Friday, 5 March 2010

~Anak2 itu amanah Allah..bukan untuk didera tapi dikasihi..~



salam kawan2 blogger semua..

sejak akhir2 ni macam makin menjadi2 pulak kes penderaan kanak2 sampai menyebabkan kematian..hmm..cik sha bukan la tak mengikuti perkembangan semasa..ikut..cuma hari ni baru terpanggil nak tulis isu pasal ni..nak berkongsi pendapat dengan kawan2 semua..cik sha perhatikan, macam2 jenis penderaan terhadap kanak2 ni terjadi..penderaan dari segi fizikal..penderaan dari segi seksual..penderaan dari segi mental..sian kat depa..depa pun tak mengerti apa2 lagi..tapi tetap jadi mangsa..


baru2 ni kes adik safiah didera oleh teman lelaki ibunya di taman permainan..ditendang2, dihenyak2 macam bola tanpa belas kasihan..puncanya sebab adik safiah ni ingkar arahan 'ayah tiri' yang menyuruh adik safiah balik..perbuatan kejam tersebut diperhatikan oleh ramai penduduk taman yang ada di padang tersebut..tapi sorang pun tak mampu bagi bantuan sebab diugut oleh lelaki tersebut supaya jangan masuk campur..itulah mentaliti masyarakat kita.."jangan jaga tepi kain orang"..sampai dah jadi macam tu baru semua tunjuk muka kata menjadi saksi..ntah la..cik sha pun pelik betul dengan masyarakat kita ni..padahal boleh je p tolong sebab angpa ramai..lelaki tu sorang2 je..apa dia leh buat sorang2 dia??


belum pun reda kes adik safiah..tadi keluar dalam buletin utama TV3..seorang kanak2 lelaki india didera oleh pengasuh sampai maut..sebabnya kanak2 tu menangis tak henti2..kerana kurang rasa sabar budak tu diseksa dan didera sampai maut oleh pengasuhnya..hati hancur..badan lebam sana sini..alat kelamin rosak sebab dipicit dan dicubit..hmm..tengok la..bukan kaum melayu je..kaum india..kaum cina..semua mengalami masalah yang sama..


macam mana penderaan kanak2 ni boleh berlaku??sah2 sebab takde kesabaran dalam diri mereka yang dewasa ni..panas baran memanjang..nak lepaskan marah, budak2 kecik yang tak tahu apa2 tu jadi mangsa..manalah pergi nye pemikiran mereka saat tu ye..hilang habis segala rasa perikemanusiaan yang ada dalam diri mereka ni sebab terlalu ikutkan sangat perasaan marah yang menguasai diri..betul la kata pepatah orang dulu2..'marahkan seekor nyamuk, habis kelambu dibakar'..maknanya..sebab marah sikit je..melarat2 sampai memudaratkan orang lain..hmmm..

~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~




sanggup ke angpa nak dera budak2 yang comel macam depa ni??depa ni kecik lagi..baru nak kenal dunia..baru nak tahu erti hidup tu ape..depa pun tak tahu ape2 lagi hal2 yang berlaku kat sekeliling depa dalam dunia ni..sepatutnya kita yang dah dewasa ni yang kena didik depa..corak depa menjadi seorang manusia yang berguna bila dah dewasa..bukan mendera depa..sampai cacat..sampai mati..sampai hidup depa jadi tak bermakna lagi..




hidup sebagai kanak2 sepatutnya penuh dengan warna warni..sentiasa ceria dan dipenuhi dengan pelbagai pengalaman yang menarik..bukannya untuk menjadi mangsa kemarahan orang dewasa..didera mental, fizikal dan seksual..sampai hidup dirasakan bagai neraka..hidup penuh dengan pengalaman yang menakutkan..setiap hari mengalami 'nightmare'..kita ni yang dah dewasa sepatutnya dah punya akal yang cukup matang untuk berfikir..apa faedah yang kita dapat dengan mendera kanak2 yang kecil??tak ingat ke masa kita kecik2 dulu mak bapak jaga kita dengan penuh kasih sayang..nak jentik pun tak sanggup..sekor nyamuk hinggap pun dah bebel berjela2..punya jaga kita..




