Saturday, 24 July 2010

~Hukum berpuasa selepas 15 Sya'ban.~



Erk? Baru ku tahu rupenye HARAM dan TIDAK SAH hukumnye berpuasa selepas 15 Sya'ban (nisfu Sya'ban). Melainkan 4 sebab yang boleh dikecualikan. Sebab-sebab tersebut ialah:



1. Puasa sunat tersebut disambungkan atau dihubungkan dengan hari-hari yang berada di nisfu pertama (separuh pertama) bulan Sya'baan walaupun dengan hanya satu hari sahaja (yakni dihubungkan dengan berpuasa pada hari 15 Sya'baan) dengan syarat ianya hendaklah berterusan sehingga Ramadhan, jika terputus walaupun dengan uzur maka tidaklah boleh disambung lagi puasa tersebut. Contohnya, jika seseorang berpuasa sunat pada 15 Sya'baan, maka bolehlah dia berpuasa pada 16 Sya'baan dan hari-hari berikutnya. Tetapi katakanlah setelah berpuasa pada 15, 16, 17 dan 18 Sya'baan, dia tidak berpuasa pada 19 Sya'baan, dengan atau tanpa uzur, maka tidaklah boleh lagi dia berpuasa sunat pada 20 Sya'baan dan hari-hari yang berikutnya sehinggalah Ramadhan. (ayat copypaste. malas nak reka sendiri. hehe)


2. Memang dah terbiasa berpuasa sunat. Dah memang jadi amalan. Contoh macam setiap hari isnin dan khamis mesti nak berpuasa. Tak pernah miss.




3. Nak qhada puasa yang tertinggal. Contoh macam puasa Ramadhan. Sila alert ye kaum hawa sekalian.


4. Puasa sebab dah bernazar. Tapi kena pastikan ia dilakukan bukan dengan sengaja. Maknanya tidak tahu hari yang dia bernazar nak puasa tu jatuh pada hari-hari selepas nisfu Sya'ban (16 Sya'ban dan seterusnya). Kalau tak tahu boleh teruskan. Kalau dah tahu tak boleh puasa dan nazar dia tu secara automatik terbatal (tidak sah).



~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~


Haa. Terkejut tak? Kalau yang dah tahu tu alhamdulillah. Yang baru tahu macam aku ni pun alhamdulillah. Sekurang-kurangnye kita tak terlambat nak tahu, kan? Banyak jugak keratan hadis yang menjelaskan tentang perkara ni. Nak tahu pergi la kat link ini. Baca dan telitilah sendiri ye. Kat situ lagi jelas kot penerangannye. Aku just olah sikit-sikit je ni.



Owh! Cetek betul pengetahuan aku. Nasib baik terjumpa artikel tersebut. Ada orang link kat pesbuk tadi. Tapi nasib baik la aku ni jenis yang bersederhana. Yang aku tak tahu aku belajar. Bukan aku berlagak pandai kalau tak tahu satu-satu perkara. Bila rasa was-was tanyalah pada mereka yang lebih arif dan yang lebih berilmu. Tak salah kalau nak bertanya. Dari kau terus hanyut tak tahu ape-ape pastu buat penilaian sendiri. Buat rosak diri dan minda je. Tapi carilah mereka yang betul-betul berilmu dan mengamalkannya. Jangan p hentam sebarang je bertanya. Setengah orang ni depa berlagak je macam berilmu dan tahu segala-galanya. Tapi sebenarnye depa tak tahu ape2 pun. Sekadar pandai bercakap. Betul tak?



Haa. Yang pompuan dah habes ganti puasa belum? Dah nak dekat bulan Ramadhan ni ha. Tak lama je lagi. Lebih kurang dalam 2 minggu lagi kot. Hari ni dah 12 Sya'ban. Sat je masa berlalu kan? Aku dah lama dah habes ganti puasa. Lepas raya pertama terus aku ganti puasa. Orang sebok2 lagi nak beraya. Aku sebok nak ganti puasa. Dah terbiasa kot. Orang tua-tua time tu sedang puasa 6. Aku pas abes ganti puasa Ramadhan baru aku puasa 6. Eh. Kena la ganti puasa yang wajib dulu baru boleh buat puasa sunat. Puasa 6 tu sunat je tau. Buat dapat pahala. Tak buat takpe.




Jangan belum lagi puasa angpa dah sebok nak beli baju raya la, buat baju raya la, buat kuih raya la. Ganti dulu puasa yang tertinggal tu. Utama kan yang wajib. Aku tengok orang sekarang ni macam tak bersemangat sangat dengan keseronokan hari puasa. Semua sebok nak raya je. Padahal puasa pun belum. Dah tak macam dulu-dulu dah, kan? Haa. Nanti kalau rajin aku cerita pasal suasana nak sambut puasa time aku kecik-kecik dulu. Rindu kot dengan suasana tu. Huuu.



Ok la. Aku nak p layan hindustan sat. Sementara tunggu mak dengan abang ipar aku balik dari ambik akak aku dengan baby kat spital. Dah 2 minggu depa terperap kat spital. Baru ari ni doktor lepas balik. Sian. Nanti2 la aku cerita pasai pa jadi macam tu eh. Ade menda yang aku hangin jugak dengan layanan nurse2 kat spital tu. Huishh. Menyirap betul.



Bisik2:: Semenjak aku rajin puasa sunat ni perut aku yang kembung macam peknen 2 bulan dah kempis la. Hooyeahhh! Hahaha.


Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

9 LOVE NOTES

  1. mula2 aku baca puasa nisfu syaaban. pelik gak aku. tapi rupanya tercepat baca. hehe.

    tu maknanya nak ramadhan la tu. :D

    ReplyDelete
  2. tmukmkd::

    haha..ape la ko ni..baca biar terang..dah terang aku tulis tu ha..takde sembunyi2..hehe..

    memang sah ko ni tak sabo nak berpuasa eh?bagus2..^_^

    ReplyDelete
  3. zack entry::

    tq..sja nak berkongsi ape2 maklumat berguna yang diketahui..leh wat pahala sama..^_^

    ReplyDelete
  4. saya pun baru tahu nie... time kasih bebanyak... kongsi ilmu... berkat...

    ReplyDelete
  5. kalu puase ganti lpas tarikh tu xpe kn sis??

    ReplyDelete
  6. bguz2 maklumat seperti ini hendaklah disebarkan......kepada admin pagre nie mintak tunjuk ajar hiaskan blog...boleh x???

    ReplyDelete

Membebel dengan penuh hemah. Terima kasih!






 
Copyright @ Shahada Fauzi Official Blog | Since 2009 | All Right Reserved
Designed By Shahada Fauzi | Powered By Blogger.com