.
happy je..
happy dr aku yg sdg single ni..hahaha

Mizz Kiwari said...

suka baca entry u. sb mmg i pon brcinta dgn lelaki muda 2 thun dr i :)
cinta jarak jauh plak tu.. sorg k timur sorg k barat T_T
tpi alhamdulilah dh msuk 2thun hbgan kami . umur tu xpnting, yg pnting keikhlasan hati msing2 ..

Syaida Nadirah said...

Berapa tahun umur u start bercinta dengan dia ? ☺️☺️ Sbb i pun mengalami bende yg sama huhu ��

Syaida Nadirah said...

Berpaa umur i start bercinta dengan encik cinta hati u tu ?? Heheeh sbb i pun mengalami bende yg sama 🤗🤗☺️☺️



 
Copyright @ Shahada Fauzi Official Blog | Since 2009 | All Right Reserved
Designed By Shahada Fauzi | Powered By Blogger.com