Friday, 21 May 2010

~drama dan kehidupan~

situasi lepas aku tengok drama yang sedih2 kat tv3 ke tv2 ke tv1 ke..konfom air hidung air mata aku pun merembes keluar tak henti2..tapi aku ni jenis nangis senyap2 punye pesyen..nanti2 mesti mak aku tegur.."eh2..kakak nangis eh.." dengan semangat aku pun jawab.."mane ade!!mata masuk habuk la.." mak menyerang balas.."eleh..macam mak tak tahu ang tu..kememek..tengok cerita pun nak nangis.." wakaka..kantoi aku di situ..potong stim je tau mak aku ni..aku syok2 layan drama..ahaha..

encik 'tom cruise' pun suka cakap kat aku.."ala..tu drama je..bukan betul2 pun..yang mi nak nangis2 pasai pa??" huuu..mesti ramai dari angpa pun cakap macam tu kot..eleh..setakat drama je..bukan betul berlaku..rekaan semata2..tengok je dah la..yang nak emo2 kenapa..

owh..tidak pada aku..sebab tu aku touching terlebih2 kalau tengok drama menyayat hati ni..bagi aku, sesetengah drama adalah cermin kepada kehidupan realiti kita sehari hari..cuma dalam drama ada pelakon2 nya yang dibayar untuk melakonkan sesuatu watak mengikut skrip yang telah diatur..apa yang pasti, segala watak yang dilakonkan dalam drama adalah berdasarkan realiti hidup kita..skrip saja telah diolah dengan menambah pelbagai 'perisa' untuk menjadikan jalan cerita lebih menarik..

kehidupan realiti kita juga ibarat drama2 tv lakonan pelakon2 tersebut..cuma kita adalah pelakon untuk drama kehidupan kita sendiri..kitalah penulis skrip..kitalah pengarah..jadi aturlah perjalanan kehidupan kita sebaik mungkin.."perjalanan hidup yang kian mencabar mengajar aku untuk terus berusaha melakukan yang terbaik kerana akulah pelakon utama dalam setiap episod hidupku.." sebab tu kat header blog aku ade kata azimat yang aku reka sendiri ni ha..konon2 nak bersastera..kui3..

jadikan mesej yang cuba disampaikan melalui drama tu sebagai pengajaran untuk kita memperbaiki hidup kita..jangan tengok untuk seronok2 je..penat2 penulis skrip tu tulis jalan cerita nak bagi angpa pikiaq..macam drama Adamaya yang angpa suka tengok tu jugak la..siap emo2 marah maya sebab wat kat laki dia macam tu..apa mesej yang cuba disampaikan??ade angpa pikiaq dak??haa..itulah yang aku maksudkan..amik mesej yang baik2 je..yang buruk2 jadikan teladan supaya kita tak ulang siar dalam drama kehidupan realiti kita..


bisik2:: faham tak ape aku merepek meraban ni?? sebab aku emo tengok drama Dendam Seorang Isteri kat tv2 tadi punye pasai la ni..ahahaha..


Suka baca entri ni? Mekaseh! (^_^)


KLIK UNTUK TINGGALKAN KOMEN

4 orang bagi nasihat:

FarhanaDr said...

Ohhh.. Ade tengok iklan dia.. Zamarul tu ek? Ngan rafiena? Huhu.. Saye pon slalu nengok drama nangis jek.. Senang nagis.. Cengeng.. Haha.. Seronok gak nengok drama nangis2 ni.. Hik hik..

Hizami Rahim said...

ahha.
sensitif rupanya.
;)

embun d tengah malam said...

menarik tu kata2 azimat tu

BalqisShafiqa said...

salam ziarah. :)
membaca.
dalam hidup kita memang pengarah popular.

dugaan hidup dalam cerita dendam seorang isteri memang sedih laa.
dah tengok.

*cinta hati mu macam adi putra(reza-na o mei) -puji insan yg dah berlaki.-



 
Copyright @ Shahada Fauzi Official Blog | Since 2009 | All Right Reserved
Designed By Shahada Fauzi | Powered By Blogger.com