ntah la..cik sha pun pening bila fikir pasal ni..rasa simpati sangat dengan nasib kanak2 yang didera ni..sebab 'pengalaman ngeri' ni akan terbawa-bawa sampai mereka dewasa..itu kalau yang didera tapi tidak sampai membawa maut..kalau yang didera sampai maut tu kiranya penderitaan mereka terhenti setakat di situ walaupun boleh dikatakan kejam..bagi yang didera dari kecik sampai dah besar..tidak mustahil 'pengalaman ngeri' didera akan membentuk mereka menjadi seorang yang kejam juga..dan tidak mustahil mereka akan mengulangi perbuatan kejam tu terhadap kanak2 lain bila mereka dewasa..agaknya mungkin sebab tu kes penderaan ni tak pernah berkurang kan??sebab 'hidup kita ni ibarat roda'..




hentikanlah penderaan kanak2 ni..kita perlu bersatu hati, celik mata dan celik akal untuk membanteras masalah ni dari terus berleluasa..pada pendapat cik sha..mereka2 yang nak berkahwin ni perlu didedahkan dengan cara terbaik mendidik dan mengawal anak2 bila dah mempunyai anak nanti..bagi yang dah berkahwin perlu sentiasa mendapatkan nasihat pakar kanak2 atau pergi kaunseling kalau tak boleh mengawal rasa marah terhadap anak2 yang degil..takde la sampai mendera2 anak pulak nanti..nak mendidik anak2 kecil ni perlu kesabaran yang tinggi sebab depa memang banyak karenah..kita2 dulu pun macam tu jugak masa kita masih kecil..tapi macam mana ibu bapa kita boleh jaga dan didik kita sampai kita dah dewasa dan menjadi ibu bapa pula..mesti ada kaedah2 nya kan??fikir2kanlah..




anak2 ni amanah Allah..kita yang beragama Islam ni sepatutnya lebih arif..betapa besarnya ganjaran pahala kalau kita dapat menjaga dan mendidik amanah Allah ni dengan sebaik-baiknya..ibu bapalah yang mencorak diri anak2 mereka..jadi kita kena beringat selalu yang tanggungjawab kita sangat berat dan besar amanah yang perlu dipikul..kalau kita selalu muhasabah diri dan sentiasa ingat Allah..tak mustahil masalah penderaan kanak2 ni dapat dibanteras..tapi mesti orang akan bercakap.."alah..nak cakap senang la..nak buat tu susah tau!!"..hmm..cik sha tahu..tapi "kalau nak seribu daya, tak nak seribu dalih" kan??.."tepuk dada, tanyalah iman"..kita orang Islam..jangan jadi macam kafir laknatullah..depa memang tak tahu hukum hakam..renung2kanlah..


cik sha bukan nak cakap pandai..cik sha cuma nak berkongsi pendapat je..kalau ada yang tak suka dan rasa cik sha ni cakap merepek..cik sha mintak maaf la eh..harap takde yang tersinggung..harap2 apa yang cik sha kongsikan ni dapat memberi manfaat kepada kawan2 cik sha yang lain..bukanlah niat cik sha nak mengajar..cik sha pun belum kahwin lagi nak cakap lebih2 pasal hal rumah tangga ni..pasal nak didik anak2 kecik..tapi cik sha suka membaca, memerhati dan belajar dari kehidupan orang di sekeliling cik sha..maklumlah, ilmu hidup pun belum cukup ni ha..masih mengenal diri dan belajar lagi erti hidup yang sebenar..semoga kita mendapat manfaat bersama eh..


bisik2::cik sha tak boleh tengok budak2 kecik kena dera sebenarnya..sebab cik sha suka budak2..uhuk2..



Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

3 LOVE NOTES

  1. dah macam trend plak skrg nie..dak2 kocik kena dera..xtaular ap diorang nmpk dekat dak kocik nie..diorang nie lgsg xrasa bsalah pun..
    bulat pun suka dak2 kocik nie..suci dan kiyut miut cam bulat...;)

    ReplyDelete
  2. nanti yang pendera ni bila dah tua memang patut kena tiggal kat umah kebajikan je.

    ReplyDelete

Membebel dengan penuh hemah. Terima kasih!






 
Copyright @ Shahada Fauzi Official Blog | Since 2009 | All Right Reserved
Designed By Shahada Fauzi | Powered By Blogger.com