Pengalaman melahirkan secara Ceasarean

Assalamualaikum. Hai! 


Lama aih duk biar blog ni sunyi sepi takdak entri baru. Bukan takda idea. Nak menaipnye tu bercinta sangat. Padahal kat pesbuk boleh je tulis berjela-jela. Hihi. 


So, entri kali ni nak tulis pasal kenangan kena belah perot nak keluarkan 'hasil cinta' yang pertama sempena bulan kesedaran Cesarean. Dah tulis dah kat pesbuk. Ni tambah sikit point nak bagi panjang cecah lantai blog. Baru berbaloi bagi hangpa baca. Hihi.





April - Cesarean Awareness Month


CikSha tahu, ramai je yang pernah merasai pengalaman melahirkan secara czer samada unplanned a.k.a emergency ataupun yang dah di plan atas sebab-sebab tertentu. Yang pasti semua ni adalah ketentuan yang dah diatur awal lagi oleh Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. 

Sebab tu untuk menghargai pengorbanan para ibu yang pernah melahirkan melalui czer, bulan April ni dijadikan sebagai bulan penghargaan untuk ibu dan awareness kepada masyarakat. Tujuannya supaya semua orang tahu ini adalah pengorbanan yang sangat bernilai sebab risiko sangatlah tinggi. 

Melahirkan secara pembedahan bukan bermaksud kita 'kurang' sense sebagai ibu sebab tak feel contraction masa nak beranak. No no no. Beranak normal ke bedah ke, pengorbanan melahirkan tu tetap sama pahalanya. Tak ada beza. Apa la nak pi banding-banding pulak. Pelik betoi spesis mak-mak yang suka banding-banding ni. Hangpa dah pasaipa? Cobet kang!

CikSha sendiri dah rasa kedua-dua cara kelahiran. Normal dan czer. Jadi pada CikSha, mana-mana jenis beranak pun ada kesakitannya yang tersendiri yang Allah bagi kita rasa. Jadi hargai je pengalaman terindah kalau diberi peluang merasa kedua-duanya atau salah satu daripadanya. 

Yang bestnya bila diberi peluang melahirkan secara czer ni kita ada parut kekal selamanya kat perut. Panjang pulak tu. Parut Cinta gitu. 

Buat ibu-ibu yang ada SCAR OF LOVE, kita geng tau. ❤️


Budak ni la yang keluar ikut 'tingkap' tu

Pengalaman CikSha melahirkan secara czer


CikSha dapat scar of love masa nak beranakkan si sulung, abang Adan (2014). Emergency czer sebab fetal distress. Lagipun awalnya ketuban dah pecah dan 'kotor' sebab baby dah memberakkan dirinya kat dalam tu. Tapi doktor nak bagi peluang beranak normal dulu. Masalahnya dah induce dan merasa contraction macam nak mati pun jalan takmau terbukak sampai habis. Slow progress. Bila dah 8cm jalannya, CikSha dah tak larat nak push pulak sebab dah lama sangat menahan contraction. Sejam oi layan contraction. Jantung baby pun dah drop. Penyelesaian nya, emergency czer.


Teringat masa nak sign borang czer tu, dalam duk menahan sakit contraction tapi doktor duk tanya macam-macam sebelum sign. Lepas tu boleh pulak minta suami tolong sign sebab tangan gigil tahan sakit. Padahal mana boleh. Sendiri yang kena sign. Kena marah manja dek doktor. Memang kalut betul masa tu. Hihi. 

Yang paling tak boleh lupa, bila dah ditolak keluar dari dewan bedah, suami mai serbu lepas tu tanya kenal tak dia tu siapa. Hahahaha. Takut dia bini lepas kena bedah terus hilang ingatan ke apa taktau. Bedah tang perut kot bukan kepala. 😆

Itulah kenangan terindah kelahiran pertama dengan pengalaman dibedah untuk pertama kali seumur hidup. Dapatlah satu parut kekal tanda cinta dan kasih sayang buat anak dan suami. Semoga sentiasa dihargai pengorbanan ini seumur hidup depa anak beranak. Gituuu. Nak jugak tu penghargaan. Hihi.


Bisik-bisik :: Dah 6 tahun usung parut czer dan perut gendut. 😜

4 Ulasan

Membebel dengan penuh hemah. Komen awak adalah atas tanggungjawab sendiri. No hate speech okay. Terima kasih!

  1. Pengalaman yang tak mungkin dilupakan ye tak...akak x pernah lagi la Cesarean ni..dulu bersalin normal...pas tu takde dah experienced lagi...hehehe...akak dah follow sini tau...

    BalasPadam
  2. adui ngilu membacanya, ye beranak memang sakit tak kiralah apapun kaedahnya, bila dikenang semula memang manis rasanya haha

    BalasPadam
  3. Kita geng nampaknya. Jomlah sama-sama usung perut gendut. Haha

    BalasPadam
  4. inilah pengorbanan seorang isteri kepada suami dengan melahirkan zuriat yang tiada tolok bandingnya

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan