Wednesday, 9 June 2010

~kagum rasanya dengan kesetiaan si penguin..~

Semalam tengok National Geographic. Discovery pasal habitat penguin kat kutub nun ha. Comel jek tengok penguin tu jalan. Dah le gumuk, kaki pendek. Terkedek-kedek je die jalan. Hehe. Jalan beramai ramai lak tu. Cute sangat. Kalau die malas nak jalan leh menggelongsor lagi. Cepat sikit pergerakannye nak sampai ke destinasi. Kui3. Comel ok!

Baru aku tahu yang penguin ni sebenar nye bertelur. Mati-mati aku ingat depa beranak weh. Sian aku. Baru tahu. Ye la kan? Penguin tu kategori burung jugak. Mesti la die bertelur. Ape la aku ni. Ish3. Itu la. Tengok dokumentari ni bagus sebenarnye. Kite boleh belajar macam macam. Dulu aku selalu ngata kat encik  CH sebab National Geographic tu fevret rancangan die. Hehe. Bukan la aku tak suke tengok. Suke jugak. Cuma kadang-kadang tak tertengok. Dah rancangan nye pukul 7. Time maghrib. Aku mana ade astro. Nak tengok pun kat tv1 je.


Kalau korang nak tahu, penguin adalah couple yang paling setia. Bile dorang dah jumpa pasangan memasing, dorang akan setia sampai akhir hayat. Sweet gile ok! Haiwan pun tahu erti setia. Manusia? Korang pikir la sendiri. Malas aku nak cakap. Hoho..

Penguin jugak haiwan yang sangat bertanggungjawab. Dorang boleh bergilir-gilir eramkan telur anak. Bukan harap kat betina je. Yang jantan pun bersusah payah eramkan telur anak. Protect sampai anak lahir bile tiba time maknye nak p cari stok makanan. Oloh2..comel gile! Kalau manusia? Si mak nye penat-penat usung perut kulu kilir 9 bulan 10 hari sensorang. Yang ayah kalu jenis bagus, alhamdulillah. Beruntunglah maknye. Kalau yang jenis tak amik peduli, siap maki-maki lagi bini kalau mintak tolong. Memang nasib malang le bini tu. Ish3.


Tak salah pun kan ape yang aku cakap ni? Memang ade pun laki yang jenis macam ni tau. Tak yah la nak argue dengan aku. Tapi tak semua lelaki la yang macam ni. Segelintir je. Jangan salah faham lak. Aku tak maksudkan semua lelaki pun. Sape yang terasa diri dorang macam tu sila la perbetulkan diri ye. Bini dengan anak tu amanah dari Allah tau. Didik dorang elok-elok. Tanggungjawab sebagai suami dan ayah memang sangat berat. Sebab lelaki dilahirkan memang untuk menjadi pemimpin. Kalau betul pimpinan korang, insyaAllah betul la orang-orang yang dipimpin oleh korang tu.



Kadang-kadang aku terfikir. Kenape la ade kes dera anak, kes buang anak, kes laki pukul bini dan macam-macam kes lagi la. Sedangkan kite ni manusia. Dikurniakan akal. Boleh berfikir sebelum buat sesuatu tindakan. Haiwan pun pandai sayang anak bini depa. Rupenye aku terlupe. Manusia ni ada nafsu. Bile nafsu tu tak mampu dikawal, jadi la kes-kes yang macam aku sebut tadi tu. Betul tak? Hmm..itulah kelemahan kita sebagai manusia. Sebab tu kite kena kuatkan iman. Kawal nafsu. Nafsu ni banyak kategori jugak. Rasanya yang tu korang pun tahu kan. Tak payah la aku nak explain panjang lebar. Ade akal fikir sendiri.



Apa-apa pun aku berdoa semoga kita semua terhindar dari menjadi hamba nafsu sendiri. Supaya kita dapat membina kehidupan yang bahagia dengan keluarga masing-masing. InsyaAllah. Tapi aku sangat kagum dengan kesetian penguin tu la. Hehe. Harap-harap encik CH ade ciri kesetiaan macam penguin tu. Ade ke sama kan encik CH dengan penguin. Hehe. Bukan nak samakan la. Cume mengharapkan diri kami berdua ada ciri-ciri kesetiaan macam tu. Ecewah! 


Penguin pun boleh jadi bahan nak buat entri. Ahaha. Itu la aku ye. Siape selalu ikut blog aku mesti tahu aku macam mane. Aku suke memerhati sekeliling dan bincangkan dalam blog aku ni ha. Ngeee. Tak kire la manusia ke, kenderaan ke, menatang ke. Ape-ape je la. Asalkan benda tu ada input yang boleh aku share dan sampaikan. Sekian..



Bisik2:: jom siap2..nak balik kerja dah ni..hee..^_^


Suka baca entri ni? Mekaseh! (^_^)

2 love notes:

nuhan said...

peguin gemok kaki pendek jalan terkedek-kedek mmg chumelll~! hik3

hoho xtau la plak kata penguin ni spesies yang setia..

Anne Boleyn said...

salam..


lm btol x dtg blog cik sha. agk2 still ingt lg x kt anne boleyn ni? hehe :p

br tau jgk..pnguin ni brtelur. ingtkn beranak..

btw..beruang kutub mkn penguin tak? muahaha :p


p/s: jom singgah blog Hana alik nak? ada header baru. nak mintak komen okay ke tidak.. :)



 
Copyright @ Shahada Fauzi Official Blog | Since 2009 | All Right Reserved
Designed By Shahada Fauzi | Powered By Blogger.com