Tuesday, 23 October 2018

Pap Smear | Pengalaman Sendiri. Ngeri ke Tak?



Assalamualaikum. Hai!


Lama dah nak tulis pasal ni. Nak kongsi pengalaman sendiri buat Ujian Pap Smear. Sepanjang dah 5 tahun berkahwin dan dah memberanakkan 3 'malaikat' kecik CikSha tu, baru 2 kali CikSha buat ujian Pap Smear.


Masa pertama kali dengar tu kan, ya ampunnnnn ngerinya rasa. Seingat CikSha masa tu beberapa bulan lepas lahirkan abang Adan. Tahun 2014. Nurse pesan suruh datang buat ujian pap smear, sampai kesudah CikSha buat derk je sebab takut punya pasal. Duk baca momokan bebukan sampai takut ha. Tup tup termengandung si encem Iman, tak jadi buat. Hihi.


Kali kedua dengar pasal pap smear lepas lahirkan si encem Iman pulak. Tahun 2016. Punya mengelak takmau buat jugak sebab seram, CikSha buat derk lagi sekali. Hampir setahun lebih umur Iman kot. Last nya sampai ke rumah nurse datang tuntut. Buat kat rumah terus. Padan muka! Nak lari sangat kan. Hahaha. Itu lah first time CikSha kena buat pap smear lepas dah 3 tahun lebih kahwin dan ada anak 2.


Rupanya tak sakit pun. Cuma ada rasa tak selesa sikit. Tapi prosedur buat nya tu sekejap je. Tak sampai 5 minit pun. Serius tak sakit. Tetiba je dah siap. Nurse tu pun lembut je buat. Tapi yang first time CikSha buat ni tak dapat resultnya. Mungkin takda apa-apa masalah. Dan rupanya masa tu CikSha tak sedar Cik Merah dah lekat dalam 2 minggu dalam rahim. Tepuk dahi!




Pap smear yang kali kedua, baru je buat bulan September lepas. Yang ni sakit sikit sebab nurse tu usaha dengan bersungguh-sungguh mengikis pangkal rahim iols nak ambik lendir untuk sample. Dia cakap bersih sangat pangkal rahim CikSha sampai sikit je dapat lendir. Huwaaa. Terasa ngilu tau masa dia gigih duk kikis tu.


Esoknya CikSha terkejut gilos sebab tetiba kencing macam ada darah sekali. Huhu. Mujur tak berlarutan. Sehari tu je la jadi macam tu. Takut jugak memula. Gigih meng-google kenapa boleh jadi macam tu. Rupanya, memang boleh jadi macam tu lepas buat pap smear kalau terluka sikit pangkal rahim masa proses ambil sample. Lega sikit rasa. Walaupun pada mulanya takut.


Result belum tahu lagi. Nurse tu kata kalau ada masalah baru dorang call. Ni rasanya dah lebih sebulan lepas buat pap smear. Terlupa nak tanya berapa lama ambil masa nak dapat keputusan dari makmal. Tengok la next visit bulan November ni ke Klinik Kesihatan untuk check up Cik Merah dengan si encem Iman, CikSha cuba tanya. Nak jugak tahu result walaupun takda masalah.


Betul jugak kata orang. Semua atas tangan yang buat, rasa sakit ke tak tu. Yang pertama kali tu dengan nurse muda. Yang kali kedua tu dengan nurse veteran. Dua pengalaman yang berbeza. Serik ke tak CikSha nak buat lagi lain kali? Eh. Rasanya tak la kot. Untuk kesihatan diri sendiri jugak. CikSha sayang rahim CikSha. Bukan laki nama Rahim na. Hihi.


Sebenarnya kan, perempuan yang dah berkahwin dan beranak ni, memang WAJIB buat pemeriksaan kesihatan rahim. Perempuan yang belum berkahwin tapi aktif dalam hubungan seksual pun digalakkan buat. Haaa. Kenapa tu? Pepaham je la kenapa eh. Tu la sebabnya kita kena buat ujian pap smear. Penting tau! Walaupun pasangan kita jaga kebersihan secret part dia, but we never know kan kalau ada kuman ke virus ke yang menumpang.




Sedikit perkongsian maklumat pasal ujian pap smear CikSha nak korang tahu.

Apa tu Ujian Pap Smear?
Ujian pap smear ni ialah pemeriksaan pangkal rahim untuk mengesan sebarang sel abnormal yang ada di serviks. Sel abnormal apa tu? Macam jangkitan fungus dan yang penting sekali ialah untuk mengesan sel kanser.


Prosedur Ujian Pap Smear tu macam mana?
Elakkan hubungan intim dengan encik suami dalam sehari dua sebelum pergi buat ujian pap smear. Nanti kita akan disuruh baring macam nak check bukaan rahim masa nak beranak. Tenang-tenang je ye. Jangan keraskan badan masa nurse nak masukkan alat (mulut itik a.k.a speculum) yang nak hold bukaan cik bunga kita tu. Memang rasa tak selesa sikit tapi buat derk je la. Hihi. Nanti nurse akan ambik sedikit lendir kat pangkal rahim kita dan letak atas slaid untuk hantar ke makmal. Siap dan tunggu result.


Kesimpulannya, jangan takut ye untuk buat ujian pap smear ni. Jaga kesihatan rahim kita. Rahim kita ni ada satu je. We never know what happen inside. Sebab tu digalakkan buat ujian ni kepada yang dah berkahwin dan yang aktif dengan hubungan intim ni walaupun belum berkahwin. Jaga kebersihan dan juga pemakanan kita.


Peringatan dan amaran keras. Jangan la pi sesuka insert itu ini yang bebukan dalam cik bunga kita ya. Buat pemeriksaan dengan yang pakar kalau rasa ada something is wrong somewhere with your secret part. Get it?


Bisik-bisik :: Kanser serviks ni pembunuh nombor 2 orang perempuan tau. Jangan takut untuk buat ujian pap smear eh. Bayar RM1 je kalau buat kat Klinik Kesihatan Kerajaan. 



Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

Tuesday, 9 October 2018

Komuniti Blogger Terbaik | Team Blogger Pantai Timur



Assalamualaikum. Hai!


Sekarang ni kan, CikSha duk tanam azam baru. Nak kembali aktif menulis blog macam dulu masa bebujang tu. At least dapat tulis satu entri sehari pun dah ok dah. Biar nampak hidup sikit blog ai yang suwit muwit ni. Baru la client skodeng pun rasa macam berbaloi nak bagi CikSha job, kan?


Blog ni salah satu punca rezeki CikSha. Banyak dah rezeki masuk melalui blog ni. Jadi rasa macam ruginya kalau tak belai dia elok-elok. Bagi dia suapan entri selalu supaya nampak aktif. Lagipun, sejak CikSha join satu komuniti blogger ni, banyak jugak job dapat dari situ. Admin dan ahli lain sangat la suka berkongsi rezeki kalau depa tahu ada job dari mana-mana client yang nak pakai blogger sebagai influencer.


Sepanjang dah 9 tahun berkecimpus dalam dunia blog ni, CikSha sebenarnya dah join 2 komuniti blogger tau. Dua-dua komuniti blogger ni bukan guna nama individu. Depa lebih fokus kepada negeri camtu. Jadi komuniti blogger ni akan kumpul bloger-blogger dari negeri berdekatan.


Masa bujang dulu CikSha join Kami Blogger Utagha (KBU). Pengasasnya penulis blog bernama Gadis Kampung Separa Bandar (GKSB). Komuniti blogger ni mengumpulkan penulis-penulis blog dari negeri utara (Perak, Pulau Pinang, Kedah, Perlis). KBU dulu suka buat aktiviti charity dan meet up ahli. Sekarang CikSha tak pasti la komuniti blogger ni masih aktif atau tak sebab dah lama menyepi. CikSha pun lepas kahwen tak berapa aktif berblog dah. Ni baru nak start balik.




Bila dah berhijrah ke Terengganu ni, otomatik CikSha jadi orang pantai timur celup la. Hihi. Tu sebab tetiba jadi ahli dalam komuniti blogger Team Blogger Pantai Timur (BPT) tu. Team BPT ni mengumpulkan blogger dari negeri pantai timur (Kelantan, Terengganu, Pahang). Sebenarnya baru jugak CikSha join Team BPT ni. Bulan Ogos 2018 kalau tak salah. Tu pun tetiba je offer diri sendiri kat admin Team BPT Sis Awa {www.sishawa.com} bila dia announce kalau ada mana-mana blogger dari Pantai Timur yang nak join. CikSha kan orang pantai timur celup. Tu muka tak malu tu nak join jugak. Hihi.


Lepas kena intebiu sikit dengan admin, baru la diterima untuk jadi ahli Team BPT. Nebes iols siap kena intebiu. Sebab depa tak ambik sebarangan blogger tau. Blogger yang betul-betul menepati syarat je yang dipilih. Semua ni demi menjaga nama baik dan kredibiliti Team BPT sendiri. Ahli-ahli dalam team ni pun bukan calang-calang orang. Ada macam-macam latar belakang. Yang power kerja hebat-hebat pun ada. Terasa kerdil diri ku ini yang cuma surirumah je. Tapi depa semua cool. Itu yang terbaik tu.


Sebenarnya, banyak je komuniti blogger lain yang bagus-bagus. Atas diri kita sendiri naik join yang mana. Yang penting komuniti blogger tu menjaga ukhwah sesama ahli dan berkongsi rezeki sama-sama. Tak cari pasal dengan komuniti blogger lain. Kalau boleh bekerjasama lagi molek sangat. Sebab pada CikSha, blogger ni bukan biasa-biasa punya influencer. Dari penulisan di blog masing-masing kita boleh tahu kekuatan penulisan depa tang mana. Gitu laaa.


Walau camna pun, KBU masih tetap di hati walaupun dah menyepi. Sekarang kita in love dengan Team BPT pulak. Eh. Bukan curang atau beralih arah tau. Dua-dua CikSha sayang. Hihi.


Bisik-bisik :: Jadi penulis blog ni bukan setakat menulis ja. Kena bertanggungjawab dengan penulisan yang ditulis juga. Hati-hati dengan jari tau!


Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

Monday, 8 October 2018

Cuti-cuti di Ada Hotel & Apartment | Simple, Comfortable, Affordable



Assalamualaikum. Hai!


Hari tu kan CikSha bawak famili kecik CikSha yang sweet ni pi bermalam kat Ada Hotel & Apartment, Kuala Terengganu. Ala-ala pi bercuti gitu. Maklum la kami kan tinggal kat Kuala Berang. Kalau nak turun ke bandar Kuala Terengganu ambil masa dalam 50 minit jugak. Jadi kita bajet ala-ala melancong la gitu. Padahal dalam Ganu jugak. Hihi.


Eh. Ingat tak boleh ke? Bajet tak banyak nak pi bercuti kat tempat jauh-jauh, kita main check in hotel dekat-dekat pun ok apa. Sesekali merasa tidur suasana lain dari kebiasaan kat rumah. Kemain seronok anak-anak. Sebab kami suami isteri tak selalu berkesempatan nak bawak anak jalan-jalan makan angin. Check in hotel sana sini. Kerja sendiri ni lagi bizi dari kerja kat organisasi tau. Maklum la, kalau tak kerja duit pun yilek pocit.





By the way, bukan CikSha sefamili je tau yang 'bercuti' stay kat Ada Hotel & Apartment tu. Famili member blogger dari Team Blogger Pantai Timur(BPT) pun join sekali. Sebenarnya dia yang ajak CikSha. Nak tahu siapa? Dia ialah Sis Gee a.k.a admin Team BPT penulis >blog www.sisgee.com<. Kalau tak kerana dia, ingat CikSha berpeluang ke merasa tidur hotel ni. Mekaseh Sis Gee sebab ajak kita. Love you! Oh. Sebab ni jugak CikSha dapat jumpa dia secara bertentang mata untuk kali pertama.


Best ke tak bermalam kat Ada Hotel & Apartment? Ni CikSha nak kongsi dengan korang la ni. Beware. Entri ni bakal panjang berjela-jela. Maklum la orang kuat membebel yang buat review. Hihi. So, here we go!


FIRST IMPRESSION

Sebelum check in, CikSha tunggu famili Sis Gee dulu. Sebab dia kan kepalanya. CikSha follow je. Masuk-masuk je lobi untuk urusan check in kami di sambut mesra oleh staf-staf kat situ. Bagus cara depa layan pelanggan. Sampai ke depan pintu bilik staf depa hantar tau. Ini first impression yang baik.


Masa hari nak check out pun, kami dapat jumpa sendiri dengan owner dia. Nama Shuhada kalau tak salah. ADA tu sempena nama dia. Eh eh. Kebetulan sangat kan sama dengan nickname CikSha. Tetiba perasan hotel tu guwe yang punya. Tetiba. Hihi.  

Pemilik Hotel, Cik Ada dan staf-staf nya


Frontdesk di lobi


BILIK YANG SIMPLE DAN SELESA

CikSha sefamili dapat menginap di bilik Superior Family. Kira ngam sangat la tu. Katil besar dapat kat suami dengan 2 hero kecik Abang Adan dan si encem Iman. Katil single dapat kat CikSha dengan cik Merah. 


Bilik dia memang bersih. Tak semak dengan perabot. Yang paling penting ada ruang untuk solat. Tandas dengan bilik mandi dia terlebih selesa sangat. Cik Merah siap pi merangkak masuk situ cari mak nye ni ha. Sabor je la. Sebab luas dan bersih tau. Berasingan pulak tu. Takde la nak berebut masuk siapa nak mandi, siapa nak melepas hajat. Hihi.


Hei cik Merah! Ummi spotted you! Hahaha


The happy boys. Abang Adan dan si encem Iman.


Tandas dan bilik mandi yang super selesa.

 

KEMUDAHAN YANG TERDAPAT DI ADA HOTEL & APARTMENT

Nak tahu tak, bersebelahan hotel dan apartment ni ada Butik Telekung Siti Khatijah dan Spa tau. Milik owner hotel ni jugak. Kalau rasa nak shopping telekung baru, boleh pi kat butik sebelah lobi tu. Kalau rasa nak memanjakan diri sekejap, boleh pi kat Spa nya pulak. Best kan? Hihi.


Selain tu, kat hotel ni ada menyediakan bilik seminar untuk di sewa. Boleh sewa untuk mesyuarat ke, kelas mekap ke, seminar bisnes pun boleh. Yang kecik-kecik punya. Kapasiti bilik seminar tu boleh memuatkan seramai 20-25 orang. Kalau tak salah CikSha staf dia maklumkan harga sewaan dalam RM80/sehari. Kira berpatutan sangat tu. Ok sangat la kan?


Oh ya. Bilik seminar ni pagi-pagi dijadikan tempat pelanggan untuk breakfast. Ada breakfast percuma untuk setiap 2 orang penghuni bilik. Kalau nak tambah extra kepala, cas yang dikenakan RM6/person. Murah sangat tu. 


Surau pun ada jugak disediakan tau. Untuk yang nak rasa lebih selesa menunaikan ibadah kalau rasa ruangan kat bilik penginapan tu limited. Cik Ada cakap dia buat macam ni sebab nak pelanggan rasa selesa. Ada ciri-ciri islamik. Bagus kan?


Butik Telekung Siti Khatijah milik Cik Ada, pemilik Hotel Ada & Apartment


Bilik seminar yang boleh di sewa untuk sebarang acara. Bilik ini juga dijadikan tempat untuk para pelanggan bersarapan pagi. Kat belakang tu surau.


Surau yang disediakan untuk pelanggan yang menginap di bilik single yang ruangan nya limited. Bersih dan selesa.


LOKASI YANG STRATEGIK


Pada pandangan CikSha, lokasi Ada Hotel & Apartment ni sangat strategik. Hotel ni terletak di Dataran Austin, Kuala Nerus, Kuala Terengganu. CikSha risik-risik jugak la dekat suami apa yang ada kat kawasan tu. Sebab suami kan orang Ganu. Mesti la dia tahu kan serba sedikit. CikSha memang zero la sebab cheq kan orang Penang. Ganu pun tak habes jelajah lagi. Nak tahu kenapa CikSha cakap strategik, teruskan membaca ye.




Berdekatan Dengan Deretan Butik Yang Awesome 

Nak tahu tak? Sekitar Ada Hotel & Apartment ni ada banyak sangat butik yang mengancam jiwa dan merabakkan poket. Hihi. Macam-macam ada. Butik JannahNoe, Muslimah Clothing, Imaan Boutique, Rinasalleh, Zawara, Ariani, Jakel, Haqqi, Qaira Hijab, Jubah Souq, Fana Couture, Rayyan Haya, Bokitta Hijab, dan banyak lagi butik fesyen kegemaran ramai ada kat sini. Kalau tak minat beli online, haaaa kat sini la wajib terjah pi cuci mata depan-depan.


Banyak Restoran Pilihan

Yang ni memang tak perlu risau. Takde nya kelaparan. Banyak tau restoran makanan yang best kat sekitar tu. Ada banyak restoran tempatan. Kalau nak best lagi boleh menapak ke Mydin Mall. Jalan kaki tak sampai 10 minit pun. Pizza Hut, KFC, A&W, Restoran Nasi Kandar, Chicken Rice Shop, Marrybrown, Lollipop Cafe, dan banyak lagi pilihan. Ya ampunnnn. Banyak ok!


Pelbagai Kemudahan Lain

Tetiba emergency, nak keluarkan duit ke nak beli ubat ke, tak perlu susah hati. Sebab terdapat kemudahan tu semua berdekatan dengan hotel. Farmasi, klinik, bank, ATM, stesen minyak, playground, masjid dekat je dengan Ada Hotel & Apartment ni.


Dekat dengan Lapangan Terbang

Dari Ada Hotel & Apartment ni nak ke lapangan terbang dekat sangat. Dalam 10 minit perjalanan. Kalau datang Ganu nak cuti-cuti naik flight, CikSha recommend sangat korang stay kat hotel ni. Jadi bila dah puas jenjalan kat Ganu, nak check out dari hotel ke airport tak payah rushing takut tertinggal flight ke apa. Nak dapatkan kemudahan teksi pun mudah jugak. Dan cas pun mesti tak mahal.


Berdekatan dengan Pantai Teluk Ketapang

Pantai Teluk Ketapang ni spot paling awesome kat Ganu ni tau. Ada banyak kedai makan celup-celup tepung yang popular sangat tu. Pilih je nak pi makan kedai mana. Selain tu ada aktiviti menarik yang lain boleh buat kat situ. Nak naik kuda ke, nak selpi selpot kat buaian viral, naik kereta kuda berhias, main layang-layang. Ikut uska la nak buat aktiviti apa pun. Seronok kan?



PILIHAN BILIK PENGINAPAN 


Ada terdapat 6 pilihan penginapan kat Ada Hotel & Apartment ni. Pilih je yang mana sesuai dengan bajet. Harga sangat la berpatutan tau. Tak mahal pun. Dengan ciri bilik yang bersih, selesa dan kemas. Kemudahan pun ok. For me, it's worth it!

Pilihan penginapan di Ada Hotel & Apartment


Sebelum balik, CikSha dengan Sis Gee sempat pi skodeng Aparment kat situ tau. Staf dia bawak. Hihi. Menyempat tu. Cozy gila apartment dia. Lengkap semua kemudahan. Ada dapur, ruang makan, 2 bilik tidur dengan bathroom sendiri, ruang tamu. Padan pun ada yang sewa sampai setahun kat situ. Memang terlebih selesa sangat. I like! Ada rezeki kalau famili CikSha mai sini boleh bawak depa stay kat apartment ni. Kita menerai tidur kat apartment pulak. Hihi.

Apartment yang CikSha dengan SisGee pi skodeng. Apartment ni je yang kosong. Yang lain dah disewa orang.


WAJIB ADA DALAM SENARAI PENGINAPAN PILIHAN

Kesimpulannya, CikSha sangat-sangat-sangat syorkan korang masukkan Ada Hotel & Apartment ni dalam senarai pilihan penginapan bila nak datang cuti-cuti kat Terengganu. Cuba tau! Sewa berpatutan, penginapan yang selesa dan bersih serta terdapat pelbagai kemudahan yang memang terbaik.

Untuk maklumat lebih lanjut, korang boleh la skodeng info kat bawah ni :

Facebook : AdaHotel Terengganu
Instagram : @adahotelapartment
Telefon : 09-667 1111 / 013-986 6276



Bisik-bisik :: Sesekali dapat sponsor penginapan macam ni bila bercuti memang syok sangat!


Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

Sunday, 7 October 2018

Tukar Jenama



Assalamualaikum. Hai!


Buat yang dah lama follow CikSha, mesti dah tahu pasal kerja freelance design yang CikSha duk buat ni. Lama dah sebenarnya. Dari tahun 2011 lagi. Bermula secara underground, sampai la dah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Kerja ni CikSha buat secara part time  je memula. Sebab dulu masih bekerja dengan sebuah NGO under Universiti Sains Malaysia. Kena fokus lebih kepada kerja hakiki la.


Tapi bila dah berkahwin, CikSha terpaksa berhenti kerja di NGO tersebut sebab kena follow suami tinggal di Terengganu. Kerja freelance design  ni pun CikSha hold sebab mengandung. Ada la dalam setahun lebih jugak menyepi dari buat kerja ni. Hilang arah kejap. Lepas tu rasa macam nak start balik sebab dah kebosanan duduk rumah jadi surirumah. Padahal orang dah biasa pegang duit kan. Itu yang menggagau nak start balik buat kerja freelance ni. Lagipun minat. Memang tak boleh nak buang cam gitu je.


Dulu CikSha  guna RSCD a.k.a RSCreative Design sebagai jenama. RSCreative tu ambik dari nama kompeni RSCreative Enterprise yang CikSha daftarkan untuk kerja ni. Lepas tu tambah Design je kat belakang. Sekarang dah tukar ke SF Design Lab. Bersempena nama CikSha sendiri Shahada Fauzi (SF).


Kenapa? Sebab CikSha buat kerja ni kan secara lone ranger. Jadi guna nama sendiri je la. Tapi tukar pi la nama jenama apa pun, tetap la kerja ni berdaftar di bawah RSCreative Enterprise. Jadi, jangan le takut na. CikSha buat kerja secara legal tau. Dah tak underground  lagi. Takut aih kena saman. Hihi.



Oh, sebenarnya nak bagitau CikSha dah buat blog khas untuk kerja freelance design CikSha ni. Boleh la skodeng kat sfdesignlab.blogspot.com. Senang sikit buat satu blog khas untuk sumbat semua hasil kerja CikSha kat situ. Lebih khusus. Bakal clients nak tengok pun senang sikit. Takde la bercampur aduk dengan entri blog personal CikSha yang carca marba ni. Fening kan? Hihi. Tapi blog tu masih dalam proses kemaskini lagi. Belum siap sepenuhnya. InsyaAllah akan siapkan dalam masa terdekat.


Untuk pengetahuan semua, CikSha masih buat kerja ni secara part time. Sebabnya pepaham je la kalau bekerja dari rumah ni. Cabaran dia tu fuhhhh boleh keluar peluh jantan. Masih kena fokus dengan kerja hakiki sebagai seorang surirumah yang kerjanya takkan pernah habes. Lepas tu, CikSha kan ada 3 ketoi askar kecik nak kena bagi perhatian istimewa. Maklum le depa belum sekolah lagi. Ada pulak sorang yang extra special tu.Siapa lagi kalau bukan si encem Iman.


Jadinya, pada yang berhajat nak upah CikSha yang tangan sakti bila buat design  ni, memang wajib ada tahap kesabaran yang super tinggi tau. Kerja CikSha memang lambat. Secara jujur nya CikSha berterus terang. Memang tak ambik kerja yang rushing. CikSha buat kerja ni rileks rileks je. Takmau tekanan. Baru la hasil kerja CikSha meletop-letop. Gituuu. Perasan sangat! Hihi.


Terima kasih pada semua clients yang pernah berurusan dengan CikSha. Anda semua memang super cool sebab boleh sabar dengan ke'siput'an CikSha buat kerja. Pada yang bakal nak jadi clients tu pun harapnya lagi awesome  tahap kesabaran nya tu. Hihi. Love ya!


Bisik-bisik :: InsyaAllah kalau ada rezeki nak melangkah lebih jauh.


Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)
 
Copyright @ Shahada Fauzi Official Blog | Since 2009 | All Right Reserved
Designed By Shahada Fauzi | Powered By Blogger.com