Monday, 28 December 2020

Shahadafauzi.com bertukar wajah sempena dah berusia 11 tahun

Monday, December 28, 2020 6 Comments

Assalamualaikum. Hai!

 

Diam tak diam rupanya dah 11 tahun diri ini duk merepek meraban kat blog kecintaan hati yang sweet ini. Dari domain .blogspot.com dah upgrade ke .com. Dari blog duk pot pet sensorang sampai dah boleh jana income walaupun belum kepuk-kepuk. 

 

Alhamdulillah. Satu perkembangan yang baik dalam arena menulis blog. InsyaAllah boleh pergi lebih jauh. Mana tahu lepas ni dapat capai income adsense berduyun-duyun pulak. Perghh. Menggunung tinggi tu cita-cita. Hihi. Berangan tak salah kan?


Jadi sempena dah 'akil baligh' ni, kita make over la blog ni bagi rupa yang lebih fresh. Paling penting sweet dan gojes macam tuan dia. Ciri-ciri keperempuanan tu kena ada. Ewah! Nak jugak puji diri sendiri. Hihi. Memang tebiat dari azali tu. Yang dah lama follow blog ni mesti tahu punya la kan tuan blog ni tahap perasan dia camna. 😅

 

 

Ni lah rupa baru www.shahadafauzi.com



Header dengan kata-kata hikmat yang selalu bertenggek kat hujung blog tu masih menten. Dah jadi trademark blog ni. Memang dari awal blog ni wujud kata-kata hikmat tu dah ada. Header tu macam biasa la kan. Pengenalan yang membawa nama tuan empunya blog ni.


Kali ni CikSha malas dah nak design template sendiri. Jadi kita cari je template free yang comei dan menepati piawaian taste yang cerewet ni. Jenuh oiii kelebet cari yang betul-betul boleh pikat hati. Cari punya cari, test punya test, akhirnya template ni jadi pilihan. Make over sikit, touch up sana sini, gigih kelebet coding, maka inilah wajah baru www.shahadafauzi.com. Comei tak?


Semoga dengan rupa yang baru ni, CikSha akan lebih rajin update blog. Ini je la satu-satunye azam yang tak pernah terlaksana dengan jaya. Yang tak menahan tu tetiap tahun duk berazam. Sabor je la. Hihi.


Terima kasih buat pembaca yang selalu bagi support kat CikSha dengan datang skodeng dan baca coretan merapu CikSha. Korang memang awesome. Sayang sangat! Jangan pernah jemu tau support CikSha.


Bisik-bisik :: Blogging is my passion. InsyaAllah akan tetap terus menulis selagi bernyawa.