Anak-anak kecil ibarat permata

Assalamualaikum. Hai!



Pagi tadi cik sha ikut adik angkat cik sha pergi tadika tempat dia mengajar. Saja nak tengok jalan nak pegi sana sebab esok dan lusa cik sha kena gantikan tempat dia mengajar. Dia ada hal kena pergi KL. Memandangkan cik sha suka kat budak-budak, cik sha pun terima la tawaran adik angkat untuk gantikan tempat dia mengajar 2 hari tersebut.



Tujuan pergi tadi selain nak tahu jalan, nak kenal-kenal jugak la dengan budak-budak kat tadika tu. Ada 3 tahap umur. Dari 4 tahun hingga 6 tahun. Maknanya ada 3 kelas la. Kat tadika ni ada 2 kaum je. India dengan melayu. Mungkin sebab kat taman perumahan tu ramai india dengan melayu kot. 


Tapi cik sha tengok depa bergaul ok je. Main sama-sama. Ok la tu. Ada perpaduan kaum. Kan 1 malaysia. Hihi. Pastu cik sha tengok, macam-macam perangai budak-budak ni. Degil tak payah cakap la. Biasa la budak-budak. Kalau dah jumpa geng, apa lagi? Menjadi-jadi la perangai. Tapi lucu pun ada jugak cik sha tengok bebudak ni. Lori sampah lalu pun depa punya gembira siap duk  lambai-lambai. Hehe. Comel betul.



 

Ini gambar budak-budak 4 tahun. Cik sha snap curi-curi. Kalau depa tahu cik sha amik gambo mesti riuh kemain. Karang tak belajo lak. Hehe. Cik sha perhatikan, memang ada yang nakal sangat. Ada pulak yang manja gila. Walaupun cik sha baru je pergi tadi, depa dah mai mengendeng kat cik sha. Ada aura budak-budak ke kat cik sha ni? Hoho. Agaknye la. Yang nakal pun jadi baik je mai manja kat cik sha. Siap ajak cik sha main sep3 tom3 lagi. Haha. Adui la. Tapi cik sha layankan je. Budak-budak. Depa degil macam mana pun kalau kita layan depa baik-baik mesti depa ok punya.



Mencabar sebenarnya nak urus bebudak ni. Kena ada tahap kesabaran yang tinggi. Kalau takde, alamatnye jadi kes dera la sebab tetiap masa kena pukul bebudak nya. Maklum la, degil tahap maksimum punya. Haha. Tapi kalau kita pandai manipulasi dan ada skill terbaik nak tackle bebudak ni, insyaAllah tak jadi masalah punya la. Eh eh..macam pakar kanak-kanak pulak cik sha ni. Kahwin pun belum. Memandai je cakap pasal budak-budak. Hihi.



Berdebar pulak nak tunggu esok. Camne la cik sha nak ngajo bebudak tu. Walaupun cuma 2 hari. Seriau jugak. Tapi insyaAllah ok la kot. Tadi pun dah cuba menyibuk ngajo bebudak tu. Depa suka je. Siap mai tunjuk lagi kat cik sha betul ke tidak. Cikgu depa ade kat depan pun mai mengendeng cik sha. Hopefully semua ok la untuk esok dengan lusa. Amin..




Bisik- bisik :: Anak-anak kecil ni ibarat kain putih yang bersih tanpa sebarang contengan. Kitalah yang bergelar ibu bapa dan guru yang harus mencorak depa dengan corak yang betul. Supaya mereka terukir dengan corak yang indah tanpa sebarang cacat cela kerana anak-anak kecil ibarat permata yang berharga.


3 Ulasan

Membebel dengan penuh hemah. Komen awak adalah atas tanggungjawab sendiri. No hate speech okay. Terima kasih!

  1. comey.. nanti dah ada anak sendiri tau la cmne nk layan karenah diorang kan?

    BalasPadam
  2. anak2 kite camane lah esok ye.

    ececece. berangan !

    BalasPadam
  3. hehehe.. ajar budak kena senyum selalu kot...

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan