Tuesday, 23 February 2010

~aksi terlampau dalam kereta~

Hmm. Meh aku nak crita sket pasal kejadian ni. Hal ni terjadi tadi malam masa aku on the way nak balik rumah lepas habes ngajar kelas tuisyen. Owh, hari ni aku g ngajar tuisyen kat pusat tuisyen melati kat mount eskine Gurney. Kat tanjung tokong nu. Jauh dari rumah aku. Tapi ni just kerja part time aku je. Bile pusat tuisyen tu panggil gantikan cikgu yang asal ngajar baru aku pergi ye. Sehari dapat la dalam rm50. Boleh la. Part time je pun. Hee..




Habes kelas tadi kul 10, aku malas nak drive ikut jambatan so aku decide nak naik feri je. Lagipun lagi dekat kalau dari jeti nak ke rumah aku. Dan dari tempat tuisyen tu nak p nek feri pun dekat gak. Kalau nak p ke jambatan jauh jugak la. So, masa nak tunggu feri datang tu aku lepak2 je la dalam kereta sambil makan roti. Dah kebuloq gila dari siang tak makan ape2. Pagi2 terus pergi hospital jaga tok. Pukul 5 petang gerak g tempat tuisyen. Kelas start dari kul 6 petang sampai 10 malam. Memang tak sempat makan dan aku pun tak berapa lalu nak makan sebab dok risau pikir pasal tok.




Nak dijadikan cerita. Tengah dok layan makan roti sambil melalak2 dalam kereta, mata aku ni pun melilau la tengok sana sini. Sekali terpandang kat cermin pandang belakang. Nak tengok kereta kat belakang la konon. Kot ade pakwe hensem. Then, tetiba aku terpandang sesuatu yang tak sepatutnya aku tengok. Haish. Ini tak tahu la nak cakap ade akal ke tak. Amat2 la budus. Dalam kereta pun leh jadi 'kerja'. Then kat tempat awam dan terbuka macam tu pulak. Nak kata suami-isteri..tak kot. Kalau suami-isteri yang sah takde nye la nak wat 'kerja' macam tu. Huh! 'Otak sempit' betul.




Nah tengok dulu gambar yang aku berjaya snap ni. Harap maaf la tak berapa nak clear. Maklum la henpon cap ayam je. Malam lak. Memang tak berapa nak jelas le. Tapi aku dah hi-lite kat gambar tu bagi angpa nampak.



*klik untuk tumbesaran*



Masa aku terpandang tu aku rasa pelik. Eh? Apasal pompuan tu macam semacam je. Aku usha lagi dan lagi. Tetiba ade kepala makhluk terangkat. Hoh? Jantan! Ntah jantan tu wat ape kat pompuan tu aku tak tahu. Nampak macam 'asyik' semacam je pompuan tu. Then ingat dah habes aksi depa. Pastu depa berciom2 mulut lak dah bagai nak rak. Aku alih pandangan. Tengok kat luar ternampak ade budak tengah lalu. Ahhh sudah! Bebudak ni nampak ke ek? Hati aku berkata-kata. Hish. Ape ke hal la depa ni. Hati aku rasa macam nak kuar kereta p ketuk cermin kereta depa je. Seyes rasa macam tu. Tapi takde keberanian. Kang tetiba aku kena belasah lak. Dah la aku sensorang. Wuuu...






Ok. Ni gambar tadi aku fokuskan. Nampak tak? Pompuan tu pakai tudung kaler putih. Kepala dok senget tengah 'asyik' giler. Pale laki tu ade kat bawah. Tak tahu 'kerja' ape die wat. Huh! Nak termuntah tengok. Aku pun keluar dari kereta. Lepak kat luar jap. Lama sangat feri nye nak sampai. Kang habis lak minyak kan. So, aku lepak jap kat luar la. Kang wat dosa mata lak tengok 'benda2' tak elok camtu. Live weh! 1st time aku tengok. Berpinau mata.





Haa..ni la kereta tu. Yang kancil kat depan tu la kereta aku naik. Pinjam kereta makcik. Mula ingat nak naik moto sendiri je. Tapi maksu tak bagi. Balik dah lewat malam2 camtu. Kang kena kejar dengan mat rempit lak. Naya je. So, aku pinjam kereta makcik. Kereta kaler itam tu la. Plat nombor PHP 7*7*. Amik ko! Dengan nombor plat kereta aku hafal. Pasni kalau ade eksiden nombor plat kereta ni yang kuar. Dah tahu la sebab ape leh eksiden. Sebab wat maksiat dalam kereta tu la tu.




Seyes aku rasa bukan suami-isteri weh. Ish3. Ape la depa ni. Kemaruk sangat2 sampai dalam kereta kat tempat public pun leh jadi kerja. Tak malu betul. Haish. Bukan niat aku nak meng'aib'kan depa ni ha. Tapi dah berlaku depan mata sendiri weh. Saja nak bagi peringatan kat diri sendiri dan kawan2. Aku pun bukan la baik sangat. Kadang2 terlepas laku jugak. Tapi nasib baik la aku dengan 'cinta hati' jauh. Leh elak benda2 yang leh wat maksiat ni. Takot!


Pada mereka yang belum berkahwen tapi dah ade pasangan. Tolong la jangan wat maksiat macam ni di tempat awam. Lagi la di tempat tersembunyi. Jangan! Tak tahan sangat kawen je. Tak mampu nak kawen, puasa la dulu. Leh elak2 benda macam ni dari berlaku.




Bisik2:: Dah takde malu agaknye depa ni kan? Tempat public pun leh jadi sasaran..T_T


Suka baca entri ni? Mekaseh! (^_^)

6 love notes:

joegrimjow said...

mmg xsnonoh
nape xp ketuk je pintu p sound
biar malu skit

♥CIK SHA♥ said...

mmg niat nak p ketuk..tapi takot..kang tetibe laki tu kuar belasah cik sha..huwaaaa..dah la sensorang time tu...

zack zukhairi said...

ala!! gambar tak clear! macam video uncle seeker! tak best! :D

♥CIK SHA♥ said...

ahaha..nak wat cmne..henpon cap ayam je zack oi..kui3..

ikut hati nak p snap depan2 je..tapi..takot ah!!!

saya_arief said...

skali tgk cam gmbar entiti paranormal jek..
haha.
dunia suda parah..
maksiat b'leluasa.

Miss Izah Mohamed said...

haish...
macam2 laa budak2 zaman skrg... open area cmtu pon leh buat..
dia pk dlm kete orang xnmpk kot..
tp dia xigt ke kat atas sana nuhh sedang tgk...
then kiri kanan ade orang duk catat.. adeh2..



 
Copyright @ Shahada Fauzi Official Blog | Since 2009 | All Right Reserved
Designed By Shahada Fauzi | Powered By Blogger.com