Pengalaman Shopping Skincare di Threebs website

Assalamualaikum. Hai! 
 

Kebelakangan ni CikSha asyik tenggelam timbul je kan kat blog. Konon nak update setiap hari, sudahnya tinggal harapan je la azam awal tahun tu. Tinggal lagi 2 bulan je lagi ha tahun 2021. Jenjalan skodeng blog kawan-kawan tinggalkan jejak pun dah lama tak buat. Aduhai. Tu la bizi sangat dengan kerja design dan menulis. Kerja rutin surirumah lagi. Bekerja kat rumah ni camtu la. Kadang rasa tak terkejar. 


Lama dah tak sembang bab kecantikan kan? So, kali ni kita sembang-sembang pasal cantik-cantik la. Topik ni bukan untuk orang perempuan je tau. Orang lelaki pun sesuai je baca. Bukan orang perempuan je yang jaga kulit muka. Ye tak? 


Korang kan kalau nak beli skincare suka beli kat mana? Lepas tu, apa yang buat korang decide nak guna satu-satu jenama skincare tu? Opsss. Kena buat disclaimer awal-awal. CikSha tak nak sembang pasal produk skincare timbang kilo okay. A big no no. CikSha harap korang tak guna la eh produk timbang kilo ni. Sayang kulit muka tu tau. 


Kalau macam CikSha, bila nak beli produk skincare ni selalunya akan terjah Watson. Tapi sejak covid melanda, lebih selesa beli secara online. Mujur la Watson ada juga kedai online kan. Hihi. Jenama pulak of course la CikSha akan pilih yang sesuai dengan condition kulit muka CikSha. Normal to sensitive. Setakat ni kalau yang local punya produk, memang sesuai sangat dengan Safi dan Cosmoderm. 


Baru-baru ni, terasa macam nak cuba produk dari luar negara pulak. Terutama sekali produk dari Korea. Nak cantik macam aweks Korea. Ekeke. Sebenarnya CikSha memang duk pakai sunscreen made in Korea tau. Memang best gilaaaa. Tu yang terasa nak pakai skincare Korea jugak tu. Tapi mak aiiii harga dia, ku menangissss. Mahal weh! Kayangan betul. 


Tapi berkat kegigihan survey kat Google tu, akhirnya CikSha jumpa lubuk best nak shopping skincare international tapi harga marhaen. Seronok gilaaaa! 




Beli Skincare International Dengan Harga Mampu Milik di Threebs!


Yup! Threebs la lubuk yang CikSha maksudkan tu. Gila rambang mata bila skodeng web dorang. Banyak tau produk terkenal dari seluruh dunia ada. Produk negara mana korang nak? Barat, Korea, Jepun? Semua ada kat Threebs tau. Yang paling tak percaya tu harga semua produk adalah mampu milik. Tak mahal macam kat kedai-kedai farmasi tu. CikSha pun macam tak percaya memula. Hihi. 


Syok weh bila ada lubuk baru nak shopping skincare ni. Belek punya belek, terbekenan dengan produk dari Korea jenama Cosrx. Baca review pasal produk ni, memang ngam dah dengan kulit CikSha. Dia punya ingredients tu banyak extract leaf, lebih kurang macam produk jenama tempatan yang CikSha tengah guna. So, kita grab la. 


Jom tengok 2 produk Cosrx yang CikSha dapatkan kat web Threebs. Dah guna pun dan serasi sangat dengan kulit. Best weh produk ni. CikSha dah jatuh cinta. I'm in loveeee




Low pH Good Morning Gel Cleanser (150ml)


Cleanser gel paling best pernah CikSha pakai. Tak keringkan kulit pun. Lepas guna memang rasa bersih gila kulit muka. Bau dia memang bau daun weh. Fresh! CikSha suka. 

Cleanser ni tak berbuih banyak tau. Kalau korang nak tahu, pencuci yang tak berbuih tu la yang paling elok untuk kulit. Terutama sekali kulit yang sensitif. So, this cleanser is recommended for those who have sensitive skin. Very gentle to the skin. 

Happy tau pepagi dapat cuci muka yang baru bangun tidur tu dengan cleanser ni. Serius tak tipu. Korang boleh baca review orang lain jugak kat https://threebs.co/collections/cosrx/products/cosrx-low-ph-good-morning-gel-cleanser-150ml. Mostly semua sependapat dengan CikSha. 

Harga memang berpatutan. Ada diskaun tau. Cuma RM40 kalau dapatkan kat web Threebs. Berbaloi weh. Tiub dia besar oiii. Taktau la bila nak habis yang CikSha punya ni. 






Centella Blemish Cream (30g)


Satu lagi produk Corsx yang CikSha grab ialah krim ni. Maklum le dah remaja purba ni kan tetiba pulak jeragat memunculkan diri. Ni mesti sebab dosa-dosa silam pergi pakai produk timbang kilo lepas tu tak pakai sunscreen dedulu. Huhu. Lepas tu hormon lepas beranak pun tunggang langgang, lagi la dia sesuka hati je terjengoi kat kulit muka ni. Benci betul. 

Setakat dah nak dekat seminggu CikSha guna krim jeragat ni, alhamdulillah serasi. Memang nampak la parut jerawat lama makin pudar. Jeragat mungkin la lambat sikit. Tapi overall okay. Yang best tu parut eksiden kat pipi pun dia bagi lagi nampak pudar weh. Ada harapan boleh hilang ni. Suka! 

Krim ni dia kena sapu nipis-nipis je kat kawasan yang ada spot tu. Tapi kalau nak sapu seluruh muka pun okay je. Dia bagi kesan hydration. Memang best. Kalau korang nak baca review pengguna lain boleh klik link ni https://threebs.co/collections/cosrx/products/cosrx-centella-blemish-cream-30g

Harga dia? Kalau korang beli kat web Threebs memang murah banyak la jawab dia. Diskaun hampir 30% tau! Gila la. Dorang ni memang awesome betul. 




Produk Original Antarabangsa dengan Harga Yang Lebih Berbaloi hanya di Threebs


Memang tak rugi tau kalau korang sign up jadi member kat web Threebs ni. CikSha rekemen sangat untuk korang jadi member kalau korang memang pengguna produk skincare antarabangsa. Sebab kat sini boleh beli dengan harga yang lebih berbaloi. 


Lagipun banyak benefit lain tau korang boleh dapat. Meh CikSha kongsi dengan korang apa lagi kelebihan yang korang boleh dapat selain shopping dengan harga murah terlajak kat Threebs. Serius sangat wow! 


Beauty Spellbook


Haa, yang suka baca tips-tips kecantikan atau tentang penjagaan kulit wajah, kat web Threebs ni ada Beauty Spellbook tau. Korang boleh baca macam-macam artikel menarik kat situ yang ditulis oleh mereka yang memang pakar bab kecantikan dan kesihatan kulit wajah. Best kan? 


Nak tahu cara test sesuatu produk sebelum guna, nak tahu penjagaan kulit sensitif, jenis-jenis kulit, bahan apa yang bahaya dalam produk skincare patut dielakkan, dan macam-macam lagi artikel. Walaupun artikel dalam English, tapi mudah nak faham. Tak complicated pun. You should read first


Penghantaran Percuma


Yang ni CikSha gerenti korang pun mesti suka. Shopping lepas tu dapat free postage. Gila tak suka? Hahaha. Kalau dah shopping skincare paling kurang pun ratus-ratus jugak kan? Kat Threebs, kalau kita shopping lebih RM100 dapat free postage okay. Haaaa, tak ke racun suruh membeli namanya tu. Hihi. 


Sistem Reward


Lagi satu yang sangat disukai ramai, shopping dapat point! Sistem reward yang sangat membahagiakan. Nak shopping pun gembira je kan? Hahaha. 

Kat Threebs ni, kita daftar dapat point, buat review dapat point, shopping pun dapat point jugak. Kumpul point banyak-banyak boleh tebus guna bila shopping lagi next time. Seronoknya weh! 


Sales/Clearance


Yang ni korang wajib tahu. Threebs selalu buat jualan penghabisan stok. Bila ada sale macam ni, harga yang dah diberikan diskaun murah tu jadi lagi bertambah-tambah murah okay. Sampai 50% pun ada tau. Harga ratus-ratus boleh jadi puluh-puluh je bila ada sale. Tak ke heaven nama nya tu? Rugi la kalau tak rebut peluang. Haishhh.


So, jom la korang join CikSha jadi peminat tegar shopping kat web Threebs. Berbaloi sangat weh. Peminat skincare Korea wajib join tau. Takkan nak biar CikSha sorang je jadi awek Korea. Hahaha. 


Klik sini tau! THREEBS


Bisik-bisik :: Ingat Skincare, Ingat Threebs.

2 Ulasan

Membebel dengan penuh hemah. Komen awak adalah atas tanggungjawab sendiri. No hate speech okay. Terima kasih!

Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan