Tentang Pemilik Blog







Assalamualaikum. Hai!

Panggil je aku CIK SHA. Itu nama panggilan aku di belog sejak aku mula berblog tahun 2009. Walaupun aku tahu ramai blogger yang gunakan SHA sebagai panggilan nama, tapi aku tetap nak guna jugak. Pedulik hape aku. Nama je sama, identiti dah tentu la berbeza kan. 


Lagipun Sha adalah pangkal nama aku. Kengkawan pun ramai yang panggil aku Sha. Cume kat belog ni aku tambah "cik" kat depan. Kenapa masih kekalkan nama Cik Sha? Sebab aku perasan belum kahwin lagi. Boleh je nak panggil aku Cik Puan Sha (CPS). Nak jugak tu ada Cik okay! Haha.


Aku anak nombor 2 di antara 3 adik-beradik yang semuanya PEREMPUAN. Dah takde ayah. Beliau dah pergi tinggalkan kami selama-lamanya. Arwah Abah meninggal masa aku umur 15 tahun. Jadi mak yang besarkan kami adik-beradik sampai dah tua bangka. Sekarang anak mak semuanya dah berkahwin. Jadi dah ada suami masing-masing la yang jaga pulak.


Buat pengetahuan korang aku ni anak darah campuran. Jadi aku bukan Melayu Tulen la kiranya. Dah bercampur-campur. Tapi consider Melayu la jugak. Arwah abah cakap dedulu, bila dia dah masuk Islam otomatik dia jadi Melayu. Jadi keturunan dia semua akan Melayu la jadinya. Haha. Kalau nak tahu pasal keturunan aku, BOLEH LA BACA ENTRI AKU YANG INI. Semuanya aku bongkarkan kat situ. Dah tahu tu jangan la segan nak berkawan dengan aku pulak eh.


Aku anak jati Pulau Pinang tau. Penang dihatiku. Dilahirkan di Hospital Bersalin Pulau Pinang. Tapi dari kecik sampai umur 15 tahun aku dibesarkan di Bidor, Perak. Umur 16 tahun baru pindah dan menetap di Pulau Pinang lepas arwah abah meninggal. Sekarang dah jadi orang Ganu Kiter sebab kahwin orang Ganu le. Hihi.


Err..mesti ramai yang nak tahu UMUR sebenar aku kan? Eksyen muda je memanjang. Nak buat camna dah muka sweet awet muda gitu. Huahuahua. Perasan! Ok la. Setelah dihitung tambah tolak bahagi darab, UMUR aku dah 34 tahun (Ogos 2018). Dah dalam golongan 3series. Ohmai. MUDA nya saya ini! (-_-")


Hati ni dah kena curik oleh Encik CH sejak tahun 2005. Jumpa kat U masa First Year. Gatainyaaaa. Hihi. Tapi alhamdulillah dah jadi laki bini pun. Kami bertunang pada 28 Oktober 2012 dan bernikah pada 31 Ogos 2013. Terkini dah dikurniakan 3 orang anak. Syukur. Semoga jodoh kami berdua ni sentiasa diredhai Allah dan berkekalan sehingga ke akhir hayat dan berpanjangan hingga ke syurgaNya. InsyaAllah. Amin.


Pengajian tertinggi aku cuma Ijazah Sarjana Muda je. Ada impian nak sambung ambik Master. Tapi dah tua-tua ni rasanya macam malas pulak nak sambung dah. Hahaha. Pemalas Ya Rabbi betoi aku sekarang ni weh. Adoi la. Aku grad dalam bidang Teknologi Multimedia. So, korang boleh agak dah la kan kenapa aku pilih freelance designer sebagai kerjaya aku sekarang.


Dulu aku pernah bekerja sebagai Pegawai IT di sebuah organisasi bukan kerajaan (NGO). Masa duk bujang lagi tahun 2010. Lepas tu aku jadi penanam anggur yang sangat berjaya bila berhenti kerja start penghujung bulan Ogos 2013 sebelum nak kahwin. Sebabnya nak ngikut suami duk kat Terengganu. Mane boleh jauh-jauh uols. Mesti la nak berkepit dengan suami. Gituuu.


Sekarang ni aku kerja sendiri je. Fokus kat kerja designing dengan buat bisnes online jual produk kegilaan ompompuan. Sesambil tu duk menulis blog la buat review berbayar jugak kalau ada job. Bekerja dari rumah je sebab anak dah berderet. Tapi best la wei. Memang impian aku dah tu. Semoga Allah permudahkan jalan aku dan luaskan rezeki aku dalam bidang ni. Amin.


Kesimpulannya, itulah serba sedikit tentang diri aku. Kenal sikit-sikit sudah la. Rasanya korang baca entri kat belog aku ni pun dah boleh tahu aku ni camna orangnya. Takde selindung-selindung punye. Aku seorang yang lutsinar tau. Haha. Bukan putaq alam punye orang wokeh.

Nice to meet uols. Selamat membaca belog busuk ini ye.

SALAM PERKENALAN! (^_^)
Sekian, terima kasih.

Dikemaskini pada 20 Julai 2018.




Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)
 
Copyright @ Shahada Fauzi Official Blog | Since 2009 | All Right Reserved
Designed By Shahada Fauzi | Powered By Blogger.com