Jom Join GiveAway Domain From MelRomeo.Com

Sejuk betul malam ni. Sebab hujan kat luar kot. Kalau tido pun sodap jugak ni kan. Sebenarnye aku dah tido pun tadi. Kih3. Tertido tau. Laptop pun aku biar ternganga. Pastu terkejut jaga sebab mak yang dah tido kat sebelah aku bising2 kata cerah suruh aku matikan laptop yang terpasang. Aku pun dengan berat mata dan berat pungkoq nak bangun gagahkan juge bangun nak padam laptop la konon2. Sekali teringat yang aku belum solat isya' lagi. Terus pergi solat dulu. Pastu mata pun jadi segar sebab kena air wudhu' tadi so laptop pun tak jadi nak dipadamkan. Maka terbitlah entri ini. Haha. Ape ke halnye la aku p explain semua menda ni? Ish3. Takde motif betul.


Ok. Berbalik kepada topik asal. Sebenarnye dari hari pertama incek Melz post entri ni di blog beliau aku dah tertarik nak join. Lagipun syarat die macam mudah je. Copypaste je ape yang incek Melz nak tu dalam entri aku ni macam yang akan aku buat kat bawah ni nanti. Semudah copypaste wat esaimen pastu edit sket2 yang mana perlu je. Haha. Maka dengan semangat berkobar-kobar aku pun nak join la. Ni first time aku join GiveAway rasenye.


Sebab ape aku nak join GiveAway ni? Sebab aku rase yang ni lain dari yang lain sket. Ingat senang ke orang nak bagi domain free2 siap tolong bayarkan lagi. Tapi untuk tempoh setahun je la kot beliau bayar. Tahun2 seterusnye sila bayar sendiri. Hehe. Tapi takpe sebab awal2 urusan jual beli domain yang boleh tahan rumit ni sudah diuruskan beliau. Tu yang syok tu. Lagi satu alasan aku nak join GiveAway ni ialah sebab 27hb November ni akan cukup SETAHUN aku berbloging. Mane la nak tahu ade rezeki aku kan terpilih jadi pemenang. Dapat pakai domain www.riesha-ariesha.com. Memang syok tak hengat dah le. Mudah-mudahan. Amin.


Tanpa membuang mase meh kite tengok sape yang nak kena tag dengan aku untuk same2 bersaing mendapatkan domain ni. Walaupun sebenarnye aku lemah sket bab nak tag2 nama orang lain ni, tapi demi domain tersebut aku gagahkan juge. Silalah rujuk di bawah ye. Mana la tahu ade yang terkena. Aku pick random je eh dari follower blog aku dan yang rajin datang blog aku tinggalkan jejak. Hehe. Check it out!


~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~

GIVE AWAY Domain Daripada MELROMEO.COM
Tag 5 Orang Kawan BLOGGERS
1.Privacy_Resident
MENANG 1 DOMAIN .COM / NET / ORG
GIVEAWAY DARI MELROMEO.COM

~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~


Setel dah ngetag. Huiii. Berpeluh tiak aku nak milih weh. Nak dekat setengah jam jugak la membelek nak pick sape. Sebab tu la aku tak suke tag2 nama orang ni. Hoho. Yang tak tersenarai pun takpe. Boleh gak join. Jangan malu2. Pergi je kat link nama incek Melz tu ye. Mane tahu ade rezeki korang kalau takde rezeki aku. Kan?


Ok la. Mahu pergi sambung tidur tadi. Lolly...ai nak mintak maap ni. Entry untuk besday u ai buat esok je la eh. Nak fikir ayat mandrem yang kaw kaw punye untuk curik hati u supaya rejek peserta yang lain2 tu bagi ai je yang menang. Hoho. Selamat malam..eh dah pagi la pulak kan. Selamat tidur je la. Boi boi.



Bisik2 :: Kalau lah aku yang menang~~~ok..nak berangan jap!

1 Ulasan

Membebel dengan penuh hemah. Komen awak adalah atas tanggungjawab sendiri. No hate speech okay. Terima kasih!

  1. hoho...kne join ni.tq cik sha~~tp mlm sok baru bleh berblog walking after tamatnye exam dlm idup~~hehe

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan