Resipi Kek Batik Almond Yang Cair di Mulut dan Yummylicious

Hari ni nak kongsi dengan korang cara aku buat kek batik. Ini la satu-satunya kek yang paling aku terer buat. Ramai cakap kek batik aku sedap. Lain dari yang lain. Tapi entah la, takde pulak teringin nak buat bisnes jual kek batik ni. Selalunya aku buat untuk makan sendiri atau ada apa-apa sambutan/jamuan je la.

Aku kalau buat kek batik memang tak pakai serbuk koko. Pakai milo je semata-mata. Bahan yang selalu guna : Biskut marie, susu pekat manis, butter, milo. 4 bahan ni je aku selalu guna tau. Kekadang je aku tambah satu bahan lagi, Almond Chocolate jadikan topping. Macam menggiurkan pulak tengok badam duk bertaburan kat atas dia.

Ni cara aku la ye buat kek batik yang special edition ni. Aiseh. Special edition sebab topping guna Almond Choc Bar by Chocotainer tu ha. Alaaaa, ceklat sedap yang aku dagangkan tu la. Kalau nak boleh roger tepi. Hihi. Ok. Jom cekidaut! 

 
MENARIK UNTUK DICUBA!


 

 
Antara bahan yang CikSha guna. Gambar milo lupa nak snap.

 

KEK BATIK ALMOND by CikSha

 
BAHAN-BAHAN :
1 buku butter
3/4 tin susu manis
8 sudu milo
Biskut marie secukupnya (aku guna 2 row)
2 pcs Almond Chocolate Bar Chocotainer
 
 
CARA BUAT :
 
1. Cairkan butter.
 
2. Tuang susu manis bila butter dah cair. Kacau-kacau sikit lepas tu biar bagi dia menggelegak sikit.
 
3. Dah gelegak tu masukkan milo dan kacau-kacau bagi sebati jangan bagi dia berketul.
 
4. Perlahankan api lepas tu masukkan biskut marie yang dah dipatahkan. Gaul depa bagi mesra.
 
5. Bila biskut dah tersalut tu, cepat-cepat kaut letak dalam bekas. Ikut suka hangpa la nak letak dalam bekas apa. Macam aku suka guna bekas aiskrim terpakai. Apa? Ingat bekas tu untuk bubuh ikan je ke? Hihi.
 
6. Tekan adunan tadi tu bagi depa padat. Letak tepi sat.
 
7. Amoh kita buat topping pulak. Cairkan coklat bar Almond Chocotainer secara double boil. Dah cair cepat-cepat tuang atas kek batik dan ratakan. Kalau nak guna coklat lain pun boleh je. Ikut suka la. Takmau buat topping pun takda masalah jugak. Selera masing-masing. 😉
 
8. SIAP! Sejukkan dulu. Nanti baru makan.
 
 
Asyik oii bila gigit tu rasa lemak-lemak manis coklat dan milo lepas tu krap tergigit almond. Aduiiii. Nikmat tak terkata! Nanti hangpa cuba tau. Resipi aku seperti biasa semua memang bahan tak menyusahkan. Senang nak buat. 


Bisik-bisik :: Hantu kek coklat dan juga biskut digabungkan jadilah kek batik. Hihi.

3 Ulasan

Membebel dengan penuh hemah. Komen awak adalah atas tanggungjawab sendiri. No hate speech okay. Terima kasih!

  1. lama pulak tak buat kek batik, tengok yang sha punya tu rasa macam nak buat pulak. memang special edition sungguh tu hii

    BalasPadam
  2. Kacang almond mahal tapi sedap tu.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan