Thursday, 8 April 2021

5 Minuman Malaysia Terbaik yang Mesti Anda Cuba

Thursday, April 08, 2021 1 Comments

Assalamualaikum. Hai!


Nikmati sebarang makanan tanpa minuman bagaikan tidak lengkap. Makan sedap, pastinya mahu digandingkan dengan air yang sedap juga. Di Malaysia ini sendiri, bukan saja terkenal dengan makanannya yang sedap dan pelbagai, malah turut terkenal dengan pelbagai jenis minuman yang bagus.


Ada banyak jenis minuman yang sedap kategori terbaik untuk cuba di Malaysia. Antara minuman tersebut, di sini akan di kongsikan lima minuman Malaysia terbaik yang mesti di cuba. Nampak biasa tapi punya rasa yang luar biasa. 


1. Milo Ais


Milo, produk Nestle, adalah minuman coklat malt yang terkenal di banyak negara di Asia, Amerika Selatan, Afrika, dan Pasifik. Ini adalah salah satu minuman Malaysia yang terbaik untuk dinikmati. 


Di Malaysia, ramai suka minum Milo air panas dan sejuk. Minuman ini makin sedap dengan sedikit gula tambahan dan susu pekat. Rasanya manis berkrim dengan rasa coklat yang baik.


Salah satu kenangan paling menggembirakan ketika kecil, bila ada trak Milo datang berkunjung ke sekolah dan semua orang dapat minum secawan kecil Milo sejuk yang benar-benar sedap.


2. Teh Tarik


Ramai rakyat Malaysia menganggap ini minuman nasional untuk negara. Teh tarik yang diperbuat dari serbuk teh yang disatukan dengan susu pekat atau sejat (biasanya pekat, kerana lebih manis), memang sangat sedap dan manis berkrim. 


Apa yang menjadikannya lebih istimewa adalah pada cara penyediaannya. Setelah semua bahan dicampurkan, teh kemudian dituangkan berulang kali dari satu cawan atau kendi ke dalam cawan atau kendi yang lain. Ia dilakukan berulang kali pada ketinggian yang tertentu. 


Tujuannya untuk menyejukkan minuman teh tarik ini tapi dalam masa yang sama telah membuatkan minuman ini berbuih. Ilusi aliran teh yang panjang 'ditarik' di udara, sangat sesuai dengan nama yang diberikan. Pelancong luar yang pernah nikmati teh tarik memang akan teringat sampai bila-bila. 


3. Sirap Bandung


Minuman berwarna pink atau merah jambu nampak sangat menyeronokkan. Pelancong luar mungkin akan salah anggap air bandung dengan susu berperisa strawberi, sedangkan sirap bandung ini mempunyai rasa unik.


Minuman ini tidak ada kaitan dengan kota Bandung, Indonesia juga. Perkataan ‘bandung’ di sini bermaksud ‘campuran’, dan dalam hal ini, ia adalah campuran sirap mawar dan susu pekat atau sejat.


Ini adalah minuman pilihan biasa di majlis perkahwinan dan festival orang Melayu, terdapat juga di kebanyakan restoran tempatan. 


4. Sirap Selasih


Ini adalah air sirap mawar yang dihiasi dengan biji selasih. Minuman ini bukan sahaja manis rasanya, tetapi juga berbau manis seperti bunga mawar. Biji selasih tidak mempunyai sebarang rasa, hanya untuk tekstur. Minuman ini sering ada di mana saja baik di majlis-majlis, gerai makan tepi jalan, restoran dan sebagainya. Harganya juga sangat murah dan sedap di minum pada waktu cuaca panas. 


5. Air Mata Kucing


Ini bukannya minuman dari mata kucing, haiwan peliharaan yang manja dan comel. Mata kucing ini adalah sejenis buah yang tergolong dalam keluarga yang sama dengan buah longan. Ia disebut 'mata kucing'. 


Menurut pembacaan, air mata kucing ini telah berada di peringkat nombor 6 dari "50 Minuman Paling Sedap dari Seluruh Dunia" oleh CNN. Satu pencapaian yang sangat membanggakan. 


Para penyelidik mendakwa bahawa buah mata kucing dapat membantu menghilang kan kemurungan, mencegah kerosakan sel, dan bertindak sebagai agen anti-penuaan. Minuman menyegarkan ini biasanya dijual oleh penjaja jalanan di Petaling Street, Kuala Lumpur dan di mana-mana pasar malam yang terdapat di Malaysia.


Selain dari minuman di atas tadi, ada lagi pelbagai minuman lain yang tak kurang hebatnya. 



Nak nikmati sebarang minuman di Malaysia tidak susah. Tanpa perlu ke mana-mana juga boleh mendapatkannya dengan mudah. Salah satu cara terbaik adalah dengan menggunakan servis online food delivery dari Foodpanda. 


Melalui aplikasi Foodpanda, ada minuman boba, Tealive dan banyak lagi. Tepuk dada tanya selera dan pastikan jika pesan makanan, jangan lupa pesan sekali minuman pilihan untuk melengkapkan hari dengan penuh kepuasan. 

p/s: semua gambar sumber dari Google 


Bisik-bisik :: Gambar ni semua tengok masa ni tak rasa apa-apa. Nanti masa puasa akan nampak sangat luar biasa. Hahahaha.

Thursday, 25 March 2021

Kepentingan Pengambilan Vitamin Tambahan Minyak Ikan, BiO-LiFE MaxX Fish Oil

Thursday, March 25, 2021 3 Comments
Assalamualaikum. Hai!


CikSha ingat lagi masa kecik-kecik dulu, mak dengan arwah abah pernah bagi kami adik-beradik makan satu vitamin tambahan minyak ikan ni. Rasa dia sumpah tak sedap! Hahaha. Sampai sekarang jenama tu masih ada lagi tau. Siap dah ada perisa dan dalam bentuk gummies. Dulu-dulu mana ada. Yang cecair putih pekat likat tu je ada. Jenuh nak telan. 


Tapi, vitamin tambahan tu memang terbaik untuk kanak-kanak. Ye la, bebudak kan memilih makan sikit. Kira vitamin tambahan tu macam topup la keperluan vitamin untuk tubuh badan. Dapat tingkatkan imun badan dan membantu tingkatkan tahap kesihatan yang baik. Bebudak dulu kan mainan buas sikit. Korek tanah la, masuk longkang la, berkubang dalam lecak air hujan la. Jadi wajib le mak ayah bagi vitamin tambahan untuk kuatkan imun badan melawan penyakit. Itu la kisah masa bebudak dulu.


Penting Ke Ambil Vitamin Tambahan?


Bila dah meningkat dewasa dan kertu, sebenarnya CikSha ada juga ambil vitamin tambahan. Badan dah makin 'senja' kan. Jadi kena la topup jugak keperluan vitamin yang badan patut dapat. Jadi pada pandangan peribadi CikSha, memang penting untuk ambil vitamin tambahan dalam diet harian. 


Macam CikSha, masa bujang dulu duk amal vitamin C dengan E je. Nak kulit cantik je masa tu. Biasa la kan. Gegirls. Haha. Sekarang ni bila dah beranak pinak, yang CikSha duk amal ialah vitamin C dan juga minyak ikan. Tujuan utama untuk kesihatan je la. Maklum le mak anak kecik berderet. Umur pun dah meningkat.


By the way, sebelum apa-apa kena buat claim dulu. CikSha tak ambil vitamin tambahan dari sebarangan tempat ye. Apa-apa berkaitan vitamin tambahan memang akan terjah ke farmasi. Sebab boleh direct tanya pada ahli farmasi. Memang dari bujang macam tu. Tak caya tanya mak CikSha. Tetiber mak kena pulak kan. Hihi. Dah kawen ni suami la yang tahu perangai bini dia ni. Kami memang akan pergi farmasi kalau nak beli vitamin tambahan. Untuk anak-anak dan diri sendiri.


Vitamin Tambahan yang mengandungi Omega-3



Kepentingan Omega-3 dalam diet harian


Sebenarnya, Omega-3 memang penting untuk mendapatkan kesihatan tubuh badan yang optimum. Sebab tu dalam diet pemakanan harian, kita digalakkan untuk memakan sekurang-kurangnya seekor ikan dalam satu hidangan. Ya. Badan kita boleh mendapat nutrien Omega-3 daripada ikan. Tapi itulah, jarang kan kita nak makan ikan setiap hari. Nanti jemu. Takkan hari-hari nak makan ikan je. Ye tak? Hihi.


Sebab tu la pengambilan vitamin tambahan berasaskan Omega-3 sangat digalakkan. Tujuannya bagi menampung keperluan Omega-3 dalam badan kita. Sebab badan kita tak boleh nak hasilkan sendiri Omega-3. Walaupun ia sangat penting untuk kekalkan kesihatan tubuh badan yang baik.


Banyak tau kebaikan Omega-3 ni untuk tubuh badan kita. Yang paling utama tentulah untuk kuatkan imun badan bagi mencegah penyakit yang boleh memudaratkan kesihatan. Antara lain manfaatnya seperti di bawah ni :
  • Mencegah penyakit kardiovaskular atau penyakit jantung.
  • Menurunkan tekanan darah tinggi akibat pengambilan garam dan lemak tepu yang berlebihan.
  • Menurunkan tahap trigliserida serta meningkatkan tahap kolesterol HDL (kolesterol baik) di dalam darah.
  • Mencegah beberapa jenis kanser seperti kanser usus, kanser payudara dan kanser prostat.
  • Membantu dalam proses perkembangan kognitif kanak-kanak di mana ianya membantu sel-sel otak untuk berhubung dengan baik.

*Rujukan : Portal Rasmi MyHEALTH Kementerian Kesihatan Malaysia




Bagaimana nak dapatkan bekalan Omega-3 selain daripada makan ikan?



Dah tentulah dengan pengambilan vitamin tambahan minyak ikan. Macam yang CikSha duk amalkan sebelum pregnant ni. Dah pregnant CikSha decide untuk stop kejap sebab nak fokus makan vitamin mengandung je. Takda masalah kalau nak teruskan pengambilan. Tapi ku tak mampu nak telan banyak-banyak butir pil. Rasa macam nak terkeluar balik. Makan vitamin mengandung yang klinik bagi je la buat masa ni. Nanti lepas beranak, CikSha sambung balik ambil vitamin tambahan minyak ikan ni.


 

Vitamin tambahan minyak ikan yang CikSha ambil dah tentulah daripada BiO-LiFE. Start dari tahun lepas dapat sponsor, terus amalkan pengambilannya. Kiranya dah hampir setahun lebih jugak la duk ambil vitamin tambahan BiO-LiFE MaxX Fish Oil ni. Walaupun jarang-jarang makan nya. Maklum le spesis 'liat' nak telan kapsul besar-besar. Hihi. Tapi vitamin tambahan ni memang best. Kalau amalkan betul-betul dengan konsisten, insyaAllah dapat manfaat yang baik untuk kesihatan.








Bio-Life MaxX Fish Oil Dengan Dos Berganda Omega-3 EPA dan DHA

Kelebihan minyak ikan BiO-LiFE


BiO-LiFE MaxX Fish Oil ni best sebab mengandungi dos berganda EPA (360mg) dan DHA (240mg) dalam setiap kapsul berbanding minyak ikan biasa. Maksudnya lagi power la khasiat yang dibekalkan. Itu la kelebihan utamanya.


Cara makan cuma ambil 2 kapsul (1 kapsul 2 kali sehari) seperti disyorkan. InsyaAllah dah dapat memenuhi pengambilan dos asid lemak Omega-3 untuk badan dapat khasiat yang mencukupi. 


Didatangkan dalam bentuk soft gel dan mudah dicerna oleh badan kerana kandungan Omega-3 nya dalam bentuk trigliserida. 


Kalau nak tahu, BiO-LiFE MaxX Fish Oil ni diperbuat daripada ikan bilis iaitu ikan kecil laut dalam yang paling kaya dengan asid lemak Omega-3. Diproses melalui penyulingan molekul yang dapat menghilangkan kekotoran dan bahan cemar dari minyak ikan mentah. Kiranya kebersihan dan kualiti minyak ikan  ni sangat terjamin. Dan dah tentulah halal. Tak perlu ragu-ragu nak ambil.





Info lanjut dan cara dapatkan BiO-LiFE MaxX Fish Oil


Jadi, CikSha syorkan sangat vitamin tambahan minyak ikan dari BiO-LiFE kepada mereka yang nak support pengambilan Omega-3 dalam diet harian. Tambah-tambah yang tak suka makan ikan. Eh. Jangan taktau, ada tau yang tak makan ikan. CikSha ada kenalan yang tak boleh langsung sentuh ikan. Busuk kata dia. Hihi. Haa, kalau ada yang macam kenalan CikSha ni boleh la ambil vitamin tambahan BiO-LiFE MaxX Fish Oil ni.


Boleh dapatkan minyak ikan dari BiO-LiFe ni di mana-mana farmasi yang berdekatan dengan korang. Nak beli online pun boleh je. Kat laman web BiO-LiFe la semestinya. Vitamin tambahan ni didatangkan dalam packaging sekotak mengandungi 3 botol x 100 kapsul dengan harga RM190. Bekalan untuk 5 bulan tu. Super jimat sangat!


Kalau nak tahu lebih lanjut, boleh terjah link yang CikSha sertakan kat bawah ni ok!




Bisik-bisik :: Nak makan vitamin tambahan untuk topup kekurangan nutrien tak salah. Tapi jangan berlebihan tau. Ikut keperluan badan. Pengambilan makanan sebenar kena seiring juga.

Tuesday, 2 March 2021

Throwback Kenangan Pergi Pesta Buku Big Bad Wolf 2020

Tuesday, March 02, 2021 0 Comments
Assalamualaikum. Hai!


Hari ni nak update entri basi yang dah setahun berlalu. Sabar je dengan pompuan sorang ni. Tak pernah berubah dari dulu. Suka bebenor tulis entri peristiwa yang dah berkurun lama berlalu. Nak buat camna. Dah jadi tebiat. Lagi satu sebenarnya, sekarang dalam proses nak clear album dalam phone ni. So, kita tulis je la semua kenangan gambar-gambar tersebut dalam blog. Hihi. 


Entri kali ni nak tepek kenangan pergi Pesta Buku Big Bad Wolf 2020 kat Kuantan. Tahun ni dah tak merasa lagi dah la nak pergi pesta buku. Musim covid masih mengganas ni kan tak boleh ada event yang melibatkan crowd. Bahaya. Kang timbul pulak kluster baru tak memasal je. Event ni pun masa kami pergi, elok sebelum diumumkan covid dah serang Malaysia. Setahun dah berlalu. Itu yang tak ter'update' kisah ni awal-awal. 😅


Anak-anak dengan hasil tuaian dorang kat Pesta Buku Big Bad Wolf 2020.



Ni yang terlintas nak update sebab terkeluar memories kat FB. Jadi, kita ambik la peluang update blog dengan kenangan lama ni. Entah la bila nak dapat peluang bawak anak-anak pergi memborong buku banyak-banyak murah camtu lagi. Selagi virus covid tu duk ada, mimpi je la kita nak seronok-seronok keluar tanpa bimbang keselamatan anak-anak dan diri sendiri. Benci awak covid! 


Jadi, inilah kisah throwback masa pergi event Big Bad Wolf Book Sale 2020. Kalau tahun 2019 event ni buat kat Mydin Gong Badak Terengganu, tahun 2020 turn Pahang pulak event ni diadakan. Buat kat UMP Kampus Gambang Kuantan. Kalau korang nak baca pengalaman kami sekeluarga pergi event BBW ni kat Ganu, boleh terjah entri yang CikSha letak link kat bawah ok. 




Kat sini la event BBW 2020 tu berlangsung. Strategik. Budak-budak U kan suka buku. Gituhhh.



Tenkiu adik student UMP yang sudi ambilkan gambar kami sekeluarga. 



Kami pergi Pesta buku Big Bad Wolf 2020 ni masa hari pertama event berlangsung. Saja pergi hari mula-mula konon masa tu buku fresh-fresh lagi belum kena sentuh banyak tangan. Hihi. Lambakan buku punya la banyak, buat juling bijik mata menengoknya sampai tak tahu nak rembat yang mana. 


Yang CikSha ingat, memang best sangat event kali tu yang buat kat UMP Kampus Gambang! Tempat strategik. Yang penting luas dan ada aircond. Selesa nak pilih buku. Siap ada food truck lagi kat perkarangan depan dewan tu. Dekorasi kat luar tu walaupun simple tapi attractive. Memang sesuai sangat untuk bergambar kenangan.


Spot me! Hahaha. Encik CH la tu snap gambar curik. 




Luas dan selesa. Buku pun berlambak gilaaaa. 




Serius bebenor muka pakwe iols tu membelek buku untuk anak-anak beliau. 😅




Overall CikSha dan famili memang puas hati pergi event Pesta Buku Big Bad Wolf 2020 tu. Seronok tengok anak-anak excited pilih buku walaupun last nye mak pak yang decide nak ambik buku mana. Hihi.


Memang tak cukup sejam je spend masa nak belek buku puas-puas. Tapi sebab kami jauh dan dah rancang perjalanan, itu je la masa sejam yang dapat diluangkan masa tu. Kalau ikutkan rasa nak berkampung kat situ. Pilih buku sampai muntah! 😝


Nak balik dah masa ni. Si encem Iman berlari nak pergi shopping makanan pulak. Hahahaha. 



Rindunyaaa nak join lagi event camni. Dapat gembirakan anak-anak. Dapat lepas gian shopping buku berlambak-lambak. Tapi itulah. Entah bila lagi la boleh buat kan. Selagi si covid tu duk ada lagi, memang tak boleh la event yang melibatkan orang ramai camni dibuat. 


Harapnya dengan usaha kerajaan beri suntikan vaksin kepada rakyat untuk wujudkan herd community dapat membendung virus ni dari terus merebak dan sekaligus terus lenyap takda lagi dah. Atas rakyat pulak la nak bagi kerjasama ke tak untuk ambil suntikan vaksin. CikSha ni mahu lagi 3 tahun baru boleh ambik vaksin tu. Tengah memboyot lepas tu nanti fasa menyusu pulak. Kena berkurung dalam rumah je la gamaknya. 😌


Bisik-bisik :: Rindu kehidupan yang tenang sebelum covid menyerang dulu.

Friday, 26 February 2021

Kenangan indah melahirkan anak istimewa, Iman Rizqin

Friday, February 26, 2021 3 Comments

Assalamualaikum. Hai! 


Lama tak coretkan kisah anak-anak kat blog ni. Jadi memandangkan hari ni sangat istimewa sempena ulangtahun kelahiran anak kedua CikSha yang super special, si encem Iman, nak tulis la sikit kenangan masa lahirkan dia 5 tahun yang lalu. Tak pernah lagi tulis kat blog moment indah lahirkan si dia yang sangat istimewa ni. Untuk tatapan masa depan, maka jom la kita titipkan sedikit dalam blog bushuk kecintaan hati ni. 


5 tahun yang lalu, pada tarikh hari ni 26 Februari dan hari yang sama Jumaat, Allah hadiahkan buat kami suami isteri seketol 'emas permata' yang paling berharga dan tak ternilai untuk disantuni dengan penuh amanah. Jadi, inilah detik-detik cemas dan indah sebelum si encem Iman dilahirkan. 


Si encem Iman masa baby


Pagi tu ummi asyik duk berulang pi tandas berkali-kali sebab sakit perut. Yang sakit perut memula tu je betul-betul sahut panggilan alam. Yang seterusnya bukan dah. Tu hint nak beranak dah sebenarnya. Tapi ummi tak tahu mulanya. Sebab sakit tu datang sekejap-sekejap je. Ummi boleh lagi tahan tahap sakitnya. Siap boleh tertidur-tidur pulak tu. Sempat lagi tu membuta walaupun sakit. 😅


Start pukul 10 pagi bila terbangun dari tertidur tu, sakitnya kali tu dah tak boleh nak tahan dah. Ye. Makin kerap dah rasa contraction yang datang. Dengan terketar-ketar ajak kakak ipar yang tengah mamai baru nak tidur lepas balik kerja syif malam ke hospital. Kesian kak ipar ku. Hihi. 


Sambil tu, cepat-cepat terus bagitau abah nye yang masa tu ada kat Kemaman (ummi dengan abah PJJ masa ni). Boleh pulak abah nye blur blur bila ummi bagitau tu. Dah le kita tengah sakit. Sabar je la. 


Ummi : Abg..syg dah sakit perot ni. Syg rasa dah sampai masa dah ni.

Abah : Sakit nak iyak ke? Pi la jamban.

Ummi : Bukan la. Anak nak keluar dah ni.

Abah : Hah! Betul ke syg ni?

Ummi : Betul la ni. Takkan nak main-main pulak.


Gitu la lebih kurang. Ape la abah. Ingat beranak boleh main-main ke. Ummi dengan duk berpeluh-peluh jantan menahan contraction, abah boleh ingat ummi bergurau pulak. Grrrr..


Dah settle maklum kat abah nye, terus ummi kalut bersiap sambil duk fuh fuh tahan sakit. Dalam pukul 11 pagi baru gerak ke hospital. Kakak ipar dengan adik-adik ipar escort. Sekali dengan budak Adan kena angkut bawak sebab mertua takde pergi kebun.


Sepanjang perjalanan tu, rasa jauhnye la hospital. Memang jauh pun. Kena pergi hospital kat Kuala Terengganu sebab pernah ada history beranak C-zer. Lebih kurang 1 jam dari rumah. Tapi rasa lagi tambah jauhhhh sebab duk sakit tak tertahan tu. Duk fuh fuh je la mampu bila sesekali rasa sakit tu datang.


Sampai hospital dalam pukul 12 tengahari. Menapak dari pintu masuk nak ke wad bersalin, jalan serupa siput nak sampai situ. Rasa perot macam nak jatuh dah. Sampai-sampai kat katil, kena soal siasat dulu. Fuhhhhh. Ummi menjawab je la dengan sabar. Sekali check jalan dah 6cm dah. Terus kalut doktor panggil nurse suruh tolak pergi labor room. 


Elok masuk je labor room terus rasa sakit tahap maksimum. Takdan nak cucuk ubat dah kat tangan. Terus semua kalut kalut mai serbu. Ramai gila 'cheerlady' bagi semangat kat ummi masa tu. Rasa lega dan semangat sikit walaupun abah tak sampai lagi dari Kemaman nak bagi sokongan emosi.


Jenuh ummi teran tapi tak keluar jugak. Abah masih tak sampai jugak lagi dari Kemaman. Maklum la Kemaman nak ke Kuala Terengganu ambik masa 3 jam jugak. Berjuang la ummi sorang-sorang. Huhu. Cuba usaha jugak teran. Ummi nak sangat beranak normal. Cukup le abang Adan je keluar kat atas. Dengan semangat yang doktor, matron, nurse bagi akhirnya ummi berjaya VBAC (vaginal birth after ceaser). Alhamdulillah.


Rupanya budak bertuah ni dah terbelit leher dengan tali pusat sendiri. Mujur tak lemas sebab ketat yang amat terbelitnye. Elok si encem Iman dah selamat keluar, abah pun baru sampai. Takdan ummi nak cakar-cakar abah masa tahan sakit nak beranak. 😂


Happy Birthday yang ke 5 buat Ton Muhammad Iman Rizqin, cinta hati ummi selamanya.



Mudah sangat melahirkan si permata berharga nan sorang ni. Sakit contraction yang maha azab skala 10 tu sekejap je. Tau tau dah beranak. Elok lepas azan Zohor orang nak solat Jumaat dia selamat lahir melihat dunia.


Ummi abah dapat tahu keistimewaan si encem Iman masa ummi tengah duk kena jahit hidup-hidup. Takpe la. Taknak pun ingat yang tu. Yang penting dah selamat lahir pun anak bertuah ni ke dunia. Ummi abah redha dan bersyukur yang amat dengan anugerah istimewa dari Allah ni.


Itulah kisah kelahiran anak syurga ummi abah, Ton Muhammad Iman Rizqin. 


Selamat hari lahir sayang. Semoga Allah panjangkan umur Iman supaya lebih lama ummi abah dapat jaga Iman. Semoga Allah kurniakan Iman kesihatan yang lebih baik sentiasa. Syukur semua operation dah selesai pun. Masa kecik je Allah bagi dugaan berat sikit untuk ummi abah. Semoga Allah limpahkan rezeki yang berkat dan melimpah ruah tak putus-putus untuk Iman juga.


Ummi, Abah, abang Adan, adik-adik dan ahli keluarga kita yang lain semuanya sayang kat Iman sangat-sangat. 😘


Bisik-bisik :: Syukur Allah beri rezeki 'penghuni syurga' buat kami sekeluarga.

Tuesday, 9 February 2021

4 langkah mudah untuk kulit wajah yang sihat dengan Cosmoderm Perfect Balanced

Tuesday, February 09, 2021 4 Comments
Assalamualaikum. Hai!


Ramai dari kita tahu yang penjagaan kulit wajah ni memang penting. Ye la. Untuk membina keyakinan diri juga sebenarnya. Semua orang idamkan kulit muka yang sihat dan bebas dari sebarang cela dan anasir yang tak sepatutnya kan. Termasuklah CikSha ni ha. 


Tapi kan, CikSha ni sejenis yang tak berapa nak suka menyusahkan diri sendiri dengan tempek memacam kat muka ni. Serius weh! It's so not me. Spesis perempuan pelik kan? Hahaha.


CikSha pernah je terbaca, ada yang kata untuk rutin penjagaan kulit wajah yang sempurna kena buat 10 langkah setiap hari tanpa gagal. Wehhhh. Gila! Memang la diriku tak rela nak renyah-renyah macam tu oii. Mungkin sesuai untuk yang kaki melawa macam selalu pakai mekap la kot untuk rutin 10 langkah tu.


Bagi CikSha yang jenis sempoi ni, cukup la dengan rutin basic je. Cuci muka, sapu toner, tenyeh pelembab dan pakai sunblock. Dah sempurna dah la tu bagi CikSha untuk rutin penjagaan wajah setiap hari. Seminggu sekali buat la exfoliate tu bagi terhapus kulit mati dan pakai mask untuk kesegaran kulit. Cukup! Itu pun kalau rajin la. Hihi. Tapi yang rutin 10 langkah tu adoiii, azab betul rasanya nak dibuat.






4 Langkah Mudah Untuk Kulit Wajah Yang Sihat dengan Cosmoderm Perfect Balanced

Formulasi dan bahan-bahan terbaik di dalam Cosmoderm Perfect Balanced


Guess what? Baru-baru ni, Cosmoderm keluarkan produk terkini yang memang sesuai sangat untuk orang macam CikSha. Cosmoderm Perfect Balanced yang diformulasikan dengan 2 bahan utama yang terbaik untuk kulit iaitu calamine dan prebiotik. 


Macam yang kita tahu, calamine memang bagus untuk kulit. Tambah-tambah kulit yang sensitif dan ada alergi. Calamine memang membantu sangat tau. Boleh membantu kulit yang alami iritasi, kemerahan dan kegatalan. Selain tu, calamine dapat bertindak sebagai pelindung kulit dan membantu masalah kulit sunburn.


Prebiotik pula dapat membantu seimbangkan mikrobioma kulit. Dengan fungsi ni dapat mengelakkan kulit menjadi kemerahan dan memberikan keselesaan pada kulit. Prebiotik juga membantu mencerahkan kulit tau.


Yang lagi terbaik produk Cosmoderm Perfect Balanced ni sebab ianya bebas Paraben, pewangi dan juga pewarna tiruan. Ciri ni la yang paling kita nak sekali dalam set penjagaan wajah. Sebab tu produk ni sesuai untuk semua jenis kulit terutamanya kulit sensitif. 


Sumpah memang best gila produk ni tau! Dah hampir 2 minggu CikSha konsisten guna. Kulit muka CikSha bertambah elok. Sebelum ni takde la masalah apa sangat pun. Cuma kulit CikSha ni jenis sensitif. Jadi kena berhati-hati kalau nak guna set penjagaan wajah. Kulit CikSha memang serasi sangat dengan produk Cosmoderm. And i love it so much!




4 produk di dalam set penjagaan wajah Cosmoderm Perfect Balanced


Kalau korang nak tau, dalam rangkaian set penjagaan wajah Cosmoderm Perfect Balanced ni hanya ada 4 produk terbaik untuk kulit. Dengan 4 produk ni dah cukup lengkap basic penjagaan kulit bagi orang macam CikSha. That's why i love it. Meh kita berkenalan dengan 4 produk yang dimaksudkan.

#1: Foaming Cleanser 


Selain bahan utama iaitu calamine dan prebiotik, pencuci wajah ni juga mengandungi ekstrak buah dan aloevera yang memang sangat elok untuk kulit. Pencuci wajah ni juga bebas SLS/SLES tau.

Pencuci wajah Cosmoderm dapat membersihkan kulit secara mendalam dan menyahkan kotoran serta celaan dengan sangat bagus. Dapat membantu mengurangkan masalah minyak yang berlebihan pada kulit  muka juga tau.

Best! CikSha suka sangat pencuci ni. Lepas pakai tu rasa lembut ja kulit muka. Seronok nak usap-usap muka sendiri. Hihi.

Harga pasaran : RM19.90


#2 : Toning Lotion


Nama je lotion, tapi tesktur dia bukan krim tau. Sama je macam toner biasa yang berbentuk cecair tu. Sebelum pakai kena goncang-goncang dulu bagi cecair dan calamine yang terdapat dalam toner ni sebati gitu. 

Lepas tu tak perlu pakai kapas muka bila nak guna toner ni. Yang ni best. Memang style CikSha pakai toner. Tuang sikit atas tapak tangan, lepas tu sapu kat seluruh muka sambil tepuk-tepuk manja. Rasa nyaman je.

Toning Lotion Cosmoderm Perfect Balanced ni berfungsi untuk merawat dan melegakan masalah kulit yang alami alergi dan kemerahan. Dapat meransang kulit untuk penyerapan yang lebih baik dan memberikan kelembapan yang optimum kepada kulit.

Syok pakai toner ni. Rasa nyaman je kulit lepas pakai.

Harga pasaran : RM45.90


#3: Soothing WOW Cream


Krim pelembap yang berfungsi meningkatkan kelembapan kulit 3 kali ganda. Dengan fungsi tu dapat membantu kulit mengekalkan kelembapan dan mengurangkan cela.

Kandungan calamine di dalam Soothing WOW Cream juga lebih tinggi dari 3 produk yang lain kerana dirumus khas untuk memberikan kelegaan dan menenangkan kulit sambil memperbaiki sistem ketahanan kulit.

CikSha suka sangat pakai krim pelembap ni. Kulit rasa lembap dari dulu. Perasan juga cela-cela yang duk bertempek kat muka ni makin lagi banyak yang berkurang. Itu yang suka sangat tu.

Boleh pakai waktu siang dan malam. Sapu je kat seluruh muka dan juga leher. 

Harga pasaran : RM65.00


#4: Sun Milk SPF25PA++


Fungsi Sun Milk ni macam sunscreen. Dengan SPF25PA++, ia mampu melindungi kulit muka kita dari sinaran UVA dan UVB. Boleh sapu pada wajah lepas selesai semua rutin penjagaan kulit pada siang hari. Kalau pakai set Cosmoderm Perfect Balanced ni, kiranya Sun Milk ni yang ke-4 la kita apply pada kulit muka.

Selain tu, Sun Milk ni dapat membantu melegakan sunburn dan mengatasi kulit kering juga.

Sepanjang CikSha duk apply Sun Milk ni kat muka, takda rasa melekit-lekit pun. Kiranya dia menyerap dengan baik kat kulit. Itu yang CikSha suka dengan Sun Milk ni. 

Harga Pasaran : RM60.00





Review Pengalaman Sendiri : Jatuh Cinta Dengan Cosmoderm Perfect Balanced!


Yeahhh! CikSha memang dah in love dengan semua produk Cosmoderm yang didatangkan dalam packaging putih pink ni. Sebab sangat serasi dengan kulit sensitif CikSha. Susah tau orang kulit sensitif ni nak cari produk yang betul-betul sesuai dengan kulit. Tapi Cosmoderm Perfect Balanced ni memang tak mengecewakan.


Korang yang ada jenis kulit macam CikSha, sangat disyorkan pakai Cosmoderm Perfect Balanced ni. Confirm tak menyesal. Macam yang CikSha kongsikan pengalaman sendiri pakai setiap produk ni kat atas tu. Memang puas hati sangat!


Lagipun produk Cosmoderm ni memang dirumus khas mengikut masalah kulit kita. Dermatologically Tested tau. Sebelum ni pun CikSha pakai produk Cosmoderm yang packaging warna hijau tu. Sekarang dah beralih arah dengan si pinky ni pulak la. Cinta beralih arah gitu. Hihi.


Dapatkan Cosmoderm Perfect Balanced sekarang


So, buat korang yang berminat nak dapatkan set penjagaan kulit wajah Cosmoderm Perfect Balanced ni, jangan lepaskan peluang tau! Boleh buat pembelian secara online di laman web Cosmoderm dan juga kedai shopee Cosmoderm. Maklum la musim PKP ni kan tak boleh keluar rumah. Kita shopping online je senang.


Untuk maklumat lanjut tentang produk ni kalau tak puas hati dengan perkongsian CikSha, boleh terjah laman sosial Comoderm seperti di bawah ok!




Bisik-bisik :: Kalau dah suka dengan satu-satu jenama produk ni, memang CikSha ikat simpul mati gitu. Jadi pengguna setia produk tu je. Sebab dah yakin dengan keberkesanan produk. 





Wednesday, 27 January 2021

Makanan India Mesti Cuba Di KL

Wednesday, January 27, 2021 4 Comments

Assalamualaikum. Hai!


Untungnya duduk dekat Malaysia ni kita dapat menikmati pelbagai jenis makanan yang sedap dan semestinya halal. Dari masakan Melayu, Thai, Indonesia, Cina, India, dan macam-macam lagi la. Bukan ja makanan asia, western pun berlambak ada. Pilih je nak makan apa. InsyaAllah mesti ada yang halal. CikSha gerenti yang itu. Sebab apa tau? Sebab ada sesetengah dari mereka yang bukan Melayu ni, ada juga yang beragama Islam. Itulah istimewa dan uniknya culture di Malaysia. I LOVE MALAYSIA!


Cakap pasal makanan India, CikSha teringat kenangan masa zaman sekolah di Tapah Perak. Masa tu CikSha Tingkatan 2 kot. Dalam kelas ada pelbagai kaum. Melayu, Cina, India, Singh dan juga orang Asli. Semua CikSha kawan. Itu yang best bila sekolah campur ni. Kita boleh bergaul dengan pelbagai bangsa. Rindu pulak zaman tu. Hihi. Tetiba mengimbau kenangan lama.


Yang CikSha ingat, kami sekelas pernah pergi beraya ke rumah kawan India kami masa sambutan Deepavali. Mak kawan CikSha tu sediakan makanan khas untuk kami yang beragama Islam. Maksud CikSha, sumber daging nya halal. Dibeli dari penjual Muslim. Dan dah tentulah mak nya sediakan masakan India untuk kami rasa. Kari kambing indian style. Sumpah sedap!


Haaa, jangan tak tahu sebenarnya memang banyak ja sekarang ni restoran India yang menyediakan makanan indian style halal. Kalau kat area Kuala Lumpur tu, petik jari je ha nak cari. Merata ceruk ada. Meh CikSha kongsikan dengan korang restoran mana yang ada jual makanan India dan semestinya halal.




Makanan India Mesti Cuba Di KL


#1 : Thosai/Tose

 
Thosai atau tose ni macam ala-ala lempeng. Tapi ramuan dia special la sikit. Kalau lempeng, kita guna tepung gandum biasa ja. Thosai pulak adunan dia beras dan kacang dhal yang rendam 8 jam serta nasi sejuk. Lepas tu guna minyak bawang masa nak masak. Gandingkan pulak dengan kuah kacang dhal atau chutney kelapa. Fuhhh, terangkat!  
 
Kalau nak cuba menu legend ni, boleh terjah Jai Hind Restaurant. Ramai kata menu ini kat situ power. 
 
 



#2: Roti Prata/Roti Canai

 
Roti Prata ni pulak kalau orang Melayu kita panggil roti Canai. Nama lain tapi tekstur sama. Specialnya mungkin tang jenis masakan roti dan juga kuah dia. Kari India memang umpph tau! Tak percaya kena la cuba. Restoran yang mungkin korang boleh  cuba order guna food panda kalau turun KL tapi malas nak menjelajah cari ialah Shukran Restaurant. CikSha baca review, ramai kata roti canai/roti prata kat situ sedap. Cubalah tau! 





#3: Nasi Daun Pisang


Haaaa, yang ni paling istimewa memang indian style punya. Makan atas daun pisang. Dia sebenarnya nasi berlauk. Tapi yang buatkan jadi lain dari yang lain tu sebab makan atas daun pisang. Memang rasa dia jadi lain tau. Sebab aroma daun pisang tu macam membangkitkan lagi rasa makanan yang diletak kat atas dia. 

Kat KL nun memang berlambak la jugak restoran yang buat style hidangan ni. Kalau nak merasa, boleh la try pi makan kat restoran yang berkenan di hati. 





#4: Briyani


Briyani pun salah satu makanan special indian tau. CikSha pun suka makan briyani. Setakat ni pernah la cuba masak sendiri guna paste. Tak tahu le menjadi sama ke tak dengan yang original resepi. Hihi. Tapi kalau nak rasa yang original punya masakan, kena cari kat kedai la kan. 

Salah satu restoran kat KL yang memang speciality dia masakan briyani, Hyderabad Briyani House. Boleh la kot kalau nak pi cuba kat sini kan? Maybe one day kalau berkesempatan pergi KL. Lama dah tak turun sana. 





#5: Ayam Tandoori


Masakan ayam tandoori ni, kalau dah pekena sekali memang duk teringat-ingat la nak cuba lagi. Sedap sangat! Dia ada ramuan special tersendiri tau. Memang original dari India. Rugi kalau tak pernah merasa. Tapi itulah, dia atas air tangan jugak kan rasa sedap ke tak tu datang. Lagi satu atas tekak kita sendiri jugak. 

Kalau korang tak pernah makan, wajib cuba tau! Yang best kat KL tu, CikSha tak tau la restoran mana paling best nak rekomen pun. Tapi boleh je try search kat food panda. Order je lepas tu tunggu makanan sampai. Gittew. 





Sebenarnya banyak lagi makanan India yang sedap-sedap tau. Tapi CikSha kongsi 5 je la yang glemer dan ramai rekomen untuk cuba. Kalau korang rajin, boleh la search sendiri. 


Sekarang ni dah mudah. Hujung jari je tau. Teringin nak makan apa-apa yang sedap, boleh order food delivery je ha. Tambah-tambah sekarang ni, covid duk ada lagi dan kita tak digalakkan keluar. Order je dengan food panda. Berdesup dia tolong hantarkan depan pintu rumah. 


Bisik-bisik :: Terliur pulak tengok gambar makanan kat atas tu. Tenkiu food panda letak gambar makanan yang menyelerakan mata. Terus rambang mata nak pilih. Hihi. 

Monday, 18 January 2021

Terpikat dengan Serum Dr. Beau Sejak Guna Kali Pertama

Monday, January 18, 2021 4 Comments

Assalamualaikum. Hai!


Hari ni CikSha nak kongsi info dan cerita pengalaman diri sendiri setelah menjadi salah seorang pengguna Dr. Beau. Sebenarnya, dah agak lama CikSha berhenti pakai serum wajah ni. Biasa la kan. Spesis pompuan paling simple di donia ni cemgitu la. Gila pemalas tapi nak cantik. Tahun lepas pernah la pakai. Lepas tu, ada terbaca seller pencuci muka yang cakap serum wajah bukan penting sangat pun. Macam terkedu la jugak.

 
Membongak katanya kalau pakai serum kulit boleh cantik. Ajaran sesat dalam kitab penjagaan wajah. Kena jaga rutin skincare je. Itu yang paling penting dan dah cukup. Tak payah serum-serum. Memula ada la rasa konpius timbul. Tapi dah kita ni pulak spesis simple je. Okay kan je la apa yang di'nasihat'kan tu. Malas nak berbalah.
 
 
Entah lah. Maklum la kita ni bukan 'pakar' bab jaga kulit muka ni. Asalkan dapat buat rutin cuci muka, sapu toner, tempek pelembab dah okay dah rasa. Rasa diri ni macam perempuan sejati jugak bila ada buat rutin tu. Hihi. Simple pun bukan bermaksud sampai abaikan penjagaan kulit muka tau. CikSha pun nak gojes jugak. Perempuan mana la taknak kulit lawa kan? Pelik sangat tu. 
 
 
Disebabkan itu jugalah CikSha mula buka minda dan hati semula nak tambah pemakaian serum dalam rutin penjagaan kulit. Akhirnya Dr.Beau berjaya bertakhta kerana ia memang dah berjaya pikat hati CikSha sejak kali pertama cuba guna.


Suka sangat dengan Serum Dr.Beau ni ❤️


Betul Ke Pakai Serum Tak Penting?


Sebenarnya, pemakaian serum ni ikut masalah kulit wajah kita juga. Tak salah pun nak tambah dalam rutin penjagaan kulit wajah. Sepatutnya seller pencuci muka tu kena bagi maklumat yang tepat. Jangan sebab nak bagi laku pencuci muka dia ja, terus cakap serum tak penting. Nasib la CikSha ni spesis kalau dah tertanya-tanya betul ke tak mesti nak cari maklumat sendiri jugak.


Nak tahu tak, serum pun penting juga tau untuk penjagaan kulit wajah. Ada peranan yang tersendiri. Sebab serum dapat membantu dalam proses membaiki sel kulit muka yang bermasalah dari luar sehingga ke dalam. Tapi cara penggunaan tu la yang kena betul. Baru serum yang dipakai dapat bertindak dengan lebih berkesan. 


Cara Pakai Serum Yang Betul


Nak pakai serum pun ada cara ke? Ehhh, mestilah ada. Yang penting sekali, kena pastikan rutin penjagaan kulit wajah tu lengkap. Paling cikai pun 3 basic : pencuci, toner dan juga pelembab. Haa, dah lengkap yang basic boleh la add on serum sebagai vitamin kulit tambahan. Baru kulit cantik meletops kebabom. Gittew.
 
 
Tapi nak pakai pun kena ikut langkah yang betul tau. Ni CikSha kongsikan langkah yang betul untuk pemakaian serum wajah :
1. Cuci muka bersih-bersih
2. Jangan lupa apply toner dulu
3. Tunggu dalam beberapa minit supaya toner tu dah terserap dalam kulit. Kemudian, baru boleh apply serum
4. Dah siap apply serum dan urut-urut muka dengan serum sampai dah serap, pakailah pelembab
5. Cing cing kulit sihat berseri..gittew..😝 


Langkah kat atas ni paling basic yang CikSha duk amalkan. Memang sesuai sangat dengan orang pemalas a.k.a simple macam CikSha tapi nak jugak kulit sihat berseri. Hihi. Seminggu sekali jangan la lupa scrub muka jugak tau.




Testimoni Review Pengalaman Sendiri : Sebab Mengapa Terpikat Giler Dengan Serum Dr.Beau


Haaa..kalau nak tau, sekarang ni CikSha duk bermanja dengan serum Dr. Beau. Dah hampir sebulan jugak la pakai. Memang best sangat! Kenapa CikSha boleh terpikat giler tahap jatuh cinta teruk, di sini CikSha kongsikan sebab musababnya satu persatu.
 
 

#1: Tak Melekit Langsung!

Walaupun serum ni berasaskan minyak, tapi langsung tak melekit tau. Teksturnya macam ringan dan cepat meresap ke dalam kulit. 

#2: Datang Dalam Bentuk Kapsul

Yang paling menarik, serum Dr.Beau ni berbentuk kapsul gel. Pada pandangan CikSha , ini salah satu keistimewaan serum ni. Terjamin kebersihan serum. Dan kuantiti yang patut digunakan setiap kali penggunaan pun ngam-ngam dengan satu kapsul. Boleh pakai untuk 2 kali pulak tu satu kapsul kalau nak jimat. Awesome!

 


Dah tak gelap sangat dah parut yang kat bawah mata dengan pipi belah kanan ku itu penangan sagat jalan masa jatuh motor Oktober 2020. Dah makin pudar uiii. Suka sangat!


#3: Serum Dr.Beau Selamat Untuk Ibu Hamil Macam CikSha


Selamat digunakan ibu mengandung dan ibu yang menyusukan anak. Yang ni paling penting sekali tau. Ibu mengandung dan menyusu pun nak jugak cantik-cantik. Tu yang Ciksha terpikat tu. Maklum la, tengah memboyot ni kan. Tapi nak jugak kulit lawa. Hihi.
 
 

#4: Sesuai Untuk Kulit CikSha Yang Sensitif

 
Oh. Lagi satu CikSha terlupa. Yang buat CikSha terpikat dengan serum Dr Beau ni jugak sebab sangat sesuai dengan CikSha yang kulit sensitif ni. Kulit muka makin lembap. Parut eksiden jatuh motor yang kat pipi pun dah makin pudar. 
 
 

#5: Bantu Atasi Kesan Alahan Pada Kulit Ketika Mengandung

 
Bila pakai satu kapsul ni, ada lebihan minyak lepas sapu pada wajah di telapak tangan (sebelum ia serap sepenuhnya). Jadi lebihan ni, CikSha cepat-cepat terus sapu kat kaki CikSha yang ada alahan sebab mengandung. Bahagian kaki yang alahan ni kelihatan macam eczema tapi bukan, biasalah orang mengandung ni paham-pahamlah kan.
 
Apa yang membuatkan CikSha terkejut, berkat rajin sapu lebihan serum lepas tempek pada wajah kat kaki, alhamdulillah sekarang dah makin elok dah. Suka sangat! Macam mana la tak terpikat. Tak payah dah CikSha nak susah hati dengan cari ubat itu ini. Asbab guna Serum Dr.Beau, benar-benar dapat bantu CikSha untuk dapat kulit yang lebih sihat ketika hamil tanpa sebarang kesan alahan yang sepatutnya.


Info Menarik Tentang Serum Dr.Beau Yang Patut Diketahui

Siapakah Pengeluar Untuk Produk Dr.Beau Ini?

Untuk pengetahuan semua, serum Dr.Beau ini dikeluarkan oleh syarikat Tejja Herbs, sebuah syarikat bumiputera yang aktif menghasilkan produk menggunakan bahan semulajadi. Syarikat Tejja Herbs adalah syarikat berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nombor pendaftaran 002215435-D. Segala produk dari syarikat ini dijamin keasliannya 100%.


Untuk Serum Dr.Beau ini, ia juga telah mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk diedarkan dengan nombor siri KKM: NOT170502921K. InsyaAllah selamat digunakan.


Kandungan Bahan Serum Dr.Beau Dari Bahan Yang Terpilih

 

Ini adalah kandungan utama di dalam Serum Dr.Beau yang kaya denganVitamin E yang mana memang sangat bagus untuk merawat kulit.
 
Rosehip Oil - melembutkan, melembabkan dan menjaga kesihatan kulit.

Argan Oil -  sesuai untuk semua jenis kulit akan mengawal lebihan minyak pada kulit dan bagus untuk kulit kering.

Almond Oil - merawat set kulit mati dan menghilangkan kedut pada kulit muka.

Apricot Kernel Oil -  tekstur ringan dan menyerap dengan cepat berfungsi sebagai pelembap yang baik terutamanya untuk kulit yang sensitif. Ianya kaya dengan vitamin A, C dan E yang melindungi kulit daripada tanda-tanda penuaan dan kerosakan daripada matahari.

Wheat Germ Oil -  salah satu sumber terkaya vitamin E, A dan D, protein dan mineral.

Evening Primrose Oil - mengandungi asid lemak Omega-3 yang sangat bagus untuk kulit sensitif dan ianya memastikan kulit sentiasa segar dan selesa.



Manfaat Serum Dr.Beau Yang Sangat Banyak dan Bagus Untuk Kulit

Antara manfaat Serum Dr.Beau adalah :
  • Menjadikan kulit lebih lembut dan anjal.
  • Mengekalkan kelembapan pada kulit.
  • Melambatkan proses penuaan.
  • Merawat masalah kulit berjerawat dan berjeragat.
  • Memudarkan parut jerawat.
  • Mencerahkan kulit.
  • Merawat masalah kulit kusam dan tona tidak sekata.



Ramai Beri Testimoni Positif Selepas Jadi Pengguna Serum Dr.Beau


Meh CikSha kongsikan testimoni dari pengguna lain pulak. Mana la tahu kot tak percaya feedback dari CikSha sendiri kat atas tu. Ramai tau artis-artis yang guna serum ni. Rakyat marhaen macam kita-kita pun tak terkecuali. Produk bagus dan berkesan, confirm la jadi pilihan ramai kan?



Antara barisan artis yang jadi pengguna Serum Dr.Beau






 
 
 

Untuk lebih banyak tesstimoni pengguna, korang boleh la follow media sosial Dr.Beau. Kat sana boleh tengok pelbagai testimoni berjaya yang telah dikongsikan oleh para pengguna Serum Dr.Beau yang dah terpikat dengan keberkesanan serum yang awesome ni. 



Benar-Benar Terpikat Dengan Serum Dr.Beau Sejak Guna Kali Pertama


Kesimpulannya, CikSha memang suka sangat pakai Serum Dr Beau. Kena kekal bercinta la dengan serum ni. Korang pun kalau tak pernah lagi tempek sebarang serum kat muka, CikSha syorkan sangat cuba Serum Dr Beau. Confirm tak menyesal.


Untuk info lanjut korang boleh layari media sosial Dr Beau seperti di bawah ni:
 
 

Bisik-bisik :: Tengah ada promosi tau sekarang. Cepat pergi terjah laman sosial Dr Beau! Kalau korang berminat nak cari income pun boleh. Team Tejja Herbs sangat mengalu-alukan sesiapa saja yang berminat untuk jadi pengedar Serum Dr.Beau tanpa sebarang modal.

Wednesday, 13 January 2021

Penyakit Tibi. Bahaya atau tidak?

Wednesday, January 13, 2021 4 Comments
Assalamualaikum. Hai!



Dalam kita duk risau dan berjaga-jaga dengan virus covid, sebenarnya ada juga penyakit berjangkit lain yang virusnya masih aktif mencari mangsa. Haaa, begitulah kehidupan. Di mana-mana je pun ada macam-macam risiko dijangkiti pelbagai penyakit bawaan virus dan bakteria yang ada di sekeliling kita. Inilah salah satu ujian dari Allah.


Semalam, CikSha sekeluarga pergi check up kali keempat dan alhamdulillah yang terakhir untuk saringan kontak tibi. Syukur kami semua dah diberi discaj oleh doktor. Dah tak perlu pergi check up susulan lagi. Keempat-empat saringan yang kami lalui, alhamdulillah semuanya takda tanda-tanda dijangkiti. Syukur. 


Kad khas untuk pemeriksaan berkala kontak tibi


Macam mana kami boleh jadi kontak tibi? 



Semuanya ujian dari Allah. Tak boleh nak salahkan sesiapa. Kalau dah Allah nak turunkan penyakit tu pada hambaNya yang dikehendaki, maka begitulah yang terjadi. Jadi, kena redha dan usaha lah untuk dapatkan rawatan sebaiknya. 


Kes nya anak sedara CikSha yang kena. Hujung tahun 2018 kalau tak salah. Masa tu umur dia 3 tahun. Dia demam selsema dan batuk berkahak dah seminggu. Mulanya parents dia tak bercadang nak bawa klinik. Ingatkan demam batuk selsema biasa, jadi nak bagi makan ubat demam dan batuk selsema sendiri yang beli dari farmasi. Bebudak kan? Biasa la kalau demam selsema kekadang tu.


Tapi satu hari tu, seharian dia muntah sesaja. Muntah sampai keluar air hijau sebab perut kosong. Memang dia tak makan apa-apa. Susu pun tak sangat. Sampai lembik la budaknya. Mulanya mak dia (biras CikSha) berkeras juga takmau bawa pi hospital. Sebab masih fikir takda apa-apa. Katanya biasa dah anaknya kalau demam jadi camtu. 


Tapi, CikSha, kakak ipar dan mertua memang paksa la suruh bawak pergi kecemasan. Mahunya kami tak susah hati jugak tengok. Dah tinggal serumah dengan kami. Kakak ipar pulak nurse. CikSha ni jenisnya apa-apa berkaitan anak semua nak rujuk doktor. Hihi. Memang kena paksa la. 


Akhirnya parents dia ikut jugak saranan kami bawa ke bahagian kecemasan. Kena tahan wad. Doktor buat apa yang sepatutnya la. Ambil darah, kahak semua tu. Demam selsema kan. Bila dapat result, rupanya anak sedara CikSha tu positif tibi. 


Haa, bila dah positif tibi ni, memang laju la pihak hospital buat kerja. Anak sedara kena kuarantin 2 minggu kat bilik isolasi hospital. Pegawai dari hospital datang rumah ambil maklumat kami semua yang tinggal serumah dengan anak sedara. Kena pergi buat saringan secepatnya untuk trace anak sedara dapat jangkitan dari mana dan adakah kami semua dah dijangkiti juga. Itu yang kami jadi kontak tibi tu.


Notis yang kami dapat dari pegawai perubatan yang datang ke rumah


Rawatan yang diterima



Macam yang CikSha bagitau tadi, anak sedara kena kuarantin di hospital 2 minggu. Lepas 2 minggu dia dibenarkan balik dan teruskan rawatan dengan pengambilan ubat secara pantauan dari Klinik Kesihatan yang terdekat. Setiap hari dia kena pergi ke Klinik Kesihatan untuk makan ubat selama 2 bulan. 


Lepas 2 bulan, pengambilan ubat diteruskan lagi tapi tak perlu dah pergi ke Klinik Kesihatan setiap hari. Pihak klinik bekalkan ubatan untuk makan di rumah. Kena disiplin la makan sebab dah takda nurse yang pantau. Parents yang kena take over selama 4 bulan. Tapi setiap 2 minggu kena pergi buat report dan ambil bekalan ubat baru di Klinik Kesihatan. 


6 bulan jugak la tempoh rawatan dan pengambilan ubat yang anak sedara CikSha kena hadap. Kesian tengok kena paksa makan ubat. Budak kan, biasa la tu kalau liat nak makan ubat. Sekarang alhamdulillah dia dah sembuh dah. Takda dah kuman tibi kat paru-paru dia. 
 


Untuk kami yang jadi kontak tibi ni, kena hadap check up selama 2 tahun sebanyak 4 kali. Kali pertama kena saring, semua kena buat xray dan cucuk mantoux. Kalau xray tengok kat paru-paru tu ada tompok-tompok putih sikit, doktor akan tanya simptom lain. Kalau ada batuk, dah berapa hari dan kena hantar sample kahak ke makmal. Lepas tu nanti lepas 3 hari kena datang semula check bacaan suntikan mantoux tu. Kalau melebihi 10mm diameter bekas cucuk tu, maknanya positif tibi la jawapan dia. Dah dijangkiti juga.


Alhamdulillah kami semua takda tanda jangkitan. Cuma kena buat check up berkala lagi 3 kali. Sebab menurut kata doktor, kuman tibi ni cerdik. Kadang dia dah ada dalam badan yang dijangkiti. Tapi dia 'tidur'. Kira macam dia sembunyi dulu la gitu. Maka, kami semua akurlah untuk teruskan pemeriksaan berkala tu.


2 bulan seterusnya kami kena check up untuk kali kedua. Masa ni doktor cuma pantau saja kalau ada simptom macam selsema, batuk berkahak, demam, susut berat badan. Alhamdulillah semua 'lepas' juga. CikSha siap kena 'perli'. Doktor kata kalau berat makin naik camni memang takdanya jangkit kuman tibi. Hahaha. Hantu betoi doktor ni.


Lepas tu 6 bulan berikutnya kami perlu hadir untuk check up yang ketiga. Prosedur yang sama dengan check up kali kedua sebelum ni. Syukur semuanya tiada juga sebarang tanda jangkitan. Jadi, kami diberi tarikh pemeriksaan seterusnya untuk setahun lagi. 


Dan semalam lah, check up kali keempat yang kami kena hadap. Kali keempat ni semua kena buat xray sekali lagi untuk tengok kondisi paru-paru. CikSha je dapat pengecualian sebab mengandung. Tapi alhamdulillah semua pun ok dan doktor dah discaj kami semua semalam. Syukur.


Oh ya, untuk kontak tibi memang akan kena pemeriksaan berkala sebanyak 4 kali tau. Pergilah. Ikut je jadual dan tarikh pemeriksaan yang diberi. Ye. Memang leceh nak ingat tarikh temujanji kena pergi klinik kesihatan. Tapi demi kesihatan, pergilah. Tak menyusahkan pun.


Suntikan Mantoux yang macam ni la kami sekeluarga kena selain xray di dada untuk tengok paru-paru. (Gambar sumber Harian Metro.) 


Tibi tu apa? Bahaya ke tidak?



Tibi ni sejenis penyakit berjangkit yang tersebar melalui udara. Sejenis bakteria yang dikenali sebagai Mycobacterium Tuberculosis la yang menyebabkan terjadinya penyakit tibi ni. Kalau dapat rawatan yang sepatutnya dari awal, insyaAllah tak bahaya dan boleh sembuh. Tapi, kalau tak dapat rawatan memang boleh membawa maut. 


Ada beberapa jenis penyakit tibi sebenarnya tau. Bukan tibi paru-paru saja. Ada tibi tulang, tibi otak. Kuman tibi boleh merebak ke organ kalau dia dah ada dalam badan tau. Jangan buat main. Sebab tu kena segera dapatkan rawatan pada yang dah dijangkiti. Yang jadi kontak rapat pada pesakit tibi pun kena juga pastikan diri buat saringan. Pergi je. Tak perlu takut pun. Kalau dijangkiti, boleh dapat rawatan dari awal. Kalau tak dijangkiti, syukur alhamdulillah. 


Sumber Kementerian Kesihatan Malaysia


Tanda-tanda dijangkiti tibi



Kadang-kadang susah nak jangka samada dah dijangkiti tibi ke tidak. Sebab kebanyakan kita sangka, demam selsema batuk berkahak tu benda biasa ja. 


Jadi kena ingat yang ni. Kalau dah demam lebih dari 2 minggu, ada batuk berkahak yang sampai keluar darah, sakit dada bila batuk atau tarik nafas, kurang selera makan dan berat makin susut, pergilah buat pemeriksaan kesihatan. Maklumkan dengan jujur semua simptom tu pada pegawai kesihatan. InsyaAllah rawatan yang lebih terperinci akan diberi. 


Jangan takut. Tanggungjawab kita untuk pastikan kesihatan kita sendiri dalam keadaan yang baik. Kita pun kena 'jaga' kesihatan orang terdekat dengan kita macam ahli keluarga terutamanya. Tambah-tambah kalau ada yang berisiko tinggi mudah terkena jangkitan macam yang imun rendah, ada sakit kronik darah tinggi atau kencing manis dan warga emas. 


Bye kad hijau. Taknak dah jumpa lagi. 😅


Tanggungjawab bersama untuk ambil tahu tentang tibi



Begitulah kisahnya keluarga kami kena buat saringan dan pemeriksaan berkala untuk penyakit tibi. Alhamdulillah Allah lindung semuanya. Maklum la risiko jugak sebab kat rumah ada warga tua dengan sakit kronik dan anak-anak yang masih kecil. Syukur dah boleh discaj selepas 2 tahun pemeriksaan berkala. 


Anak sedara CikSha pun nampak sihat dah. Takde dah selalu demam selsema dan batuk macam dedulu. CikSha memang perasan dulu kerap sangat dia kena demam selsema batuk. Boleh kata selang seminggu setiap bulan mesti demam selsema dan batuk. Sebelum duduk serumah dengan kami lagi. 


Sekarang depa sekeluarga dah pindah rumah sewa baru dan tinggal sendiri. Sekali sekala ada la datang rumah menjenguk. Memang nampak beza kesihatan dia. Alhamdulillah. Punca dia dijangkiti tibi, kami pun tak tahu. Tak tanya pada parents dia apa yang doktor maklumkan. Takpa la. Janji dia dah sihat. Itu yang paling penting. 



Bisik-bisik : Tanggungjawab kita untuk cakna kesihatan bersama.