Friday, 10 September 2010

Shopping raya last minute



Bersiaran di malam raya. Hoho. Orang lain dok sebok sediakan rendang, ketupat, lemang segala bagai. Aku? Sempat lagi melepak depan lappy menulis entri. Al-maklum le, beraya kat rumah adik aku. Kalau kat rumah sendiri mahu kalut jugak kot sedia itu ini sebab konfom kawan-kawan aku mai serbu rumah pagi raya. Tapi raya ni depa mai rumah aku, takde sape la yang sambut. 2 ekor guard je yang akan sambut nanti. Encik Tenet dengan Encik Cici. Kui3.


Kat rumah adik ni tak sedia ape sangat sebab esok nak pergi beraya kat Johor. Rumah mak mentua dia, rumah mak angkat aku, rumah kawan2-kawan aku kalau sempat. Hehe. Raye kedua baru masak sedap-sedap. Esok kan nak pergi makan kat rumah orang je. Makan sampai kembung.



Tadi kami pi shopping raya last minute kat Taman Cempaka. Ala area dekat dengan Melaka Sentral. Orang Melaka tahu kot. MasyaAllah. Ramai gile orang berpusu-pusu kat sana nak shopping. Berhimpit-himpit. Adoi. Sebab tu la aku tak suke pergi tempat sesak macam tu yang ala-ala pasar malam tu. Eh? Pecah rekod lak aku bila jejak kaki kat sana tadi. Kat rumah, nak pergi pasar malam pun tak pernah. Haram tak jejak kaki langsung. Sebab seriously aku memang rimas tempat sesak macam tu. Introvert? Mungkin kot.


Ape yang aku shopping tadi? Takde la beli ape sangat. Saje adik ajak berjalan. Pi tengok-tengok je la tadi. Beli sikit kacang-kacang dengan kueh raye. Pastu aku rembat 2 selendang dan 2 pashmina. Hok3. Tu konon tak beli ape sangat la. ^_^


Eh? Tadi kan masa on the way nak cari parking kat dalam area Taman Cempaka tu kan, aku nampak orang taman tu bergerak dari rumah ke rumah bertakbir raya. Macam best je. Macam kat kampung time aku kecik dulu. Kat area taman perumahan aku takde pun wat cenggitu. Sebenarnye tradisi macam tu bagus sangat diamalkan. Dapat mengeratkan silaturahim sesama jiran tetangga. Betul tak?


Ok la. Dah nak dekat pukul 2 dah ni. Aku nak p tido dulu la. Esok pagi tak terbangun lak nak beraya kan? Sekali lagi, selamat hari raya aku ucapkan buat followers, silent reader, teman blogger dan kawan aku semua. Semoga bergembira. Meh kita bertakbir raya sama-sama.










Dengar takbir raya ni terkenang pulak kat arwah abah, arwah tok dan arwah tokwan. Hmm. Sedih pulak rasa. Eh? Tak boleh tak boleh. Raya kena gembira. Tak boleh sedih. Doakan yang terbaik untuk mereka. Semoga roh mereka aman dan tenteram di sana dan sentiasa dalam lindungan Allah. Amin



Bisik-bisik :: Merdu sungguh alunan takbir raya. Syahdu rasa hati mendengarnya.




Post a comment

Membebel dengan penuh hemah. Terima kasih!

0 LOVE NOTES




DMCA.com Protection Status
 
Copyright @ Shahada Fauzi Official Blog | Since 2009 | All Right Reserved
Designed By Shahada Fauzi | Powered By Blogger.com